Showing posts with label karutan. Show all posts
Showing posts with label karutan. Show all posts

08 July 2010

Seminggu di Malaysia

Post ini agak random.

Saya masih merangkak-rangkak setelah tiba di Malaysia. Walaupun membawa pulang buku Pathology dan Pharmacology yang kononnya ingin dibaca sebagai persediaan peperiksaan September, tapi buku-buku tersebut masih tersimpan rapi belum disentuh.


Seperti biasa, merompak Egypt Air ; majalah Horus, bantal dan selimut.


USD5000 yang dibawa pulang sangat melecehkan untuk ditukar. Satu kesilapan tidak menukar duit di KLIA gara-gara sakit perut setelah 10 jam cover macho di sebelah akhawat TESL dari Heathrow maka sebaik sahaja sampai terus bergegas turun mencari tandas. Siapa suruh melantak nasi Yaman lauk kambing sebelum fly? Money Changer sangat sukar didapati di Dungun. Bank pula sangat leceh, samada memberi alasan 'tak nak beli' ataupun 'cuma terima USD500 sahaja'. Mungkin perlu travel ke Kuala Terengganu minggu depan.

Penerbangan kali ini sangat dramatik, tapi Allah tarik sebentar 'recording sense' menyebabkan banyak detik menarik gagal dirakam menggunakan camcorder. Kisah saya ditahan imigresen kerana nama diblack-list disyaki Ikhwanul Muslimin Visa mati, juga kisah Adli yang terbang on the spot, kita bercerita apabila pulang ke Mesir nanti. =)

Cuti kali ini juga saya menjadi driver tidak rasmi yang sering tersesat kerana tidak kenal jalan. Banyak yang berubah, construction di sana sini, jalan 2 hala menjadi sehala, jalan tidak berdivider menjadi berdivider. Satu perkara yang kelakar adalah saya memiliki lesen CDL berusia 4 tahun tetapi memandu seperti kanak-kanak baru belajar naik basikal. Balasan kerana tidak menyentuh motosikal selama 4 tahun. Sekarang perlu travel sekitar bandar Dungun menghafal kedudukan kedai menjual nasi lemak (untuk dibeli pada waktu pagi), pasar ikan dan ayam (untuk memenuhkan peti ais), sekolah memandu (untuk menghantar adik belajar kereta) dan bank (untuk mencekau duit).

PERUBATANonline sudah down tapi di Dungun tiada Maybank untuk melakukan transaksi. Mungkin perlu diselesaikan di Kuala Terengganu minggu depan. Maka barangan yang saya order juga tertunda penghantarannya kerana bayaran belum diselesaikan. Mungkin juga terus membuat akaun dan mengaktifkan Maybank2u supaya senang; semua urusan boleh dilakukan secara online.

Internet di rumah juga agak lembap, maka saya tidak mungkin Online 24 jam seperti biasa. Sila emel atau Facebook sekiranya ingin mengubungi saya. =)

Saya semakin kurang idea untuk menulis. Mungkin post ini post ketiga atau kedua terakhir sebelum dibiarkan sebagai Archive. Lagipun, saya masih ingin menjadi pemilik URL akudarahanakmalaysia.blogspot.com maka dibiarkan sebagai Archive lebih baik daripada dibuang terus. =P



Maka, teruskan bergembira selagimana saya masih menulis. Jangan lupa menyertai Summer Camp PERUBATAN di Hulu Langat, Selangor sekiranya berkesempatan. Yang pertama selalunya banyak kekurangan. Tapi jika tiada anda untuk memberi respon pembaikian, siapa lagi?

Terima kasih, dan salam cuti.
Continue Reading

19 June 2010

Disconnected

Wonder why I'm gone for too long?

My handphone has broken into pieces.
No call and text messages.
I guess no one will ever call me.
That's why they're not even bothered.

My internet has expired.
No YM and blog and Facebook.
A usual scene when it's July.
Like past years. =)

Quite nice.
Except that I'll not get the spotted questions.
A problem during exam season.
That's why I messed up all the past papers.

Email me for anything important. I'll check it in weekend.

Thanks and have a lot of nice days.

p/s: I hope this will not be the last post in this blog. =P
Continue Reading

11 June 2010

Nasib Baik Egypt Air 40kg

Nasib baik Egypt Air memberikan berat bagasi 40kg.

Sebab saya nak tambah buku Mikrob dan Patho sebanyak 3kg dalam beg! Haha

Setelah hancurnya Patho, Mikrob juga lintang pukang.

Budak-budak Mumtaz bergembira dengan kejayaan mereka menjawab soalan "Enumeration" walaupun status Facebook dan Yahoo Messenger seolah tensen. Sungguh! Penipuan beramai-ramai sedang berlaku. Ustaz Syed guru PSI, saya menolak kata-kata beliau sewaktu mengajar sanad hadis, "Mustahil umat Islam berpakat dalam penipuan."
Lihatlah Ustaz, umat Nabi sedang berpakat menipu dunia!

Saya pula bertanya dalam hati "Kenapa hidayah Allah itu datang dan pergi?"
Daku sudah baca semua tajuk buku Dua ini. Kenapa bayangan buku Mikrob itu kabur di bahagian nama Organism? Kalau buku Tiga atau buku Satu, saya tidak kisah sebab saya tidak baca. Tapi ini buku Dua! Alangkah baiknya kalau saya tidak membaca langsung buku Dua.

Celaka mereka yang berkata "Sabarlah, Allah memandang usaha. Bukan hasil."
Kalau tiada hasil, maka daku akan sangkut tahun. Bila sangkut tahun, JPA tarik balik tajaan. Bila tarik balik tajaan, maka tiadalah duit. Bila tiada duit, adakah mampu berada di bumi tercinta ini lagi? Mengharap Manna dan Salwa turun buat sekelian kalinya kah?

Sungguh celaka bila ayat tersebut dituturkan mereka yang kaya raya ibu bapa bergaji RM 10k seminggu. Celaka kerana kata-kata itu tidak empati. Simpati semata-mata. Kemudian kembali bergelak ketawa bersorak riang kerana Mumtaz Jiddan. Apakah itu bukan hasil? Akhirnya hasil juga yang dipandang.

Cerebrospinal, Neonatal, Aseptic meningitis. Carriers. Protein A di bawahnya ada Exotoxin. Theta toxin, di atasnya Alpha toxin producing lecithinase. Epidemic relapsing fever oleh louse. Namanya Undulant fever sebab prolonged intermittent.

Tapi nama Organism tiada dalam bayangan. Bahagian buku itu kabur dan kosong. Dibelek-belek tapi tidak muncul. Organism apa di atas perenggan ini? Maka hilanglah markah FREE enumeration.

Siapa bakal menerima jawapan "Organism X mempunyai Pyrogenic Exotoxin yang membawa kepada Scarlet fever?" Silap-silap tidak dipandang langsung!

Maka...


Tamatlah bebelan saya. Sungguh! Saya ingin membebel seperti demikian. Menyalahkan itu ini. Bertanya kenapa dan mengapa. Menukilkan semua kemungkinan sekiranya tidak lepas tahun. Mempersoalkan apa yang telah berlaku. Mengomel itu dan ini. Dan sebagainya.

Tapi hari ini saya gembira kerana saya berjaya menghabiskan buku Dua sebelum exam. Walaupun tadi tidak dapat jawab. Bukankah usaha itu penting? =) Budak mengulang sangkut tahun tidak kisah dapat jawab atau tidak. Alah bisa tegal biasa. Yang penting habis belajar satu buku dalam masa 2 hari! Yay~ Kalau start lebih awal tentu lebih banyak buku dapat dibaca. Jom try dengan Pharma. Tapi rugilah kalau tidak lepas kan? Soalan tadi senang gila OK. Sama dengan Patho.

Cuma sebagai peringatan untuk kali ini...

Alangkah ruginya amalan yang dibuat selama ini, kalau tiba-tiba sewaktu kiraan amalan, ia tidak muncul dalam senarai!


Continue Reading

08 June 2010

Masalah Teknikal Itu Common



4 tahun berkecimpung dalam bidang penyiaran melibatkan diri dengan Unit Multimedia mana-mana program, saat paling mendebarkan pastilah sewaktu persembahan atau ceramah yang menggunakan peralatan multimedia seperti video atau lagu, ataupun mikrofon. Risau peralatan tidak berfungsi, mikrofon bateri habis, speaker tidak keluar bunyi, dan sebagainya.

Sedangkan CEO Apple sendiri menghadapi masalah sewaktu mempersembahkan Demo iPhone 4, produk terbaru yang bakal dilancarkan 2-3 bulan lagi, apatah lagi saya.


Video di atas menunjukkan Steve Jobs, CEO Apple Inc sedang cuba untuk show-off keupayaan Wifi iPhone, tapi gagal. Apabila dia meminta pandangan, seseorang menjerit "Verizon", iaitu syarikat komunikasi lain yang tidak disokong oleh iPhone (hanya menyokong AT&T kalau tidak silap).


Hidup ini kadang-kadang kita rasa kita telah prepare yang terbaik, telah periksa semua sekali dengan teliti, tapi akhirnya tetap menghadapi masalah SEWAKTU program sedang berlangsung. Saya belajar sesuatu daripada pengalaman ini:

1. Backup plan itu penting.
Expect for the worst. Kadang-kadang sewaktu exam kita bakal menghadapi masalah. Kipas tidak berfungsi, panas, dahaga, berpeluh. Kadang-kadang sewaktu exam Allah tarik hidayah menyebabkan istilah ringkas seperti Acute Renal Failure pun boleh terlupa. Maka, apa yang perlu kita buat? Tidur.

2. Lihat keistimewaan, bukan kecacatan.
30 minit persembahan yang menggegar dengan sistem bunyi dan visual yang menyilaukan mata tiba-tiba dicacatkan dengan gangguan bunyi dari speaker selama 5 saat. Kita sering dengar dan baca kisah sekeping kertas putih dengan titik hitam di tengah, tapi jarang diamalkan. Kita memandang sesuatu sebagai kertas putih, dan titik hitam sebagai satu perkara yang boleh diubah pada masa akan datang, bukan kecacatan masa sekarang.


SNSD RELATED #1
Saya sebenarnya lebih teruja dengan persembahan SeoHyun dan Kim Tae-woo di Konsert Gayo Daejun pada Disember tahun lalu. Tiba-tiba tertarik dengan keupayaan SeoHyun bermain pelbagai alat muzik terutamanya piano. Lebih-lebih lagi banyak drama Jepun dan Korea berkisarkan tentang piano. =P

SNSD RELATED #2
OMG Official Photobook telah release semalam. Dengan saiz yang gedabak, dan gambar High-Quality, sungguh mengujakan! Tambahan pula adanya DVD Behind the Scene. T___T (Preview)
Hopefully sempat order satu sewaktu balik nanti sebelum kehabisan stok.

RANDOM #1
Tertarik dengan status seseorang di Facebook; terdapat konspirasi ataupun 'sesuatu' di sebalik MV Rachel Corrie. 'Sesuatu' yang mencurigakan. Apa pun, ini hanya dugaan maka saya tidak ingin mengulas lanjut. Ingin tahu apakah status beliau? Buzz YM. =)

RANDOM #2
Di sebalik penderitaan Gaza, jangan lupa juga baru-baru ini terjadinya sesuatu yang menarik di Guatemala. Mereka bukan Islam, tapi mereka juga tetap manusia. Juga bencana alam di Haiti. Sepatutnya PERUBATAN kutip derma juga kan? =)

RANDOM #3
Blog ini mungkin ditutup dalam sebulan atau dua bulan lagi. Permanent Closure. Enjoy the entries, while stock last. =)

Sila klik butang LIKE di bawah ramai-ramai. XD
Continue Reading

31 May 2010

Kisah Kemenangan Yang Kelaparan

Pagi ini mengambil sedikit masa untuk menulis beberapa perkara random. Kadang-kadang menulis blog ini sungguh mengujakan, meningkatkan adrenaline, menghilangkan mengantuk. =)

Disebabkan akaun YouTube saya di-banned kerana menghina Rasulullah mengandungi beberapa video karaoke yang Copyright, maka saya tidak tahu ingin upload di mana video ini. Ingin buat channel baru, terasa malas. Maka cuba-cuba upload di Facebook. Inilah hasilnya:



Tapi Privacy Setting terpaksa diubah kepada Public kalau hendak Embed di blog. Ini sungguh menjengkelkan. Maka saya merasakan membuat Page lain lebih sesuai. Lagipun ada manusia yang minta video-video lama di-upload kembali. Saya cuba usahakan dengan internet siput ini. =)

Sila LIKE Page ini ramai-ramai. Haha Saya tak guna pun selain upload video (buat masa ini), harap maklum.



Nantikan video-video lain yang lebih gila seks selepas ini. Waktu exam adalah waktu banyak idea. Bukan setakat idea, tapi dilaksanakan dengan jayanya. Agaknya hormon masing-masing meningkat mendadak akibat stress?

Konvoi kemanusiaan Lifeline4Gaza sungguh mengujakan. Jangan lupa berdoa untuk mereka. Dapatkan berita rasmi daripada sumber yang boleh dipercayai. Jangan jadi seperti HarakahDaily sesetengah status yang membuat berita berdasarkan sebutir SMS layang. XD


Alamak! Esok nak exam! Tolong! Tolong!
Continue Reading

24 May 2010

Outdated

Tahun ini tahun 2010. Sudah 4 tahun di Mesir. Tapi bagi saya banyak yang tidak berubah.

Spesifikasi komputer saya masih sama seperti mula-mula dibeli 3 tahun dahulu. Cuma baru-baru ini saya tambah RAM kepada 2GB. Yang lain masih sama. Tiada graphic card dan masih Windows XP. Skrin masih 19 inci, speaker masih lagi 2.1 dan tiada webcam.



Kalau mereka yang datang ke rumah saya dan melihat Sunny bermain Pro Evolution Soccer di komputer saya, pasti soalan yang akan keluar dari mulut mereka, "PES tahun berapa ko main ni?" Masih dengan PES6 yang keluar tahun 2006 dahulu walaupun sekarang sudah ada PES2010. Graphic buruk, pemain pun lama, tapi asalkan boleh menjaringkan gol, ianya sudah memadai sebagai pengisi masa lapang.

Sejak 4 tahun dahulu, saya masih memakai baju yang sama. Sweater Haji yang saya bawa sewaktu mula-mula terbang ke bumi Mesir masih lagi setia di dalam loker. Malah saya langsung tidak menambah baju ataupun seluar sepanjang 4 tahun di Mesir ini. Mungkin sewaktu pulang 2 tahun lepas saya TERtambah baju kerana malas mengangkut dari Mesir ke malaysia, maka saya beli yang baru.

Mungkin kerana itu, saya disenarai pendek sebagai manusia paling kedekut oleh Pok Di. =P

Saya tidak kisah. Mungkin kerana sejak kecil diajar berjimat.
Membeli berdasarkan KEPERLUAN, bukan KEHENDAK.
18 tahun diajar sedemikian, membuatkan saya memang tidak tahu untuk membeli.
Setiap kali memegang seseuatu di kedai, fikiran saya secara automatik terlintas, "Perlu atau tidak?" Biasanya jawapan yang saya beri adalah "Tidak" dan keluar dari kedai dengan tangan kosong =P

Selagi belum rosak, tidak perlu beli yang baru. Malah kebanyakan baju saya sebenarnya baju ayah saya yang saya kira dibeli pada tahun 90an. Masih elok maka masih boleh dipakai maka tidak perlu membeli yang baru. Mungkin agak besar dan labuh, tapi sudah 20 tahun; Saya telah biasa dan lebih suka. Maka saya sangat pelik melihat perempuan berbaju ketat dan singkat. XD

Antivirus Kaspersky saya masih lagi version 7. Sekarang sudah dikeluarkan version 2010. Tapi masih bertahan melawan Trojan, Virus dan sebagainya. Malah dijadikan pembersih rasmi pendrive yang ada virus. Maka, apa perlunya update kepada version terbaru kalau ia hanya menambah masalah dengan crack?

Handphone saya masih lagi Nokia 3230. 4 tahun yang lalu jenama tersebut boleh dikatakan sudah berumur 3-4 tahun. Sekarang mungkin setaraf dengan handphone legenda Nokia 3310. Tapi disebabkan saya tidak menggunakan handphone; saya tiada tunang untuk ditelefon, dan saya bukan Presiden untuk ditelefon, maka tidak kisah walaupun rosak 6 bulan yang lepas. Langsung tidak peduli untuk membaiki handphone tersebut. Tidak PERLU. Jenama yang popular sekarang pun saya tidak tahu.

Adakah saya seorang yang kuno, atau kedekut? Ataupun hanya seorang yang sangat berjimat? Ataupun sebenarnya saya seorang yang bodoh?

Entah.

Entah.

Tidak tahu.

Saya terbaca dalam satu artikel, update Microsoft Windows kadang-kadang tidak perlu. Berubah kepada Windows Vista atau Seven, bermakna anda memerlukan Processor lebih tinggi, ruang hard-disk yang lebih banyak, dan keupayaan Graphic yang lebih hebat. Sedangkan tidak bertukar langsung tidak mendatangkan masalah.

. . . . .

. . . . .

. . . . .

. . . . .

Ok, kesimpulannya saya tidak pandai berbelanja dan kedekut. =P

Saya bercerita tentang sifat saya yang outdated kerana kadang-kadang saya terfikir, mungkin kita menyangka diri kita pada hari ini lebih baik daripada diri kita 10 tahun yang lepas. Maklumlah, kita sudah pandai menulis tentang agama, sudah pandai memberi tazkirah, sudah pandai memimpin usrah. Tapi tanpa disedari sebenarnya diri kita 10 tahun yang lepas itu lebih bagus. Mungkin tidak seBAIK dan seHEBAT sekarang, tapi sekurang-kurangnya tidak seBURUK dan seLEMAH sekarang.

Memang bagus kita berubah menjadi lebih baik. Bertukar kepada Antivirus yang lebih terkini, bertukar kepada Windows yang lebih baru. Tapi adakah perubahan kita itu diselangi dengan pembaikian kelemahan lama, ataupun sekadar bertambah ilmu, namun tidak bertambah amal?

Jujurnya, saya gembira saya telah belajar banyak perkara sekarang. Banyak perkara yang saya telah berjaya kuasai dengan lebih baik. Tapi kadang-kadang saya ingin kembali ke zaman dulu, kerana saya merasakan diri saya 10 tahun lalu adalah lebih baik daripada diri saya sekarang.

Fikir-fikir dan muhasabah kembali diri. =)


RANDOM #1
MakNgah Asniza sudah membelanja saya ke ESQ Training Kedua. Kalau saya lari, mesti beliau menyesal menghabiskan RM400, =P. Ok MakNgah, yang penting sekarang kita cari penginapan pula. =)

RANDOM #2
Mereka yang ada adik atau junior yang akan ke Europe (UK, Ireland dll), jangan lupa promosikan Wonderful Overseas Weekend (WoW) 2010 bersama iLuvIslam. Yuran cuma RM10 selama 3 hari, pastinya banyak yang boleh dipelajari.

Saya teringin berkunjung untuk melihat aktiviti WoW, tapi mungkin perlu dibatalkan kerana clash dengan tarikh walimah sahabat Gen6.

RANDOM #3
Ok, sudah 4 tahun saya terlepas Reunion, adakah tahun ini akan terlepas lagi? Aaaaa tolong jangan buat sebelum saya balik!

RANDOM #4
Tahun ini ramai budak Mesir yang kahwin.
Hopefully boleh pergi walimah semua sekali.
xD hopefully...

RANDOM #5
Saya sebenarnya sedang sedih melihat PERUBATANonline. Sekarang musim peperiksaan, maka kalau tidak update masih boleh dimaafkan. Tapi sebenarnya PERUBATANonline sudah bergua sejak bulan Januari lagi. Mungkin saya tidak perlu membayar Renew pada bulan Julai nanti. Mungkin...
Continue Reading

16 May 2010

Saya Sukakan Tunang Orang

Gempar!
HafizAdam suka kepada tunang orang! Siapakah gadis malang tersebut? Entry kali ini akan membongkar segala-galanya tentang gadis tersebut, segar dari ladang. Teruskan bersama kami.

Sebelum itu, saksikan video ini terlebih dahulu:



Menarik kan? Walaupun Ustaz Azhar Idrus merupakan orang Terengganu, saya yakin ramai yang boleh memahami isi kuliah di atas.

Kesimpulannya, bolehlah dikatakan couple-couple yang dikatakan haram di luar sana telah bertunang menurut syarak! Ataupun kalau inginkan yang lebih ekstrem, bertunang itu sendiri adalah haram! Yeah~ xD

Sudah tentu, kesimpulan saya ini tidak merujuk kepada couple-couple yang main-main. Eh, ada ke couple yang main-main? Setahu saya 92.67% couple di luar sana berniat untuk berkahwin. Namun TERputus di tengah jalan. Biasalah tu, sedangkan yang sudah kahwin boleh bercerai, apalah sangat dengan couple? =P

Jadi, apa pula kaitan Saya Sukakan Tunang Orang dengan cerita tentang couple?

Dianggarkan 87.37% gadis di luar sana telah mempunyai kekasih hati ataupun telah ber-couple, maka tidaklah salah untuk saya katakan saya sukakan tunang orang. xD Siapa tahu, kan? Bab couple selalunya dirahsiakan kerana ia bakal menjadikan seseorang itu tidak sikah di mata pelajar-pelajar lain.

Ataupun untuk lebih clear lagi, ia hanya gurauan. Saya seorang Gay. Harap maklum.

Yang penting, terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus-lumus memberikan semangat dan nasihat di Wall Facebook saya, dan juga di Formspring mereka. Ini cuma gurauan di waktu peperiksaan. Jika anda masih ingin mengomen, sila komen di sini sahaja. =P



Yang penting, suppress!
Suppress!
Suppress sampai depress!
Exam dulu, baru fikir tentang kahwin.

Kalaupun benar saya sukakan Tunang orang, kita sentiasa meletakkan Agama itu di tempat yang lebih tinggi, melebihi perasaan sendiri. Biar menderita di dunia, jangan menderita di akhirat. Menderita di dunia cuma sementara, nanti mungkin ada cinta pengganti. Namun menderita di akhirat selama-lama, tiada siapa ingin mengganti.

Teruskan berusaha untuk cemerlang! Perjuangan masih belum selesai~
=)



RANDOM #1
Ada lebih kurang 2 minggu sebelum Written Pathology. Sila paksa saya stadi. Tiap-tiap tahun ambil kertas ulangan September, ada hati nak mengorat Tunang orang. xD

RANDOM #2
Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu yang berjaya bertahan dengan kesengalan saya sewaktu di sekolah dahulu. Bolehkah saya menghabiskan masa bersama cikgu-cikgu lagi?

RANDOM #3
Cuaca sungguh panas. Setiap kali bangun Subuh, bila berwudhu' sampai part hidung, darah beku akan dihembus keluar. Sungguh mengujakan. Malam ini lebih mengujakan. Bleeding non-stop. Seumpama haid. xD

RANDOM #4
Dengarkan lagu hit hindustan Korea masa kini, Bonamana daripada Super Junior. Iklan ini adalah tajaan Pepe-chan. =)

Continue Reading

06 May 2010

Penis atau Vagina

Adakah anda tahu apa itu Formspring? Kalau tidak silap, ianya telah wujud lebih setahun mengikut pengalaman saya bersiar-siar dan bersosial di alam maya. Biasanya ia digunakan sebagai FAQ atau Help Center, tetapi ianya telah disalahgunakan oleh pelajar-pelajar di kala kebosanan.

Kenapa saya menyebut tentang Formspring?
Kerana saya teringat soalan yang bagi saya sangat menarik.

Soalan ini sangat lucah dan tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur.

Kenapa soalan ini menarik?
Kerana soalan ini tidak mempunyai konteks atau situasi untuk kita menjawabnya.
Bermakna kita perlu memilih dan menjawab soalan "kenapa" dengan menggunakan imaginasi sendiri.

Jawapannya mungkin "Penis, kerana saya lelaki". Atau "Penis, kerana saya baru selesai membaca Male Genital System". Atau "Vagina, kerana keistimewaannya tidak menjadi laluan urine". Atau sebagainya.

Soalan seperti ini sudah lama tidak diterima. Iaitu soalan yang memerlukan imaginasi dan pemikiran kreatif. Ah, sungguh rindukan zaman dahulu bilamana gemar menjawab soalan kuiz PTS.

Apa kaitannya ya? Entah.

Kaitannya, apabila melihat sungai, saya terimaginasi sesuatu. Pada mulanya sungai itu masih suci dan fresh. Pada akhirnya makin ke muara, makin tercemar dengan sisa kumbahan dan toksik. Tidak semua sungai begitu, mungkin masih ada segelintir yang kekal segar dan bersih. Mungkin juga sungai tersebut hanya bertemu buangan kilang di permulaan, akhirnya sedikit demi sedikit bersih kembali. Mungkin juga sepanjang perjalanan kekal suci bersih, namun di di penghujung disimbah dengan buangan najis. Yang paling penting, akhirnya semua bertemu di lautan luas.

Sama juga dengan manusia. Masing-masing melalui cabaran dan laluan yang berbeza. Tapi akhirnya bertemu di Padang yang Maha Luas akhirnya. Persoalannya, adakah kita kembali ke lautan luas dengan air yang bersih atau kotor? Persoalannya lagi, adakah bersihnya kita itu, membawa manfaat kepada orang lain? Ataupun sepertimana kotornya Sungai Nil, masih membekalkan air kepada berjuta-juta penduduk di perlembahan Firaun ini? Ah, saya berada di sungai yang mana agaknya.

Ruang muhasabah sekejap. =P
*Entry ini sangatlah random*

Akhirnya, saksikan video ini. Bagi mereka yang tidak memahami loghat Terengganu, maaf ya. Saya tidak tahu kenapa, tetapi video ini lebih kelakar daripada video Raja Lawak. Video ini juga mengingatkan saya kepada tradisi Terengganu yang memang handal dalam bergaduh mulut. Yeah! Kredit kepada Jackster kerana memforward video ini. =)
*Video ini pun sangat random*



p/s: Ah, saya terberi ubat dengan overdose tadi. Dapat markah ke tak eh? xD
Continue Reading

01 May 2010

How to Kill a Cat!

AMARAN: Entry ini racist tahap luar biasa yang mungkin menyinggung sesetengah pihak. Tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak bawah umur. Harap maklum.

Kucing = Pemenang = Safwan!

Jangan tertipu dengan video kononnya kucing itu baik dan cuba untuk resuscitate aweknya yang mati. Ianya adalah penipuan semata-mata. Hanyalah fantasi seorang fanatik kucing! Lihat betapa bodohnya seekor kucing.

Kali ini, mari belajar membunuh kucing!

PART 1


PART 2


PART 3


PART 4


PART 5



Untuk kepuasan maksima, sila klik untuk Play dalam 1 Playlist secara berterusan.

Untuk pengalaman yang lebih mengagumkan, lihat ini pula! Yeah kepuasan maksima!

Anjing itu comel. Sayangilah mereka. Woof woof!

Continue Reading

11 April 2010

Exam Booster

Berikut adalah perancangan sempena exam, =P



Bulan April adalah bulan Elaun, maka mereka yang sudah berhutang beberapa bulan, sila bayar dengan segera. Barulah study itu berkat. Kadang-kadang saya merasakan bunga itu sepatutnya halal kerana siapa tak bengang kalau orang pinjam LE2000 selama 4 tahun tapi buat bodoh setiap kali saya tanya bila nak bayar dengan menjawab, "Nantilah...". Aci tak kalau saya tambah bunga 10% setiap kali tiba bulan Elaun?

Kalau dulu Exam Booster untuk Drama Addict adalah Dragon Zakura, kali ini remake versi Korea pula; God of Study. Yoo Seung-ho sungguh cool, dan Ji-yeon (T-Ara) serta Go Ah Sung sangat comel. xD



Selamat Study.
Let's study until we feel we'll die from it.
=)


Kenapa study perlu diulang-ulang? Kerana psikologi marketing sendiri menjadikan hiburan itu diulang-ulang hingga anda tertarik untuk mendengarnya. Lagu juga mempunyai chorus yang sentiasa diulang-ulang hingga anda mampu ingat bahagian tersebut.

p/s: belum promote lagi lagu ni kan? xD

Continue Reading

04 April 2010

Fan dan Anti-fan

Aaa... Makin dekat dengan exam, makin banyak pula idea untuk menambah karutan di blog ini. Mungkin disebabkan perubahan hormon manusia menyebabkan terlalu banyak tabiat serta perbuatan manusia yang menghiburkan. Maka blog ini akan membuat liputan khas kerana blog ini blog hiburan.

Dalam dunia ini akan sentiasa ada golongan Fan dan Anti. Terutamanya dunia hiburan. Bandingkan 2 website di bawah:



Menakjubkan bukan? Ini merupakan salah satu contoh Fan dan Anti-fan untuk satu subjek yang sama iaitu SNSD.

Apa itu Fan? Yang pasti ianya bukan "kipas". =P
Secara ringkas Fan berasal daripada perkataan Fanatik. Daripada perkataan itu sendiri kita boleh simpulkan bahawa Fan itu adalah seseorang yang obses terhadap sesuatu subjek sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk subjek yang diminatinya itu. Sebagai contoh, membuat artikel, research, seminar dan promosi. Walaupun begitu, Penyokong biasa juga juga boleh dikategorikan sebagai Fan maka mereka yang terlalu obses dibezakan dengan istilah Die-Hard-Fan.

Apa pula Anti-fan?
Anti-fan juga adalah seorang yang fanatik terhadap sesuatu subjek, namun begitu gerakerja mereka adalah berlawanan iaitu dengan membantah, menghina, mengutuk dll dsb. Disebabkan itulah mereka masih mempunyai perkataan "fan".

Kenapa saya tertarik dengan 2 istilah ini? Disebabkan blog ini blog hiburan, maka blog ini juga mempunyai kelompok Fan dan Anti-fan yang tersendiri. XD



Anti-fan adalah sesuatu yang tidak berguna.Sebabnya secara tidak langsung mereka akan turut sama mempromosikan subjek yang mereka cukup anti tersebut. Maka secara tidak langsung mereka telah menjadikan subjek tersebut terkenal.

Anti-fan juga adalah sesuatu yang sia-sia. Kenapa bersusah payah mengambil tahu, membuka blog, membaca berita kalau diri sendiri sedar mereka akan berakhir dengan kebencian? Bukankah lebih baik duduk di rumah membuat kerja lain? XD

Kesimpulannya, Anti-fan memang tidak terpakai.

Sebenarnya konsep Anti-fan ini biasa digunakan dalam kehidupan.

Kalau sudah tidak cinta, kenapa bersusah payah mengambil tahu pakwe sudah mati atau belum?
Kalau tahu website itu anti-Islam, kenapa bersusah payah mempromosikan link website tersebut kepada seluruh dunia dengan amaran jangan dibuka?
Kalau tahu anda tidak bersetuju dengan blog ini, kenapa pula bersemangat menghina di shoutbox setiap kali entry baru keluar?

Ada sesetengah perkara yang kita anti, tapi tidak perlu dihebahkan. Sebab itu jangan mengumpat kalau orang itu tidak menzahirkan kejahatannya. Jangan mengumpat kalau kejahatannya itu tidak memudaratkan orang lain. Jangan mengumpat kalau tidak bertujuan amar maaruf nahi mungkar. Kan?

Kadang-kadang kerana hebahan kita, perkara yang dulunya dilakukan secara tertutup akhirnya menjadi terang-terangan. Kalau dulu takut dibuat secara terbuka kerana bimbang respon masyarakat, tapi sekarang bebas dilakukan terbuka kerana rupanya masyarakat memang tidak kisah. Kadang-kadang kerana hebahan kita, produk anti-Islam yang merangkak-rangkak secara tiba-tiba berlari-lari kerana semua orang tahu tentang produk tersebut. Kita mungkin tidak beli, tapi iklan di suratkhabar mungkin menarik orang lain untuk beli.

Untuk Anti-fan saya, sila komen dengan berilmiah.
Kamu kutuk hina caci maki, saya memang tidak kisah kerana shoutbox tersebut memang untuk kejian.
Tapi saya mengharapkan komen membina dan ilmu yang baru.

Kawan saya berumur 18 tahun. Dia tidak pandai mengira, lantas kamu suruh dia berhenti kerja kerana kiraannya selalu salah menyebabkan perniagaan kamu rugi. Tapi kamu tidak pernah tanya kenapa dia tidak pandai mengira. Lebih merosakkan, kamu tidak pernah cuba untuk ajar dia mengira.

Seorang lagi kawan saya pergi ke Kempen Palestin. Dalam kertas muhasabah dia tulis supaya penjaga Booth senyum. Kamu kata komplen dia remeh-temeh, sia-sia dan cuma melawak. Tapi kamu tak pernah fikir kenapa dia tulis sebegitu. Lebih merosakkan, kamu buang kertas muhasabah dia.

Orang kata, artis banyak buat maksiat.
Orang kata, artis banyak melalaikan manusia.
Orang kata, artis rezeki tidak berkat.
Orang kata, artis sebegini bakal ke neraka.

Orang juga kata, mati malam Jumaat adalah sangat bertuah.
Orang juga kata, mati disebut kebaikan adalah sangat bertuah.
Orang juga kata, mati didoakan ramai orang adalah sangat bertuah.
Orang juga kata, mati sebegini bakal ke syurga.

Maka apa orang nak kata apabila Din Beramboi meninggal dunia? Cukup semua pakej di atas.

Al Fatihah buat beliau, juga untuk arwah sahabat saya Ammar Zulkifli, serta untuk seluruh umat Islam yang masih mati atau belum meninggal dunia. Kematian itu di mana-mana tapi kadangkala kita gagal menghidupkan pengajarannya.

Mari menjadi Fan Medic =)
Kalau tidak, sia-sialah MeW anjuran Baem! =P


p/s: Wanna see the true fan? Check this out. I love the gadgets and the SNSD merchandises he has.
Continue Reading

01 April 2010

Aegyo

What is aegyo? Aegyo means "Cuteness".
You cannot BE aegyo, but you can HAVE aegyo.



Was watching this part of Invincible Youth EP16 when Sunny (SNSD) shows her "Aegyo That Calls for a Punch". Argh~ Really anime-like with all those bling bling and sound effects. Basically, a cuteness that you want to punch her!

Haha suddenly I miss my sisters' aegyo especially the youngest. Whenever she wants something, she starts to make her cute face. An aegyo that you cant resist but wanting to slap her in the face! Called my mom yesterday and heard her voice from the back yelling. Cant wait to see her this Summer holiday. It's 2010 so she should be around 5 year old? Still remember last time I spent my summer holiday oversea in Malaysia, she was always with me. Cant be apart even for a second. A little bit annoying but I starts to miss that.

But as bad as other people can be, I dont think anyone can forget her own sister's name! What was it again? Insyirah? Nope. That was the second sister. Aqilah? Zayanah? It's between those two. Not sure. Argh I'll ask my first sister later.

The issue here is, I cannot make up my mind yet.
If you only got ONE month holiday, and you can only choose between July or September to be your holiday, which one you'll choose?

July; Is it school's holiday? Dunno. More time to spend around the city and friends but I'll miss my Raya Puasa! Maybe even my Ramadhan! Wawawa~

September; Surely I'll stuck in my village for the whole 2 weeks, a week before and a week after Raya Puasa. No internet, no transport, only trees, mosquito and tungau. Less time to enjoy my holidays with friends, damn.

Which one should I choose? Confused confused confused. 8-}

p/s: The ONLY solution is; Make your holiday longer so start studying and stop blogging!

Interesting links to Click:
Why Maggi is good for fever.
Free talk from PC to Phone
Concert in Malaysia?
Choose Digi over Celcom!
Improving English is Essential for Job?
Continue Reading

22 March 2010

Blog Ini Blog Lucah?

Saya memeriksa Google Analytics dan menemui keyword lucah yang sangat banyak dalam pencarian Search yang membawa mereka ke blog saya. Maka saya senaraikan 20 keyword yang menarik yang mungkin perlu disenaraikan semula supaya lebih ramai yang menemui blog ini. Wakaka.



1. sex jiring
Sekolah saya SMKA Tok Jiring. Tapi tidak pernah pula terdengar kes-kes seks. Adakah sekarang sudah berleluasa? Ini sangat memalukan, lebih-lebih lagi sekolah SMKA. Mungkin perlu saya melawat sekolah lama untuk maklumat lanjut.

2. seks ganas
Manusia ini pasti sukakan seks ganas sehingga mencari keyword seperti ini. Blog ini bukan blog keganasan. Blog ini untuk suka-suka dan karutan. Mungkin juga keganasan dalam kelembutan. =P

3. sedapnya dirogol
Adakah manusia ini sedang meluahkan perasaan ketika dirogol? Kalau tidak, bagaimana beliau tahu dirogol itu sedap? Atau sebenarnya "dirogol" itu sejenis makanan? Sebagaimana "tahi itik" itu sejenis kuih, mungkin juga "dirogol" itu sejenis kek. Jika ya, saya juga teringin merasa. =)

4. sakit puan
Keyword ini pasti kerana eBook Persoalan Sakit Puan yang saya post-kan dahulu. Dapatkan sekarang!

5. position seks
Saya berharap agar manusia yang Search keyword ini adalah mereka yang telah berkahwin ataupun akan berkahwin sebentar lagi. Yang memelikkan adalah keyword ini sebenarnya tidak perlu dicari di Google! Kalau tidak, larangan lelaki dan perempuan berdua-duaan tidak akan wujud untuk lelaki yang innocent kerana mereka tidak tahu tentang seks. Tetapi larangan tersebut tetap ada, sebab seks itu satu refleks! Haih~

6. pengaruh filem lucah
Yay~ Keyword ini pastinya merujuk kepada Pengaruh Bahan Lucah Ke Atas Tabiat Seks Pelajar. Saya memohon maaf sekiranya anda sedang membuat assignment kerana entry tersebut gagal membantu anda. =P

7. pelajar seks
Wah, masalah sosial semakin menjadi-jadi sehinggakan pelajar boleh dikaitkan dengan seks dalam keyword Search. Sungguh menakjubkan! Tidak hairan banyak anak luar nikah sekarang. T__T

8. teman sebilik lelaki
Saya merasakan manusia ini sebenarnya merasa bimbang dengan gejala Gay. Ataupun manusia ini seorang perempuan yang baru berkahwin dan bakal menerima teman sebilik yang baru berjantinakan lelaki. Nasihat saya, sama jantina atau berlainan jantina, kedua-duanya sama sahaja cara layanan. Tak perlu bimbang okay. XD

9. camne nak mengorat
Anda tersilap blog. Saya tidak reti mengorat. Mungkin pembaca boleh berikan sedikit tips?

10. tukar pasangan
Sekiranya anda bertukar pasangan study, ianya sangat bagus. Membantu dalam mendapatkan skil-skil study yang berlainan. Teruskan usaha.

11. anti couple
Kenapa mesti anti-couple? Couple itu bagus secara Islamik.

12. aku nak bakal isteri aku sopan santun
Sudah saya katakan, perempuan di luar sana perlu belajar bersopan santun kalau nak bergelar "bakal-isteri". Setelah bergelar "sudah-isteri", bolehlah dibuang kesopanan dan kesusilaan tersebut. XD

14. apa itu lucah
Mengikut kamus dewan, lucah itu bermaksud "tidak sopan". Maka tidak bersopan santun itu adalah lucah!

15. baca novel lucah
Mungkin saya boleh pertimbangkan di masa hadapan untuk menulis sebuah cerpen lucah. =P

16. budak medic kawin awal
Orang kata Medical Student bila dah jadi Medical Doctor, saham mereka naik menyebabkan ramai yang inferior untuk masuk meminang. Tapi bagi saya, Medical Doctor samada ego jual mahal tak nak kahwin sebab lelaki yang masuk meminang cuma drebar bas, ataupun selalu bertangguh dengan alasan nak belajar. Maka sebab itu menjadi anak dara tua tak laku. Haha

17. cerita seks panas read cerita seks panass
Sekarang musim sejuk. Ramai yang gilakan santapan panas. Kalau panas dari oven memang bukan di sini tempatnya. Sila keluar. Terima kasih.

18. data peribadi kim bum
Saya tahu saya handsome seperti Kim Bum, tapi ini bukan blog beliau. Blog beliau di sini. Harap maklum.

19. filem indon berunsur sex
Ya! Saya sokong! Boikot Indon! Filem Islamik pun berunsurkan seks!

20. kali pertama disentuh suami
Kalau baru berkahwin, baguslah. Bermakna kamu berdua amat menjaga perhubungan.
Kalau sudah lama berkahwin, sila dapatkan khidmat kaunseling.



Ini sungguh menarik. AkuDarahAnakMalaysia sememangnya blog lucah! Disebabkan itulah ianya sungguh tidak sopan.

Ada banyak lagi keyword yang menarik, tapi mungkin di lain waktu. Teruskan berkunjung ke sini dan klik iklan-iklan yang disiarkan. Yay~

p/s: perlu study. blog ini perlu dibiarkan bergua.
Continue Reading

20 March 2010

Debate

Sekarang sedang render video persembahan pelajar Malaysia sewaktu Konsert Antaradunia 2010 di Cairo University baru-baru ini. Entry telah siap di-draft tapi video masih belum siap, maka saya publish yang ini dulu. dipublish. Sila klik. =P

Seronok juga menggabung video dari 2 punca yang berbeza. Sudut saya kelihatan sungguh tidak lawa kerana saya memang merancang dari awal untuk mencari manusia yang turut sama merekod, tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan pandangan keseluruhan. Maka, rule no 1: Jangan duduk di sudut yang tipikal. Carilah tempat yang pelik dan tidak disangka-sangka. Siapa sangka, ada yang meng-offer video mereka walaupun saya cuma memperjudikan sebuah sangkaan. XD

Konsep ini dinamakan; Persatuan. =P
Kebaikannya, pada masa shot saya tidak begitu elok, maka boleh diganti dengan shot beliau, dan vice-versa. Kita perlu buat lagi pada masa akan datang. Kalau lagi banyak lagi bagus. Satu untuk Wide Shot, satu untuk Right Angle, satu untuk Left Angle, satu untuk Close Shot, wah banyaknya XD



Medicophilic Week (MeW) mengadakan pertandingan Debate, satu acara yang jarang diadakan. Sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan-kenangan debater-debater yang bersepah-sepah di muka bumi Mesir ini. Tetapi saya langsung tidak bersemangat untuk pergi menyokong atau menyorak atau melihat pertandingan yang diadakan. Cerita-cerita yang hangat menunjukkan keseriusan para debater sekalian mengemukakan hujah menyebabkan saya teringat kumpulan debate kami yang sengal suatu ketika dahulu sehingga pihak lawan boleh menjadi gila melihat kami beraksi dengan kelakarnya di atas pentas.

Seolah-olah bukan debate, tetapi pertandingan komedi mematikan hujah lawan. Sehinggakan di peringkat negeri, pihak lawan mencaci maki mencarut di atas pentas kerana kebangangan pasukan kami. Tetapi mereka masih diberikan kemenangan kerana juri sendiri menggelengkan kepala dengan psikologi kesengalan yang dimainkan debater-debater dari SMKA Tok Jiring; Juri sanggup memberikan kemenangan kepada pasukan yang melanggar peraturan berbanding pasukan yang tidak serius XD.

Kriey, Sting, Zulqarnain, saya suka waktu itu kita memonteng kelas dengan alasan latihan debate dan mengorat perempuan dari sekolah lain sewaktu pertandingan. Sudah 4 tahun, masih handsome-kah kamu bertiga? Kita perlu mengadakan reunion cuti nanti. =D

Last-sekali, Medicophilic bukan untuk satu Week. Tetapi sepanjang waktu kamu berada dalam bidang perubatan. Kalau kamu bertukar kepada bidang lain, mungkin boleh dibuang rasa Medicophilic dan diganti dengan Medicophobic. =P

Jom pergi kelas jom. Exam 2 bulan lagi. Tolak waktu tidur, main game, makan, minum dan berak, berbaki 1 bulan sahaja untuk study. Maka, pergilah ke kelas supaya masa tersebut dapat dimaksimumkan penggunaannya bersama buku. Yeah! Balik rumah boleh tengok Invincible Youth. XD

p/s: MeW ini saya sungguh cemerlang tidak ponteng kelas. Adakah dapat diteruskan? Huhu~

Akhir sekali, lagu baru Girl's Generation - Run Devil Run!
Macam SNSD - Chocolate Love + KARA - Lupin. Lagu ini boleh digunakan untuk Cairo Sports Day =P. Run Devil Run!

Continue Reading

19 March 2010

Konsert Antaradunia 2010



Walla~
Walaupun saya bukan seorang yang sikah @ thiqah @ teah @ tsiqah, tapi saya belum pernah pergi ke konsert. Namun begitu, acara tahunan Cairo University iaitu International Day mempunyai konsert mereka yang tersendiri. Disebabkan gagal menghadiri konsert di Faculty of Medicine, maka saya berkunjung ke Cairo University Main Campus untuk menyaksikan Konsert Antaradunia 2010.

Anda pasti merindui video-video terbaru daripada saya, maka saya dengan kejinya telah menyediakan 2 video untuk persembahan pelajar-pelajar Malaysia yang menggabungkan seni keras dan lembut. Kalau dalam komik Alam Perwira, terdapat kungfu keras dan kungfu lembut. Sama juga dengan persembahan mereka. Saksikan sendiri. Tahun ini berjaya menebus kekecewaan tahun lepas, di mana saya dengan rancaknya merakam mencari sudut yang terbaik, tapi setelah selesai persembahan; No no no no no~ Butang Record tidak ditekan! Terasa ingin menghentak kepala ke dinding. Sungguh sia-sia beraksi dan mengejangkan tangan selama setengah jam. ~X(




FULL VERSION
Resolution: 704x396
Download: Mediafire


Apa reaksi anda setelah melihat persembahan ini? Siapa kata lelaki itu keras? Kelenturan dan kelembutan itu boleh dilatih. kalau lelaki Malaysia boleh membuat persembahan sebegini, apatah lagi perempuan Malaysia yang terkenal dengan kelemah lembutan, pastinya lebih meliuk lentuk. Apakan daya, demi menarik perhatian lelaki Arab yang gay, lelaki Melayu terpaksa dipergunakan. Anak-anak persembahan, jom buat tarian Super Junior - It's You pula selepas ini. =P

Image and video hosting by TinyPic


Ini dia artis-artis Vietnam kita yang membuat pertunjukan fesyen serta persembahan tadi. Walaupun kecewa kerana tiada wakil dari Korea, Vietnam pun jadilah. Asalkan Asia! Mereka masih lagi pelajar, tapi pada hari ini bertukar kepada artis yang popular di kalangan fanboy-fanboy Malaysia. Identiti seorang lagi manusia terpaksa dirahsiakan kerana beliau merupakan seorang yang berpengaruh di arena politik PERUBATAN. Sebagaimana Pak Lah dikeji maki kerana Michelle Yeoh, maka kita tidak ingin beliau menjadi seperti demikian dan terpaksa dirahsiakan. Nanti saya ditangkap masuk ke ISA. XD

Sebenarnya bukan konsert pun, tapi persembahan Cultural Day yang dipenuhi lagu dan tarian menyebabkan saya terfikir; Tidak ada benda lainkah untuk dijadikan Culture? Haha.

Kadang-kadang tertanya-tanya kenapa manusia suka pergi ke konsert sedangkan kedudukan di belakang langsung tidak nampak pentas, ditambah dengan hiruk-pikuk manusia yang histeria dengan artis kegemaran masing-masing, maka apakah yang menjadi daya tarikan kepada manusia-manusia sebegini untuk ke konsert? Satu persoalan yang saya tidak boleh jawab, tapi pengalaman ke Cairo University ini sedikit sebanyak memberikan gambaran. Agaknya kemeriahan inilah yang menghidupkan suasana?

Penghargaan buat Anisah Shamilah untuk shot video dari sudut sebelah kiri dewan. Sesekali bermain dengan video seronok juga. Lain kali kita buat lagi neh. =)
Yang menghairankan adalah saya tidak ingat muka budak tersebut walaupun mengambil camcorder secara terus daripada beliau XD. Penyakit Alzheimer makin menjadi-jadi, gagal mengenalpasti keadaan dan manusia di sekeliling. Maka buat sesiapa yang saya terlupa biodata mereka, sila jangan terasa. Saya sendiri terasa hati apabila saya gagal mengingat muka orang atau biodata mereka walaupun telah berkenalan 40 tahun. ;)

Masih banyak kerja perlu dibereskan. Jom selesaikan dalam minggu ini. =)
Continue Reading

15 March 2010

Kenapa Lelaki Mesti Duduk Di Depan?

Hari ini secara tiba-tiba saya mendapat idea untuk mengembangkan lagi konsep Lucah Islamik sepertimana yang pernah saya sebut dulu. Saya tahu ramai tidak setuju saya menggabungkan istilah berkenaan, tapi sedarkah anda bahawa istilah itu cuma saya reka untuk menjelaskan keadaan? Realitinya, Lucah Islamik berada di mana-mana.

Saya tertarik dengan satu isu yang mungkin tidak dialami dalam komuniti pelajar yang "biasa-biasa", tapi di kalangan pelajar-pelajar yang kononnya "Islamik" dalam segala segi, isu ini mungkin pernah timbul. Sekiranya bercampur lelaki dan perempuan dalam satu dewan kuliah, maka kedudukan lelaki dan perempuan akan menjadi pernyataan "Lelaki Mesti di Depan dan Perempuan Mesti di Belakang".

Image and video hosting by TinyPic


Saya tidak berminat untuk membahaskan persoalan tersebut, tapi saya lebih tertarik dengan konsep Lucah Islamik yang ditunjukkan dalam isu ini. Kebanyakan manusia gemar mengambil contoh dari solat, di mana lelaki di depan dan perempuan di belakang. Begitu juga dalam dewan kuliah, menurut mereka. Tapi sebenarnya keadaannya jauh sekali berbeza.

Dalam solat kita melakukan pergerakan seperti rukuk dan sujud. Tapi di dewan kuliah tidak. Kita cuma duduk dan mendengar kuliah, sambil membuat perkara-perkara sengal yang normal. Saya tidak tahu kalau-kalau ada yang tiba-tiba membuat "KARA Butt Dance" di dalam kuliah. Itupun saya tidak tahu nampak atau tidak. Dari belakang, manusia di depan nampak seolah-olah sedang mengambil gambar pasport dengan muka dipalingkan ke belakang; hanya belakang kepala, leher dan bahu yang terlihat.

Di manakah contoh Lucah Islamik yang saya maksudkan? "Nafsu lelaki suka berimaginasi tinggi. Sekiranya mereka duduk di belakang, maka mereka akan membayangkan yang bukan-bukan." Kalau dalam solat saya boleh terima pernyataan ini. Sewaktu rukuk atau sujud mungkin tiba-tiba kopiah lelaki akan tercabut melihat punggung perempuan, tapi di dalam dewan kuliah? Melihat belakang sudah sukar, inikan pula mengintai punggung mereka. Sekaligus menyatakan bahawa lelaki Islam sebenarnya gila seks, dalam dewan kuliah masih sempat berfikiran kuning; otak mereka sudah mengalami gliosis dengan pus formation.

Nampak? Sungguh lucah dalam norma Islamik mereka.

Namun begitu, saya tidaklah menyokong perempuan duduk di hadapan seratus peratus. Saya cuma ingin menyatakan bahawa sebab dan contoh yang diberi tidak relevan. Bagi saya, yang paling jelas apabila perempuan duduk di hadapan adalah aurat mereka. Maklumlah, aurat perempuan bukan setakat pusat hingga ke lutut. Aurat mereka adalah keseluruhan tubuh mereka.

Apabila di hadapan, 2 jam kuliah memberi masa yang lama untuk kita terlihat aurat mereka. Tudung yang dipakai bukannya Opaque. Kadang-kadang 20% transparent. Sesekali sanggul digerak-gerakkan. Lengan pula kadang-kadang terdedah. 2 jam itu cukup untuk anda melihat paling kurang sekali aurat mereka. Mungkin boleh ditambah wangian yang mereka pakai. Mereka bukannya memakai bedak murahan di kaki lima "kullu hagah bigenih". Wangian mereka adalah Imperial Majesty yang boleh dihidu 40 meter hadapan, kiri, kanan dan belakang.

Menuntut ilmu dan solat tidak sama. Praktikalnya berbeza, situasinya juga berbeza. Bandingan ini sedikit sebanyak sukar diterima. Namun begitu, tidak semestinya kita perlu mengabaikan terus alasan ini. Adab juga jangan dilupa. Cahaya tidak akan masuk ke dalam hati manusia yang tidak beradab. Hidup bukan hitam dan putih. Baik akan selamanya putih, dan buruk akan selamanya hitam. Pasti ada ill-distinct line of demarcation; kelabu. Sekiranya dibuang perkara yang hitam, adakah cuma putih pilihan kita? Adakah adab hanya dengan perempuan duduk di belakang? Tidak beradabkah lelaki duduk belakang? Adakah perlu untuk memenuhkan ruang kosong? Lecture dan praktikal, di mana keperluan melihat slide? Adakah perlu duduk di depan kalau kuliah cukup sekadar mendengar suara? Dan persoalan-persoalan lain.

Cuma dalam entry kali ini, saya sebenarnya ingin menunjukkan satu lagi contoh Lucah Islamik yang biasa digunakan. Kenapa mesti nafsu menjadi pengukur dan penyebab sesuatu perbuatan? Kenapa mesti ganjaran membaca al-Quran adalah bidadari di syurga? Kenapa tujuan menutup aurat adalah untuk mengelakkan nafsu manusia? Memang tiada perkara lainkah selain nafsu? Adakah hanya nafsu musuh utama manusia? Lebih-lebih lagi nafsu seks? Jujurnya, dibandingkan bidadari dan komputer, saya lebih rela sebuah desktop dengan sambungan internet serta harddisk yang penuh dengan cerita Asia. =P

Kesimpulannya, duduklah di mana-mana asalkan anda selesa. Saya suka duduk dalam lingkungan pendengaran manusia. Kalau ingin duduk di depan, datanglah awal. Kalau nak duduk di belakang, juga mesti datang awal. Kalau tidak, nanti tempat tersebut dipatuk ayam~ XD. Menuntut ilmu kena berusaha, bukannya duduk menanti datang melayang. Bukannya budak-budak untuk disuruh-suruh, disuap-suap, ditentukan tempat duduk.

Jom kita cuba mengurangkan konsep Lucah Islamik. Barulah ada alasan yang lebih segar. Asyik-asyik nafsu, boring juga kan? =)
Continue Reading

11 March 2010

Cerberus

Setelah menghabiskan beberapa ketika dengan entry-entry yang tidak berfaedah, kita kembali ke jalan yang lurus. Kali ini saya akan menghuraikan beberapa sebab kita mesti bersatu. Bukan bersatu dalam konteks "Teguh Sehati", tapi bersatu dalam konteks "Penulisan Artikel".

Dewasa ini kita menyaksikan tumbuhnya banyak blog-blog persendirian. Tidak dinafikan juga banyaknya website-website yang kononnya dimiliki oleh individu atau badan tertentu yang spesifik merujuk kepada mereka. Namun begitu, yang menghairankan adalah individu-individu ini sebenarnya berada di bawah satu pertubuhan lebih besar, tapi bersaing mewujudkan website sendiri seolah-olah mereka adalah rival.

Post kali ini tidak akan menyentuh cuma blog atau website, tapi juga medium-medium lain yang berkaitan, seperti Facebook, YouTube, dll dsb. Tapi untuk memudahkan penulisan, saya cuma akan menyebut blog atau website.

Soalannya berbunyi; "Kenapa perlu kita mewujudkan cuma SATU medium untuk menulis, dibandingkan dengan BANYAK medium?"

1. Kesatuan

Satu medium, menunjukkan satu kesatuan. Ini sememangnya jelas dan nyata bagi sesebuah pertubuhan atau persatuan. Daripada sudut pandangan penulisan secara individu pula, satu medium menunjukkan kebersamaan antara penulis-penulis.

Dari segi pemasaran pula, satu website menjadikan ianya lebih mudah untuk dikenali. Sekiranya anda dan rakan anda berada di bawah satu pertubuhan yang sama, ataupun mempunyai satu matlamat yang sama, ataupun memiliki bahan dan corak penulisan yang sama, tidak rugi mewujudkan hanya satu medium untuk menulis, berbanding mempunyai pelbagai website dan link yang sukar diingat.

2. Promosi

Tahukah anda, 10 kepala lebih baik daripada 1 kepala? 10 kepala mampu mewujudkan 10 idea berlainan, dibandingkan dengan hanya 1 kepala. Ada kepala yang lebih ke arah dakwah. Ada juga kepala yang lebih ke arah teknologi. Ada juga kepala yang cuma tahu berfikir tentang cerpen.

Variasi dalam 10 kepala inilah yang akan menjadi daya tarikan promosi. Bandingkan 10 kepala menulis untuk satu website, maka akan ada banyak pilihan untuk pembaca. Mungkin Pembaca A yang selama ini hanya membaca artikel teknologi, secara tiba-tiba tertarik untuk membaca artikel dakwah kerana terlihat artikel tersebut di dalam satu website yang sama.

Sekarang, bandingkan dengan Pembaca B yang melawat website yang ditulis oleh 1 kepala, dan cuma bercerita tentang teknologi. Bilakah artikel dakwah akan dibaca oleh Pembaca B?

Kekuatan promosi bukan hanya disitu. Kekerapan website anda dibuka, menyebabkan "pengaruh" website anda sangat kuat. Sebagai contoh; di Google Search, setiap carian yang dibuat mungkin menjadikan website anda sebagai nombor 1 dalam ranking disebabkan "pengaruh" tersebut.

Soalan yang saya ingin tanya adalah, sekiranya keyword "Perubatan Islam" di-Google, tidak inginkah anda menjadi antara website utama yang dipaparkan dalam hasil carian? =)

3. Back-up

Menulis bukan senang. Ada turun, ada naik. Kadang-kadang istiqamah, kadang-kadang tawaquf. Kadang-kadang diberi hidayah, kadang-kadang writer's block.

Sekiranya seorang penulis mengalami musibah seperti di atas, bukankah pembaca akan merasa sedih apabila blog/website beliau terbiar sebulan dua akibat tiada update? Berlainan dengan Website 10 kepala, masih ada 9 penulis lain yang boleh back-up ketiadaan seorang penulis, lantas menjadikan website mereka tidak "bergua".

4. Perkongsian idea dan matlamat

Kadang-kadang penulis akan mengalami satu keadaan yang disebut writer's block. Ia satu keadaan di mana penulis tidak mempunyai idea untuk menulis. Sebenarnya mempunyai 10 kepala memiliki kebaikan tambahan selain perkongsian idea semata-mata, dan ianya lebih ke arah menuju satu matlamat yang sama.

Berkongsi satu blog atau website menjadikan setiap penulis sebagai duta website atau blog tersebut. Maka agak tidak sesuai sekiranya artikel yang ditulis bakal mendatangkan kesan buruk kepada penulis yang lain. Di sinilah tugas perbincangan dan perkongsian matlamat serta idea. Setiap penulis tahu apa yang perlu ditulis, di mana perlu fokus untuk mendapatkan idea, bidang yang perlu diterokai, bahan yang ingin dipersembahkan, dan sebagainya. Kadang-kadang mengurangkan masalah writer's block yang dihadapi.

Walaupun perkongsian idea mungkin boleh diperolehi walaupun kita memiliki blog/website berlainan, tapi mungkin mencorak sesuatu website dengan acuan yang sama menggunakan bahan yang berlainan hanya boleh dilakukan dengan website 10 kepala.


5. Misconception tentang 10 kepala dalam satu Website

A. 1 website setiap orang adalah lebih sistematik, tidak terlalu serabut.

Misconception ini wujud akibat banyaknya artikel yang diterbitkan, dan bercampur-campur antara satu kategori dengan kategori yang lain. Tambahan pula banyaknya artikel yang diterbitkan menjadikan artikel anda sedikit tenggelam bilamana artikel baru diterbitkan. Ini adalah satu misconception yang biasa.

Dengan sedikit penambahbaikan kepada template, mengubahsuai kategori penulisan serta penjadualan penerbitan artikel, anda akan mengatasi masalah ini.

B. Susah untuk submit artikel. Terpaksa melalui banyak kerenah birokrasi.

Ini juga satu misconception yang terjadi akibat pre-conception terhadap sesuatu website. Anda terlalu ghairah untuk menjadi Admin, menyebabkan anda prejudis terhadap proses yang melalui banyak "tangan".

Sebenarnya dengan sedikit pertanyaan, anda boleh memastikan anda mendapat kuasa penerbitan artikel secara terus. Sebagai contoh, Facebook membolehkan beberapa Admin dilantik untuk menukar status tanpa perlu menggunakan satu akaun yang khusus. Beberapa website yang lain juga sebenarnya mempunyai fungsi Submit Article yang anda sendiri boleh guna secara terus dari akaun anda sendiri. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bertanya kepada Admin website tersebut.

C. Terdapat had terhadap bentuk penerbitan yang mungkin tidak disukai penulis lain, atau melanggar polisi website tersebut.

Ini adalah satu bentuk halangan yang sebenarnya bermanfaat. Sekiranya artikel tersebut bermutu dan berkualiti, tidak mungkin ianya dihalang daripada diterbitkan. Sekaligus menjaga kualiti sesuatu penerbitan. Ini sebenarnya check & balance.

Blog peribadi seperti blog saya boleh menerbitkan apa jua bentuk artikel yang saya suka, tapi di PERUBATANonline, terdapat standard etika penerbitan yang perlu dipatuhi. Sekaligus menjadikan PERUBATANonline lebih berkredibiliti dan berautoriti, dan entry blog saya cuma "karutan".



Suka saya berkongsi satu cerita mengenai satu blog. Maaf sekiranya ia bersifat hiburan, tapi memperkenalkan Allkpop - Sizzlin Kpop Gossip & Dirt. Sepanjang pengetahuan saya, beberapa penulis Allkpop pada asalnya mempunyai blog mereka sendiri, namun dihentikan untuk memberi komitmen kepada Allkpop, kerana beberapa sebab yang saya sebutkan di atas.

Antaranya point nombor 2: Promosi. Setiap penulis membuat liputan artis kegemaran mereka, tetapi pelawat yang mungkin hanya ingin membaca artikel artis tersebut ditarik untuk membaca artikel yang ditulis penulis yang lain disebabkan koleksi artikel mereka yang menarik perhatian. Sekiranya mereka boleh berbuat demikian, kenapa tidak kita?


Kisah lain yang tiada kaitan, sekadar suka-suka; Cerberus. Cerberus adalah anjing berkepala 3 dalam mitos Greek, penjaga pintu Hades. Walaupun terdapat banyak khilaf tentang bilangan kepalanya, tapi Cerberus pada asasnya mempunyai banyak kepala dengan hanya satu badan. Popular dengan 3 kepala. Satu kepala untuk masa lampau, satu untuk masa sekarang, dan yang akhir untuk masa depan. Ianya cuma cerita.

Tapi kalau dalam game, 3 kepala Cerberus tersebut masing-masing mempunyai giliran untuk menyerang dalam satu round, menyebabkan ianya agak sukar untuk dilawan. 3 lawan 1. XD

Entry ini tidak menyuruh anda menutup blog peribadi anda dan mula berpakat dengan rakan-rakan untuk mewujudkan hanya satu blog untuk batch anda. Entry ini cuma menjelaskan beberapa sebab kenapa lebih baik anda mencari satu platform untuk menulis, dibandingkan dengan mewujudkan platform sendiri. Namun begitu, sekiranya anda telah mempunyai blog sendiri, mungkin anda boleh mempertimbangkan cadangan untuk menulis artikel di ruang maya yang lebih menggegar seperti PERUBATANonline, dan menumpukan blog anda untuk catatan peribadi. Kadang-kadang mempunyai banyak blog untuk ditulis adalah menyusahkan, maka buatlah pilihan yang paling tepat.

Sesuatu artikel yang bagus, sekiranya diterbitkan dalam medium atau platform yang lebih baik, menjadi lebih besar manfaatnya. Kadang-kadang artikel yang kita tulis itu menarik, tapi kurang dibaca kerana kurangnya pelawat ke blog kita. Tapi sebaliknya berlaku apabila diletakkan dalam PERUBATANonline. Ia menjadi artikel paling popular dibaca selama berminggu-minggu.

Kesimpulannya? Mari Bersama mediaPERUBATAN! XD
Sekiranya lebih berminat menjadi Freelancer, Kami Masih Mengalukan Anda. =)

Untuk Cawangan bagi pertubuhan, mungkin blog atau website khusus boleh dipertimbangkan, tapi untuk mewujudkan bertimbun-timbun blog untuk setiap unit dalam pertubuhan tersebut, amatlah tidak berfaedah. Unit Dakwah inginkan blog sendiri, Unit Ekonomi ingin blog sendiri, Unit Akademik ingin blog sendiri. Lebih parah lagi, Bahagian Sirah Unit Dakwah inginkan blog sendiri, Bahagian Pharmacology Unit Akademik ingin blog sendiri, dan Bahagian Jualan Unit Ekonomi juga inginkan blog sendiri. Akhirnya semua terbengkalai. Sedangkan satu website pertubuhan sudah cukup. Cuma perlu diubahsuai kategori artikel kepada Dakwah, Ekonomi dan Akademik.

Jom menjadi simple dan efektif. Elakkan Redundancy.
Tahukah anda apa itu Redundancy?
Multiple Antibody reacting with the same Antigen.
Matlamat sama, tapi banyak pulak kerenah dan medium.
Bukankah lebih baik diupgrade sahaja satu Antibody tersebut menjadi Magic Bullet menggunakan teknik Monoclonal? Antibody tersebut boleh digunakan dalam anti-tumour therapy, bacterial typing, antiviral dan sebagainya. =)

Salam penulisan daripada saya, Bring Out the Wild Boar in You. XD
Continue Reading

26 February 2010

Save Me


Suddenly I had a moment of wanting to be saved. Keeping my self in my own dark space I created myself, I dont know where to go anymore.

Seminggu yang lalu secara tiba-tiba saya menyedari suasana Mesir yang bertukar menjadi meriah dengan hiasan, dan jualan anak patung. Ianya suatu situasi yang biasa setiap tahun tapi saat itu saya menyedari, hari ini semakin hampir.

Walaupun mempunyai bertimbun-timbun kalendar, tapi semuanya merekodkan masa yang berlainan. Internet menyatakan seminggu lagi, jam tangan menunjukkan 5 hari lagi, dan Kalendar meja mencatatkan seminggu lagi maka just go on with the normal flow. Kadang-kadang pelik juga kan? Ramadhan dan Syawal ditentukan melalui anak bulan, tapi bulan lain mengikut kiraan. Lebih menghairankan adalah Ramadhan dan Syawal jatuh pada tarikh lain dalam kalendar, tapi bulan-bulan seterusnya kita mengikut kalendar tersebut. Bukankah sepatutnya dianjak ke depan atau belakang? XD

Namun begitu, ianya seminggu yang sia-sia. Semakin hari semakin lemah, semakin lama semakin sindrom down. Seolah-olah subconscious menyatakan ini, tapi consciously menyatakan itu. Suara hati kuat menyatakan bangkit melawan, tapi fizikal tidak bermaya untuk melakukan sesuatu. Seolah-olah diri anda terperangkap dalam tubuh yang anda sendiri tidak boleh kawal, cuma melihat sahaja dari dalam. Ianya suatu situasi yang memelikkan.

I'm lost. I'm really lost. Please somebody, save me.

Saya ingin melihat cahaya kembali. Sebagaimana suatu ketika dahulu pada hari ini, dunia melihat kembali cahaya kebenaran. Sebagaimana suatu ketika dahulu pada hari ini, cahaya kejahilan terpadam.

I know it's an impossible request. A rhetorical pathetic one. I know no one can save me except myself.

Because it's my war. My war against myself. But one thing for sure; I'm losing because everyone around me is just watching. And I'm alone inside a crowd.

People needs a friend. But what use is a friend if they doesnt serve their purpose? =)

EDIT:
btw, untuk ahli PERUBATAN, boleh isi borang survey ni? hehe
Continue Reading

18 February 2010

Jangan Kamu Tanya

Kaherah, 18 Februari. Hari ini telah berakhirlah satu lagi Seminar PERUBATAN, kali ini dengan tajuk "Sahsiah Mahasiswa Perubatan ke Arah Profesionalisme."

Nampaknya sudah lama tidak update blog. Daku sudah banyak ketinggalan. Ini sungguh tidak bagus untuk marketing. Padahal bukannya sibuk pun. =P

Format blog AJK selepas sesuatu program biasanya sama. Mereka akan meluahkan perasaan, ketidakpuasan, kemaafan, komen dan sebagainya yang mungkin tidak terucap, di blog mereka. Maka sama-sama kita nantikan entry AJK-AJK yang mempunyai blog XD.

Saya juga akan meniru trend ini. Kadang-kadang mengikut arus itu bagus. Mengikut trend itu bagus kalau trend itu sememangnya bagus. Tidak semestinya setiap masa kita kena menongkah arus, menjadi trendsetter atau sebagainya. Tapi di lain masa. Sebab sangat malas untuk menulis pasal Seminar pada kali ini.

Entry kali ini, saya akan berbicara tentang satu kata-kata yang rasanya semua orang biasa dengar:

Jangan kau tanya perkara-perkara yang bila ditanya, jawapannya akan menyusahkan kau.


Saya lupa. Ayat ini ada dalam Quran kalau tak silap. Ke bukan? Ke rekaan? Saya cuma ingat kata-kata ini berkaitan dengan sikap Bani Israel yang asyik bertanya perkara yang bukan-bukan mengenai lembu yang perlu mereka sembelih hingga akhirnya menyusahkan mereka kembali. Padahal Allah cuma suruh mereka sembelih seekor lembu sahaja. Akibat suka bertanya, mereka terpaksa bersusah-payah untuk melaksanakan perintah tersebut.

Tapi saya tidak ingin menafsirkan Quran sebab bukan bidang saya. Saya cuma ingin membawa pengajaran daripada sekeliling. Jangan kita tanya perkara-perkara yang apabila kita tanya, akan menyusahkan kita balik.

Mungkin ramai yang berfikir, macam mana kita nak tahu perkara tersebut akan menyusahkan kita kalau kita tanya?

Saya teringat contoh daripada Edison no Haha, kisah budak kecil yang suka bertanya, dan Voice, kisah mesej terakhir daripada si mati yang cuba dibawa melalui bidang forensik. Kedua-dua cerita mempunyai satu watak yang berperwatakan sama; suka bertanya.

Kembali kepada soalan, saya suka untuk menukar sedikit ayat tersebut dengan:

Jangan kau tanya soalan yang jawapannya kau tak boleh terima.


Sebagai contoh, kita ingin tanya rakan kita, "Kita nak makan apa hari ini?" Kalau rakan kita jawab "Nasi ikan", atau "Nasi ayam", kita boleh terima kedua-duanya, maka teruskan dan tanya soalan tersebut. Kalau kita hanya boleh terima "Nasi ikan", tapi tak boleh terima "Nasi ayam", maka lebih baik jangan tanya.

Contoh lain, "1 + 1 berapa?". Jawapan "2" kita boleh terima, jawapan "11" pun kita boleh terima, maka teruskan bertanya dengan soalan tersebut. Kalau kita hanya boleh menerima jawapan "2", dan tidak boleh menerima jawapan "11", maka JANGAN tanya atau saya lempang manusia begini. XD

Lebih baik jangan tanya soalan yang kita tak boleh terima jawapannya. Sebab ia bukan soalan untuk tahu, tapi untuk provoke menjatuhkan seseorang, atau sebenarnya anda memang takde keje.

"Boleh pakai niqob ke pergi Seminar?"
Jawapannya "Ya", anda kata Seminar ni bagus. Jawapan "Tidak" anda kata Seminar menghalang hak peserta, maka anda memang bengap. Jangan tanya kalau tidak boleh menerima jawapan "Tidak". Anda hanya cuba untuk memaksa orang menjawab "Ya". Bengap laa kan? Haha. Lain kali jangan tanya. Kan dah dapat "Tidak" satu. XD

Ok, jumpa lagi untuk entry seterusnya: The Making of Seminar? =P



Continue Reading

23 January 2010

Filem Lucah Islamik

Setelah kejayaan istilah Couple Islamik, kini muncul pula istilah baru yang pastinya asing pada pendengaran, tapi tidak asing lagi dalam kehidupan seharian anda semua. Jangan tidak percaya, anda pastinya pernah menonton filem tersebut.

Filem Lucah Islamik: Ketika Cinta Bertasbih 2



Setelah menonton sambungan KCB1, memang sungguh dahsyat kelucahan filem ini.

Hero terdesak untuk berkahwin, manakala Heroin terdesak untuk membuat anak. Jatuh kesikahan Khaerul Azzam dan Anna Althafunnisa dalam filem ini. Secara tiba-tiba saya menjadi penyokong Furqan.

Abdullah Khaerul Azzam ke hulu ke hilir dengan desperate-nya mencari calon isteri. Selepas seorang, seorang ditemui. Setelah berpuluh-puluh perempuan comel gagal dikahwini, akhirnya beliau menyerahkan seratus peratus keputusan kepada Kiai Lutfi untuk memilih mana-mana gadis. Asalkan beliau dapat berkahwin.

Anna Althafunnisa pula yang dilihat sangat comel dalam KCB1, tiba-tiba menjadi sangat gedik dalam KCB2. Tiap-tiap masa yang difikirkan selepas berkahwin hanyalah menggoda suaminya Furqan untuk melakukan seks. Sungguh lucah.

Hero dan Heroin, kedua-duanya gilakan seks. Astaghfirullahal azim. Moga Allah melindungi kita daripada pemikiran lucah ini.

Apa akan jadi apabila 2 orang yang berfikiran sama bertemu? Tentulah berlaku Addition. Seumpama Pemenang dan Jackster yang gila, apabila bertemu keduanya, bertambah gilalah mereka. Begitu juga dengan kisah Hero dan Heroin cerita ini.

Mula-mula penonton dihidangkan dengan aksi gedik kononnya mengimbas kembali pertemuan pertama mereka dahulu. Sungguh menggelikan hati melihat gaya Hero menjawab soalan Heroin. "Abdullah~~~"

Kemudian diakhiri dengan dialog lucah daripada Hero, "Kita solat dulu yuk. Setelah itu..." dan dijawab oleh Heroin, "Setelah itu..." lalu keduanya ketawa mengekek "Ihik ihik ihik" seperti kakRem. Argh jatuh kesikahan mereka. Ingin saya menangis on the spot.

Contohilah Furqan. Beliau berjaya mengawal dirinya daripada menodai Anna. Padahal penyakit yang dihidapinya bakal membuatkan beliau tidak dapat salah satu nikmat dunia seumur hidup. Seumur hidup. Anna baru 6 bulan dah desperate. Go Furqan! Tolonglah undi Furqan kalau ada Anugerah Watak Terbaik. T____T

Kesimpulannya, filem kedua ini lebih menekankan aspek ke-desperate-an mereka untuk berkahwin. Mungkin juga ke-desperate-an mereka untuk seks. Di manakah aspek pembangun jiwa itu? Sungguh mengecewakan. Argh~

Inilah dia filem lucah yang berselindung di sebalik tema Islam. Mungkinkah sebenarnya, tiada tempat untuk Islam dalam industri Hiburan?

Lambakan perempuan comel yang silih berganti, mengalahkan Girl's Generation (SNSD). Mungkin lebih baik kita menonton Teaser album kedua SNSD ini daripada KCB2. Sekurang-kurangnya tidak jatuh reputasi KCB2 pada pandangan kita.



Jangan lupa dapatkan album kedua SNSD apabila ianya keluar di pasaran. Kali ini dengan konsep "comel". Yeay~ Dan entry ini hanya karutan untuk menambah hits. Haha.



Created at: 20th January

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template