08 May 2008

Couple Islamik?

Post ini adalah ditulis oleh seorang pelajar perubatan, bukan ustaz nor ustazah. Sila rujuk alim ulama' sebelum mengambil sebarang idea songsang dalam entry ini.

COUPLE?

Berkunjung ke mana-mana ruangan di internet, betapa bosannya bila mendengar persoalan 'couple'. Lebih-lebih lagi apabila website tersebut bercirikan Islam, lebih banyak persoalan dikemukakan, yang kadang-kadang terasa rimas untuk dijawab oleh moderator agama di situ. Lihat saja di sini.

Kadang-kadang, lebih teruk lagi apabila jawapan-jawapan yang diberikan seolah-olah di-counter balik dengan persoalan yang lain. Hinggakan akhirnya menyusahkan penanya sendiri, seumpama kisah dalam surah al-Baqarah, lembu betina dengan kaum Nabi Musa AS.

Sepintas lalu saya melihat jawapan-jawapan ustaz-ustazah, semuanya mengatakan haram dengan illah maksiat yang akan dibuat oleh 'couple' tersebut. Kemudian akan di-counter dengan persoalan: "Kalau kitorg tak berhubung langsung ustat?" atau "Kitorg couple tapi just message je". Kemudian akan ade jawapan: "Itu semua zina hati. Elakkan". Maka, akan ada persoalan seperti ini.




Saya tidak nafikan semua jawapan tersebut benar, malah tidak ada yang benar melainkan benar belaka. Kerana persoalan pokok yang diajukan adalah "Adakah couple haram", penanya pula adalah golongan muda, penjawab adalah ustat, dan uruf masyarakat: "couple itu adalah hubungan sepsang kekasih yang berpegangan tangan, beromen, naik motor berpeluk-pelukan, bercium, chat-sex, malah ada yang sampai ke tahap zina".

DEFINISI COUPLE

Jadi saya terpanggil untuk menyebut isu ini secara ringkas, supaya tidak menjadi fitnah kepada cinta yang fitrahnya adalah suci, supaya masyarakat tidak berfikir bahawa 'cinta' itu haram, supaya 'golongan couple' tidak lari daripada pendakwah.

Oleh sebab 'couple' bukan Bahasa Malaysia, maka menurut kamus Inggeris, COUPLE bererti:
n.

1. Two items of the same kind; a pair.
2. Something that joins or connects two things together; a link.
3. (used with a sing. or pl. verb)
1. Two people united, as by betrothal or marriage.
2. Two people together.

4. Informal. A few; several: a couple of days.
5. Physics. A pair of forces of equal magnitude acting in parallel but opposite directions, capable of causing rotation but not translation.

Jadi ada dua erti 'couple', namun yang biasa digunakan adalah definisi nombor dua. Kenapa tak nak guna definisi nombor satu?



SITUASI SEMASA

Pemikiran ini patut diubah, supaya tidak menjadi fitnah buat Islam. Dunia ini ada dua jalan, halal atau haram. Jadi mengapa tidak dalam isu 'couple'?

Kadang-kadang rasa sakit dan pedih bila ramai yang menghukum 'couple' itu haram, sedangkan dia belum membaca keseluruhan artikel. Kemudian disebarkan kepada rakan-rakan tanpa sebab yang jelas.

"Uih, takleh kapel2 nih, baik ko berpisah je ngan Aini tuh. Haram haram. Zina hati. Maksiat. Keji dan mungkar. Berdosa, masuk neraka beb."

Ini adalah jawapan yang sering diterima bila seorang lelaki bertanya apa yang dia patut buat setelah dia sedar kesilapan dalam ber-'couple' yang telah dia lakukan. Maka, tenggelam lah lelaki ini dalam 2 pilihan, perempuan atau agama, sedangkan kita tahu dan sedia maklum bahawa masalah perasaan nih bukan boleh main-main.

Adakah mereka di luar sana yang cuba membetulkan kaedah ber-'couple' yang dia lakukan? Beri cadangan dalam bentuk memahami? Kadang-kadang ada cara lebih baik dalam mengelakkan dosa, selain daripada meninggalkan perbuatan tersebut.

'Ko try propose dulu, tengok dia terima ke tak, kalau bertunang pun ko rasa still wat dosa gak, kahwin terus.'

"Woi ko gile ke? Aku form 5, dia form 3, nak kahwin hape? Bangang punye olang"

Habis tuh, apa tujuan ber-'couple'? Nak berseronok? Main-main? Cinta blogger? Sekadar nak puaskan nafsu? Atau kurang kasih sayang seorang ibu maka dicarinya kasih sayang perempuan lain?

Remaja sekarang kebanyakan berfikiran seperti ini, sebab itu tidak hairan kalau 'couple' terus dilabel sebagai haram.

COUPLE ISLAMIK KAEDAH SONGSANG

Ber-'couple' bertujuan ke arah perkahwinan, sebagaimana definisi 'by betrothal' tadi. jadi, tiada makna ber-'couple' kalau tidak sampai ke jinjang pelamin. Tapi sebelum sampainya ke jinjang pelamin, banyak cabaran menanti.

Ada yang tak cukup duit, masih lagi belajar, tiada komitmen berkeluarga, tak nak terikat dengan hubungan kekal blablabla. Ini semua alasan bodoh mereka yang ingin lari daripada tanggungjawab perkahwinan, ber-'couple' pada dasarnya hanya ingin main-main, suka-suki, orang kata, 'test power'.

Jadi di sini saya perkenalkan, kaedah "Couple Islamik Kaedah Songsang", diadaptasi daripada pemikiran songsang rakan saya, Pemenang. Bagaimana? Biasanya 'couple' bermula dengan terbit rasa sayang terhadap pasangan, kemudian lelaki akan propose, "Nak jadi awek saya tak?". Lalu si perempuan akan kata, "Nak."



Jadi, saya manipulasikan persoalan si lelaki supaya bertambah satu: "Kalau camtuh, jom kahwin." Kalau perempuan tak nak, lelaki akan jawab "Tak nak sudah." Tak payah ber-couple, senang cerita, rasa sayang tuh lama-lama hilang.

"Idea ko memang gile dinmat, kalau macam tuh, sampai ke tua aku kena rijek."

Sabar, belum habis lagi. Sebenarnya yang saya maksudkan di sini adalah, akad nikah untuk menghalalkan perhubungan, kemudian ikut suka nak buat apa. Tak tinggal serumah pun tak mengapa, buat macam biasa. Asalkan ada permuafakatan kedua-dua pihak. Selepas habis belajar, buatlah majlis persandingan ala-ala 'Wedding of the Year'.



Orang kata, kalau ber-'couple' kena ada 'couple ring', kena 'dating', tengok bintang berdua di tepi tasik Titiwangsa, berjalan kena pegang tangan, bertukar-tukar hadiah, dll dsb. Siapa nak halang kalau anda sebut,"kami dah akad nikah wahai encik pencegah maksiat." Tapi dalam masa yang sama, masih lagi tinggal di rumah ibubapa masing-masing, pergi ke kolej, dll dsb. Salah ke kaedah ini?

Penekanan di sini, tolak ke tepi soal kewangan, soal belajar, soal anak, soal nafkah, menjadi nombor dua. Bukan dibuang yea, tapi didahulukan soal HALAL wa HARAM. Bila dah ada akad, ada keHALALan dalam hubungan, baru berbicara soal-soal lain.

NEGATIF EFFECT

Tapi kaedah ini ade kenegatifannya. Seolah-olah perkahwinan satu perkara main-main, sekadar suka-suka. Bila rasa tak serasi, bercerai-berai. Seoalah-olah perkahwinan bukan tanggungjawab.

Jadi, berbalik pada persoalan pokok sepertimana peribahasa: melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mungkin kaedah di atas sesuai untuk pasangan yang betul-betul komited dalam perkahwinan. Mungkin. Yang sedar bahawa tempoh 'couple islamik cara songsang' ini, adalah sebagai persediaan sebelum mereka mendirikan rumah tangga yang sebenar.



PENUTUP

Kesimpulan, usah libatkan diri dalam cinta, couple dll dsb kalau belum bersedia. Ianya hanya menyusahkan diri, pasangan, keluarga dan sanak saudara. Tapi, antara bercerai pada akhirnya, dengan maksiat dalam hubungan, yang mana lebih anda suka? Fikir-fikirkan.

Perkahwinan bukan sekadar satu tanggungjawab, nor sekadar cintan-cintun. Tapi ianya satu tanggungjawab untuk bercinta, dan rasa cinta akan tanggungjawab.
[HafizAdam]

36 penghinaan diterima:

Anonymous said...

kemudian lelaki akan propose, "Nak jadi awek saya tak?". Lalu si perempuan akan kata, "Nak."



mana ada org propose camnih... huhuhu....
Nway, nice artikel. Diolah dlm btk yg slumberr.
Tp, pitching berterabur, melodi tak kena, suara pecah ... blablabla...

Gurau jek nih... keep up good work... workout ... hehehehe

Anonymous said...

erm, bagows post neyh. tahniah pade dinmat! :)

HafizAdam on May 9, 2008 at 8:26 AM said...

pengundi hantu:
eh, xde eyh? sorry ahh, x penah propose sblm nih. hak3

noneng:
maseh2 tp ni juz karutan k, jgn serius sangat. amik yg baik dh.

PEMENANG on May 9, 2008 at 9:52 AM said...

nih aku nak hina nih..sengal r ko asal ko letak nama aku...kat idea songsang ko..malu r...lagi satu betol gak idea ko (pasal nikah tapi duduk bawah ketiak keluaraga)..tapi ada pro kontra still...xpe tengok respon orang2 tua lak..kalo orang muda gerenti dia setujunye ko nyer idea nih....tengok cara org tua berfikir lak......

PEMENANG on May 9, 2008 at 9:53 AM said...

lagi satu ko dah cam imakubex lak..hakhak..imakubex songsang=denmak

As on May 9, 2008 at 11:06 AM said...

pernah buat kertas kerja pasal ni untuk salah satu subjek, pasal married but not living together..dapat sambutan hangat..heh. Beselah, nilah topik paling inteam ngan remaja skang...isk...

nur najihah on May 9, 2008 at 4:44 PM said...

kami raser..bercouple nih....menyusah kan..sbb....dilema seorang student yg sedang berkapel nih...mcm2.....so..kami raser better..wait 4 a suitable age...bru p kir pasal tuh....kalo tak der jodoh..nak wat camner....so..tak yah susah2 p kir pasal hal tuh.....yg penting....pengurusan diri ke arah kehidupan yg lebih baik..itu lagi bagus..untuk di fikirkan...

Anonymous said...

Salam..
izinkan saya mencemar duli untuk menghina post nih...
pada pengamatan saya.. sudah tentu tuan punya blog ni seorang yang sedang berkapel... x pon pernah berkapel.. ataupun yang seumpama dengannya...

cengginilah...
kenapa perlu asingkan agama dengan kehidupan... ops.. x direct lagi..

ok.. ana kurang setuju kalau nta just letakkan post tanpa terlebih dahulu berbincang dengan orang2 yang "ahli"... x enak kalau kita hanya tulis dalam blog... tapi x de tindakan... huh~ dasar melayu pengecut...

wasalam...

HafizAdam on May 10, 2008 at 1:58 AM said...

Akamiru
nope saya tak pernah berkapel, sbb mak marah. 24jam diawasi. hak3. dye kate dye akan carikan kalu nak sangat, bgtau je.

post nih bukan ditulis tanpa merujuk ahli tapi ditulis hasil sembang2 ngan ahli2 agama yg prihatin masalah sosial remaja sekarang, dan bagaimana cara praktikal utk mngatasi.

Anonymous said...

idea ni realistik,praktikal dan possible tp agak mustahil terlaksana
di malaysia sbb:

1- tentangan parents
2- pandangan masyarakat y macam2
3- remaja y kurang matang menyalahgunakan kaedah nih.

sbb laen..x de kot..

HafizAdam on May 10, 2008 at 7:10 AM said...

anonymous:
yep, sbb tuh saya senaraikan pro & kontra, serta sape yg boleh buat mnde nih.. iaitu syarat2 kalau nk buat kaedah nih..

ala kulli hal, ini just satu cetusan pemikiran..

soal budaya tuh mmg xleh nk komen. sdangkn mas kawin yg cume sbahagian tu pun xleh ubah, inikan plak gaya perkahwinan keseluruhannya.

Anonymous said...

interesting =)

guild_hunterz on May 10, 2008 at 8:16 PM said...

ehh...abes 2 cmne org propose??

:D

HafizAdam on May 13, 2008 at 2:25 PM said...

itu_aku:
ape yg interesting????

guildhunterz:
ntah, maybe kne ade candlelight dinner, bunga ros 11 kuntum, cincin dalam eskrem, pastu muzik latar oleh orkestra, and some fireworks..

maybe..

pastu si lelaki berkata, "dengan nama Allah, saya melamar kamu.."

Ahmad Saifuddin Amran on May 14, 2008 at 3:31 PM said...

Awek dalam gambar tu boleh tahan jgk. Tapi dah nikah pulak...

Anonymous said...

x brape berkenan ngan gambo pompuan yg atas skali tuh..semacam jek..

HafizAdam on May 14, 2008 at 5:07 PM said...

maybe ade yg xtau tp gmbar atas sekali tuh, dua-dua sama jantina.

cuba teka, lelaki ke pompuan?

hak3

Anonymous said...

"Orang kata, kalau ber-'couple' kena ada 'couple ring', kena 'dating', tengok bintang berdua di tepi tasik Titiwangsa, berjalan kena pegang tangan, bertukar-tukar hadiah, dll dsb. Siapa nak halang kalau anda sebut,"kami dah akad nikah wahai encik pencegah maksiat." Tapi dalam masa yang sama, masih lagi tinggal di rumah ibubapa masing-masing, pergi ke kolej, dll dsb. Salah ke kaedah ini?

Penekanan di sini, tolak ke tepi soal kewangan, soal belajar, soal anak, soal nafkah, menjadi nombor dua. Bukan dibuang yea, tapi didahulukan soal HALAL wa HARAM. Bila dah ada akad, ada keHALALan dalam hubungan, baru berbicara soal-soal lain."

ni yg interesting.tak penah denga idea mcm ni sblom ni.hehe.mcm logik,tpi xtau la ade yg sanggup praktikkan ke x =P

Anonymous said...

'menghina'?

huh..

gaya bahasa akan lembut kalau tukang taip ni mmg lemah lembut orangnya..

juz nk kasitau.. i like the last quote.. perkahwinan -- > tanggung jawab utk bercinta dan cintakan tanggungjawab..

:)

mak..!!! nak kawin...!!!

Nadia on May 27, 2008 at 3:46 PM said...

thanks sebab selalu benar datang blog saya. boleh tahan gak blog awak :-)

regardless of our differing views, salam perkenalan :-)

HafizAdam on June 21, 2008 at 8:51 PM said...

itu_aku:
hehe, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. walaupun saya sebut cam mengikut darah muda, tapi zaman dulu kaedah ni laa diorang pakai - kawin muda.

neya:
haha, kalo nak kawin, btau laa mak. jgn terjerit kat sini..

nadia:
no problem. blog nih cuma karutan je. kalo de masa saya serang lagi blog nadia. okeh?

Anonymous said...

hahaha, cara propose letak cincin lam eskrem tu cm kenal je, mantap gak, cm bole d praktikkan je, hohoho

Anonymous said...

erm..best!mantap.. teruskn..

chep on September 18, 2008 at 9:55 AM said...

ok...
pe ckp 2 ad tol ye..
klo kaple mmg xde faedah..
coz klo kte da syg kt org 2 kte sggup wat pe je..
smpai lupe pe yg ptuh..
so jgn la kaple skrg..
kawen br cinta ok...
kekal hingga akhiryer..
amiiinnn...

Anonymous said...

huhuhu.. bijop ngat skill...

menurut pandangan ustaz hasrizal didalam bukunya "aku terima nikahnya".... tapi ak ejust dlm ayat aku ar.. tapi makna lebih kurg ar...

sesuatu hubungan itu akan mengalami meter penurunan... kalau cinta tuh.. ia akan mencapai tahap penurunan... maka.. jika yg da berkahwin.. maka TANGGUNGJAWAB akan mengambil alih peranan dlm meyelamatkan hbungan.. tgjwab thadap anak2 ke contoh laa... sesudah itu.. I'Allah meter Cinta itu akan memecut semula.. berkat kesabaran melayari pkhwinan.... tapi kalu yg blum kawin... mgkin salah seorg akan memberi signal utk BLAH!!!.. dgn alasan... saya ingin mdekatkan diri pd ALLAH.. nk study.. kapel ni dosa senanye... ataupun da ade org baru... (yg pd hakikat sbnarnye adalah JEMU pada pasangan itu) hehe.. ok sekadar berkongsi...

nrnsnd on November 13, 2008 at 9:13 AM said...

slamber nyer ayat dia...tp best ar...

anor said...

bagus entri nih.. bila wujudnya? slama ni x prasan pn ada.. hehe

sy stuju 100% dgn konsep Couple Islamik Kaedah Songsang awk tu.. banyak (baca: banyak bukan smua) mslh bole dselesaikn.. cuma, kaedah2 yg songsang (baca: di luar kebiasaan masyarakat) spt itu mmg la x popular (baca: akan di'reject').. haih, byk pulak mksud trsirat.. XD

dn sy suka sgt Quote dri awk nih -
"Perkahwinan bukan sekadar satu tanggungjawab, nor sekadar cintan-cintun. Tapi ianya satu tanggungjawab untuk bercinta, dan rasa cinta akan tanggungjawab."

bole sy tmbh sket?
"yg mngikat hubungan suami isteri dlm suatu prkhwinan ialah rasa cinta sesama mereka kerana Allah (love for each other fillah)"


~selamat mencari cinta itu! ;)

HafizAdam on March 25, 2010 at 3:35 AM said...

entry ni dah lama dah ada. dulu ade 40+ komen. tp ntah kenapa bila tuka template ni sume komen entry2 lame hilang. fras gile.

anor said...

40+? huhu mmg patut fras gile.. bukti sejarah tu.. x trnilai hrganya.. x kn x leh trace langsung..

+a'JeM- said...

wow.. bes2 entry nih..

~daLucky0ne~ on May 29, 2010 at 2:04 AM said...

salam..

hehe..bgus la ade y b'fikiran cmni...kalo sume pk cmni lg bgus...bole elak maksiat...
sy pon ade gk suggest camni kpd yg da kapel..tp, byk lak alasan dorg...duit xckup la, hape la...pdhal tyme kapel pon, awek spedo..xpon pakwe spedo...hailaa..*teen*..kalo diperhatikan, sbnrnye yg kapel ni all tyme dok skali, soh kawen tanak lak..*nmpak sgt maen2*..realiti remaje ari ni la...

but, sape2 jmpe sy, mmg sy tekankan utk kawen 1st, bnde laen xyah pk lg tok m'halalkn hubungan...

btw, rmai je yg propose gne care kt atas tu...myb n myb org yg kate xde tu xpnah dgr b4..=)

skian...wassalam...

Ainsolehah on May 29, 2010 at 4:41 AM said...

Setiap perkara yang kita lakukan hendaklah bermatlamat. Hatta bila makan pun, matlamat kita, nak kenyang, supaya boleh beribadah kepada Allah. Begitu juga dengan perkahwinan. Perkahwinan haruslah bermatlamat. Apakah matlamat? kalau kerana cinta, maka tidak akan kekal lama. Sebab cinta boleh pudar dan hilang. MAtlamat perkahwinan lebih kepada untuk mencari redha Allah dan juga untuk melahirkan UMMAT MUHAMMAD yang berkualiti dan juga berkuanti..untuk melahirkan UMMAT MUHAMMAD yang mampu menyambung tugas baginda sebg pendakwah..Jikalau semua orang mempunyai matlamt sebegini, saya rasa tidak akan wujud istilah 'couple islamik' dan sebagainya..
Apa2pun, rasa ini menyayangi dan di sayangi adalah lumrah bagi remaja, cuma kita harus bijak mengawalnya..
By the way, nice post..!!

naquib said...

kahwin2...yeah...kahwin..ekeke...
kalo rasa dah matang...pergilah kahwinn..

kalo rasa belum.....baik bersukan..

p/s : berilmu, beriman dan beramal..insyaAllah couple mesti mari...ekekek

Anonymous said...

niat tak akan menghalalkan cara..

Anonymous said...

setuju
tntg
ajak nikah terus
even still study.
krn maksiat dlm hubungan
bkn sesuatu yg elok kan.
mcm sy,smpai skrg tak dpt kawen2 lg
sbb xabes2 study lg..
so,
mentalitiy msyrkt sbnrnya..

Anonymous said...

mmg niat mula2 berkenan dgn si dia adalah cinta n suka.tp xsalah sekiranya ajak kawen terus,sbb mengajak menikah terus,membawa kpd jalan Illahi,sbb kita ikut cara yg telah ditetapkannya kan.So,niat terus ajak nikah,bagus.Kerana kita ingat Allah SWT dan tidak takut dan ragu2 untuk nikah terus.sebab couple xboleh kan,mesti terbuat benda2 haram even bertentang mata.jd,kpd parents n lain2,nk buat ape2 ikut agama.InsyaAllah dimudahkan ,kenapa perlu halang dan takut.dah terbukti,yg nikah time study even muda tp berjaya.,tp mksudnya nikah sblumm trjadi bnda2 (cnth dh pregnant)..so...i agree..
as a woman..thats mean laki tu nk menjaga maruah wanita tersebut.bg parents yg tak bagi,xtawu la nk kate pe..

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template