27 September 2008

Akhir Ramadhan 1429H..

Post kali nih ringkas je. Ya, cuti di Malaysia memang membosankan kerana TIADA bekalan internet. Betapa rindunya kepada Mesir. Kepada debunya. Kepada tremco, teksi dan bas nya. Kepada Arabnya. Kepada tokmiyah nya. Kepada bekalan internet nya. Haha.

Begitu banyak ingin ditulis. Namun komputer di rumah rosak. Kalau tak, cukup sekadar menulis di rumah dan menge-post di CC. Ingin menulis di CC, membazirkan masa yang dibayar dengan duit. Tambahan pula ramai manusia melihat-lihat. Haha.


Seterusnya, pantun 6 kerat di bawah buat mereka dan juga diri sendiri yang gagal menaiki tangga ke tahun 3.
Sesal Dahulu Pendapatan,
Sesal Kemudian Tidak Berguna..
Sudah Terlanjur Bersekedudukan,
Maka Kawenlah Jawabnya..
Alang2 Tak Lepas Peperiksaan,
Baiklah Kita Stay Kat Malaysia..

Pantun di atas tidak ada kaitan dengan rancangan untuk stay atau ape. Saje je sebagai penghibur hati.

Akhir sekali, Ramadhan makin menuju ke penghujungnya. Syawal pula bakal menjelma. Sudah terlepaskah rindu kita pada Ramadhan kali ini dengan amal ibadat? Mana tahu, Ramadhan depan, bukan milik kita.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini: iLuvIslam.com


Walaupun kemaafan bukan dipinta HANYA pada hari raya, malah ianya satu bid'ah yang selalu manusia buat, sedangkan lafaz maaf tersebut tanpa keikhlasan di hati. Tapi saya tetap ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kalau ade karutan yang mengguris jiwa. Tangan dan mulut memang selalu laser menglaser, tanpa ada sebarang filter.

Akhirnya, (readers: ingatkan tadi dah akhir, hampes!) jumpe lagi selepas raye. Maybe saya akan cuba menjahanamkan komputer agar dapat diguna tapi jangan terlalu berharap. Haha.

Oke, ciaossu..

4 penghinaan diterima:

Anonymous said...

salam..
menarik pantun anda itu..
yep...tiada kuasa dapat mengulang kembali saat itu...make sure this is 4 the first n the last!!

nessa syahirah on September 27, 2008 at 6:50 PM said...

ape la motif pantun tu tok..fenin..fenin..

Anonymous said...

xpe la dinmat,moga dapat amik pengajaran di atas kesilapan yg lalu..papepon,ko tetap membe aku! blaja rerajin ye~

HafizAdam on September 29, 2008 at 4:51 AM said...

EleVen PeOples:
mngulang kembali saat apekah?
haha pantun tuh spontan je kua. nk wat gane.

Nessa Syahirah:
mksud dye? ianya terlalu pjg utk dihuraikan adikku nessa..
ape saje yg kite buat, akan menentukan masa depan kite..
ape saje kputusan yg kite ambil, kn ade consequences dye..
maka, setelah kita mengambil keputusan utk melakukan sesuatu, setelah kite membuat sesuatu, jgn mnyesal dgn akibat/consequences nya..
dak kecik tak paham kot.. haha

Rem:
hapekah kesilapan itu wahi kakRem..
oh, da tau..
taun lepas masih lagi bersikap seperti biase..
itulah kesilapan terbesar..
nik taun dua kne ler bersikap lebih nerd..
haha

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template