Seminggu dua ini, beberapa drama berjaya membawa tema yang menarik, dan yang terkini adalah On Air. Nantikan reviewnya. Sebelum tuh, enjoy dulu drama Jepun kali ini:
Info: DramaWiki
Episodes: 10
Genre: Romance, Comedy
Broadcasted: 2008-Apr-15 to 2008-Jun-24
More: OST - Torrent
Download: Torrent
Zettai Kareshi atau Absolute Boyfriend atau dalam bahasa Melayu; Teman Lelaki Sebenar cuba mengupas persoalan teman lelaki yang menjadi idaman perempuan masa kini. Di-sub oleh SARS-Fansub, drama ini amat menarik bagi saya.
Drama ini bermula apabila Izawa Riiko yang kecewa dengan cinta yang ditolak, mengisi borang permohonan Kronos Heaven mengenai ciri-ciri lelaki yang diidamkan menjadi teman lelakinya. Dia menyangkakan Kronos Heaven hanyalah sebuah syarikat mencari jodoh, sebelum menerima kiriman kotak yang amat besar, mengandungi sebuah robot di dalamnya sebagai subjek pertama trial-version bagi projek robot kekasih yang diusahakan Kronos Heaven.
Tempoh percubaan selama 5 hari itu menyaksikan kesemua ciri-ciri yang dipilih Izawa Riiko dipenuhi; keintelektualan yang tinggi, a little jealous, senyuman yang refreshing, perwatakan tegas, kesetiaan yang tinggi, tubuh model, dll dsb. Namun satu sahaja yang menyebabkan Izawa Riiko tidak dapat menerima robot tersebut; Nightly Series No01 yang kemudiannya diberi nama Tenjo Night, iaitu 'dia' bukan manusia.
Maka, Izawa Riiko meneruskan kehidupannya seperti biasa, dalam masa yang sama ditemani Tenjo Night, dan cuba didekati bosnya, Asamoto Shoshi dalam usaha meneruskan cita-cita asal Izawa Riiko, iaitu menjadi seorang patissiere.
Ending drama ini agak kontroversi, kerana Izawa Riiko akhirnya memilih untuk bersama Tenjo Night, sebuah robot berbanding meneruskan pengajian di Itali bersama Asamoto Shoshi, seorang manusia. Namun apabila Tenjo Night menyedari kerosakan teruk yang dialami akibat duel dengan Kurosu Toshiki, dia menyerahkan Izawa Riiko kepada Asamoto Shoshi.
Menonton drama ini, saya menyedari satu point penting iaitu: kadang-kadang kesempurnaan yang kita cari, bukan kesempurnaan sebenar. Kekurangan yang kita hadapi, adalah pelengkap sebuah kesempurnaan. Mencari Mr Perfect, atau Mrs Perfectah, bukan penyebab utama sebuah kasih sayang. Namun menerima kekurangan, adalah jalan ke arah kebahagiaan.
Paling penting yang cuba diketengahkan drama ini, adalah cinta terbina bukan kerana ciri fizikal, namun lebih kepada rohani. Perasaan adalah penyebab utama cinta, yang terbina dari sikap terhadap pasangan kita.
Keajaiban yang muncul pada Tenjo Night, adalah munculnya emosi. Menarik bukan? Ini ditonjolkan dalam episod 8, sewaktu Tenjo Night bersaing dengan Nightly Series No02; Kurosu Toshiki. Emosi yang dimiliki Tenjo Night, mengatasi limit program, menyebabkan dia tidak menghiraukan situasi bahaya, seterusnya menyelamatkan Izawa Riiko. Berlainan dengan Kurosu Toshiki yang berhenti apabila programnya menganalisis tahap bahaya sebagai boleh mengancam keselamatannya.
Permulaan cerita yang menampilkan Tenjo Night dengan ciri-ciri idaman Izawa Riiko langsung tidak membuatkan dia tersentuh, tapi dengan pengakhiran yang diterbitkan dengan emosi dan perasaan, mampu membuatkan Izawa Riiko memilih sebuah robot; electrical appliance!
Keajaiban ini jugalah yang cuba dihapuskan pengarah projek Nightly Series, yang menganggap emosi adalah sesuatu yang bahaya, dengan menegaskan matlamat asal projek tersebut; to create a robot that will dedicate himself to his lover, not something like human that have emotion.
Bagi saya drama ini masih lagi menarik walaupun di luar keterbatasan normal masyarakat, dan juga agama (kalaulah ini drama masyarakat Islam). Tapi jangan lupa, Ending drama ini berakhir dengan Izawa Riiko kembali ke jalan 'normal', kerana 'ketaknormalan' itu, termasuklah lesbian dan gay, takkan membawa kita ke mana-mana. Juga pencipta asal projek ini; Namikiri Gaku, akhirnya tersedar dari kesilapannya yang cuba mempermainkan perasaan manusia.
Eh, berjiwa sekejap di saat stress. Haha. Review ini berdasarkan cerita, maka segala yang ditulis adalah dari persepsi penulis script, diterjemahkan dalam bentuk pandangan seorang penonton. Akhir kalam, renungkan kata-kata di bawah.
We came to the world not to find someone perfect to love,
but to learn how to love imperfect person perfectly.[amoi, MTUsempoi]
MORE EPISODES HERE!
7 penghinaan diterima:
ngeh3... hafiz nih kalu bab mereview citer korea,jepun n seangkatan dng nya mmg no 1.. ^^
haha, tau xpe..
malas je sebenarnye..
kalo tak, sume koleksi dah direview..
setakat nih baru 3..
hehe
karutan awak ney cutelah!ha3
Banyak watak dari hana kimi.. Heheh.
byk ke?sy rse ade 3org je drp watak hana kimi...huhu
sedih la ending die,smpai leh wat sy terharu n mengalirkn air mata..yg plg penting skali ade pengajaran brguna yg diselitkan..=)
yer....zettai kareshi ni mmg besh...
mmg sangat menyentuh jiwa...
crite ni walaupun bertemakan cinta tapi ade point yang bermanfaat...
sedeyla tgk tenjo mati...
salam...
baru perasan entri ni...zettai kareshi mmg my fav....hihi
Post a Comment