01 July 2009

Hari Ini Satu Julai

Hari ini Besday MakNgah Asniza. Ini blog beliau. Maka seperti biasa bagi la ucapan sikit kot.

Semoga bahagia, cepat kawen, cepat beranak. Boleh kami menimang anak sedara.
Panjang umur dalam iman, live always, love always.


Teka-teki untuk hari ini: Cuba anggarkan berat rambut di bawah. Ataupun isipadu pun jadi la. Hehe.



Gambar ini menunjukkan saya telah gunting rambut! Wakaka. Terima kasih kepada tukang gunting rambut gen6 iaitu Jalal As Sayuti atas kesudian beliau memenuhi janji walaupun di saat 6 jam sebelum waktu flight beliau ke Malaysia. Sayang kamu. Kamu memang selalu mendapat penghormatan untuk menggunting rambutku.

Hari ini, petang, teman Makcik Nora dan family makan di rumah Akhawat. Saya tak suka sangat pergi rumah Akhawat kalau takde kerja untuk dibuat. Sebab saya akan cari kerja untuk dibuat, haha.

Disebabkan Makcik makan kat dalam, saya makan kat luar, maka mulalah mencari kerja sementara menunggu Makcik siap makan. Kerja pertama, menghabiskan buah. Kerja kedua, memeriksa barang-barang atas rak. Pergi rumah orang, pastuh mencare barang orang, ini satu kerja yang keji. Nampak laa gelas dan botol bertulis nama I dan N. Pastuh majalah memasak yang dah berhabuk. Yang patut dipuji adalah Quran dan Ma'thurat di atas majalah tersebut yang tidak berdebu.

Saya memang tak suka kalau pergi rumah Akhawat sekadar untuk makan atau menunggu orang. Sebab saya akan rasa bosan. Lainlah kalau ada kerja untuk dibuat, saya memang suka pergi terus selesaikan kat rumah mereka. Satu, senang kerja. Kedua, takyah menyusahkan orang.

Selain bosan, pergi rumah Akhawat ini adalah maksiat, wakaka. Cermin itu walaupun tak lutsinar, tapi 75% nampak kat dalam. Maka sila jangan singsing lengan baju ketika berada di hadapan cermin. Saya dahlah berkepala hotak biru, kamu pula berbaju biru, perbuatan itu juga biru, menggelapkan lagi kebiruan hati. Haha. Takpelah, itu mungkin kesilapan pelaku, tak sedar.

Saya pulak menggeledah rumah orang, nampak kaki dalam satu bilik, berlunjur tengah stado? Waktu panggil Makcik nak balik pulak nampak manusia bersembunyi di belakang member dalam bilik lain. Kwang3 anggaran kepala hotak biruku - dia membuang tudung. Tapi saya tak nampak pape sebab tengah asyik dengan rak. Namun begitu, ini tetap kesilapan diri sendiri yang tak dapat dimaafkan. Sila tembak saya kalau kita terserempak di jalanan kerana saya tidak cam muka kamu. Kalau cam, saya boleh bagi sebiji pistol untuk menembak.

Lain kali kalau giliran saya teman Makcik waktu tengahari, saya terus blah boleh? Huhu tapi sape nak teman diorang balik ke rumah? Isk3. Lagipun makanan rumah Akhawat ni sedap. Rugi seyh kalau tak makan.

Selesai satu kes.

Kes kedua, saya tak suka kalau manusia bila last minit baru terhegeh-hegeh mintak tolong. Bila saya nak buat, dia kata tidak mengapa, ajar je. Ataupun bila saya nak tengok, dia akan jawab tunggu hari presentation nanti. Pastuh bila dah last minit baru terhegeh-hegeh mintak tolong. Lagi teruk, tengah publish tuh mintak tolong.

Alasan yang biasa diberi: "File nih sulit, confidential. Orang luar takleh tengok." kalau sulit sangat, jangan mintak tolong daripada saya, selesai. Macam laa saya nak jual kertas kerja persatuan dekat orang lain.

Ini sangat menjengkelkan.

Saya nak tengok, atau saya nak buat sendiri, sebab saya dah ada alat, saya reti guna alat tersebut, saya boleh adjust terus. Alasan kedua selalu diguna pakai: "Nak belajar guna alat tersebut ataupun nak belajar buat sendiri, tak perlulah harapkan saya je." Orang macam ni saya nak hempuk-hempuk dengan speaker.

Nak harapkan korang dapatkan alat satu hal, belajar guna satu hal, nak adjust plak tergedik-gedik. Nak belajar bukannya waktu buat program atau kerja. Belajar di waktu lain, waktu buat kerja adalah masa untuk apply apa yang dah dipelajari. Lain kali sila jangan minta tolong dengan saya kalau gedik sangat, terima kasih.

Bukannya gila kuasa nak buat semua benda. Kalau benda tu dah siap, tinggal Quality Check (QC) atau Beta-Test, takde masalah. Saya boleh luangkan masa untuk buat. Untuk buat dari awal mungkin tak boleh, tapi untuk readjustment, saya takde masalah.

Saya puji BPP terutamanya Damak Hamdani yang hensem dan berkanibal sebab tidak berconfidential dengan saya. Saya bukan AJK I-MAN tapi file I-MAN ada dengan saya untuk review dan adjust mana yang patut. Cuti nih kita mantapkan balik mediaPERUBATAN ye, Damak. Kita gegarkan Mesir dengan kuasa media. Setel.

Sementara itu, ada dua berita terbaru di PERUBATAN-today. Mereka yang boleh view, silakan baca esok. Haha. Malam ini akan dipublish.

Semua kerja akan pending sehingga 4hb, sebab kami semua sibuk menguruskan family Aman dari segi keperluan mereka, bantu Aman, bawak jenjalan dll dsb. Maka insyaAllah saya akan cuba start sikit-sikit kerja-kerja selepas tarikh tersebut. Kalau boleh.

Dan sekadar promosi Hari Raya, nantikan kejutan daripada mediaPERUBATAN. Takleh bagitau sebab nanti konpem Mansurah akan cilok. Bukan bersangka buruk, tapi disebabkan mereka mempunyai kemahiran yang lebih lengkap, kalau idea ini tersebar, mereka akan terlebih dahulu siap. Lagipun, kalau tak jadi, malulah kan? Haha.

Kepada mereka yang pulang meninggalkan daku keseorangan: Terbang dengan cermat, ingatlah insan tersayang. Dont drink and fly. Jangan lupa beli cenderahati dari Malaysia.

=)

8 penghinaan diterima:

Eng Einy on July 1, 2009 at 8:38 PM said...

eh ko da invite aku ke belom baca perubatan today tu denmat? musykil ae..apsal aku login tak dapat?

woih datang umah orang jaga mata!


word verification aku kali ni adelah : GUREDRIT. trima kasih.

c's on July 1, 2009 at 9:16 PM said...

susah betul.. dok diam2 udah ler~ nih kalau nak bagi die datang umah.. security should be risen 120% more than usual..

sile bgi amaran kat tuan rumah dlu sblm dtg ye~

HafizAdam on July 1, 2009 at 10:52 PM said...

jika saya datang umah korg, silakan beri barang permainan.

TQ.

Jackster® on July 1, 2009 at 11:17 PM said...

gile ar denmat, emo smcm haha lepak suda ar, aku ajak lepak uma aku xnk haha sries tenet aku laju, bes2

HafizAdam on July 2, 2009 at 1:56 AM said...

pegi umah akhawat mmg syok. nasib baik almari baju dorg bukan kat ruang tamu. haha

btw, kes kedua tiada kaitan dengan PERUBATAN tapi dengan seorang manusia. di-Umum-kan sebagai pengajaran.

AsNiza on July 2, 2009 at 9:10 AM said...

Assalamualaikum wbt..

bagi salam leklok penuh kesopanan kpd tuan rumah, kekeke.. neway, terima kasih banyak2 yer.. terharu biru merah jingga kuning hijau biru semua..lol~

amin amin amin.. moga makbul doa hafiz dan semua sahabat..supaya pasni hafiz dah tkleh panggil akak andartu lagi dah. muahaha.. hafiz mmg kijam.. huuhu..^_^

apa2 pun, sekali lagi terima kasih daun keladi, harap2 tahun depan2 jgn lupa wish lg naaa~

daaa~

Thuaibah on July 2, 2009 at 5:33 PM said...

hafiz ...hafiz...seram sy

sam said...

huishhh...xbaek wat camtu g uma org.jg adat..bom karang!=p

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template