10 March 2010

Kenapa Kita Mesti Minat Perempuan?

Ini post kedua dalam Mode Fanboy selepas post Happy Birthday Taeyeon. =P Sila Close Window sekiranya anda menyampah.

Soalannya berbunyi begini, "Pesal ko minat SNSD?"

Maka meh saya jawab. Jawapan ini tidak terhad kepada SNSD sahaja, tapi kepada KARA, Wonder Girls, After School, T-Ara, 2NE1 blablabla dan lain-lain.

1. Sebab JAKSI takkan tangkap korang.

Madsha tidak akan serbu rumah korang kerana disyaki mendengar lagu-lagu SNSD, atau memiliki album serta klip video diorang. Maka, anda bebas mendengar lagu mereka di mana-mana sahaja, tidak perlu bersusah payah ke City Star ataupun Sarag Mall, apatah lagi Sally Mall untuk melayan lagu diorang.

Namun begitu, sila jangan menonton video klip mereka di dalam kuliah menggunakan PSP. Ini sungguh tidak bermoral.

2. Sebab mak anda takkan paksa anda kahwin dengan mereka.

Ini memang pasti berlaku, kecuali mak anda ingin anda menjadi anak teruna tua nak mampus (AnTerTuNPus) dengan mengharap pada yang mustahil berlaku. Maka tidak perlu bersusah payah mengumpul duit berfikir pasal mas kahwin dan sebagainya. Tidak perlu juga berfikir nama Islam yang sesuai untuk mereka, in case mereka kembali kepada agama Islam untuk berkahwin dengan anda.

Tapi kemungkinan besar mak anda akan menggalakkan anda kahwin dengan orang lain, maka sila berhati-hati. Berkemungkinan besar bakal isteri anda adalah anti-SNSD.

3. Sebab diorang comel.

Argh, apa lagi perlu diberitahu. Plastik, kayu ataupun besi, yang penting comel. Sila berikan satu nama perempuan yang tidak berhias sebelum datang ke kelas. Bangun tidur terus pakai baju, selekeh, tidak mandi dan bersikat dan terus ke kelas Pathology, tapi lelaki masih mengatakan beliau comel. Kalau ada, itu sememangnya natural beauty. Kalau awek anda, mungkin anda kata Ya maka no komen. XD

Perhiasan memang impian semua manusia, maka ada manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk menjadi comel. Bergantung pada had yang anda letakkan, untuk mengetahui sejauh mana anda akan pergi. Takkanlah kita nak bencikan mereka yang memakai bedak kerana ianya kecomelan "plastik" kan? XD

4. Sebab diorang banyak join cite, variety, drama blabla.

Bila ada 9 ahli, maka pilihan kepada syarikat-syarikat entertainment menjadi pelbagai. Maka banyak program yang anda boleh tonton. Contohnya drama Cinderella Man, You're My Destiny, Family Outing, We Got Married, Chinchin Radio blablabla.

Di muka bumi Mesir ini, apa lagi yang anda boleh tonton kan? Isk3. Sekaligus anda mempunyai rangkaian network yang pelbagai.

5. Sebab memang dah takde kerja. Artis Melayu tak sedap.

Ini memang kenyataan. Lirik Korea yang hanya difahami dengan subtitle secara tiba-tiba menjadi seronok untuk dinyanyikan berbanding lirik Melayu yang dirasakan terlalu keji atau poyo dan jiwang. Sekurang-kurangnya kita tidak terasa kejiwangan itu kecuali melihat subtitle. =P

Ataupun sebenarnya, sokonglah semangat Asia untuk Asia! Ke arah Kesemakmuran Asia Timur Raya! Yeah! Kalau bukan Malaysia, sokonglah Korea dan Jepun sebagai wakil Asia. Sokonglah Girl's Generation. Haha~


Beberapa perbuatan saya semenjak dua menjak ini menunjukkan seolah-olah saya adalah hardo-SNSD, tapi percayakah anda bahawa exaggerating dalam sesuatu isu adalah satu bentuk promosi menggunakan kesempatan yang ada? Siapa suruh SNSD menjadi topik utama budak Mesir kan? Pilihlah Super Junior ke, 2PM ke, FT Island ke, CNBlue ke, TVXQ, blablabla =)

Last sekali, sukacita dimaklumkan bahawa Final exam pelajar perubatan disyaki bakal bermula SELEPAS cuti Summer. Disebabkan itulah, PERUBATAN giat mengadakan program SEBELUM cuti Summer bermula supaya pelajar perubatan boleh study dengan aman. Jom kita lihat program-program yang bakal diadakan:
Love Islam for Eternity (LIFE) aka Kursus Pengenalan Islam.
12 Mac 2010, Jumaat

Hari Sukan Kaherah
26 Mac 2010, Jumaat

Medicophilic Week (MeW) aka Minggu Akademik
12-20 Mac 2010

Gala Busana Muslimah
9 April 2010, Jumaat

Itu belum dimasukkan program luar seperti Cairo University International Day pada minggu depan. Mungkin anda yang tidak pernah menjadi AJK menyangka program-program ini diadakan secara "Kun fa yakuun". Helo, sila sedar bahawa ianya memerlukan kerahan tenaga yang banyak. Itu belum lagi disebut aktiviti dan pertandingan yang diadakan sempena program tersebut.

Lagipun, 2 bulan sebelum Final sepatutnya sudah boleh mula study, kan? Kalau mengikut pengalaman dengan Gema Aidilfitri dan Temuduga Terbuka I-MAN, memang susah untuk mencari mereka yang ingin menyertai pertandingan walaupun tiada exam. Maklumlah, hadiah ciput LE10 je. Tidak berbaloi, apatah lagi berkorban masa study sebelum exam.

Adakah ini sindrom "Baru Naik"? (Pemerintahan memang sinonim dengan singkatan BN). Ataupun adakah mereka menyangka selepas cuti Summer mereka akan dipecat? Ataupun rasa tercabar dengan Biro lain yang banyak program? Wakaka. Sepatutnya mereka lebih tercabar dengan BPP yang bekerja 24/7/30/12. XD

Saya sarankan anda menyertai pertandingan yang diadakan walaupun dibuat "dengan bodohnya". Siapa tahu HANYA anda yang menyertai lantas diumumkan sebagai menang tanpa bertanding? =P

p/s: hari ini sungguh bosan. saya pun tidak tahu kenapa menulis entry yang bodoh sebegini. apa perlu dibuat? haha

8 penghinaan diterima:

izas on March 10, 2010 at 10:16 PM said...

oh..baru difahami kenapa mereka itu diminati
haihh..lelaki, lelaki
tetapi perempuan pun ada juga yang naik gila tengok mereka menari
maka, tarikan antara jantina berlainan bukanlah isu utama di sini
minat masing-masing, ikut suka la kan?
peace!

anor said...

"Tapi kemungkinan besar mak anda akan menggalakkan anda kahwin dengan orang lain, maka sila berhati-hati. Berkemungkinan besar bakal isteri anda adalah anti-SNSD."
.
.
.
~mmmuahahahahahahahahahahahahaha~

sufiyyah zulkifli on March 14, 2010 at 5:22 PM said...

full name for BPP? :D

Aya Shin on March 16, 2010 at 5:44 PM said...

haha.. tetibe sesat sejarah form 3 XDD

syauqatul wardah on March 20, 2010 at 5:22 PM said...

pak cik snsd
x sedap langsung snsd...sedap sikit je,aha

sedap suju agi...ryeowook~~~ wuwuk ~~

HafizAdam on March 20, 2010 at 11:36 PM said...

Izas:
sebenarnya sebab utama adalah muzik diorg compatible ngan saya. ade manusia compatible ngan muzik camni, orang lain plak tak compatible.

yang lain-lain tu bonus je.

the only muzik that compatible with everyone is taranum al-Quran. tak penah bosan dengar walau berpuluh-puluh versi. =)

Anor:
suke sangat. masuk lalat kang~

Sufiyyah Zulkifli:
Biro Penerbitan dan Penerangan

Aya Shin:
Sesat Sejarah fom 3?

Bibi-chan:
SuJu?
Oh my Super Girl~ XD

Anonymous said...

ko x rasa tengok video2 snsd tu mcm tengok porn ke?

HafizAdam on May 16, 2010 at 1:08 AM said...

sejak bile pulak tengok Invincible Youth; cite pasal tanam pokok ngan ternak lembu tu porn? Ataupun Hello Baby; cite pasal jaga baby tu porn. Diorang jaga baby, bukan buat baby. xD

Saba neh. Banyak lagi video lain boleh tengok. :)

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template