23 September 2007

Ulangtahun Fly2Egypt

Semalam genap setahun aku menjejakkan kaki di bumi anbiya' nie. Pejam celik pejam celik dah setahun aku meninggalkan Malaysia, meninggalkan insan tersayang demi bergelumang debu kat sini. Haha.

Semalam juga menyaksikan kuliah tahun dua bermula, maka bermulalah hari-hari untuk aku belajar mendaki tangga ke syurga sanah tani. Sekaligus menyaksikan aku bergelar senpai. Bebudak tue pun rasanya dah OK kot kat Madinah Fustat tue. So tak perlulah aku menjadi sebahagian daripada isu terbaru - Junior Dimanjakan/Senior Memanjakan/Senior Penyayang yang hangat disembangkan bila bercakap mengenai bebudak baru.


Semalam juga rasanya dah seminggu lebih pose. Ramadhan kedua aku kat Mesir nih. Benda yang sama tapi kali ini dengan rasa yang berbeza. Tahun lepas pose kat Asrama Rumah Malaysia Abbasiah (ARMA), tahun nie pose kat Mounira plak. Dulu berbuka makan free kat masjid ARMA, sekarang berbuka di rumah berbayar. Haha. Kalau dulu Maidah Rahman dengan 3isy, sekarang Maidah Rahman dengan nasi daging. Kalau dulu tolong angkat barang sebab nak blah dari ARMA, sekarang angkat barang sebab nak blah dari rumah lama.

Dalam kehangatan memulakan kuliah, sempat lagi aku meneruskan [To Do] yang tertangguh - beli Desktop. Berbekalkan LE3600, maka aku pun pergi laa ke Roxy bersama Aman Mazian. Dalam bajet, desktop yang bakal dibeli berharga LE3300 namun AlhamduliLLAH dapat LE3200. Credit kepada Aman Mazian sebab tolong aku beli. Huhu



  • Intel(R) Core(TM)2 Duo 2.0GHz 2.0MB Cache
  • HDD 320GB
  • 1.0GB of RAM
  • Motherboard Gigabyte S-Series
  • DVD-RW 18x NEC
  • Monitor LCD WideScreen 17'
  • Multimedia Speaker 2.1
  • Sony Optical Mouse
  • Creative HeadPhone


Kuang3 kuliah stat baru nak beli. Makin lagho laa aku camni. Sekarang dalam misi mengutip kembali file-file aku yang bertebaran di seluruh Cairo dalam laptop manusia lain. Haha. Juga seterusnya mungkin mengutip drama-drama yang best. Hua3 makin lagho.

Dalam kegumbiraan komputer baru, internet lak lembap. Tak pernah ku mengalami direct download 500b/sec. Nak sampai 1kB/sec bukan main payah. So tak mendownload laa camnie. Isk3. Nak tukar ADSL512kB bukan senang. LE190 nak cari kat mane? Dah laa elaun tak naik. Huh dasar kerajaan. Kerenah birokrasi tol. Takpe2 fokus lebih kali nih pada stadi. Tahun nie mesti lebih baik dari tahun lepas. (Tapi tak yakin je, sbb asyik main game je dua tiga hari ini)

So Selamat Berpuasa buat mereka yang dapat berpuasa. Mereka yang diberi cuti sakit, jangan asyik cuti jer. Dah laa solat tak cukup, puase pun tak cukup jugak. Pastu tahun depan, mule laa nampak alim di bulan Syaaban berpuasa tetiap hari - padahal ganti puasa. Haha. Semoga kita semua bertemu Lailatul Qadar InsyaALLAH.



Buat mereka yang fly ke Egypt pada 23hb September 2006 bersama aku tahun lepas, Selamat Menyambut Ulangtahun. Sama-sama kita fikirkan, setahun berada di Mesir nie - apa yang kita perolehi. Berbaloi ke setahun kita meninggalkan awek tersayang, dengan apa yang kita perolehi, untuk membimbing dia, keluarganya dan keluarga kita, bersama-sama meniti tangga ke syurga.

Dont say "we have ONLY one year", but "we STILL have one year", to step our foot in Todai
[Sakuragi Kenji, Dragon Zakura]


Continue Reading

10 September 2007

Bajet 2008: Elaun sara hidup siswa naik hingga 84 peratus

90,000 pelajar IPT semua peringkat kursus dapat manfaat

KUALA LUMPUR: Lebih 90,000 pelajar tajaan kerajaan di pusat pengajian tinggi tempatan akan menikmati kenaikan elaun sara hidup antara 23 peratus hingga 84 peratus, berkuat kuasa mulai semester pertama sesi 2007.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kadar baru itu membabitkan pelajar semua peringkat, termasuk yang mengikuti kursus persediaan dan kursus bahasa.




Elaun sara hidup bagi pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada pula dinaikkan sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuat kuasa bulan ini.

Pada masa ini, kerajaan menaja 17,000 pelajar di universiti luar negara dan elaun sara hidup pelajar di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan sudah dinaikkan tahun lalu.

Abdullah juga mengumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meningkatkan jumlah pelajar Ijazah Pertama tajaannya di universiti tempatan daripada 5,000 setahun kepada 10,000 orang mulai tahun depan.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM12 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pengajian tinggi termasuk meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di empat Universiti Penyelidikan.


Kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mencapai sasaran 200,000 pelajar menjelang 2010, manakala Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan akan dinaik taraf.

Perdana Menteri berkata, kolej komuniti pula akan dijenamakan semula melalui penyediaan kursus pada peringkat diploma dan menggiatkan kerjasama dengan syarikat swasta.

Abdullah turut mengumumkan mulai tahun depan, skim pinjaman buku teks akan diperluas kepada semua pelajar tanpa mengira jumlah pendapatan ibu bapa atau penjaga mereka.

“Peluasan skim ini akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta pelajar pada masa ini,” katanya.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan pendidikan percuma bagi semua, beliau juga mengumumkan pemansuhan yuran bagi sekolah rendah dan menengah mulai sesi persekolahan tahun depan.

Selain itu, kerajaan akan memansuhkan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dimansuhkan dalam Bajet 2007.

“Bagi memastikan setiap pelajar mendapat peluang menyertai aktiviti kokurikulum beruniform, kerajaan akan memberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan ke bawah,” katanya.

Abdullah berkata, kerajaan juga akan mewujudkan 60 sekolah kluster sepanjang tahun depan dan setiap sekolah berkenaan masing-masing akan menerima peruntukan RM500,000 untuk membiayai aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran.

Bagi memartabatkan profesion keguruan pula, kerajaan mengumumkan peningkatan elaun guru pendidikan khas daripada RM100 kepada RM250 sebulan, manakala kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah dinaikkan daripada RM85 sehari kepada RM150 sehari.

Selain itu, kerajaan akan memberi elaun RM60 sejam bagi guru lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lulusan diploma yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, khidmat guru bersara tetapi masih boleh menyumbang juga akan dimanfaatkan dengan mengambil mereka berkhidmat sebagai guru ganti dan tenaga pengajar untuk guru pelatih.

Bagi menghargai usaha badan amanah dan pertubuhan amal yang membiayai dan mengurus dengan baik sebilangan sekolah rendah dan menengah pula, kerajaan mencadangkan sekolah berkenaan diberi pengecualian cukai pendapatan.

“Pengecualian ini akan memberi manfaat khususnya kepada sekolah Cina dan Tamil serta sekolah agama,” katanya.

Secara keseluruhan, RM30 bilion disediakan untuk Kementerian Pelajaran dalam Bajet kali ini yang turut merangkumi peruntukan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program Sekolah Cemerlang, memartabatkan profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.

Sumber: Berita Hairan

-=-=-=-=-=

Pelajar Perubatan kesal kenyataan Perdana Menteri

KAHERAH: Pelajar-pelajar di negara Mesir khususnya pelajar perubatan tajaan JPA amat kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan elaun pelajar tajaan kerajaan di Mesir telah dinaikkan tahun lepas.

Ini berikutan elaun sara hidup di Mesir tidak pernah naik malah berkurangan sedikit demi sedikit ditambah pula dengan kejatuhan nilai USD di pasaran antarabangsa. Menikut kajian yang dijalankan salah seorang pelajar, elaun pelajar perubatan Mesir berkurang daripada RM840 kepada RM790 mulai awal tahun ini. Ini menimbulkan kehairanan kerana mengikut perjanjian, kerajaan WAJIB menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM840 sebulan malah jumlah yang diterima dalam USD akan ditukar mengikut nilai tukaran antarabangsa.



Tertulis di status YM, salah seorang senior menyifatkan perkara ini sebagai 'bull****'. Ada juga yang menyatakan isu ini sebagai 'permainan politik semata-mata' berikutan kehangatan pilihanraya umum yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Menyentuh perkara ini, pelajar-pelajar perubatan di Mesir telah lama memohon kenaikan elaun sejak 165 tahun yang lalu namun masih belum diluluskan kerajaan. Malah lebih memburukkan keadaan, mereka dihentam balik dengan slogan 'kena manage' elaun sara hidup yang diberikan. Pegawai wakil kerajaan tersebut memberi contoh yang langsung tidak berasas dengan menyeru pelajar-pelajar makan Maggi separuh pada waktu pagi dan separuh lagi pada waktu petang.

Bercakap di perjumpaan pegawai JPA bersama pelajar baru-baru ini di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, pegawai JPA tersebut memberitahu bahawa permohonan telah dibuat oleh JPA namun kementerian belum meluluskannya. Sedikit sebanyak melegakan pelajar kerana keprihatinan JPA dalam masalah ini. Namun segalanya jelas kini bahawa usaha menaikkan elaun tersekat di kementerian.

Andaian juga dibuat jika kenyataan Perdana Menteri tersebut benar, ke manakah perginya duit pelajar-pelajar selama ini yang bernilai jutaan ringgit? Adakah dimakan kroni-kroni kerajaan seperti yang biasa dilakukan dengan projek kerajaan yang lain atau dicuri di pertengahan jalan?

Pendapat salah seorang pelajar pula, jika kenyataan tidak berasas dan bersifat menipu ini terus dikeluarkan Perdana Menteri, tidak mustahil pelajar luar negara khususnya Mesir tidak akan mengundi Barisan Nasional buat selama-lamanya apabila pulang ke tanah air.

Permohonan kenaikan elaun sara hidup dibuat berikutan kenaikan harga barang dan sewa rumah sebanyak dua kali ganda malah kebanyakan rumah berharga LE1000 ke atas dan tidak mafrusyah* berbanding zaman dahulu kala di mana harga sewa rumah hanya LE100. Ketidakbolehan JPA membayar private tuition pelajar juga mendorong mereka memohon kenaikan elaun demi mendapatkan secebis kecemerlangan dalam pelajaran. - TANPANAMA

*mafrusyah - fully furnished

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template