25 February 2009

Tutup Blog?

"Tutup blog?" tanya seorang budak di Yahoo Messenger. Maaf, saya berjalan-jalan sebentar, maka mesej anda diterima lewat.

Semalam saya berjalan-jalan seharian. Mula-mula mengambil duit di bank. Masih ada LE900 di bawah bantal dan beberapa helai kertas koko di dalam poket, namun LE800 terpaksa saya anggap tidak wujud kerana akan dibayar untuk perbelanjaan Seminar baru-baru ini. Bakinya: LE50+.

Selesai mengeluarkan USD400 = LE2200+, saya berjalan ke Manyal. Saje suka-suka menjenguk RadioShack. Wayar AV panjang hanya ada 12ft = 3.66m,"Aih, takde yang lagi panjang ke?". Harganya pun best: LE25 = 1m. Ambil satu sebagai contoh; saya nak bajet ukuran 3.5m tu panjang mana, dan sehelai Coupler untuk menjadi penyambung ke Kamera. LE100+ melayang~

Pagi sebelum itu ada seorang budak buzzing, merengek-rengek minta tolong. Macam budak kecik. Sangat comel. Saya memang seorang abang Long yang baik, tolong la jugak walau tak mahir sangat. Haha. "Tolong adjust template blog," pinta budak itu. "Buang itu buang ini, tambah itu tambah ini." Aih demand lebih nampak. Nasib baik beliau sangat comel dan saya memang boring nak tido je pagi tuh. Len kali mintak tolong ngan broJackster neh~

Malangnya FireFox tetiba crash, dan saya cuma sempat edit beberapa part yang penting sahaja, nasib laa ekk. Crashnya pula lama, saya cuma boleh buka satu tab dalam masa 5 minit, then Crash balik. Kesengalan apekah yang berlaku? Virus ini sangat kuat sehingga Kaspersky saya tidak mampu melawannya. Haha.
(From_The_Inside.Trojan.Generic.exe - Hafal nama ini. Jika terjumpa di mana-mana, sila JANGAN access!)



Okeh, berbalik kepada tajuk utama. Asalnya template blog yang saya guna, saya tidak ubah link file. Means: saya makan bandwidth orang. Agak malas nak ubah. Hoho. Malangnya petang itu tiba-tiba bandwidth exceeded. Macam agak musy ma'ul kerana images template blog ini cuma 47kB sahaja. Fikir-fikir balik, itu ukuran untuk SATU image yang TIDAK BERULANG dan HANYA digunakan SEORANG USER. Tapi berapa ramai Noob di luar sana yang buat macam saya, copy bulat-bulat template ini? Huhu. Kesimpulannya, JANGAN makan bandwidth orang, rajinkan diri hosting sendiri image yang kita guna.

Maka saya terpaksa host balik images tersebut menggunakan PhotoBucket sendiri dan ubah HTML template. Lantaran Firefox jem, saya cuma tutup je blog ini sekejap. Cuma 6 jam sahaja, itupun sudah ada yang bertanya. Haha. Sorang di YM, dan duorang face-to-face; terserempak dalam perjalanan.

Bak kata pepatah, Sepandai-pandai Mengubah Template Orang, Akhirnya Ubah Template Sendiri Jua. Pengajaran juga buat diri sendiri; Pertukaran Template Blog Orang Disusukan, Kerosakan Blog Sendiri Mati Kelaparan.

Sekarang FireFox kembali Ok setelah saya restart komputer berulangkali. Meh-meh sambung kerja yang tertangguh. Siap betulkan semua link, akhirnya blog ini dibuka balik. Kalau tutup, tak dapat duit la kan? Hehe.

PERUBATANonline sungguh lembap. Asyik Error. Support kata, "I can access your website without any problem. Please check your Internet Connection." Tau laa Internet daku slow. Isk3 Maybe saya akan minta supaya tambah connection timeout, tapi macam tak perlu. Huhu. Tunggu je laa Internet Mesir nih OK sikit.

Last sekali, Mak Ngah si orang tua boleh pulak terpengaruh dengan lagu nih. Siap suruh cari link download lagi. Haih~ (Mak Ngah, taktau nak letak link BlogSpot atau iLuvIslam. Nanti saya update dalam list blogger neh)

Saya pula memang sedang merindui seseorang, maka terkesan dengan lagu ini. Hehe.


__^*SS501 - Because I'm Stupid*^__
4Shared

3 penghinaan diterima:

DH on February 25, 2009 at 3:43 AM said...

salam...
bila tengok title entri kali ni...ingat hafiz (is it a correct name to call u?)pun nak menyepi dari dunia blogging...luckily cuma technical error...baru nak enjoy reading ur post :)
tp sebenarnya x faham sangat la konsep bandwidth exceeded tu...terang lg sikit boleh...means how actually u makan or guna bandwidth org lain...
oh ya...pasal lagu because im stupid tu, baru semalam kawan sekerja kakak minta kakak carikan lagu tu...nasib hafiz dah cari, x payah kakak cari lagi....ehehe...br baca meaning dia & mcm best la pulak....ekeke...but i like do you know by someday the most :)

[MH] on February 25, 2009 at 6:23 PM said...

er..FTI dikatakan pembawa virus?

mizzwaniey on December 30, 2009 at 2:08 PM said...

cam ner if kita nak close blog kita trus.. leh ajarkan x..

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template