Rasa cahaya matahari dan cahaya lampu kalimantang memang berbeza. Tidak hairan kalau manusia 40 kurun yang lepas bleh hidup tanpa lampu, tapi manusia 40 kurun akan datang tak mampu hidup tanpa cahaya matahari. Tuh salah satu nikmat Allah yang takleh diganti.
PRINTER
Mula-mula saya keluar adalah untuk refill printer serta membeli beberapa barang. Mulanya saya ingin refill tahun depan bile naik tahun baru, sesi persekolahan (baca: peruniversitian) telah bermula. Tapi difikir-fikir balik, kalau lama tak refill, nanti rosak plak - macam printer kat umah di Malaysia.
Lagipun konfem Husaini nak gune bile dia balik nanti - untuk program PERUBATAN, kot. Saya sendiri bleh gune sementara masih berada di Mesir nih. Ade beberapa file yang ingin diprint.
Tapi lebih menarik adalah apabila saya membuat resolusi untuk refill, pada hari sebelumnya hartaN bertanya samada saya boleh print tapi ditolak dengan keji - sebab takde dakwat, camne nak print kan? Esoknya, terbangun lewat, dalam kul 3 barulah mata betul-betul celik (akal betul-betul waras), sape suruh tido selepas bangun kul10? Maka setelah mandi makan solat serta main game, rase ingin dicancel je rancangan tuh dan ditangguh ke hari esok.
Tapi rangsangan untuk pergi tuh datang bile haMidah tanya samada saya bleh print ke tak, waktu petang dalam kul6. Taktau samada saya memang berhati baik atau sebab lain (hehehe) maka berjaya juga keluar ke Tahrir - Bustan Mall. Pengeluaran dari rumah selama sejam berjaya dilakukan.
Juga tahniah kepada pelanggan musim cuti, kerana merasmikan dakwat baru. Omedeto.
kiri: kertas A4 yang bakal dijahanamkan.
kanan: printing perasmian.
VISTA
Selama nih hanya memandang dari jauh, akhirnya berjaya juga menyentuh Windows Vista. Wargh, teruja gile babi. Nak install, apakan daya saya manusia miskin yang tak mampu membeli Installer walaupun pirate version.
Nih sume gara-gara labtob Kak Thiqah tetibe jem maka saya suruh dye format balik. Pelik tol, 90.67% kes yang saya terima adalah dari perempuan. Lelaki tak pernah pun format kerana jem. Rata-rata format kerana pembersihan labtob dari unsur yang tidak diperlukan aka BrainWash.
Lebih menakjubkan, statistik saya menunjukkan 94.82% adalah mereka yang terkenal dengan kebaikan, kealiman, kete'ahan dan perjuangan mereka di bidang dakwah (cewah exaggerate gile). Maka saya merumuskan bahawa ini adalah ujian, rahmat dari Allah untuk mereka.
Saya menggunakan package Vista Inspirat 2.0 untuk menjadikan Windows XP kelihatan seperti Vista. Walaupun package Vista Transformation lebih menyerupai Vista namun Vista Inspirat lebih stabil dan tak banyak masalah. Mungkin saya akan cuba kalau komputer nih berjaya diformat - condition komputer nih amat teruk sekarang setelah diserang Malware.
Maka di pagi yang mulia itu, saya menghabiskan 2 jam untuk check samada reinstallation tuh berjaya, update driver installation dan tambah software basic. Akhirnya ke rumah dia gak, baik takyah berpenat lelah dua hari mengajar Kak Thiqah cara format. Kali nih saya betul-betul kagum dengan technical support. Pasni konpem takkan kutuk dorang lagi bile dorang lambat selesaikan masalah. Payah serta sakit jadi technical support yang cuba menyelesaikan problem hanya melalui telefon.
Tak suke duk rumah orang, orang pompuan lak tuh, apatah lagi lelame, ditambah dengan jam biologi mengatakan kul12 tengah hari adalah masa tido, maka terngigau, tertumpah milo, labtob yang dulunya jem, menjadi roti - dicicah milo. Sorry Kak Thiqah. Hehe.
Tapi merasai Vista sendiri membuatkan saya teruja untuk menukar kepada Vista, dengan grafik yang lawo gile (dibanding dengan Vista Inspirat), ditambah ngan spesifikasi PC yang mencukupi. Isk3. Nasib baik Vista nih kelemahannya - agak tak cukup stabil, maka saya still bertahan dengan XP, menanti Windows seterusnya - Windows 7 yang dikatakan lebih stabil. Huhu.
CERAMAH
Dan sedikit promosi buat manusia yang berminat bersama-sama mengikuti kelas pengajian anjuran PERUBATAN, bolehlah mengunjungi belog The Zikr. Inisiatif BPP untuk merakam dan mengupload rakaman amat dihargai. Sekurang-kurangnya saya masih boleh mengikuti pengajian ini walaupun berada di Malaysia.
Walaupun isi silibus kali nih sesetengahnya agak sederhana, tapi berkemungkinan pendengar akan merasakan ianya agak berat. Nih telahan saya setelah cuba mendengar melalui third-person-viewer yang bertaraf manusia biasa. Mungkin.
Habis 'dengo', melantak overnight dinner. Nih shot sewaktu berkunjung ke Asmak Zahra' (kedai ikan);
kiri: kedai nak tutup so terpaksa tunggu di luar.
kanan: lama tak menikmati pemandangan malam sebegini.
If you dont look forward, nothing will ever begin.[Yamaguchi Kumiko, Gokusen 3]
3 penghinaan diterima:
melepak dan menternak kutu dalam rumahh...
macam pompuan...
terperap dalam rumah sampai basi...
p/s: hehe.. first time bg ayat keji.
merepek x sudah2..aih~
cikgu_eya:
tak menjadi laa cikgu..
tak seswai..
rem:
MEREPEK tema belog kakRem..
nih KARUTAN..
tak bace AMARAN kat atas?
wakaka
Post a Comment