28 March 2009

Can I Call This, a Nightmare?

hafizadam: bace yg mudah2 sudah
senang paham
huhu


Hafiz menguap beberapa kali. Hari ini terasa sangat meletihkan. Jam menunjukkan 2355. Dia bercadang untuk tidur awal malam ini. Window Yahoo Messenger ditutup.

Video Converter pada skrin komputer ditatap. Baru 5% selesai. Estimated Time Left 7 hours 48 minutes. Video rakaman Kursus Pengenalan Islam 2 sesi petang sedang diconvert kepada AVI sebelum diedit mana yang patut. Sesi pagi mungkin akan diproses minggu depan.

Slot pada sesi petang diisi dengan Pengenalan Bait Muslim dan Jabatan Keselamatan Sosial Islam (JAKSI), kedua-duanya memakan masa lebih kurang 30 minit. Kemudian disambung dengan sesi Bahas Terbuka di bawah tajuk Keruntuhan Akhlak: Salah Siapa? Hafiz tersenyum mengingatkan sesi Bahas yang dipenuhi aksi melucukan daripada peserta.

Dia bingkas dari kerusi dan menuju ke katil. Lutut kiri masih terasa kebas. Dia terlanggar bumper kereta sewaktu pulang, betul-betul di atas patella. Lebam kebiruan muncul namun dibiarkan. Bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Lampu dipadam. Hafiz merebahkan diri dan menarik selimut biru tua. Akhirnya tenggelam dalam kegelapan malam.



"Wahai Hafiz Adam Azlan!"

Hafiz terjaga. Matanya memandang ke atas. Siling biliknya tampak kabur. Seumpama sedang mengalami efek Swirl dan Gaussian Blur. Sekali lagi suara itu bergema dalam kepalanya.

"Aku memanggil rohmu kembali kepada Tuhan-Mu Yang Maha Esa!"

Kakinya terasa kejang. Dia cuba bergerak. Tangannya cuba memaut sesuatu. Beg di sebelah cuba dicapai. Namun tidak bergerak.

"Ini cuma mimpi! Hafiz! Jaga! Bangun!" Fikirannya melontarkan sangkaan. Dia cuba menampar dirinya namun ia masih tidak bergerak. Tangannya kaku di sisi.

Dadanya terasa sakit. Hafiz mula panik. Sesuatu bergerak menuju ke halkumnya dari bawah. Merentap dan menyakitkan setiap anggota yang berada di laluannya. Torehan pisau? Tidak, ia lebih menyakitkan. Pandangannya masih kabur, berbalam balam kipas siling disimbahi cahaya luar, tembus dari tingkap biliknya.

"Adakah ini bukan mimpi? Hafiz, bangun! Jaga!" Dirinya terasa ingin menangis.

"Allah! Allah! La Ilaha Illallah" Kalimah suci itu diulang berkali-kali. Lidahnya kelu namun hatinya masih bersuara.

Kesakitan semakin terasa, dari dada akhirnya sampai di halkum. Badannya kejang, kaku tidak bergerak. Suara tadi makin bergema tapi tidak mampu ditafsir fikirannya.

Imbauan dosa silam berputar-putar. Masih belum meminta maaf. Masih belum bertaubat. Masih belum berganti. Masih belum dibayar.

"ALLAH~!"

Hafiz terjaga. Matanya masih memandang ke atas. Siling masih kebiruan disimbah cahaya malap dari luar. Kesakitan tadi hilang.

Mimpi?

Air mata terasa di kelopak mata, lantas dikesat dengan selimut. Dia bangkit dan duduk. Astaghfirullah. Istighfar diucap berkali-kali.

Mimpi?

Masih jelas lagi peristiwa tadi. Jantungnya masih terasa berlari kencang. Betapa takutnya dia ketika itu. Perlahan memeriksa henset di sebelah. Jam 0327. Tangannya terketar-ketar menyingkap selimut.

Menuju ke bilik air mengambil wudhu'.

===NOTES===
sekadar berkongsi pengalaman. maaf tak reti sangat menulis dengan jiwang. facebook kata saya seorang clairvoyant (nampak masa depan) maka bukan sekali saya mengalami peristiwa sebegini. dulu juga sering berlaku pengalaman mistik. rahsia roh dan kematian tiada siapa yang tahu, namun pengalaman boleh dijadikan iktibar untuk pengajaran.

amat menakjubkan bagaimana otak mampu mencipta mimpi sebegini. kajian menunjukkan mimpi adalah hasil daripada pengalaman lalu, tapi tidak pula saya ingat jika ia berkaitan dengan pengalaman lampau kecuali bahagian 'Imbauan Dosa Silam'. lebih menakjubkan lagi kerana latar siling dalam mimpi dan selepas terjaga adalah sama; berbalam kebiruan. sedangkan saya tidur meniarap, apabila terjaga posisi telah menjadi terlentang. kebetulan?

petikan YM di atas adalah dipetik dari Archive, saya tidur 5 minit sebelum anda reply untuk sama-sama tidur. sori neh.

sekian..


Continue Reading

26 March 2009

Hisbah the Movie?

Sebagai menyokong industri perfileman PERUBATAN, maka saya menulis post ini.



Saya telah download file ini sebanyak 2 kali. Tabiat tidak-tidur-malam telah membolehkan saya mendownload file asal dari aDrive pada jam 3 pagi. Server tak busy sebab takde orang download, maka bolehlah saya download. Kemudian versi Eamz pun saya download. Untuk melihat bandingan.

Disebabkan saya seorang yang kerek dan ego, maka saya tak berpuas hati kerana:
  • Saiz kedua-dua file bagi saya sangat besar untuk satu video 20 minit.
  • Dimension kedua-dua file pun macam pening.

Maka saya sendiri telah reconvert dan reupload. Setting converter menggunakan setting daripada Querbeet (XviD dengan Quality 3.7). Dapat file bersaiz 90MB dengan bitrate sekitar 600kbps.

Maka terimalah:

__^*HISBAH THE MOVIE*^__

Genre: Cerita Pendek
Directed by: Nur Ilahi
Starring: Farid, Syahir, Bob, Mujib, Aiman
Runtime: 18 mins 48 sec
Synopsis:
Pada suatu hari, Farid (Farid) mendapat suatu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Panggilan tersebut agak merunsingkan dirinya yang sedang sibuk menelaah pelajaran. Menyedari akan tanggungjawab berat yang dipikulnya, Farid tetap bangun menyahut suatu misi yang diberikan.


Dibintangi oleh pelajar-pelajar perubatan Mansurah, filem pendek ini dirakam bertujuan untuk memberi kesedaran kepada remaja hari ini akan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim atas saudara Islam yang lain iaitu 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Production by: Unit Hisbah PCM 08/09
Content of file include:
  • Hisbah.the.Movie.XviD-PCM.avi
  • Cover album
  • 2 Wallpapers



Download: Torrent | MegaUpload | MediaFire

Boleh juga didapati di laman web PERUBATAN dan Mansurah sendiri.

Komen dari saya? Kalau dikutuk nanti ramai yang marah; Tak bersyukur kononnya. Kalau memuji nanti ade yang kondem; Mooja je lebih. Kedua-duanya memberi feedback negative. Maka saya komen dari 2 sudut, AMARAN terdapat Spoiler:

Sudut Pandang seorang Penonton:
Tempo terlalu slow. Banyak scene yang tidak perlu lantas menjadikan perjalanan cerita agak mengantuk. Couple pulak tak macam couple. Buat laa aksi lucah sket. Hahaha. Unit Hisbah macam Rockerz dan sedikit poyo. Tak perlu pakai spek hitam di tengah malam.

Kaedah pencegahan maksiat juga perlu diubah. Sepatutnya ketegasan diorang lebih kuat, bukan setakat bagi pamplet "Say No to Couple" je. Pukul-pukul laa sikit. Kua darah. Tarik anak dara tuh balik umah pun OK.

Sudut Pandang seorang Videoman:
Nak buat filem seperti ini bukan mudah. Tahniah buat Unit Hisbah PCM. Betapa payahnya nak cari pelakon kalau saya sendiri nak buat mende nih. Cuma suntingan muzik latar dan cinematografi perlu diubah sikit supaya kena dengan scene.

Video ini dirakam dengan Display 4:3 iaitu standard untuk TV. Saya sarankan agar diset kepada 16:9 dari awal pada Camcorder. Video Eamz diconvert menggunakan Display 16:9 maka ianya menjadi sedikit stretching. Ini boleh dilihat pada logo PERUBATAN dalam video beliau. Ukuran asal PCM adalah 480x576 dengan Display 4:3, maka sepatutnya diconvert dengan nisbah 4:3 juga supaya tidak jadi terlalu stretching. Ukuran dimension nampak pelik kan? Nisbah video adalah tidak sama. Video asal menggunakan sistem PAL yang menggunakan ratio 0.9*, disebabkan itulah dimensionnya nampak pelik. Tapi sebenarnya normal dalam sesetengah player.

Overall:
Satu percubaan yang baik. Jalan cerita menarik, idea mantap. Pelakon pun hensem. Sokonglah industri perfileman PERUBATAN! Hahaha.

Rating? 7/10.

Last sekali lagu ini ditujukan buat semua perempuan saya di luar sana tak kira kakak adik abang isteri bini kekasih awek, dengan ucapan "Kita dah kantoi dengan Unit Hisbah maka kita terpaksa berpisah". Salam sayang untuk semua~



Continue Reading

24 March 2009

Special Thanx

Jatuh dan jatuh. Saya hanya tersenyum melihat topsitePERUBATAN. Biasalah, blog yang tidak berupdate akan jatuh. Sebagaimana manusia yang tidak memperbaiki diri akan rebah akhirnya. Sama-sama kita muhasabah dan memperbaiki kekurangan diri kita. Kalau bukan sekaligus, sedikit-sedikit.

Post kali ini hanya untuk mengucapkan terima kasih kepada sebiji makhluk yang telah sudi menyumbang kisah-kisah dibawah bersama seketul External Hard Disk. Maaf, saya tak exchange koleksi saya sebanyak saya cilok kisah anda.
Akai Ito
Binbo Danshi
Brother Beat
Hachimitsu to Clover
Hanayome to Papa
Last Friends
Oh! My Girl!
Teppan Girl Akane

Manusia lain juga dijemput membuat trading movie dan drama Asia.

Kepada Pepe yang gila download drama Jepun, Arigatou untuk cerita berikut. Haha. Pasnih kita buat kerjasama lagi neh~
Q.E.D.
Innocent Love
Ryuusei no Kizuna

Pasnih saya nak meng-Offline-kan diri. Mungkin hujung minggu baru update untuk memberi laluan kepada waktu study (macam betul je nak stadi).


Mikhail dah kuar, saya nak tempah melalui Aman Mazian. Beliau bakal pulang ke Malaysia pada 29 Mac ini. Yeay~ Yatta! Hahaha harap-harap mudah dijumpai agar tidak menyusahkan beliau. Thanx Aman.


PERUBATAN Cawangan Mansurah dengan bangganya mempersembahkan Hisbah the Movie. Tapi hanya ada Direct Download aDrive. Maka bersabarlah menunggu giliran untuk download kerana server sedang busy. Nadhir sedang berusaha membuat Mirror tapi dengan saiz yang besar gedabak, saya jangka akan muncul setelah beberapa hari. Setelah saya berjaya download, insyaAllah torrent akan menyusul dan Mirror baru akan dibuat serta PO akan diupdate.

Last but not least, kita saksikan MV berikut. Haha macam siaran TV plak.


__^*Seo In Young - Cinderella*^__
4Shared


Continue Reading

20 March 2009

New Heart OST

Original Soundtrack from kDrama: New Heart.


__^*NEW HEART OST*^__


Album Info:
Artist: Various Artist
Popular Through: New Heart kDrama
No of Tracks: 16
Size: 48.6MB

Track List:
01.Park Il - Bye Bye Bye
02.Monday Kiz (Jin Sung)&M TO M(Choi Jung Hwan) - 02
03.da jim (Prologue)
04.Hong Kyung Min - gam sa
05.Yozoh & Sentimental Scenery - Morning Star
06.Taru - nae gen sarang ha na...
07.Choi Yoo Mi - neu rin noon
08.Fanny Fink - Prologue (Drama ver)
09.Kim Dong Hee - sarang eul mol rat jyo
10.Reason
11.Theme for Doctor Cho
12.Theme for Hye Seok
13.Title
14.wi dae han doo son
15.Click
16.Lee Eun Sung - Sarang e Ges So <--added myself

Download:
RapidShare


SPECIAL THANX:
- ORIGINAL UPLOADER: Forgot where I found these but still I credit him wherever he is. Hehe.

I DONT CARE IF YOU THANKZ/CREDIT ME OR NOT BUT PLEASE DO NOT:
~ PUT THE LINKS IN OTHER SITES. LINK THEM TO THIS BLOG INSTEAD.
~ REQUEST FOR ALBUMS. I ONLY UPLOAD ALBUMS I LIKE.
~ REQUEST TO BE SEND THROUGH EMAIL. MY UPLOAD IS SOOO BAD THROUGH EMAIL.
~ REQUEST FOR TITLES IN OTHER LANGUAGES. MY PLAYER AUTO CORRECT THEM SO I DONT REALLY KNOW THE ORIGINAL TITLES. YOU CAN GOOGLE FOR FURTHER INFORMATION.


THANKS AND ENJOY!

Report broken links, I'll fix it if I have time.

Continue Reading

Surgeon Bong Dal Hee OST

Original Soundtrack from kDrama: Sureon Bong Dal Hee.


__^*SURGEON BONG DAL HEE OST*^__


Album Info:
Artist: Various Artist
Popular Through: Surgeon Bong Dal Hee kDrama
No of Tracks: 12
Size: 43.8MB

Track List:
01. uh rin nal eh gi uk (Main Theme)(Instrumental)
02. uh rin nal eh gi uk - SS501
03. buh reut chuh rum - Chun Dan Bi
04. ji ool soo uhb neun sarang - SS501
05. geu dae man - Ahn Sun Ha
06. yak sok - Kim Ki Won
07. guh jul hal soo uhb neun sarang - Jo Hye Hyun
08. dduh na neun sa ram eh ge - Park Ye In
09. mi ahn hae - Han Kook
10. ga - Hong Ji Min
11. Thanks to - Kim Eun Bae
12. yak sok (Sub Theme)(Instrumental)

Download:
RapidShare


SPECIAL THANX:
- ORIGINAL UPLOADER: Forgot where I found these but still I credit him wherever he is. Hehe.

I DONT CARE IF YOU THANKZ/CREDIT ME OR NOT BUT PLEASE DO NOT:
~ PUT THE LINKS IN OTHER SITES. LINK THEM TO THIS BLOG INSTEAD.
~ REQUEST FOR ALBUMS. I ONLY UPLOAD ALBUMS I LIKE.
~ REQUEST TO BE SEND THROUGH EMAIL. MY UPLOAD IS SOOO BAD THROUGH EMAIL.
~ REQUEST FOR TITLES IN OTHER LANGUAGES. MY PLAYER AUTO CORRECT THEM SO I DONT REALLY KNOW THE ORIGINAL TITLES. YOU CAN GOOGLE FOR FURTHER INFORMATION.


THANKS AND ENJOY!

Report broken links, I'll fix it if I have time.

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template