12 February 2010

Track Outgoing Link

Wah, sudah lama tidak update blog ini. Ranking pun telah jatuh mendadak. Fathiyyah pasti sedang bergembira walaupun sakit. XD

Sebelum ini saya ada bercerita tentang Google Analytics, dan seperti yang dijanjikan, post kali ini saya akan bercerita sesuatu yang menarik: Mengesan berapa kali link di blog anda diklik. (Bahasa Melayu agak kelakar. Inggerisnya "Tracking Outgoing Link on your blog)

Sebenarnya caranya cukup mudah. Setelah membuat Search, ianya sudah tersedia di Google Code.

Download, kemudian upload dalam hosting sendiri. Tapi untuk memudahkan manusia, paste-kan je code di bawah dalam Edit HTML kamu selepas code Google Analytics. Saya tahu kamu tak reti pasal hosting sendiri kan? Haha.

<script src='http://hafizadam.vndv.com/outgoing/gaAddons.js' type='text/javascript'/>


Ia sepatutnya berupa begini:



Dalam Google Analytics anda, ianya akan direkodkan di bawah tajuk Content-->Event Tracking.



Maka, apa fungsi mende alah ini? Pengiklanan.

Buat pengetahuan anda, Nuffnang dan Google Ads mempunyai beberapa cara untuk merekod bayaran. Antaranya Cost per View. Bayaran dikira berdasarkan berapa banyak orang masuk blog anda, tapi cara ini kurang digunakan kerana tidak semua manusia yang melawat blog anda akan tertarik kepada iklan tersebut.

Cara kedua, Cost per Click. Bayaran diberikan setiap kali pelawat klik pada link di blog anda. Cara ini lebih accurate dan adil sebab syarikat pengiklanan membayar anda berdasarkan jumlah orang yang klik link dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu produk.

Tracking Outgoing Link ini adalah asas kepada sistem pengiklanan Cost per Click. Walaupun tidak serumit Nuffnang ataupun Google Ads, cara ini boleh digunakan untuk pengiklanan mudah di blog anda.

Sebagai contoh, sekiranya rakan anda ingin mengiklankan produk eVoiz beliau di blog anda, anda menetapkan bayaran LE1 untuk satu klik. Rakan anda membayar LE50. Maka selepas 50 UNIQUE click, anda bolehlah membuang link produk rakan anda itu. XD (UNIQUE digunakan kerana ianya adalah pelawat berlainan dan lebih tepat.)

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Tracking Outgoing Link ini untuk melihat keberkesanan promosi anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menulis dalam post anda "Kliklah link ini", bolehlah anda linat berapa ramai sebenarnya tertarik dengan promosi tersebut dan klik pada link yang anda berikan.

Dan yang ketiga, sekiranya anda meletak Image, anda mungkin ingin mengetahui berapa ramai yang klik untuk paparan yang lebih jelas.

Sebenarnya, banyak lagi pengubahsuaian boleh dilakukan pada Google Analytics untuk mendapatkan keputusan yang lebih variasi. Bolehlah mencuba-cuba filter dan function dalam Google Analytics. Ataupun tinggalkan komen untuk saya jawab.

Terima kasih, dan saya harap tutorial kali ini memberi sedikit manfaat. Mereka yang sakit di Bahariya, jangan lupa minum banyak air dan makan banyak Megi. Bukankah Megi itu pengubat diarrhea dan demam? =)

1 penghinaan diterima:

Haru on February 14, 2010 at 4:49 PM said...

explain on biochemical basis why maggi is beneficial for diarrhea.

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template