Mula-mula boikot Friendster kerana alasan sosial.
Kemudian boikot FaceBook dan fotoPages kerana alasan Yahudi.
Akhirnya keduanya dihalalkan atas alasan dakwah.
Menggunakan Friendster, FotoPages dan FaceBook atas alasan dakwah adalah sampah penipuan terbesar pernah saya dengar.
Kenapa begitu? Kita lihat dari kaca mata seorang yang kuat berpegang teguh bahawa Friendster adalah sosial, dan FaceBook/FotoPages adalah hasil Yahudi:
Macam laa terdesak sangat nak berdakwah sehingga sanggup terjun ke dalam lembah maksiat. Macam laa terdesak sangat hingga sanggup menyumbang kepada Yahudi. Sedangkan rangkaian Friendster serta FaceBook tidaklah sebesar mana. FaceBook lebih keji, apabila limited access diberikan kepada Non-Friend. Maka seluas manakah rangkaian dakwah kamu?
Alasan dakwah, tapi Wall dipenuhi Mesej dan Kuiz lagho. Komen gedik menggedik bersama perempuan. Foto-foto entah pape beraksi di depan kamera. Guna FaceBook atas alasan dakwahkah begini?
Andaikata menghantar Buletin atau Notes agama sekalipun, tengok tajuk pun belum tentu bakal diklik dan dibaca. Maklumlah, tajuknya sahaja sudah typical, boring dan membosankan. Dakwah yang tidak sampai maksud dan tujuan.
Manusia yang benar-benar berdakwah di FaceBook, setiap hari menaip nasihat agama di Wall rakan-rakan mereka. Setiap hari meletak link-link berunsur keagamaan. Bersengkang mata membuat kuiz-kuiz Islamik. Tak putus-putus menukar status bermesejkan Islam. Itu pun belum lagi diambil kira meng-add rakan-rakan yang lagho lalu menasihati mereka. Ataupun setiap hari memeriksa koleksi Album foto mereka, ditegur mana yang beraurat, mana yang tergedik, mana yang melampau. Itu baru Dakwah di FaceBook.
Jika tidak, tak perlu gunakan alasan dakwah untuk kekal di FaceBook. Mengakulah bahawa kamu memang seorang yang lagho, suka main FaceBook walaupun ianya produk Yahudi. Saya pun takkan menyampah.
Golongan kedua yang menjadikan alasan dakwah adalah Blogger. Mereka juga telah menyampahkan perkataan dakwah tersebut.
Post pertama yang ditulis golongan sebegini biasanya "Moga-moga blog ana akan memberi kebaikan kepada orang lain. InsyaAllah ana akan berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan ilmu Islam.Bla bla bla"
Kemudian apa yang terjadi?
Samada blog tersebut dipenuhi entry-entry yang tiada faedah, atau berhabuk bersawang. Kalau yang berterusan menulis pula, biasanya lebih kelakar - tidak ingin blog mereka dikenali. Malahan kalau ada sesiapa yang meletak link blog mereka dalam mana-mana list, dengan marahnya menyuruh dibuang.
Promosi percuma, tapi tak nak. Dulu menggunakan alasan dakwah kononnya. Memang pun, ini namanya dakwah seorang diri. Lain kali kalau tak nak famous lalu riak, jangan kata kamu ingin berdakwah di blog. Tulis "Ini catatan peringatan untuk diri sendiri." Saya pun tak menyampah.
Manusia yang berdakwah di blog, setiap hari sejam sebelum tidur, melakukan blogwalking. Melompat dari satu blog ke blog lain yang tidak dikenali pemiliknya, untuk promosi artikel dan program. Mereka sentiasa menulis up-to-date dengan isu semasa, konsisten tidak menjadikan blog mereka seperti gua. Jalan mencari kefamosaan adalah jalan mencipta authoriti. Sudah terkenal, maka blog anda bakal menjadi wadah dakwah terhebat.
Jangan gunakan perkataan dakwah sebagai penyedap hati. Jika anda gemarkan karutan, maka tuliskan perkataan "Karutan".
Jangan jadi seperti peribahasa Melayu, "Kepala yu, ekor babi".
33 penghinaan diterima:
betul tu incek HafizAdam
gue sokong sama lo!
soutulmujahid.blogspot.com
yuk lawat yuk!
betul yang ni..kalau nak dakwah..takyah cakap kat belog takpe..buat saja..
pergh. rasa tertampar.. patutlah x approve sbg kawan kat fb.
terima kasih atas nasihat. best baca entry kali ni.
bosan la asik nak ckp 'setuju'.
hahah.
tapi mnyalahgunakan nama 'dakwah' dgn facebook
dan blog adalah satu pkara yg mjengkelkan.
menulis sesuatu bhn agama di blog pun hanya utk
menunjukkan bahawa "ini blog keagamaan."
gaya penulisan yg sah pemalas pun nampak sgt
mcm tak terasa nak bg kemudahan utk org baca.
cukup syarat jek.
lagi elok jadikan blog sdiri sbagai diari agama
je. tak payah tunjuk2.
(haha. menjadi kejam utk kemajuan)
Berblog sama jugak macam hidup.kalau tak silap dlm etry abg hafiz yg mana ntah, tntg senior junior, okey, slalunya budak br nak berblog(junior) camtu la, cam saya dedolu.(skarang senior ke?)sampai bila baca balik entry lepas2, rasa cam nak bom je blog.tp jgn bom dulu, sebab entry lepas2 yg menseniorkan seseorg.semakin lama anda berblog, anda akan mula menjumpai rentak, dan makin sedar, oh, rupanya anda tersilap.
Saya tak berfacebook, jd saya tak tahu macam mana berfb, tapi untuk berblog ada sedikit pengalaman.kadang2, bukan dakwah yg sengaja dijadikan ‘alasan’, Cuma mungkin manusia yang br berjinak dngn agama, nak buat blog, maksud saya, jumpa blog ‘agama’ dan rasamacam nak buat blog dan post artikel tntg agama , tp terlepas pandg bab ikhtilat. Jadi bukan dia sengaja menggunakan ‘alasan sampah’ tu, tpi Cuma tersalah masuk gear, nak berdakwah tapi hanya tahu berdakwah adalah menyampaikan kebaikan , tapi caranya, ‘belum’ didalami.jadi kalaulah ‘junior’ itu terbaca entry ni, ia adalah entry tersalah persepsi yang sangat kejam dan buat orang rasa macam nak tutup blog terus.
Sejauh mana artikel ni boleh jadi macam artikel dari umairzulkifli satu ketika dulu yang buat ramai org tutup fs, apa kata post benda ni kat ILI. Kita tengok brpa ramai org yang tutup fb.
yeay!
akak ada fesbuk.. sape nak add sila lah sila, haha~ tp jarang pun guna medium lain (fb,fs,ms etc).. mana tidak, asal masuk tenet je balik2 masuk forum, haish~~
haha post ni sgt bes
1. ramai nk berdakwah pakai blog tp x jage kualiti blog (tulisan & rupa bentuk)
2. facebook n frenster itu bosan.
3. ramai manusia mengaku berdakwah tetapi tulisan menyakitkan hati.
Umum
1. Setiap tulisan ada beberapa sudut pandangan berbeza, tiada seorang pun yang menulis dan tulisannya itu difahami secara menyeluruh maka bukanlah kekejaman penulis jika pembaca tersilap mentafsir tanpa membaca dengan sebaiknya.
2. Dakwah itu bukan menulis sesuatu yang 'nampak islamic' semata. Hatta post ini juga satu dakwah walau tiada satu 'nas' pun digunakan.
3. Apa nama dakwah jika blog pun nak dirahsiakan, lainlah kalau nak rahsiakan siapa penulisnya, namun wajarkah?
*teringat satu komen dalam topblog mesir blog sy utk dakwah, bkn utk cari ranking maka di manakah anda sekarang, saya sudah tidak jumpa blog anda, saya ini bukan bahan untuk didakwahkah. (fahami konsep sebelum memberi komen sampah)
*nak menyampaikan dakwah sudah tentu tidak perlu famous, namun menyebar2kan post2 blog anda di serata tempat bukanlah mencari famous sebaliknya mencari manusia untuk didakwah, ini dunia alam maya, anda tidak promote tiada siapa yang akan tahu, lainlah kalau anda sudah ada target tertentu?
Maaf panjang, satu hari tiada internet maka tangan gatal menulis, betulkan jika salah, namun jangan mencari2 apa yang salah (faham kan konsep yang satu ni)
Wallahua'lam
ops kepala yu ekor babi?
SemenToJi btol la haha
assalamualykum, salam perkenalan. pandangan yang menarik. moga jangan disalahkan dakwah disebabkan sifat manusia yang sebegitu.
peribahasa melayu yg last skali tu mmg ade ke?
hm...setuju jgk la dgn alasan dakwah tu...guna la medium ape pun utk dakwah tp tak perlu kot nak heboh2 kata kita berdakwah melalui medium tu..bimbang nnt kalau yg dibawa cuma benda2 mengarut, org yg tak cukup ilmu pegi ambik benda tu sbg dakwah...bahaya tu
kalo belog aku tu memg untuk merepek cemane dinmat??
salam, saaaangat menarik tulisan saudara hafiz adam... jzkk atas pencerahan!
1) facebook
kalo nak boikot totally produk2 yahudi, perlu ah jugak boikot kpl terbang boeing, google, intel, dell etc...???
sebenarnya pemfokusan boikot zionist products adalah bagi yg. ada alternatif (like foods), so kalo cam fb (by Mark Zuckerberg), kalo ada org. Islam mmpu buat social network yg. kualiti hmpir cam fb, bleh ah kita totally boikot fb. coz fb acteli ada pros (keep in touch ngan family members, ustz2 update blog, etc.) n cons (bab ikhtilat, quiz merepek, aplication pelik, etc.), its up 2 us untk gunakan sebaiknya... tapi kalo still nak boikot fb gak, silakan!
btw, ni artikel menarik ummusaif mengenai ikhtilat dlm tenet
http://ummusaif.com/2009/01/pena-binasa/
2) blog
saya tertarik dengan komen Wal, kadang2 terasa asyik kena setuju3 jer dengan sebahagian tulisn2 dlm blog, means, xramai sebenarnya blogrs yg. mampu membuat org. terfikir secara kritis rather than stuju bulat2 apa yg. ditulis (cam saifulislam.com) & kadang2 bloggers juz copy paste @ ubah ckit tulisan org. lain!
ada seorang kenalan saya, dia sangat boring baca blog2 islamic yg. 'monotone', dia lebih suka baca tulisan2 muslim liberal yg. bleh buat dia banyak berfikir (untk defend Islam), jadi bila baca tulisan liberalist, xbleh trus nak komen, kena cari bahan rujukan & berfikir secara mendalam... (sekadar perkongsian)
@nessa syahirah: correction ejaan nama, ahmad umair zulkEfli, xsangka plak artikel si umair (yg. ditulis masa dia f5 kat labu), mampu beri pengaruh besar smpi rmai orng. delete trus fs? betul ker? hebatnya! proud 2 be his fren! =)
sila betulkan kalo ada salah.... ^_^
wa setuju sangat2..
psst: wa menonton 'nur kasih' yang ada nama lu.. trimas kasus atas sumbangan lu.
Assalamualaikum...
hmm,satu tulisan yg buat kita fikir paanjaang...
1)Setuju:tak suka dengan orang yg sekejap haram, sekejap halal ni.Pd saya,boikot tak terhenti pd kita tak guna langsung.Bahkan perlunya kita MENCIPTA alternatif utk perkara yg diboikot tu.Al-maklum,benda2 boikot semuanya yg kita biasa guna.Bak kata orang,jgn cepat sgt jatuhkan hukum...kan dah kena balik pd diri sendiri.
2)Tak setuju:memang jengkel juga dgr orang asyik pakai alasan DAKWAH ni.Tetapi pd saya biarlah mereka guna alasan tu,walaupun x kena gaya.Bagi mereka yg faham apa sebenarnya dakwah, itupun salah satu tugas bagi memastikan kelak maksud DAKWAH tak dipesongkan sesuka hatinya...cthnya Enchik Hafiz Adam ni la yg beitu daring menulis entri ni =)
artikel y baek
menyedarkan mereka y terlalu taksub
dgn dakwh
dgn aurat
sdangkan kwjipan laen dilupkan
mna tanggungjwab mereka tentang
memenuhi ap y dijanjikan
melaksanakan ap y ditgaskan dgn tggjawab sebesar-besar kesubgguhan
mana tgjwab mereka tentan menjelaskan utang
:)
ragu-ragu..
bukan ngn artikel, tp ngan pengomen2x.
nape sume org pn nak tnjuk bagos?
manusia macam2x..aih..
manusia mmg bagai rencam,
to err is human, to forgive is divine
(xde kaetan dgn kepala yu ekor babi)
wah sofea, lame x bukak blog, sedar2 da private ek =)
=)
tulah,agak lama tak update.jd private dulu.
Baru sedar dr kesilapan lalu..isk2
salam ramadhan sume..^-^
yup..fnster n fb mbosankan
terima kasih atas nasihat, moga dapat dijadikan pengajaran
Tak semua dakwah alasan sampah syeikh! walau Memang ada kebenarannya. paling penting blog yang kita wujudkan itu dapat dimenfaatkan oleh semua pihak.
Tidak guna kita gunakan nas nas dalam blog dakwah kalau kreativiti penulisan diabaikan ...
Muga blog kita ada menfaatnya sekalipun tidak dinamakan blog dakwah asalkan membawa kebaikan .. insyaalah
Internet adalah Medium untuk berbincang,berdiskusi dan Ilmu dan termasuk Hukum Hakam. Ugama Islam.Kristian ,Buddha dan Hindu Sekarang semua Ilmuan mencatatkan idea masing masing dalam Internet.Pada Zaman sebelum Internet muncul.Semua Ilmu hanya terdapat dalam buku buku sahaja. Terpaksa mencari buku untuk bahan rujukan.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (49:12)
Salam Ramadhan to all.
First of all, thanks for the sharing.
Mula-mula tengok blog, dah agak dah penyokong kuat kerajaan. But benda itu bukanlah hal yang besar. Cuma saya agak terkejut tentang tajuk entry ini dan menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menyelesaikannya.
Alhamdulillah, kebanyakan pengomen di sini menyokong anda saudara HafizAdam. Syabas!!
Namun ada beberapa perkara yang saudara mungkin terlepas pandang.
Jika saudara membaca komen anonymous yg latest,ayat Al-Quran itu sudah cukup untuk menunjukkan betapa entry ini seperti mencari-cari kesalahan orang. Ayat ini ditujukan kepada orang-orang beriman. Tidakkah saudara terfikir bahawa kenyataan saudara seakan-akan menuding jari kepada semua yang berdakwah???
Jangankan nila setitik rosak susu sebelanga.
Dan kebanyakan komenkomen di atas adalah menyokong anda. Berbanggakah anda apabila kenyataan anda disokong??
Saudara perlu ingat, internet adalah satu medium untuk berdakwah. Hanya melalui penulisan, orang-orang yang terbuka hatinya oleh Allah akan menerima. Seperti mana saudara menulis entry ini. Bukankah entry ini mendapat sambutan?
Wallahu'alam
emm..aku suka blog ko..ckp bende yg betul n berani..tp kalo xbetol nnt ku hinala..haha..
Assalamualaikum semua yg beriman. ini kali pertama saya menemui blog ini.Bagus sebagai salah satu cara utk ekspress apa yg terbuku dlm hati. Sekurang-kurangnya kita dpt gambaran tentang apa yg berlaku dewasa ini, dalam kalangan remaja (remaja ke?)
Cuma, saya minta agar sebarang pandangan diberikan dalam bentuk yg membina, tidak membuta tuli dan menggunakan bahasa yg sopan, beradab. Tidakkan kita, Malaysia, ingin maju mengikut acuan kita sendiri, penuh dgn budaya Timur yg kuat berpegang dgn agama dan adat resam.
Semoga kita semua akan ditunjuki jalan yg sebenarnya, amin.
salam alayk..
setiap perkara ada pro n cons, tapi kalau terlampau disalahfaham akan nampak tak adil kepada penulis,
1st time nak reply direct.
Shira Shafrida
generalization itu sangatlah tidak patut, HafizAdam telah menulis dengan jelas contoh2 yang menyebabkan dia jelek dengan golongan yang mengaku berdakwah (bkn secara direct dituju kepada para pendakwah), adakah itu satu generalization? boleh terangkan di bahagian mana sebenrnya yang saudari (mungkin) terbaca bahawa penulis menuding jari kepada semua yang berdakwah?
Saya merasakan komen saudari merupakan satu komen yang amat offensive tanpa sebab yang munasabah.
Walaubagaimanapun
Hak masing2, silalah hina lagi ya, dengan bahasa yang tajam, tanpa alasan yang jelas, ya lah, HafizAdam ini kan 'penyokong kuat kerajaan' maka kenalah pandang serong skt kepada beliau, oh itu bukanlah suatu perkara yang besar.
Oh n sy sokong HafizAdam bkn sbb die kawan sy, kalau sy stuju sy komen sy stuju, n kalau sy x stuju, sy komen sy x stuju n sy bg alasan2 sy, at least xde la sy maen tibai je tulisan dia ye.
Wallahua'lam
wahahaha. sebijik kene aku doh.
aku ada fb =P
Assalamualaikum..
Betul ke ada peribahasa melayu,
'kepala yu, ekor babi tu'?
Entry yang membakar. Siapa yg mandi minyak,dia terbakar. Yang tak,tak le.
Salam alaikum wbh,
Best baca artikel ini dan komen-komen membina yang menggerakkan 'kepala' untuk berfikir dan merenung. Saya sukakannya.
Saya baru daftar FB sekadar mahu melihat apa yang ada di dalamnya. Itu pun sebab ada seorang kawan yang minta tengokkan.
Baru beberapa hari di situ, terasa seperti ada yang tidak kena. Melalaikan pun ada walaupun ada post-post berbau agama. Namun masih meneliti maslahah yang terkandung. Sedang menimbang adakah maslahah lebih besar dari mafsadah atau sama banyak atau mafsadah lebih besar dari maslahah.
Apa pun, jika ia menjauhkan hati saya dari Allah, saya akan tutup akaun di situ.
Terima kasih atas perkongsian.
Salam.
Awak ada facebook?
Hurm... tercatat terang dalam quran memang lumrah org yg menegakkan agama Allah akan dihina dan diseksa sejak zaman Nabi2 terdahulu. fisically, mentally and soul.=P
Jika pendakwah/org yg baru berjinak2 dalam gerakan dakwah dihina/dikutuk, dimana pula letaknya orang2 yang jauh dari Allah? yg xteringin langsung mengingatkan kawan2nya tentang Allah, hari kiamat, seksaan kubur,etc? yg terus lagha dgn dunia, hiburan, etc.. yg xamalkan suruhan Allah.
semoga kritikan dan kutukan semua ni menyemarakkan lagi semangat org2 yg nak menegakkan agama Allah, untuk buktikan apa yg kita selalu sebut dalam solat 'inna solati, wanusuki, wa mahyaya, wa mamati, lillahirabbil alamin'. segala2nya yg kita lakukan lillah kerana Allah.
"Manusia spt logam. Hebatnya mereka semasa jahiliyah hebatlah juga mereka semasa Islam. SEKIRANYA MEREKA FAHAM"
Post a Comment