14 April 2009

Bump Your Desktop

Setelah mencuba beberapa 'perhiasan' untuk Windows XP, saya bertemu dengan satu lagi software hebat: Bumptop, khas buat mereka yang suka menyemakkan ruang Desktop korang.

Entry kali ini tidak lebih hanya nak mencapabkan rupa Desktop, haha.


OVERVIEW




Menukar Desktop anda menjadi seolah-olah 3D, sama seperti meja kerja. Keseluruhan ruang dapat dimanfaatkan untuk diletakkan file-file.

DESKTOP VIEW


Antara beberapa ciri yang saya gemari: Piling. Ia membolehkan beberapa icon atau file disusun sama seperti kita menyusun kertas A4 minit mesyuarat. Atau lebih mudah lagi, seperti satu folder.

Fungsi Pin-up Wall juga menjadikan seolah-olah kita menampal sesuatu pada dinding di depan meja. terutamanya jika diletak Picture Frame atau Sticky Note. Sangat realistik.

Sticky Note masih lagi seperti biasa yang digunakan untuk gadget lain. Satu-satunya kelemahan adalah tidak boleh ditukar warna. Isk3.

Image yang diletak pada Desktop juga boleh dilihat dengan lebih jelas dalam format thumbnail. Dalam contoh di atas, saya telah besarkan rupa image tersebut, menjadikan seolah-olah terdapat sekeping foto Imarah 11 yang berhantu di atas meja. Mengagumkan, really~

IMAGE CHANGER


Rupa Picture Frame yang boleh diset masa untuk berubah. Sesuai kalau diset supaya load gambar Family. The best is; saiznya selari maka tidak akan timbul komen bahawa Pix yang stretching dan buruk.

SLIDESHOW


Ini pula rupa apabila kita view image pada Desktop. Lihat background (wallpaper desktop). Masih kekal. Sangat cool!

Lebih cool lagi iaitu sistem Gesture. Tak dapat ditunjukkan dengan gambar. Anda boleh merujuk laman web rasmi software ini.

Keseluruhan Skor: 4/5

Pada saya ini bukan satu pengubahsuaian pada Desktop, tapi lebih merupakan sebuah software alternatif untuk rupa Desktop. Ini disebabkan ia tidak terus menukar rupa Desktop sebaik sahaja anda On komputer anda, tapi hanya berfungsi sama seperti software lain; perlu diklik. Tapi masih ada option Auto-Start, jangan bimbang.

Jika anda kerap menge-Off komputer anda, maka saya tidak rasa software ini sesuai untuk anda. Begitu juga jika anda seorang yang tidak gemar menyerabutkan Desktop komputer. Masa loading pada startup yang panjang, serta beberapa ciri tambahan yang rumit mungkin menyukarkan anda.

Namun bagitu, bagi pengguna yang Off komputer seminggu sekali seperti saya, maka software ini adalah direkemen. Begitu juga bagi mereka yang inginkan kelainan.

Beberapa software tambahan pada Desktop juga tidak compatible. Sebagai contoh Rainlendar dan MiniLyrics. Saya terpaksa Disable kedua software ini untuk menggunakan Bumptop tanpa kecacatan. Huhu.

Walaupun terdapat 2 versi: Free dan Pro, tapi saya rasa fungsi yang ditawarkan Free Version sudah cukup memuaskan hati. Tidak perlu membazirkan LE29 untuk fungsi Pro.

Laman Web Rasmi: Bumptop
Features: Klik
Video Demo: Klik
DOWNLOAD: Klik

Last sekali, kita layan persembahan pelajar Malaysia sewaktu Hari Antarabangsa Universiti Kaherah yang lalu. SNSD - Gee (White Ver.) ataupun apa yang dikatakan: Video Aerobik pagi-pagi, Gee Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby Baby~

__^*SNSD - Gee*^__
4Shared | YouTube (Full ver.)


2 penghinaan diterima:

shairah on April 15, 2009 at 4:38 AM said...

pretty cool. tpi juling bijik mata gak aa. mayb x besa lg kot.

gee gee gee gee oo oo oo oo (dh tersampuk)

HafizAdam on May 8, 2009 at 10:41 PM said...

kakShae:
haha tersampuk plak dah~

video nih nampak sume gerakan dye so bleh r aerobik pagi2...
ngeh3

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template