Showing posts with label ceritaceriti. Show all posts
Showing posts with label ceritaceriti. Show all posts

15 July 2010

Cerita Tentang Maybank

Hari ini mengembara ke Kuala Terengganu dengan motosikal hingga cramp tangan memandu 120 km/j sejauh 90 km. Niat di hati mencari Money Changer, tetapi Money Changer juga telah penuh stok, dan hanya terima USD 500. Abang itu sungguh baik kerana dia mengambil duit yang buruk dan berconteng. Katanya, bank selalunya tidak mengambil duit tersebut.

Setelah menukar USD 500 lagi di Bank RHB, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba Maybank sebelum pulang. CIMB, Public Bank, AmBank, Hong Leong; semuanya tidak menerima USD kerana kuota telah penuh. Money Changer yang lain, saya tidak kenal letaknya di mana. Berada di Pusat Bandar, saya berpusing-pusing di tempat yang sama kerana tidak kenal jalan XD.

Maka, berikut kisah di Maybank.

Seorang adik yang comel bernama Apis menuju ke kaunter setelah nombornya dipanggil.

Adik Apis Comel: Saya nak tukar Dollar, boleh tak?

Pakcik Bank: Meh nak tengok.

Adik Apis Comel menyerahkan USD 1000 kepada Pakcik Bank.

Pakcik Bank: Berapa nak tukar?
(Sambil membelek-belek USD 1000 lalu menanda dengan sebatang pen khas)

Adik Apis Comel: Kat situ ada USD 1000 tapi kalu buleh tukar USD 500 je pun takpe.

Pakcik Bank: Memang ada USD 1000. Berapa nak tukar sebenarnya ni?

Adik Apis Comel: Semua boleh?

Pakcik Bank: Boleh, sape kate tak boleh? Tunggu jap ye.

Biasanya bank hanya ambil USD 300. Disebabkan itu, selalunya saya bertanya sebelum membuat penukaran di bank, berapa maksimum yang mereka boleh ambil. Sebagai contoh, Bank Islam hanya mengambil USD 300 sehari. Maka, sangat mengujakan apabila Maybank mengambil semua baki USD 1000 yang tinggal (Saya hanya membawa USD 2000). USD 1350 (~RM 4000) masih disimpan di rumah untuk minggu depan. =P

Walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran, akhirnya urusan duit berjaya diselesaikan. Membuat akaun Maybank juga agak mencabar. Terpaksa ke Paka untuk membuat akaun baru. Memandangkan bank tersebut baru dibuka, sistemnya agak kelam kabut dan pegawai bertugas sangat sedikit. Kemudian meronda sekitar bandar Dungun mencari ATM Maybank. Dulu pernah ternampak papan tanda kuning berlogo harimau, tetapi lupa di mana.

Sekarang semua urusan pengeluaran (Bawah RM 3000) dan deposit diuruskan mesin. Nasib baik bank masih mempunyai fungsi lain, kalau tidak mungkin sukar mencari kerja di bank =P. Di Dungun cuma ada ATM untuk pengeluaran dan deposit. Itu pun tersorok di dalam Caltex.


Sila menderma ke dalam akaun di atas =P


Kebanyakan bank kini sudah mempunyai fungsi Online Banking. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana fungsi tersebut boleh digunakan. Sewaktu memohon akaun Maybank, secara automatik kad yang saya terima adalah kad Visa Debit. Sepatutnya boleh digunakan dengan Paypal, tapi belum lagi mencuba fungsi yang ada. Urusan Online yang dibuat juga memerlukan TAC (Transaction Authorisation Code) yang dihantar ke telefon bimbit setiap kali urusniaga dibuat, tetapi kalau saya berada di luar negara, bagaimana hendak menerima kod tersebut? Mungkin ada fungsi lain yang saya belum cuba. Fungsi kad Debit juga saya tidak pernah cuba di supermarket, samada perlu diaktifkan terlebih dahulu atau tidak. Sekiranya anda tahu jawapan persoalan-persoalan tersebut, sudikanlah komen. =)

Misi seterusnya: Menghabiskan duit dalam bank =P. Sony HDR-XR550E dalam pemerhatian. Menurut review yang diterima, prestasinya agak memuaskan. 240GB hard-disk, merekod dengan kelajuan 24Mbps, menyokong format HD (AVCHD) dan SD (MPEG), serta dial button untuk manual configuration. Saya masih memilih Sony disebabkan sokongan HD dan SD, serta Night-Shot yang jarang terdapat pada kamkorder jenama lain. Dari segi keupayaan, Panasonic HDC-HS700 lebih hebat. Kualiti low-light lebih superior, optical zoom yang lebih tinggi dan lebih murah.

Yang paling penting, PERUBATANonline dan semua subdomain di bawahnya sudah mula beroperasi semula. Admin subdomain pasti gembira kerana boleh meneruskan update yang tertangguh. Blogger Perubatan juga pasti gembira kerana Komuniti dan Topsite sudah aktif kembali. Ditutup sayang, dibuka tak dimanfaatkan. Saya pun masih berbelah bagi untuk meneruskan perkhidmatan ini atau tidak. =(

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi dalam entry seterusnya.
Continue Reading

10 May 2010

Balance

Hari ini Ateh (adik nombo 3, adik-beradik nombo 4) chat melalui Facebook (nampaknya Yahoo Messenger sekarang ni sudah tidak berguna, xD) dan memberitahu apabila saya balik nanti bolehlah bawak dia jalan-jalan sebab dah ada motosikal di rumah (OK, family saya sangat miskin, maka selama ini memang tidak pernah ada motosikal di rumah sejak tahun 2000). Saya sangkakan ianya Good News.

Rupa-rupanya ada lagi sambungan Bad News; adik saya nombor 2 (adik beradik nombor 3) accident. Saya sangkakan cedera parah, rupanya biasa je. Hampeh, gaya ayat macam ada orang mati. Kalau setakat calar sikit, takyah la guna perkataan "accident". Haih~

Yang penting, saya akhirnya menelefon rumah setelah sebulan menangguhkan hasrat tersebut. Maka saya pun bergelak ketawa dengan Mak tentang adik; Motosikal itu baru berumur 3 hari, belum dibuang plastik, malah masih berbau kedai, sudah accident. Dasar anak tak hargai pemberian mak bapak. =P Mak mesti gelak dengan kesengalan saya.

Seperti biasa, Mak akan kata; belajar la betul-betul. Makan banyak sikit. Ayat ini saya sudah hafal sejak Tahun 1. Tapi kalau dengar dari Mak tidak pernah bosan. Satu lagi Exam booster untuk study di kala malas. =) Ha, dengar lagu tema AdaMaya di background masa telefon Mak. =P

Ni adik saya yang accident, beliau sangat sengal dan gile melebihi abangnya. Harap maklum. Muka kami sama tidak? =)



Hidup ini perlukan Karma untuk balance. Kan? =)

Jom, berusaha untuk berjaya.
Tahun ini mesti balik awal untuk kahwin.

p/s: Sudah habis telefon baru teringat hari ini Hari Ibu. =(

Continue Reading

19 March 2010

Konsert Antaradunia 2010



Walla~
Walaupun saya bukan seorang yang sikah @ thiqah @ teah @ tsiqah, tapi saya belum pernah pergi ke konsert. Namun begitu, acara tahunan Cairo University iaitu International Day mempunyai konsert mereka yang tersendiri. Disebabkan gagal menghadiri konsert di Faculty of Medicine, maka saya berkunjung ke Cairo University Main Campus untuk menyaksikan Konsert Antaradunia 2010.

Anda pasti merindui video-video terbaru daripada saya, maka saya dengan kejinya telah menyediakan 2 video untuk persembahan pelajar-pelajar Malaysia yang menggabungkan seni keras dan lembut. Kalau dalam komik Alam Perwira, terdapat kungfu keras dan kungfu lembut. Sama juga dengan persembahan mereka. Saksikan sendiri. Tahun ini berjaya menebus kekecewaan tahun lepas, di mana saya dengan rancaknya merakam mencari sudut yang terbaik, tapi setelah selesai persembahan; No no no no no~ Butang Record tidak ditekan! Terasa ingin menghentak kepala ke dinding. Sungguh sia-sia beraksi dan mengejangkan tangan selama setengah jam. ~X(




FULL VERSION
Resolution: 704x396
Download: Mediafire


Apa reaksi anda setelah melihat persembahan ini? Siapa kata lelaki itu keras? Kelenturan dan kelembutan itu boleh dilatih. kalau lelaki Malaysia boleh membuat persembahan sebegini, apatah lagi perempuan Malaysia yang terkenal dengan kelemah lembutan, pastinya lebih meliuk lentuk. Apakan daya, demi menarik perhatian lelaki Arab yang gay, lelaki Melayu terpaksa dipergunakan. Anak-anak persembahan, jom buat tarian Super Junior - It's You pula selepas ini. =P

Image and video hosting by TinyPic


Ini dia artis-artis Vietnam kita yang membuat pertunjukan fesyen serta persembahan tadi. Walaupun kecewa kerana tiada wakil dari Korea, Vietnam pun jadilah. Asalkan Asia! Mereka masih lagi pelajar, tapi pada hari ini bertukar kepada artis yang popular di kalangan fanboy-fanboy Malaysia. Identiti seorang lagi manusia terpaksa dirahsiakan kerana beliau merupakan seorang yang berpengaruh di arena politik PERUBATAN. Sebagaimana Pak Lah dikeji maki kerana Michelle Yeoh, maka kita tidak ingin beliau menjadi seperti demikian dan terpaksa dirahsiakan. Nanti saya ditangkap masuk ke ISA. XD

Sebenarnya bukan konsert pun, tapi persembahan Cultural Day yang dipenuhi lagu dan tarian menyebabkan saya terfikir; Tidak ada benda lainkah untuk dijadikan Culture? Haha.

Kadang-kadang tertanya-tanya kenapa manusia suka pergi ke konsert sedangkan kedudukan di belakang langsung tidak nampak pentas, ditambah dengan hiruk-pikuk manusia yang histeria dengan artis kegemaran masing-masing, maka apakah yang menjadi daya tarikan kepada manusia-manusia sebegini untuk ke konsert? Satu persoalan yang saya tidak boleh jawab, tapi pengalaman ke Cairo University ini sedikit sebanyak memberikan gambaran. Agaknya kemeriahan inilah yang menghidupkan suasana?

Penghargaan buat Anisah Shamilah untuk shot video dari sudut sebelah kiri dewan. Sesekali bermain dengan video seronok juga. Lain kali kita buat lagi neh. =)
Yang menghairankan adalah saya tidak ingat muka budak tersebut walaupun mengambil camcorder secara terus daripada beliau XD. Penyakit Alzheimer makin menjadi-jadi, gagal mengenalpasti keadaan dan manusia di sekeliling. Maka buat sesiapa yang saya terlupa biodata mereka, sila jangan terasa. Saya sendiri terasa hati apabila saya gagal mengingat muka orang atau biodata mereka walaupun telah berkenalan 40 tahun. ;)

Masih banyak kerja perlu dibereskan. Jom selesaikan dalam minggu ini. =)
Continue Reading

14 March 2010

Terburu-buru Cemburu

Sayeda Zainab, 29 Februari – Seorang pelajar perubatan Mansurah terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan malam tadi. Ahmad Dicomarol, pelajar perubatan tahun tiga Universiti Mansurah meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazah arwah dibawa ke Hospital Kasr el-Ainy untuk bedah siasat. Punca dan sebab tragedi dikatakan kerana kemalangan. Pihak polis masih menahan beberapa pelajar untuk siasatan lanjut. –PERUBATAN-today





29 Februari, jam 2205

Kaki lima Syari’ Mubtadiyan kelihatan sibuk walaupun malam telah lama melabuhkan tirai. Dingin musim sejuk terasa hingga ke tulang, ditambah dengan angin malam yang menderu namun pejalan-pejalan kaki masih ramai berjalan kaki ke destinasi masing-masing, tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Kenderaan lalu lalang tidak putus-putus, dengan teriakan tremco dan hon-hon teksi. Syari' Mubtadiyan tersebut sememangnya jalan utama yang menjadi laluan tremco dan bas dari Sayeda Zainab terus ke Mounira dan Abu Risy.

Tiba-tiba kedengaran jeritan kecil, sebelum kaki lima Syari’ Mubtadiyan dibasahi darah pekat. Seorang lelaki terbaring menggelepar kesakitan, akhirnya kaku dalam kedinginan malam. Orang ramai berteriak, beramai-ramai memenuhi tempat kejadian umpama semut mengerumuni lipas mati. Beberapa Arab berbincang sesuatu sambil menuding jari ke atas. Seolah-olah memberitahu orang lain bahawa si mati jatuh dari atas bangunan itu. Terdongak-dongak makcik-makcik Arab mencari tempat jatuh si mati, sambil mengelak serpihan kaca lampu pendarfluor berhampiran si mati.

Jauh di tingkat atas, kelihatan seorang lelaki dan perempuan memandang ke bawah dari balkoni. Lelaki itu menoleh ke arah si perempuan, dengan tangan yang masih menggeletar.



29 Februari, jam 2135

Tyffa menekan punat telefon bimbitnya, mematikan talian. Dia berlunjur di dalam bilik, melegakan kepenatan yang dialami. Tiba-tiba loceng pintu rumahnya berbunyi, mengeluarkan suara burung. Bunyi yang biasa digunakan untuk rumah-rumah di Mesir.

Tyffa kehairanan. “Cepatnya dia datang. Baru 5 minit, dah sampai?”

Dia mengenakan tudung dan membuka pintu biliknya. Ruang tamu dibahagian depan gelap, bersama bilik-bilik lain yang tidak berpenghuni. Teman serumahnya belum pulang dari tuisyen subjek Matematik. Hanya biliknya sahaja yang agak tersorok ke belakang, berdekatan dengan dapur. Bilik lain berada di ruang depan.

Tyffa membuka pintu rumahnya. Kelihatan seorang lelaki Asia menanti dengan sejambak bunga di tangan. Tyffa tersenyum malu bercampur terkejut.

* * * * *
Nawfas mengenakan kasut Nice merahnya. Zalee yang melihatnya kehairanan.

“Kamu berhias di tengah malam kenapa? Mentang-mentang presiden, sibuk memanjang dengan mesyuarat.”

“Ada perempuan minta tolong baiki lampu, aku sebagai presiden yang berkaliber mestilah berusaha sedaya upaya untuk memenuhinya,” jelas Nawfas.

“Macamlah esok tak boleh baiki, tengah malam juga nak dibaiki. Perempuan memang menyusahkan,” balas Zalee sambil berlalu ke biliknya.

Nawfas tidak kisah. Yang penting, yang meminta pertolongannya adalah seorang perempuan comel bernama Tyffa. Sungguh gembira diberi peluang memberikan bantuan, dia tidak teragak-agak untuk menjawab “Ya” biarpun pada jam 1 pagi.

“Aku pergi dulu!” Jerit Nawfas. Dia menutup pintu dan menuruni tangga.

Rumahnya berdekatan dengan rumah Tyffa. Jika berjalan dengan pantas, cuma mengambil masa lebih kurang 5 minit.

Spontan matanya beralih ke arah kedai bunga di seberang jalan. Fikirannya menerawang membayangkan reaksi Tyffa kalau dia membeli bunga sebagai buah tangan sambil tersenyum seorang diri bagai orang gila seks.



29 Februari, jam 2015

Dicomarol membawa pinggan mangkuk keluar dari bilik 967 menuju ke tandas. Dewan Melayu Abbasiah Kaherah yang lebih dikenali dengan nama Asrama Rumah Anak Melayu sememangnya menempatkan pelajar di situ, lebih kepada konsep asrama. Tandas merupakan tempat yang istimewa untuk mencuci pinggan mangkuk selain bilik pantri.

Hari itu dia berkesempatan menghadiri jamuan kecil-kecilan bersama junior-junior dari sekolah lamanya yang baru tiba di Mesir. Sekurang-kurangnya pertemuan seperti itu boleh menghubungkan silaturrahim di samping bertukar-tukar cerita dan gosip sensasi. Tambahan pula, dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia, belum pernah walau sekali sepanjang 3 tahun belajar di Mesir.

Selesai mencuci pinggan mangkuk, dia meminta diri untuk pulang awal disebabkan dia belajar di Mansurah, bukannya Kaherah. Perjalanan pulang mungkin mengambil masa yang lama, ditambah pula dia perlu mengambil tremco di Mubarak, beberapa puluh minit perjalanan dari situ.

Melangkah keluar dari bangunan 40 tingkat itu, Dicomarol teringat sesuatu. Jam tangannya dilihat sekilas lalu, "Baru 8.40, ada masa lagi." Tiba-tiba dia tersenyum keji. Berlari-lari anak dia menuju ke jalan utama dan menahan sebuah teksi.



29 Februari, jam 2150

Tyffa membuka pintu rumahnya. Nawfas tersenyum di muka pintu. Tyffa teragak-agak untuk mempelawa Nawfas masuk.

“Maaf lambat, beli lampu sekejap,” Nawfas memulakan perbualan. DIa menunjukkan lampu pendarfluor panjang di tangannya. Tyffa mengangguk.

Ruang tamu rumah tersebut bergelap kerana lampunya terbakar. 15 minit yang lalu dia menelefon Nawfas untuk membaiki lampu tersebut. Entah kenapa dia terasa lampu tersebut perlu dibaiki secepat mungkin.

“Tyffa! Sini sekejap!”

Suara lelaki dari dalam rumah perempuan itu mengejutkan Nawfas. Mukanya berubah. Secara tiba-tiba dia mengesyaki sesuatu. Api cemburu menguasai fikirannya. Lampu pendarfluor diletak di atas lantai. Dia menolak pintu rumah dan terburu-buru masuk. Tyffa beralih ke tepi memberikan ruang. Wajahnya kaget.

Nawfas mencari-cari arah suara tadi, bahagian depan yang gelap menyukarkan penglihatannya. Pencahayaan yang ada cumalah cahaya dari luar yang masuk melalui pintu yang terbuka dan dari bilik Tyffa di hujung bahagian belakang. Akhirnya dia menyedari seseorang berada di balkoni rumah tersebut. Tyffa masih lagi kelu tidak tahu ayat yang sesuai untuk diucapkan. Hatinya bimbang situasi tersebut akan disalah tafsir.

Pantas Nawfas meluru melalui bilik dan tembus ke balkoni. Benar sangkaannya, seorang lelaki berdiri di situ di atas kerusi. Pandangan mereka berdua bertembung. Kemarahan Nawfas sukar dikawal lagi lalu dia menarik baju lelaki tersebut sambil menyuruhnya turun dari kerusi. Baginya, apa lagi yang dilakukan seorang lelaki dan perempuan di dalam rumah tersebut dalam gelap?

Setelah ditarik kasar, Dicomarol hilang keseimbangan. Tambahan pula, kerusi tempat dia berdiri bukan kerusi kayu, tetapi kerusi meja komputer. Balkoni yang kecil itu tidak mempunyai ruang yang cukup untuk dia berpaut. Akhirnya dia jatuh melepasi penghadang.

Nawfas tergamam. Tyffa menjerit lalu meluru ke sisi balkoni. Mereka berdua memandang ke bawah. Dicomarol sudah berada di kaki lima, dikerumuni orang ramai. Nawfas yang tersedar daripada kemarahannya menggeletar. Tyffa sudah mula pucat dan teresak-esak mengalirkan air mata.



29 Februari, jam 2140

Tyffa membuka pintu rumahnya. Kelihatan seorang lelaki Asia menanti dengan sejambak bunga di tangan. Tyffa tersenyum malu bercampur terkejut.

“Surprise!” ujar lelaki tersebut. Dia menghulurkan bunga ros 11 kuntum kepada Tyffa.

“Tyffa mesti tak sangka saya datang kan?” Dicomarol bertanya dengan gaya gedik. Perempuan di hadapannya mengangguk. Dia tertanya-tanya bagaimana Dicomarol boleh tiba di rumahnya pada malam itu.

“Hari ini ada pertemuan dengan kawan-kawan di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah. Jadi, saya rasa tak salah membuat kejutan sekejap untuk teman perempuan saya. Jam 11 masih ada tremco ke Mansurah kan?” Dicomarol menyambung. Tyffa merasa terharu. Bunga di tangannya dihidu. Wangi.

"Kenapa tak telefon dulu?" Soal Tyffa. Dia menyandar di sisi pintu.

"Kalau telefon, di mana keterujaan surprise tersebut?" Jawab Dicomarol. Mereka tergelak.

“Eh, kenapa bergelap? Orang lain tidak ada di rumah ke?” soal Dicomarol. Dia perasan ruang tamu rumah tersebut bergelap. Lebih menghairankan adalah bilik lain turut sama bergelap. Tyffa membuka pintu luas sambil menjelaskan lampu ruang tamu yang terbakar.

“Balkoni ada lampu pendarfluor, tapi tidak digunakan. Tak tahu kenapa Arab pasang lampu di balkoni. Memang mereka tiada kerja ataupun lampu itu bertujuan untuk digunakan sewaktu menjemur baju di ampaian pada waktu malam,” beritahu Tyffa sambil ketawa. Dicomarol melangkah masuk setelah ditunjukkan oleh Tyffa kedudukan balkoni tersebut. Perempuan itu sudah terlupa Nawfas yang dihubunginya tadi setelah teman lelakinya menawarkan diri untuk membantu.

“Maka, kita tukar lampu ini dengan lampu ruang tamu. Boleh?” Soalan lelaki itu tidak dijawab. Sebaliknya Tyffa mencadangkan Dicomarol mencuba saiz lampu tersebut terlebih dahulu. Dicomarol menarik kerusi meja komputer sebelum dihalang oleh Tyffa.

“Bahaya, nanti jatuh.” Tyffa tidak setuju Dicomarol menggunakan kerusi tersebut. Dia melangkah keluar dari bilik untuk mengambil kerusi lain. Waktu itu, loceng rumahnya berbunyi sekali lagi.



1 Mac, jam 1200

Nawfas masih berteleku di sisi kubur Dicomarol. Jenazah Dicomarol dikebumikan pagi tadi dan beliau tidak disabitkan dengan apa-apa dakwaan. Walaupun tragedi itu adalah kemalangan disebabkan sikapnya yang terburu-buru, namun dia tetap menyalahkan dirinya sendiri.

Kadang-kadang cemburu menyebabkan manusia tidak berfikiran rasional. Sedangkan kalau Dicomarol tidak berada di situ dan dia yang membaiki lampu, situasi yang sama tetap berlaku; seorang lelaki bersama dengan seorang perempuan di dalam satu rumah yang tertutup.

Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.



Cerita ini hanya rekaan. Tidak ada sebarang kaitan dengan yang telah hidup atau yang masih meninggal dunia. Semua nama manusia dan tempat adalah rekaan semata-mata, tidak semestinya wujud di bumi Mesir ini.

Nota:
Al Fatihah buat arwah Ahmad Sarhan Ahmad Khan yang meninggal dunia pada 11 Mac lalu. Klik untuk berita lanjut dan kenyataan rasmi.

Cerita ini diilhamkan daripada tragedi, persamaan yang disengajakan mungkin hanya pada keratan berita di atas sekali. Selain daripada itu, segalanya hanyalah rekaan. Sebarang keji makian amatlah dialu-alukan.

Pengajaran cerita ini:
1. Lelaki janganlah bertandang ke rumah perempuan di waktu malam. Walaupun perempuan tersebut adalah awek anda.
2. Perempuan pula janganlah mengajak lelaki ke rumah di waktu malam. Lebih-lebih lagi apabila anda berseorangan. Walaupun lelaki tersebut adalah presiden yang terkenal dengan kealimannya.
3. Sila ber-couple secara Islamik. Jika tidak, sila menjadi gay.
4. Kesabaran itu sangat penting dalam semua perkara. Jangan-terburu-buru cemburu.


p/s: Cerita ini lebih 350 perkataan dan kurang 1000 perkataan. Bolehkah dihantar ke pertandingan The Zikr atau Medicophilic Week? XD
Continue Reading

28 November 2009

Action Movie

Anda semua pernah tengok filem Inggeris?
Mesti pernah. Terutama yang banyak aksi. Letupan di sana sini. Terbakar dengan sound effect yang menggegarkan suasana. Kemalangan kereta terbang-terbang remuk hancur. Semua itu pasti mengujakan anda.

Tapi pernahkah anda menyaksikan kemalangan berlaku di depan mata anda secara dekat? Ia pasti menjadi satu pengalaman yang lebih mengujakan.



Sejujurnya saya memang kaku walaupun dalam fikiran saya pada waktu itu ada 2 perkara:
1. Tahan kereta yang lalu lalang.
2. Bawak makcik itu ke tepi.

Tapi dengan keadaan trafik yang tidak mengizinkan, dan sebenarnya Arab yang lain sudah mula berkerumun, saya batalkan keterujaan itu. (Kononnya)

Padahal saya tergamam tak tahu nak buat apa pada masa tersebut, ditambah dengan bas nombor 136 ke Kasr EL Ainy cuma beberapa saat sahaja tiba selepas kawannya memapah makcik ke tepi, maka saya sebenarnya meletakkan kepentingan peribadi di depan. Sedangkan dalam masa 10 saat terawal, saya mungkin boleh melakukan sesuatu untuk membantu.

Ataupun sebenarnya saya masih lagi shocked dengan peristiwa tersebut. Melihat filem aksi yang ganas-ganas mungkin biasa, tapi jika seorang makcik dilanggar di hadapan anda, melambung 10 meter ke hadapan dengan cermin yang pecah dan bunyi yang real theatre, mungkin anda juga seperti saya. Kaku dan kelu. SIlap-silap menjerit histeria. Tambahan lagi, ianya kali pertama.

Kesimpulannya, kemalangan sangat mengujakan. Boleh berlaku bila-bila masa, pada siapa-siapa, di mana-mana. Maka bersedialah dengan kemalangan. Samada bersedia untuk melanggar, bersedia untuk dilanggar, ataupun bersedia untuk melihat pelanggaran.

Pengalaman hari ini membuatkan saya terasa ingin berada di tempat kejadian. Sepertimana satu quote daripada Code Blue: Tempat kejadian adalah di mana anda mencari erti sebenar menjadi Emergency Doctor.

p/s: takleh tido apabila teringat. haha. =P padahal xleh tdo kalu x tulis lam blog.

Continue Reading

08 September 2009

Munno and His Three Disciples

*Post kali ini menggunakan nama-nama dari Queen Seon Duk disebabkan ada orang tak suka nama mereka digunakan. Tambahan pula, tiada watak perempuan dalam kisah ini jadi tak best untuk bergosip*

Alkisahnya di zaman pemerintahan Maharani Seon Duk di negara Shilla, ada seorang tuk guru yang hebat. Tuk guru ini bernama Munno. Beliau mempunyai 3 orang anak murid; Yushin, Bidam dan Archeon.

Satu hari di bulan puasa, mereka berempat ingin makan Megi sebagai juadah berbuka puasa lantaran ketiadaan duit dan harga Megi yang murah. Sebelum ini memang mereka jarang membeli Megi disebabkan ianya tidak berkhasiat, tapi sekali sekala apa salahnya. Maka Yushin ditugaskan membeli Megi tersebut.



Setelah Yushin pulang, Munno menyuruh anak-anak muridnya memasak Megi tersebut. Yushi pun memanaskan air untuk memasak Megi. Bidam yang ternampak perbuatan Yushin bertanya, "Kenapa kamu masak air dulu? Tumis bawang dulu. Baru sedap."

Yushin menjelaskan bahawa dia mengikut arahan di belakang pek Megi tersebut. Archeon pula hanya memerhati. Bidam merajuk dan memarahi Yushin kerana tidak menumis bawang terlebih dahulu sedangkan itulah yang dipelajari dari ibunya dulu.

"Tumis bawang dulu, baru sedap. Mak aku yang kata."

"Eh, ikut arahan laa, baru Megi tuh jadi sedap. Ko jangan nak pandai-pandai tambah benda baru dalam masak Megi."

Dan begitulah berlarutan pergaduhan mereka kerana dua-dua tidak ingin mengalah. Maka Munno memanggil anak-anak muridnya itu ke depan rumah. Dia bertanya, "Apakah yang kamu gaduhkan?"

Lalu Yushin serta Bidam bergilir-gilir menceritakan pertikaian mereka. Munno hanya senyum. Dia pun mengambil 3 pek Megi dan memberikan kepada tiap-tiap anak muridnya.

"Masak Megi ini mengikut apa yang kamu tahu dan yakin serta amal. Kemudian bawakan kepadaku."

Ketiga-tiga mereka ke dapur dan memasak Megi dalam periuk masing-masing. Maka berasaplah dapur tersebut dengan 3 orang anak jantan di dalamnya.

Bidam mengejek Yushin kerana tidak tahu memasak Megi, manakala Yushin pula mengejek Bidam kerana memasak ikut suka hati. "Entah jadi atau tidak," kata Yushin.

Setelah siap, ketiga-tiga mereka mempersembahkan Megi masing-masing kepada guru mereka. Ketiga-tiganya berbeza sama sekali. Munno menyuruh tiap-tiap mereka memberitahu bagaimana mereka membuat Megi mereka.

Lalu Bidam memulakan cerita, "Saya belajar resepi ini daripada Mak saya. Ternyata resepi ini amat sedap. Mula-mula kita tumiskan bawang, masukkan air dan rempah. Kemudian baru masukkan mee. Memang umph!"

Yushin mengambil giliran selepas Bidam, "Saya mengikut arahan pada pek tersebut. Mula-mula panaskan air hingga mendidih. Kemudian masukkan mee, last sekali baru rempah. Memandangkan resepi ini direct daripada pembuat Megi, ini pasti akan mengekalkan keaslian dan kesegarannya."

"Saya panaskan air hingga mendidih, masuk dalam mangkuk. Letak rempah, kacau hingga larut. Kemudian masukkan Megi. Tutup dan tunggu sampai megi tersebut kembang sikit." Archeon pula bercerita. Cara ini adalah amat biasa dipraktikkan oleh budak-budak di sekolah berasrama.

Munno menyuruh ketiga-tiga anak muridnya merasa Megi sahabat-sahabat mereka. Kemudian dia bertanya kembali kepada anak-anak muridnya.

"Adakah semua Megi ini boleh dimakan?"
"Ya," jawab mereka bertiga serentak.

"Megi siapa yang paling tak sedap?"
"Megi Archeon!" Yushin dan Bidam serentak menunjuk ke arah Archeon. Dia tertunduk malu.

"Megi Yushin dan Bidam, adakah rasanya berbeza?"
"Ya."

"Tapi adakah ia boleh dimakan?"
"Ya, boleh. Cuma rasanya agak lain," ujar Yushin.

Munno cuma tersenyum. "Masak Megi ada banyak cara, tapi semuanya menjadi Megi akhirnya. Takde satu pun yang beracun kan?" Anak-anak muridnya mengangguk.

"Megi Bidam memang sedap, tapi kalau terlebih air tak mungkin dapat dibuang. Tunggu je laa air tu kering. Megi Yushin pula, kalau terlebih air boleh buang dulu sebab rempah belum dimasukkan. Tapi cara Yushin rasa bawang agak pekat berbanding Bidam. Kesimpulannya masing-masing ada pro dan kontra."

"Cara Archeon pula langsung tak boleh masak Megi atau letak bawang dan telur. Memang tak memuaskan hati, tapi sesuai kalau malas masak dan inginkan sesuatu yang simple." Panjang penerangan Munno.

"Tak semestinya apa yang dipelajari Bidam daripada ibunya adalah salah. Masa Megi mula-mula dipasarkan, orang memang tengok arahan pada pek. Tapi lama kelamaan, resepi tersebut diubah berdasarkan amalan memasak kaum ibu serta pengetahuan mereka yang mendalam dalam masakan. Ikut cara ibu masak, tetap mengikut resepi asal Megi pada pek. Tak merbahaya pun kan?" Bidam tersengih melihat Yushin.

"Kita hidup bermasyarakat kena saling tolong-menolong. Kalau semua orang inginkan resepi Megi mereka, maka sila pulang ke rumah dan masak sendiri. Kita makan apa yang orang masak. Yang penting, Megi tersebut 'menjadi', tak beracun serta enak dimakan. Nak tunggu kamu berdua gaduh pasal resepi Megi, nescaya kalau kita ada tetamu sekarang, tak berbuka puasalah beliau." Munno menepuk bahu Yushin dan Bidam.

Kemudian azan pun berkumandang.

"Dah. Jom kita makan. Dah azan." Munno duduk bersila bersama anak muridnya.

"Cikgu pula, bagaimana cara masak Megi yang Cikgu prefer?" soal Archeon.

"Cikgu ada resepi sendiri. Tapi bila dengan kamu, Cikgu boleh makan semuanya. Hehe" Jawab Munno.

Dan puasa hari itu berakhir dengan keempat-empat mereka hanya makan Megi Sup Punggung. Memang lazat.



Disclaimer; Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih mati atau yang telah hidup. Nama-nama yang digunakan adalah fiksyen semata-mata.

Continue Reading

15 July 2009

Kerana Semangkuk Bubur

Hari itu makan bubur tawar, maka dapat idea untuk tulis cerita nih. Tak reti elaborate so banyak kekurangan. Sesape yang rajin jenguk iLI pasti perasan banyak point diceduk dari thread-thread kat sana. Layan je la ekk. =)

==============================

"Kalau kau boleh pilih salah seorang daripada batch kita untuk dijadikan isteri, siapa yang akan kau pilih?" Spontan soalan itu terluah. Damak tergelak.


"Kenapa? Kau nak kahwin ke?" Adam menggeleng.

"Habis?"

"Saja. Nak tahu pendapat kau tentang ciri-ciri seorang bakal isteri."

"Memang sah kau ni buang tebiat," Damak tersenyum-senyum.

Mereka berdua baru sahaja selesai kuliah Fisiologi. Ruang 2 jam yang ada sebelum kuliah subjek seterusnya dimanfaatkan untuk sarapan walaupun jam sudah menghampiri pukul 10 pagi. Di meja makan tersebut hanya mereka berdua.

"Okey, aku jawab." Damak akhirnya mengalah.

"Siapa?" Pantas Adam mengajukan soalannya semula. Wajah Damak dipandang tepat.

"Kau jangan nak buat gosip pulak. Ni contoh je. Menjawab persoalan, bak kata orang." Damak meletakkan syarat.

"Okey, takde masalah. Manalah tahu calon kau sama dengan pilihan aku, sekarang jugak aku pegi melamar," ujar Adam sambil ketawa.

"Kalau dari batch kita, tak banyak choice. So aku akan pilih Radin Rahmah."

Pelajar perubatan Malaysia tahun empat di Universiti Nil itu tidak ramai. Cuma dalam lingkungan 100 orang. Separuh adalah lelaki, menjadikan pilihan pelajar perempuan untuk dipilih Damak cuma 50 orang. Dan Radin Rahmah menjadi pilihannya.

"Sebab?" Soal Adam selanjutnya.

"Ya lah. Dia kan cantik, kuat agama, lemah lembut, sopan santun, bak kata kawan kita Ikmal, ada kelass," jawab Damak selamba sambil menggayakan watak Ikmal dalam filem Syurga Cinta. Adam tergelak lagi.

"Kiranya pilihan kau mesti ada ciri-ciri tu la ek?" Damak mengangguk lagi. Kusyari di hadapannya sudah tinggal separuh.

"Kalau semua orang nak yang cantik, kuat agama macam kau nih, kesian laa perempuan di luar sana yang buruk. Takde orang nak buat calon. Dah la buruk, minah bohsia pulak tuh," luah Adam.

"Habis, kau berani?" Cabar Damak.

"Lelaki, kalau suka berfoya-foya pun, nak kahwin mesti cari yang baik punya," sambungnya lagi.

"Kononnya."

"86.48% lelaki macam tuh," Damak melontarkan nombor secara rambang. Kemudian tergelak kecil.

"Ustaz aku dulu pesan, nak cari isteri, cari yang cantik."

"Walaupun akhlak buruk?" Soal Damak.

"Ya." Adam menjawab sepatah.

"Nak tahu sebab apa?" Soal Adam selanjutnya. Damak menceduk kusyari sebelum menggangguk ingin tahu.

"Walaupun masa muda cantik, bila dah tua mesti kerepot kan?" Tanya Adam.

"Kalau ambik isteri cantik masa muda, masa tua nanti, sekurangnya dah menikmati kecantikan masa muda. Kalau masa kahwin dah huduh, sampai mati kau sabar dengan kehodohannya tuh," Adam tergelak besar. Damak pun sama.

"Habis, pehal pulak akhlak diabaikan?" Tanya Damak setelah ketawanya reda.

"Akhlak boleh diubah, muka kau mekap camne pun, tetap huduh," Adam gelak lagi.

"Sebenarnya ustaz aku gurau je tuh. Ciptaan Allah semuanya cantik, lawa. Cuma berbea dari sudut pandang manusia. Bak kata Pemenang, cantik itu subjektif." Syawerma di tangannya dihabiskan.

"Tapi dalam gurauan dia tu ada betulnya juga. Samada kita berani atau tak menyahut cabaran mengubah seorang perempuan."

"Kalau kau, confirm tak boleh. Cepat cair ngan perempuan comel. Dia panggil abang sikit, terus tak jadi nak tegur, haha." Gurau Damak.

"Tahu takpe," Adam hanya tersenyum. Dia memerhatikan pelajar-pelajar Arab di hadapannya yang sedang seronok berbual.

"Cumanya kalau kau nak yang cantik, kuat agama, lemah lembut, kau tu layak ke dapat jenis macam tu?"

"Tak salah berharap kan?" Damak tersengih.

"Impian tak salah, tapi kena usaha juga. Mencari jodoh tak semestinya terhegeh-hegeh pergi mengorat. Ciri-ciri kau sebagai suami tu dah cukup ke belum. Orang kata, biar sekufu, biar ada kelass sama," hujah Adam.

"Seronok sembang," tegur satu suara dari belakang. Bahu Adam ditepuk. Sebungkus plastik berisi tupperware diletak di atas meja.

"Eh, kau Bebe. Dari mana?" Soal Damak. Bebe mengambil tempat di hadapan mereka berdua. Peluh di dahi dikesat dengan tisu di atas meja.

"Dari kuliah laa. Dari mana lagi? Ingat aku ponteng kuliah ke apa?"

"Tetiba je muncul. Ni apa?" Adam membuka ikatan plastik di hadapannya. Tupperware dikeluarkan.

"Wah, bubur kacang. Kau masak eyh?"

"Takde ah. Akhawat yang masak. Kan ada parent yang datang sini, so diorang masak bubur. Entah ape mimpi diorang, banyak yang lebih, diberinya kat aku. Mentang-mentang aku hensem," jelas Bebe.

Damak mengambil sudu lalu menjamah sedikit.

"Hampeh, dah lah cair, tawar plak tuh. Patut laa dia bagi kat kau Bebe." Dia meneguk air masak di dalam gelas.

"Kalau tahu sape buat nih, aku terus rijek jadi bini," sambung Damak. Kusyari yang berbaki dicapai kembali.

"Radin Rahmah yang buat. Pergi komplen kat dia," jawab Bebe selamba sambil merampas syawerma dari tangan Adam.

Damak tersedak. Adam hanya gelak.

Nama yang digunakan dalam cerpen-SPM-tidak-lebih-350-patah-perkataan ini adalah digunakan atas dasar komuniti. Tiada langsung kaitan dengan yang masih mati atau yang telah hidup.

============================

Result telah keluar! Yay, Alhamdulillah kerana hanya tinggal satu subjek lagi untuk berjuang habis-habisan iaitu Anatomy. Kali ini mesti naik tahun tiga. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah kerana Physio dan Histo keduanya lulus secara Syafaat.

Jom berjuang untuk Dur Ta- err Dur Rab'ie.

=) And this song for you, my love. Told you we'll spend this summer together. Haha.

__^*I Like You - Black Pearl*^__
4Shared


Continue Reading

19 June 2009

Book of Dream

"Saya tahu Tuan Puteri cintakan saya, dan Tuan Puteri tahu saya juga cintakan Tuan Puteri. Tapi bercinta tidak semestinya bersama, menyintai bukan bererti memiliki. Kita tak mungkin bersama, apatah lagi untuk saling melengkapi."

Ini bukan cerita Korea atau Hindustan. Seringkali hero dan heroin menderita kerana tidak dapat bersama. Malah orang di sekeliling juga turut sama menerima tempias kerana kesedihan mereka. Selalunya kita pasti berkata biarkanlah mereka bersama, tiada siapa bakal menderita.

Namun benarkah cinta bererti bahagia?

Satu lagi cerpen karutan di kala boring disulami pengaruh cerita korea, kungfu dan teater klasik Melayu. Belum bertajuk maka kalau ada cadangan, sila kemukakan. Haha.

Tapi untuk memberi cadangan tajuk, kenalah baca sampai habis dulu kan?

Update seterusnya HANYA di A Dream And Myth.

Jangan expect sangat cerpen ini siap, atau di-publish. Kerana ditulis hanya sekadar imaginasi saya digabung dengan karutan-karutan kanak-kanak di sekeliling. Kemudian disimpan dalam komputer dalam bentuk idea sahaja. Editing perlu dibuat sebelum disiarkan untuk mengelakkan unsur lawak mengarut yang melampau.
Continue Reading

13 June 2009

Kami Perlukan Kredit.

Tengah hari semalam, buat pertama kalinya saya melawat sahabat-sahabat di hospital setelah 2 hari kemalangan berlaku. Maaf, saya memang tidak berkesempatan atau lebih tepat lagi; sengaja tidak menyempatkan diri. Khamis saya tertidur petang itu setelah solat jenazah Ammar.


Tiada apa yang perlu diceritakankerana saya yakin ramai yang melawat semalam.

Sewaktu melangkah masuk ke wad ICU tersebut, paling awal saya nampak adalah Eckm. zAlee terlebih dahulu menuju ke arah Aman, maka saya cuma mengikut.

Hanya memegang tangan Aman dan bertanya khabar, tidak tahu apa perlu dibicarakan. zAlee seperti biasa, dengan celotehnya. Mengeluarkan Al-Quran untuk Aman, seperti yang dipinta beliau, dan menerangkan beberapa barang lain di dalam beg.

Saya beralih ke arah Eckm. Tangan kiri beliau menggeliat, atau dalam bahasa mediknya; melakukan pergerakan supine-prone secara berulang, dan tangan beliau seperti Acchocheur's Hand. Kaki beliau dalam kedudukan mengangkang sambil menendang kecil. Sungguh, saya tidak sanggup melihat beliau.

Saya pegang hujung tangan beliau, tiba-tiba beliau seolah-olah ingin menggenggam tangan saya. Saya sambut dan balas genggaman beliau, genggaman beliau sangat kuat. Seolah-olah tidak mahu melepaskan. Saya pasti ada yang menyangka bahawa ini adalah refleks biasa, seumpama seorang bayi yang menggenggam tangan ibunya lantaran pyramidal tract belum terbentuk. Tapi saya tetap tersentuh.

"Eckm, cepatlah sedar, aku tahu kau kuat Eckm. Kita ada banyak lagi projek video nih. Mak kau dah sampai. Bangun eyh, aku tunggu kau," saya berbisik di telinga beliau. Pergerakan beliau terhenti. Genggaman kuat tadi hilang. Seolah ingin memberitahu dia mendengar, dia tahu saya di situ, tahu kita bersama dia.

Saya usap kepala beliau sebelum pergi. Tidak lama bersama Aman kerana tidak tahu apa ingin dikata. Ingin bertanya keadaan, serba salah. Bayangkan 100 manusia beratur di luar bilik anda, kemudian masuk seorang-seorang melihat dan bertanya "Apa khabar?", "Sakit tak?", "Kat mana sakit?" Saya tak rasa anda akan bersabar. Saya yang sihat pun boleh bengang, inikan pula mereka yang tengah sakit. Cukuplah sekadar mereka terasa kita bersama dan menitipkan kata semangat.

Usah ditambah penderitaan mereka. Usah ditanya lagi kisah lama. Biarlah cerita asal dan sebenar terus berkubur dalam memori mereka. Tidak perlu dan tidak penting. Sudah cukuplah cerita-cerita angin untuk menggambarkan kejadian tersebut. Those who has gone has gone, and we need to move on.

=)

Sementara itu saya sempat melihat beberapa blog bercerita mengenai Ammar. Kebaikan beliau dan banyak lagi cerita. Dan ada juga yang menyelitkan video saya. Lagu dan Berita. Sedikit terkilan apabila ada antara blog, malah perutusan rasmi sekolah dan persatuan tidak menyertakan Credit atau Sumber video.

Saya tidak kisah jika anda tidak mengambil video tersebut dari blog saya sekalipun. Sekurangnya Matan bersambung. Kerana itu saya tidak marah sangat BERNAMA hanya menyebut nama BKPPPM, kerana BKPPPM meletak Kredit kepada PERUBATANonline.

Lebih menjengkelkan, ID YM rasmi Biro Penerangan dan Penerbitan memforward mesej, tapi tidak disertakan sumber. Sungguh membengangkan. Langsung tidak tahu siapa yang mengkhabarkan berita untuk dipastikan kesahihan, ataupun sekurang-kurangnya menguatkan kesahihan sebaran. Menjengkelkan. Akhirnya saya membebel kepada Bawab ID YM tersebut hingga Timb Exco jeles. Sori ekk Radin Rahmah. Jangan jeles, nanti saya belanja eskrem.

Saya bukannya gilakan nama. Bukannya nama saya pun. Tapi sekurang-kurangnya hargai jasa orang lain. Video berita itu bukan saya yang pergi melapor, tapi saya download dan upload balik untuk kemudahan korang. Video lagu itu pun saya yang render dan masukkan lagu walaupun tak best sangat, biasa je. Tapi kalau saya boleh bersusah payah render, edit, potong, upload, kenapa anda tidak boleh memberi sedikit Kredit untuk Sumber asal. Lagipun saya upload video tersebut untuk kegunaan saya, khasnya. Tiba-tiba anda suka suki letak seolah-olah milik sendiri. Ini adalah adab sopan dalam menggunakan hakmilik orang lain. Sedikit kecewa dengan gejala ini.

Hari menangis telah berlalu pergi. Moga hari seterusnya terus ceria.
=)

Continue Reading

10 June 2009

Merentas Neraka, Untuk ke Syurga

Kisah ini hanya rekaan untuk hiburan, sambungan entry sebelum ini: Kekejian Demi Kebaikan.

Maka tersebutlah satu kisah di sebuah pulau bernama Pulau Malizia. Berpegang teguh dengan agama turun temurun, agama Intelek. Letaknya di tengah lautan, pantai memutih bersih. Malah cukup kaya dengan hasil galian dan tanaman. Dihubungkan pula pulau tersebut dengan Semenanjung Kuasa oleh Jambatan Raja-raja.

Jambatan Raja-raja merupakan penghubung utama Pulau Malizia dan Semenanjung Kuasa. Uniknya, Jambatan Raja-raja umpama sebuah laluan berdindingkan kota. Lengkap dengan pengawal dan segala macam polis.

Ingin dijadikan cerita, lantaran banyaknya sumber bumi dan mineral galian, datanglah segerombolan manusia berkulit putih, berjambang perang, dan berbangsa Omputih menyerang Pulau Malizia.

Diruntuhkan Jambatan Raja-raja. Bertempiaran lari manusia Jambatan Raja-raja ke Pulau Malizia. Yang hanyut ke Semenanjung Kuasa ditawan bangsa Omputih. Seberang sudah dikuasai, giliran pulau pula ditakluki.



Armada Omputih dikuasai Alphonse de Fullmetalkaki siap siaga merancang segala. Diserang rakyat Pulau Malizia. Tanpa sokongan dari Semenanjung Kuasa, Pulau Malizia jatuh lemah. Akhirnya tewas dirampas bangsa Omputih.

Habis mineral galian dan tanaman dirampas diangkut ke atas kapal besar bernama Jah Jahan. Diulang-alik dari Pulau ke Semenanjung Kuasa. Alphonse de Fullmetalkaki hanya ketawa melihat kejayaan merampas Pulau Malizia.

Lama kelamaan bekalan makanan semakin habis. Galian dan mineral habis dikaut. Pulau Malizia jatuh miskin. Kebuluran berleluasa. Pemberontakan di mana-mana. Rakyat Pulau malizia berpecah dua. Yang belot, pergi mengangkut galian untuk bangsa Omputih. Yang masih setia, bersabar memakan ubi batotis.

Lautnya indah tapi dikelilingi Jerung Putih dan Harimau Laut. Tiadalah mampu rakyat Pulau Malizia ke Semenanjung Kuasa mendapatkan sumber makanan dari seberang dengan bot atau berenang, semuanya bakal mati lemas atau dimakan pemangsa.

Akhirnya armada Omputih pulang bersama galian di dalam kapal besar Jah Jahan. Lantaran kesian kerana kebuluran, Alphonse bertindak kononnya baik. Beliau bina jambatan baru. Jambatan Sikramode.

Uniknya masih sama, dindingnya umpama kota. Cumanya kota itu diduduki penzina seksi. Rangka dari tulang anjing. Bertarkan daging babi. Pelacur murahan berkeliaran sana-sini. Lampu dari botol arak, signboard berlabelkan judi.

Diserahkan Jambatan Sikramode pada rakyat yang berjasa mengangkut mineral. Bergembiralah golongan pembelot Pulau Malizia. Dikawal ketat satu-satunya laluan Semenanjung Kuasa dan Pulau Malizia. Tapi kecewa kerana makanan asasi nasi sahaja dibenarkan masuk. Vitamin Akhlak disekat. Yang berbaki di sisi rakyat Pulau Malizia hanya Vitamin Budaya dan Vitamin Kahwin. Vitamin Cinta diimport tapi telah berubah komposisi kimia, Vitamin Couple. Rakyat semakin kebuluran, sesak keracunan kevitaminan.

Maka bangkit seorang pemuda dari golongan agama. "Kami golongan Pejuang Intelek Malizia akan pergi meredah Jambatan Sikramode ke Semenanjung Kuasa," laung mereka. Sebilangan alim-alim yang lain menggeleng kepala.

"Tuhan! Apakah itu kamu yang berkata-kata? Kamu dari Pejuang Intelek Malizia? Pemimpin tinggi lagi ilmuwan Pejuang Intelek Malizia? Kamu tahukan Jambatan Sikramode penuh maksiat! Menyentuhnya sahaja sudah haram! Udaranya tercemar najis babi dan anjing, suasananya penuh pelacuran!" laung satu suara dari belakang. Alim-alim yang tadi menggeleng-geleng kini mengangguk-angguk.

"Maka adakah kamu ingin terus hidup begini? Jika kita ke Semenanjung Kuasa, kita boleh mendapatkan bantuan," hujah pemuda pertama.

"Tuhan, Tuhan! Ingat Tuhan ya Akhi! Memijak jambatan itu sahaja umpama menjejak neraka! Apa Akhi tidak takut ke neraka?"

"Kami tidak sanggup melihat rakyat Pulau Malizia terus begini. Kita kekurangan Vitamin A! Malah muda-mudi diracun Vitamin C palsu. Sampai bila kita harus begini?"

"Bagaimana kalau Akhi kecundang di tengah jalan? Jambatan itu penuh dengan godaan nafsu yang mampu menggoncang iman kamu semua, wahai golongan Pejuang Intelek Malizia!" Lelaki di belakang masih cuba melarang.

Lelaki pertama terdiam. Tangannya digenggam, gigi digertap. Rasa pedih dengan kebenaran dan hakikat.

"Kita mesti hancurkan Jambatan Sikramode! Kita bina kembali Jambatan Raja-raja... Tidak, kita bina jambatan yang lebih agung, Jambatan Syawamurah sebagaimana zaman kegemilangan agama kita dahulu!" Lantang lelaki di belakang berkata-kata. Seperti yang dijangka dari seorang pemimpin Pejuang Pembebasan.

"Kamu benar, tapi bagaimana kita ingin membina Jambatan Syawamurah mulia itu? Semua bahannya berada di seberang, kita tidak punyai apa-apa di sini." Balas Pejuang Intelek Malizia.

"Kita wajiblah mengikut cara Pengasas agama Intelek kita, meminta izin ke Semenanjung Kuasa daripada pengawal Jambatan Sikramode. Aku yakin, jika kita ikhlas kerana Tuhan, maka Tuhan pasti membantu. Tapi bukan sekali-kali melalui Jambatan Sikramode yang bernoda itu."

"Adakah pengawal Jambatan Sikramode akan membantu kamu? Jika kamu tidak ingin melalui Jambatan Sikramode, maka bagaimana kamu ingin ke Semenanjung Kuasa?"

"Kita minta mereka sediakan kapal untuk kita berangkat, kita minta mereka sediakan kapal terbang untuk menyeberang."

Pemimpin Pejuang Intelek Malizia menggeleng-geleng. Keluhan kasar terkeluar. Mana mungkin Pembelot Bangsa akan menyediakan semua itu!

Perbincangan belum berpenghujung, mesyuarat golongan agama sudah berlangsung lebih 12 jam. Akhirnya pemimpin golongan Pejuang Intelek Malizia bangkit.

"Kami akan meredah Jambatan Sikramode. Kami akan tiba di Semenanjung Kuasa. Dan kami akan kembali dengan bantuan Semenanjung Kuasa. Kami akan robohkan Jambatan Sikramode dan bina Jambatan Syawamurah. Kami akan kembalikan hak asasi rakyat Pulau Malizia. Kami tidak akan biarkan anak-anak kami terus kekurangan vitamin sebegini." Golongan Pejuang Pembebasan Intelek menggeleng-geleng.

"Kamu sungguh tidak faham bahasa Malizia! Jambatan itu penuh noda. Pelacur seksi menampakkan lurah dan duit judi menggunung bakal menyesatkan kamu semua!"

"Jika ada di kalangan kami yang terpesong, terpikat masuk ke dinding kota yang dipenuhi maksiat pelacuran dan judi, maka kami akan tinggalkan mereka. Selagi masih ada seorang di antara kami bermatlamatkan Tuhan Agung, maka kami akan berjaya tiba di Semenanjung Kuasa. Kami akan berjaya menyelamatkan rakyat Pulau Malizia!" Tegas Pemimpin Pejuang Intelek Malizia bersuara.

"Matlamat tidak menghalalkan cara! Kamu telah sesat! Kamu akan ke neraka!" Laungan itu bergema di dewan mesyuarat.

"Biarkan kami sesat, kami takkan biarkan anak-anak kami sesat. Biar kami jatuh ke neraka, Kami takkan biarkan anak-anak kami menjejak neraka. Biar kami mati meredah jambatan, kami takkan biarkan anak-anak kami mati kurang vitamin. Ini janji Pejuang Intelek Malizia!" Ujar Pemimpin tersebut sambil berlalu keluar. Pejuang Pembebasan Intelek terpinga-pinga, terdiam kelu.

Pengikut-pengikut Pejuang Intelek Malizia membontoti Pemimpin mereka, menuju ke Jambatan Sikramode, memulakan pengembaraan merentas Neraka, untuk cuba ke Syurga.



Disclaimer: Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan mereka yang telah hidup, atau belum mati. Nama watak, tempat, agama, jambatan, golongan dan haiwan adalah imaginasi penulis, sebarang persamaan adalah kebetulan samada disengajakan atau tidak sengaja.

Continue Reading

17 May 2009

Kami Sayang Cikgu

Setelah menghiburkan diri dengan entry ISMA Si Gampang yang menggalakkan maksiat, kita layan entry nih pulak. Saya tahu hari ini 17 hb. Hari Guru semalam, tapi sengaja publish lewat, kekeke.

Semua orang post puisi Usman Awang - Guru O Guru. So saya malas nak post. Saya post mende lain.


Hari itu Cikgu ajar kami tajuk Alkohol.
Cikgu gembira bila HafizAdam tanya soalan.
Tapi Cikgu hairan sebab Radin dan Fathiyyah gelak-gelak kat belakang.
Cikgu tanya, "Kenapa gelak?" tapi mereka jawab, "Takde pape."
Masa buat eksperimen, Cikgu pergi ke meja mereka.
Cikgu kecewa nampak majalah Remaja.
Cikgu nak rampas, tapi Radin buat muka comel.
Akhirnya Fathiyyah mintak maaf, janji tak nak buat lagi.
Cikgu ambil majalah, simpan sampai tamat waktu sekolah.

Hari itu Hari Merentas Desa.
Cikgu jaga pintu pagar, mencatat rekod masa.
Tunggu punya tunggu, cikgu nampak pelari pertama hampir sampai.
Cikgu kenal Pemenang sebab Cikgu ajar dia.
Tapi muka dia macam dah tak semangat nak berjalan.
Cikgu bagi semangat, "Sikit je lagi!"
Bila Pemenang sampai garisan penamat, Pemenang rebah pengsan.
Cikgu panik tak reti nak buat apa.
Guru lain ramai tak datang, yang ada pun sibuk dengan urusan masing-maing.
Akhirnya Cikgu dukung Pemenang ke Urusetia.
Minum air dan ambil nombor.
Pemenang cuma sebut, "Cikgu, nombor satu!"

Hari itu Hari Kelas Tambahan.
Cikgu edar Nota Tambahan.
Cikgu kata Free, boleh claim dari pihak sekolah.
Tapi mata cikgu nampak jelas merah.
Sebab Cikgu taip sendiri nota untuk anak murid Cikgu.
Habis kelas, cikgu jumpa Nota cikgu atas lantai.
Cikgu ambil balik, letak atas meja.
Cikgu nak marah, tapi tak tahu nak marah sape.
Anak murid cikgu semua dah balik.

Hari itu Hari Peperiksaan.
Cikgu datang sekolah tengok anak murid cikgu.
15 minit peperiksaan mula, Ketua Pengawas tegur Cikgu.
Ada anak murid Cikgu tak masuk dewan.
Cikgu cemas sebab peperiksaan itu penting.
Cikgu berlari ke asrama, entah-entah tengah tidur kat sana.
2 tingkat Cikgu periksa, tapi tiada manusia.
Cikgu jenguk musolla.
Kosong.
Akhirnya Cikgu naik ke kelas.
5 tingkat Cikgu panjat.
Nampak anak murid Cikgu - Jackster tidur nyenyak mengigau.

Hari itu Hari Guru.
Tapi Cikgu takde kat sekolah.
Doktor kata Cikgu kena duduk diam kat hospital.
Nanti sakit Cikgu melarat.
Cikgu rindu anak murid Cikgu.
Cikgu nak melawa, ambil gambar ngan mereka.
Cikgu nak terima hadiah dari anak murid Cikgu.
Cikgu sedih tapi Cikgu senyum.
Sebab Cikgu tahu kami semua sayang Cikgu.

Greatest thanks: Teacher Salmi, Ustazah Maimumah, Ustaz Che Ku, Cikgu Bakar, Ustaz Ramli, Ustaz Syed, Cikgu Raina, Teacher Zaliha, Ustaz Yusof, Ustazah Wan Saba dan semua guru SMKA Tok Jiring.

In Memories: Ustaz Wan Nordin, semoga Allah merahmati roh beliau.

*takde idea nak menulis, macam stub je entry nih.

Guru Pembina Negara Bangsa
[Tema Hari Guru 2009]


__^*Lagu Rasmi - Guru Malaysia*^__
4Shared

__^*Lagu Tema - Guru Pembina Negara Bangsa*^__
4Shared


Special Thanks: Laman Web Rasmi Hari Guru - Kementerian Pendidikan





Continue Reading

10 May 2009

Hadiah Buat Ibu

*Sketsa pendek ini telah dipost di iLuvIslam dan dipublishkan di sini dengan sedikit editing.

Si Ibu mundar mandir di ruang tamu. Si Anak belum pulang. Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Tidak pernah Si Anak berbuat begini. Biasanya sebelum maghrib sudah melepak di depan TV menunggu waktu solat.

"Assalamualaikum, Si Anak dah balik..." Suara Si Anak memecah kesunyian. Bergegas Si Ibu ke muka pintu. Ingin dilempang-lempang anak terunanya.

"Kenapa muka mak pucat macam tu?" Soal Si Anak sambil memecat stokin. Kasut buruk Bata diletak di rak kasut.

"Dah pukul berapa ni? Si Anak pergi ke mana? Mak risau, tahu?" Si Ibu meluahkan kebimbangan.

"Hehe, cuba mak teka hari nih hari apa?" soal Si Anak.

"Main-main pulak. Hari ini hari Ahad. Kamu tuh, pergi ke mana dekat Isyak baru pulang?" SI Ibu masih dengan nada kerisauan. Si anak hanya tersenyum.

"Hari nih memang hari Ahad, tapi spesel punya. Teka laa," Si Anak masih berteka-teki. Si Ibu mengerutkan dahi.

"Kamu nih disampuk hantu jembalang mana? Tu laa, balik lewat lagi," Si Ibu membelek-belek muka Si Anak. Nada risau masih berbaki.

"Ish mak nih. Hari nih Ahad Kedua bulan Mei. Hari Ibu!" beritahu Si Anak. Si Ibu terkujat.

"Si Anak pergi mengambil hadiah untuk mak, sebab tuh lewat sikit," Si Anak tersenyum-senyum. Si Ibu masih blur.

"Mak nak hadiah tak?" sambung si anak. Si Ibu tersedar. Alangkah terharunya Si Ibu, Si Anak mengingati hari itu.

"Nak," jawab Si Ibu, perlahan. Persaan berbaur.

"Walau apa pun hadiah Si Anak bagi, mak jangan buang tau," pesan Si Anak.

"Ye, mak tak buang punye," kata Si Ibu. Anaknya memang baik. Setiap tahun ada hadiah.

"Mak mesti suka adiah anak mak nih," ujar Si Anak.

"Hadiah anak mak, semua mak suka," ucap Si Ibu. Hampir menangis.

Si Anak membuka pintu, keluar mendapatkan hadiah. Si Ibu sabar menunggu hadiah dari Si Anak.

Si Anak masuk kembali, tanpa apa-apa di tangan. Si Ibu kehairanan.

"Mana hadiah?" Ingin terkeluar soalan itu.

"Jeng jeng jeng!" sambil tangan Si Anak menunjuk ke arah pintu yang sedikit terbuka.



"Nih adiah untuk mak," katanya apabila seorang gadis muncul.

"Seorang menantu!" sambung Si Anak Lagi.

Si Ibu terkedu.

"Mak dah janji takkan buang, kekeke" pesan Si Anak sambil tersenyum kekejian. Rancangan mendapatkan persetujuan Si Ibu berhasil.

Si Ibu terduduk. Si Anak melompat kegembiraan. Si Awek tersipu-sipu. Sememangnya hadiah terbaik buat si ibu adalah seorang menantu yang comel.


Selamat Hari Ibu, buat Rosilawati bt Ramli.

Along dah lama tak dengar suara ma. Asyik sembang ngan kakak je. Nanti bila dah kaya along kol. Haha. Semoga sihat selalu.

*sketsa ini adalah rekaan semata-mata. idea asal: LeoKid.



Continue Reading

28 March 2009

Can I Call This, a Nightmare?

hafizadam: bace yg mudah2 sudah
senang paham
huhu


Hafiz menguap beberapa kali. Hari ini terasa sangat meletihkan. Jam menunjukkan 2355. Dia bercadang untuk tidur awal malam ini. Window Yahoo Messenger ditutup.

Video Converter pada skrin komputer ditatap. Baru 5% selesai. Estimated Time Left 7 hours 48 minutes. Video rakaman Kursus Pengenalan Islam 2 sesi petang sedang diconvert kepada AVI sebelum diedit mana yang patut. Sesi pagi mungkin akan diproses minggu depan.

Slot pada sesi petang diisi dengan Pengenalan Bait Muslim dan Jabatan Keselamatan Sosial Islam (JAKSI), kedua-duanya memakan masa lebih kurang 30 minit. Kemudian disambung dengan sesi Bahas Terbuka di bawah tajuk Keruntuhan Akhlak: Salah Siapa? Hafiz tersenyum mengingatkan sesi Bahas yang dipenuhi aksi melucukan daripada peserta.

Dia bingkas dari kerusi dan menuju ke katil. Lutut kiri masih terasa kebas. Dia terlanggar bumper kereta sewaktu pulang, betul-betul di atas patella. Lebam kebiruan muncul namun dibiarkan. Bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Lampu dipadam. Hafiz merebahkan diri dan menarik selimut biru tua. Akhirnya tenggelam dalam kegelapan malam.



"Wahai Hafiz Adam Azlan!"

Hafiz terjaga. Matanya memandang ke atas. Siling biliknya tampak kabur. Seumpama sedang mengalami efek Swirl dan Gaussian Blur. Sekali lagi suara itu bergema dalam kepalanya.

"Aku memanggil rohmu kembali kepada Tuhan-Mu Yang Maha Esa!"

Kakinya terasa kejang. Dia cuba bergerak. Tangannya cuba memaut sesuatu. Beg di sebelah cuba dicapai. Namun tidak bergerak.

"Ini cuma mimpi! Hafiz! Jaga! Bangun!" Fikirannya melontarkan sangkaan. Dia cuba menampar dirinya namun ia masih tidak bergerak. Tangannya kaku di sisi.

Dadanya terasa sakit. Hafiz mula panik. Sesuatu bergerak menuju ke halkumnya dari bawah. Merentap dan menyakitkan setiap anggota yang berada di laluannya. Torehan pisau? Tidak, ia lebih menyakitkan. Pandangannya masih kabur, berbalam balam kipas siling disimbahi cahaya luar, tembus dari tingkap biliknya.

"Adakah ini bukan mimpi? Hafiz, bangun! Jaga!" Dirinya terasa ingin menangis.

"Allah! Allah! La Ilaha Illallah" Kalimah suci itu diulang berkali-kali. Lidahnya kelu namun hatinya masih bersuara.

Kesakitan semakin terasa, dari dada akhirnya sampai di halkum. Badannya kejang, kaku tidak bergerak. Suara tadi makin bergema tapi tidak mampu ditafsir fikirannya.

Imbauan dosa silam berputar-putar. Masih belum meminta maaf. Masih belum bertaubat. Masih belum berganti. Masih belum dibayar.

"ALLAH~!"

Hafiz terjaga. Matanya masih memandang ke atas. Siling masih kebiruan disimbah cahaya malap dari luar. Kesakitan tadi hilang.

Mimpi?

Air mata terasa di kelopak mata, lantas dikesat dengan selimut. Dia bangkit dan duduk. Astaghfirullah. Istighfar diucap berkali-kali.

Mimpi?

Masih jelas lagi peristiwa tadi. Jantungnya masih terasa berlari kencang. Betapa takutnya dia ketika itu. Perlahan memeriksa henset di sebelah. Jam 0327. Tangannya terketar-ketar menyingkap selimut.

Menuju ke bilik air mengambil wudhu'.

===NOTES===
sekadar berkongsi pengalaman. maaf tak reti sangat menulis dengan jiwang. facebook kata saya seorang clairvoyant (nampak masa depan) maka bukan sekali saya mengalami peristiwa sebegini. dulu juga sering berlaku pengalaman mistik. rahsia roh dan kematian tiada siapa yang tahu, namun pengalaman boleh dijadikan iktibar untuk pengajaran.

amat menakjubkan bagaimana otak mampu mencipta mimpi sebegini. kajian menunjukkan mimpi adalah hasil daripada pengalaman lalu, tapi tidak pula saya ingat jika ia berkaitan dengan pengalaman lampau kecuali bahagian 'Imbauan Dosa Silam'. lebih menakjubkan lagi kerana latar siling dalam mimpi dan selepas terjaga adalah sama; berbalam kebiruan. sedangkan saya tidur meniarap, apabila terjaga posisi telah menjadi terlentang. kebetulan?

petikan YM di atas adalah dipetik dari Archive, saya tidur 5 minit sebelum anda reply untuk sama-sama tidur. sori neh.

sekian..


Continue Reading

13 February 2009

Qul Huallahu Ahad...

Perhatian: Ini bukan tazkirah. Entry ini dilabelkan di bawah Cerita. Untuk dilabelkan sebagai Karutan mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak. Terima kasih.


Pagi ini pagi Jumaat.

Semalam berakhir sudah Seminar PERUBATAN Kedua. Banyak kekurangan, kelemahan dirasai. Diri ini merasakan Seminar ini adalah the worst program I ever organized. Seribu ketidakpuasan menghantui diri. Namun segalanya telah berakhir, dan saya terima dengan pasrah. (ayat novel)

Semalam tertidur seawal pukul 8 malam. Pagi ini terjaga lagi. Sama seperti hari-hari lalu. Cuma berbeza waktu. Pukul 3.

Berbeza lagi kali ini. Saya solat dengan tenang. Setenang Kaherah di waktu pagi di musim sejuk. Isya' selesai, mengambil kesempatan di pagi Jumaat yang mulia. Solat hajat mohon dipermudah segala urusan. Ditenangkan segala permasalahan. Setenang hati ini di pagi ini.

Rakaat kedua al-Ikhlas dibaca 5 kali. Bacaan pertama seperti biasa. Bacaan kedua entah mengapa hati ini terasa. Bacaan seterusnya ditemani air mata. Tidak pernah diri ini seperti ini. Terkesan dengan Seminar? Atau sesekali Allah lontarkan rasa gerun dengan Pencipta?

Kalimah pendek dan mudah: Qul HuaLLAHu Ahad. Katakanlah Allah itu Esa. Namun gugur air mata. Tiada kesakitan dialami. Namun tetap gugur jua. Tiada tazkirah diterima, tapi ia tetap mengalir. (Perenggan ini macam sajak tapi selesai tulis baru perasan, so nasib lah ekk tak sedap).

Agaknya inilah rasa mereka yang apabila disebut nama Allah, bergetar hati mereka. Tidak, ini cuma sedikit dari apa yang mereka rasa. Dan ini ini cuma sementara berbanding mereka. Usai solat, hilang perasaan tadi. ALLAH cuma tunjukkan buat seketika.

Selesai satu cabaran, lebih banyak menanti untuk dihadapi. Bulan Februari sudah di pertengahan. Perancangan study masih di awangan. Moga ALLAH buka jalan yang mudah. Belajar dalam kesenangan, bekerja dalam kepuasan. Biarlah apa orang nak kata, saya tetap bekerja DEMI manusia.

[diubah dari Petikan Majlis Apresiasi]
Untuk apa mengambil perubatan?
Nama dan pangkat? Kesenangan dan kemewahan? Atau kerana redha Allah?
Kalau nama dan pangkat, nanti dibenci orang. Kalau kemewahan, baik jadi businessman.

KALAU kerana redha Allah, kenapa tak jadi Ustat? Sebarkan agamaNya.
Kenapa tak jadi Engineer? Allah tak redha Engineering ekk?
Kenapa perlu berhempas pulas memikirkan pengangkutan peserta? Kalau diorang nak datang, diorang akan berusaha laa. (takde kaitan ngan soalan, haha)
Persoalan masih belum terjawab sepenuhnya~ Untuk apa sebenarnya kita melakukan semua ini. (at least, to me). Sama-sama kita cari jawapannya.

Ramai orang berkata-kata. Tapi amalan tidak seperti yang dikata. Ramai manusia ingin ke Syurga. Tapi beramal seperti ingin ke Neraka. Mudah berbicara inginkan redha Tuhannya. Tapi berhempas pulas memuaskan nafsu makhlukNya. Ini adalah fakta, kerana salah seorang manusia itu adalah saya.

Akhir kalam, renungkan balik Surah ini. Mungkin ianya mengandungi jawapan yang dicari-cari.

Say: He is Allah, the One and Only! Allah, the Eternal, Absolute; He begetteth not nor is He begotten. And there is none like unto Him.
[Surah el-Ikhlas,1-4]

Continue Reading

05 February 2009

Jejak.Firaun.I.Kembara.Luxor.Aswan [In Progress]

Akhirnya trip kali ini selesai. Bermula 1hb hingga 5hb, lebih LE1500 melayang. Komen seterusnya selepas mende nih siap. Okes...


RAW Provider: HafizAdam (& Hadi)
Editor: HafizAdam
Typesetter: HafizAdam
QCer: HafizAdam
Encoder: HafizAdam

Status: In Progress.
Download: Not Yet Available...

ScreenShot: Not Yet Available...


File Info: Not Yet Available...

Continue Reading

09 January 2009

Beramal Biarlah Mengikut Kemampuan

[MAP] 6.00 pagi(waktu Mesir). Jumlah mangsa yang syahid berikutan perang yang masih berterusan di Gaza meningkat ke angka 776, manakala 3150 cedera termasuk yang kritikal.

Hari ini hati saya tergerak untuk menderma darah setelah berkurun lamanya tidak pernah sekali pun menderma darah apatah lagi untuk menderma dara~. Hari ini Allah datangkan hidayah buat pertama kalinya.


Saya bukan seorang yang takut jarum, malah saya sangat excited apabila melihat jarum. Juga tidak takut kepada infection. Malah tidak takut kepada apa jua yang berkaitan ngan menderma darah. Mungkin ada rasa berdebar tapi ia bukannya takut. Saya pasti orang lain pun sebenarnya sama. Tapi kenapa belum pernah menderma darah? Malass~

Hari ini hingga Ahad diadakan Program Menderma Darah untuk disalurkan kepada Palestin, bertempat di belakang DarulHikmah. Saya sangat excited dan berkira-kira ingin mencuba. Sekali sekala menderma darah. Kalau best, boleh buat lagi.

Waktu itu langsung tidak terfikir darah yang disumbang akan masuk ke dalam jasad para pejuang yang bakal syahid di medan perang. Tidak pernah terfikir bahawa darah yang disumbang akan menyelamatkan nyawa saudara seIslam. Di fikiran saya waktu itu, NAK CUBA DERMA DARAH WALAU SEKALI SEUMUR HIDUP~



Apabila membuat beberapa pemeriksaan (dua je pun), saya boleh dikategorikan sebagai manusia yang tak sihat; Blood Pressure 130/80 (a little high), HemoGlobin Count 17.1 (normal 15-16).

Apabila melihat keputusan tersebut, sahabat-sahabat mula mengomen lagak bagaikan seorang doktor: Kurang tidur malam, banyak tidur siang, kurang makanan berkhasiat, jarang bersenam, blablabla. Saya langsung tak kisah semua itu. Yang penting - layak menderma ataupun terlepas untuk menderma. Wakaka.

Badan saya sangat kurus. Doktor tersebut tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari blood vessel kerana ianya timbul di permukaan kulit. Saya pula yang bimbang kerana takut2 jarum yang besar itu merobek vein lantaran rupanya seolah-olah anda sedang melekatkan jarum di bawah lapisan epidermis kulit. Mereka yang biasa melakukan kerja ini pasti tahu. Hehe. (rujuk gmbar kanan)

Giliran saya tiba bersama seorang pakcik Arab, di sebelah kanan. Tunggu punya tunggu, darah yang mengalir keluar amat sedikit. Dalam hati sudah mula merungut kenapa ia malas nak keluar. Pakcik di sebelah sudah hampir penuh. Waktu itu sebelah kiri pula kosong lantas Pemenang datang menyibuk.

Pakcik kanan siap, dia terus blah. abgWarouq mengganti. Darah yang keluar SANGAT sedikit waktu itu. (rujuk gambar kiri). Apa lagi, mula dikutuk abgWarouq, badan ko kedekut darah, wakaka. Masa tuh saya dah mula rasa pening akibat hypovolumic shock.

Tapi pening-pening itu masih dirasakan biasa, tunggu dan terus tunggu. Mungkin kerana tercabar dengan kejian abgWarouq, laju pulak dia keluar. Tapi masih tak puas hati. Pandangan mula gelap, seolah-olah diletak satu layer hitam yang direndahkan opacity sebanyak 50%. Tapi saya masih menunggu lagi hingga penuh.

Tapi malangnya salah seorang doktor nampak blood bag yang menggelembung itu, haha. Terpaksa laa berhenti. Masa tuh pandangan dah jadi gelap gelita, saya dah tak nampak ape2 kecuali cahaya lampu yang terang berwarna putih. Ajaibnya, abgWarouq berhenti serentak dengan saya. Wakaka.

Pemenang yang terasa kebas sedikit pun terus berhenti, saya yang memang tak sihat nih menggatalkan diri terus bertahan hingga 2 orang selesai! HemoGlobin Count pemenang adalah 14.1, orang kata HemoGlobin seorang atlet. Wakaka. Saya tak pernah menderma sebelum ini maka saya rasakan ianya adalah biasa bagi seorang penderma untuk mengalami pening, loya, serta numbness pada tangan, maka terus bertahan.

Tambahan pula, saya telah terbiasa dengan pening + gelap. Ujian helikopter boleh saya selesaikan dengan mudah. Dalam keadaan pening gelap tak nampak ape pun saya masih boleh bangun mengambil air di dapur.

Apa itu ujian helikopter? Letakkan jari telunjuk kanan di atas lantai, kemudian pegang telinga kanan dengan tangan kiri. Kemudian berpusing 10 pusingan mengelilingi jari telunjuk kanan tersebut. Kemudian, serta merta bangun dan cuba ambil botol yang diletakkan 100meter dihadapan. Peserta pertama mengambilnya akan menang. Haha. Cuba buat di rumah selepas ini.

Pengajaran hari ini ada banyak. Pertama, ketahui limit diri. Dah tahu dan pasti kita tak mampu, jangan buat berlebih-lebihan. Cukup sekadar kemampuan diri. Serahkan pada mereka yang lebih layak dan berkemampuan melakukan peringkat yang lebih tinggi. Kalau boleh pertingkatkan kemampuan, usaha. kalau tak boleh, cari wadah lain yang kita mampu lakukan dengan efisien.

Kedua, jagalah badan anda. Tidur awal, makan cukup, bersenam, semuanya mesti dilakukan dengan baik dan konsisten. Bila badan sihat, otak jadi kuat! Sememangnya otak yang kuat itu mampu menggoncang dunia. Kwang3~

Ketiga, jangan buat sesuatu secara suka-suka. Tetapkan matlamat, sasarkan niat kerana Allah. Barulah amalan kita menjadi ibadah. Mendapat pahala, masuk syurga~ Orang nampak sia-sia, Allah tengok memberi manfaat.

Keempat, dermalah darah, jangan menderma dara. Anda tidak akan rugi walau sedikit pun. Darah yang hilang akan diganti balik, dara yang hilang takkan kembali lagi. Apa salahnya kita membantu mereka yang kurang bernasib baik, cedera parah, kekurangan darah di luar sana. Mereka juga saudara kita jika kita beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Ya, sesungguhnya HANYA mukmin yang bersaudara. Setakat muslim tidak akan hadir rasa persaudaraan itu. Hadirkan rasa persaudaraan itu, sebagai bukti kita beriman. Bukan sekadar di text message: Salam Ukhwah.

Okes, yang lain, fikir-fikirkan sendiri. Till next time~

Continue Reading

04 January 2009

Seminar Ibadah Pesakit 2007

Balik dari ARMA semalam, amat teruja melihat gambar-gambar yang dipukul sewaktu Seminar Ibadah Pesakit yang diadakan 2 tahun lepas (2007).

Apa ada di ARMA semalam? Majlis Ramah Mesra bersama Dr Jemilah Mahmood, tapi saya merasakan ianya lebih sesuai dikatakan sebagai bersama MERCY Malaysia. Mungkin kerana ianya program last minit, AJK pun takde, maka kekelam kabutan sedikit majlis semalam. Saya akan bercerita tentang majlis ini kemudian, dalam entry lain.

Sejurus selepas selesai majlis, saya naik ke bilik abgNipah untuk mengambil beberapa file berkaitan seminar tersebut yang boleh saya buat sebagai rujukan. Agak kelakar sebenarnya kerana saya yang membuat semua persembahan video dan flash tersebut tapi tiada dalam simpanan saya - ianya satu cerita yang panjang. Saya akan sebut di akhir entry.

Alang-alang mengambil file, saya ternampak folder gambar. Jadi diangkut sekali ke dalam pendrive. Hehe. Sekarang saya bawakan kepada anda gambar Seminar Ibadah Pesakit 2007 yang saya kira merupakan program mega PERUBATAN yang belum dapat ditandingi setakat ini; dari segi penyertaan, persiapan tempat, penceramah, teknikal dll dsb. Hehe exaggerating a bit.

===| Entry ini menggunakan Efek Lightbox |===
Tunggu hingga page ini berhenti loading dan Left-Click pada gambar utk melihat dengan lebih jelas bersama caption.


DI SEBALIK TABIR: HARI SEBELUM SEMINAR

Kerja-kerja pada waktu ini lebih banyak dimonopoli Unit Dewan & Teknikal. Lihat sahaja peralatan yang digunakan. Kebanyakannya disewa daripada PMRAM atau Rumah Negeri. Satu percubaan berani daripada abgNipah sendiri kerana ini merupakan kali pertama PERUBATAN menggunakan peralatan multimedia yang sebegini keji.



Perlukah saya ceritakan? Kami menggunakan 2 videocam, untuk rakaman dan close-up penceramah. Ada 4 TV saya rasa, 2 di bawah, 2 di atas supaya peserta di belakang dapat melihat dengan jelas. Ada sebuah projektor di depan, untuk tayangan jugak. Pertama kali menguruskan peralatan sebegini, saya amat teruja. TV tersebut benar-benar seperti TV betul - siaran boleh diubah-ubah mengikut videocam yang kami nak. Angle kiri atau kanan, dekat atau jauh, penceramah atau peserta. Maknanya penonton takkan bosan dengan siaran yang sama.

Jackster pula membuat kerja gila dengan zooming orang yang sedang tidur. Memang best. Kononnya kitorang dah jadi Jurukamera Professional.

PEMENTASAN BERMULA: HARI SEMINAR



Seminar ini dirasmikan oleh Pengarah JPMK lama iaitu Fakhruddin apentahdahlupa yang telah digantikan Prof Madya Jamil Hashim. Waktu nih demam Akademi Quran masih melanda so macam excited jugak dapat jumpa Abdullah fahmi secara live. Huhu



Cuba lihat hasil kajian ini. Betapa ramainya manusia yang sakit, TAK solat. Maka menjadi tugas kami, para doktor muslim, untuk menyedarkan kewajipan dan mengajar cara pesakit solat. kalau tak solat, sakit pun payah nak sembuh, kan? Hehe.



Selesai hari pertama, masih belum boleh rehat. Masih ada hari kedua beb~



TUTUP TIRAI: SEMINAR BERAKHIR



Ini adalah pertama kali saya menyertai AJK Pelaksana satu program yang besar. Sebelum ini sewaktu di sekolah, saya tidak pernah menjadi AJK untuk program seumpama ini kecuali Minggu Syiar Islam (MISI) 2004.

Kalau Seminar Pertama: Ibadah Pesakit saya menjadi AJK kecil, kali ini saya ditaklifkan sebagai Ketua Unit Multimedia bagi Seminar Kedua: Kelahiran dan Kematian yang bakal berlangsung pada bulan Februari ini. Ini semua gara-gara abgNipah yang menjadi Pengarah maka saya dipaksa menjadi AJK. Haha.

InsyaAllah kelemahan Unit Dewan dan Teknikal, akan diatasi pada kali ini. Kalau dulu UDT menguruskan hal-hal Multimedia, kini unit khas ditubuhkan untuk memfokuskan pada perkara multimedia, seterusnya mempercekapkan lagi perkhidmatan AJK Pelaksana. Haha ayat pening~

Oh ya, saya yang membuat semua persembahan tapi filenya tiada dengan saya kerana tahun tersebut saya belum membeli komputer! Haha. Dibuat menggunakan komputer orang lain, abgNipah yang simpan. Nasib baik~

Okeh, nantikan Intro Seminar Kedua di lain masa. I rest my case~

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template