30 July 2009

Kenapa Tidak Pulang?

Di saat ahli keluarga langsung tidak ambil kisah samada saya pulang atau tidak; malah langsung tidak ambil tahu saya masih hidup atau tidak, ramai pula individu tidak bermoral beria-ria menggesa saya untuk balik. Namun segala godaan itu berjaya saya tepis dengan alasan kemiskinan.

Maka mari kita lihat kenapa tidak perlu balik:

APA ADA DI MALAYSIA, PUN ADA DI MESIR

1. Tidur

Sudah semestinya tidur boleh dilakukan samada di Mesir dan Malaysia. Yang menjadi persoalan adalah berapa lama anda mampu tidur. Bagi saya tidur di Mesir lebih enak; Tiada gangguan dan bebelan "Anak dara tidak elok tidur lama", atau "Bangunlah, ada orang datang"

2. Solat

Di mana saja boleh solat. Malah solat itu wajib. Adakah gugur kewajipan solat jika saya pulang?

3. Makan

Di Mesir masih boleh makan. Inginkan makanan Malaysia, sila ke Bazar Rumah Negeri. Walaupun Laksa Penang Mesir tidak sesedap resepi Laksa Penang Malaysia, tapi tetap Laksa Penang. Apalah sangat kesedapan itu, akhirnya menjadi tahi yang busuk juga akhirnya. Adakah anda makan Laksa Penang seminggu berturut-turut? Tidak. Maka apalah sangat ke Malaysia?

4. Game

Walaupun di Malaysia mempunyai rangkaian CC yang hebat dengan game-game terkini, tapi saya rasa cukuplah PES 98 untuk dimainkan di Mesir ini. Sudah cukup untuk mengisi masa lapang. Komputer di rumah Malaysia juga tidak mempunyai game, usah membazir wang semata-mata untuk bermain game.

5. Tiada kawan-kawan

Ini sudah tentu. Di Mesir atau Malaysia, tidak pernah saya bertemu rakan-rakan sekolah menengah dahulu. Ini disebabkan kami sekolah berasrama yang akhirnya entah ke ceruk mana mereka pergi. Seorang di Sarawak, seorang di Perlis. Bukannya ingin mereka datang melawat.

6. Tiada awek

Walaupun di Mesir tiada awek untuk menemani, tapi di Malaysia tetap tiada awek untuk ditemani. Mungkin kewujudan awek akan membuatkan hati lebih terbuka untuk pulang melepaskan rindu, tapi jika tiada, maka apa guna membazirkan duit rakyat semata-mata untuk pulang?



APA KELEBIHAN DI MESIR

1. Internet

Rumah saya walaupun telah dipasang internet baru-baru ini tapi Mesir lebih mengujakan dengan bekalan Internet 24 jam yang tiada siapa boleh menghalang saya duduk 24/7 di hadapan komputer, malah dengan kelajuan lebih tinggi. Apakah fungsi internet? Sudah tentulah untuk point-point berikutnya.

2. Video

Ya, fungsi internet sudah tentulah untuk mendownload torrentkan drama-drama dan movie-movie best seterusnya ditonton dengan gembira. Ataupun menonton video YouTube persembahan SNSD.

3. H1N1

Walaupun di Mesir tetap ada H1N1 tapi rasanya tidak sebahaya Malaysia. Berapa banyak sekolah dan universiti di Malaysia telah ditutup dan pelajar-pelajar diarahkan pulang? Siapa tahu di antara pelajar-pelajar yang pulang itu ada yang menjadi pembawa virus tersebut, namun belum menunjukkan simptom? Mungkin jiran saya atau adik-beradik saya telah terjangkit. Kes ini menyebabkan saya teringat cerita Numb3rs: Vector.

4. Study

Ya itu dia. Dek kerana duit rakyat yang bertimbun-timbun mencurah masuk ke poket kita, eloklah dimanfaatkan untuk belajar bersungguh-sungguh. Kasihan mereka yang telah membayar cukai untuk kita belajar. Lupakah kita pada Lintang yang terpaksa menamatkan sekolah kerana kehilangan ibu dan ayah? Dan Mesir sudah tentu adalah tempat terbaik untuk FOKUS. Tanpa gangguan TV, dan bunyi-bunyian anak-anak kecil yang memaksa kita mendodoikan mereka.


Maka berdasarkan hujah-hujah di atas, seeloknyalah kita tidak pulang. Masih belum puas rasanya menghirup debu-debu Mesir. Namun begitu, bagi mereka yang pulang, jangan lupa membeli cenderamata. Tidak elok menabur harapan kosong. Kalau sudah berjanji, eloklah ditunaikan. Nanti tidak berkat stadi di Malaysia, wakaka. Nanti saya akan cari beberapa mangsa untuk menempah buku, bolehkan? Berhati-hati dalam perjalanan; jangan terhempas, jangan selesema, jangan diculik, jangan dirompak.

Dengan itu, saya mengundur diri.

=)

16 penghinaan diterima:

Anem Arnamee on July 31, 2009 at 2:33 AM said...

salam saudara hafiz .

comel je je siap berfikir panjang untuk pulang atau tidak pulang - sungguh kritis. eheh. tunggu sahajala, adalah nanti cenderahati diperolehi ;p

p/s:tntg H1NI tu -saya turut bersetuju. Ramai yang pulang masih demam2. huhu.

Jackster® on July 31, 2009 at 2:55 AM said...

Kenapa HafizAdam Tidak Pulang Versi Aku:


1. Kedekut.


2. Malas (ini telah diterangkan dalam point tidur beliau di atas).


3. Mak dia paksa kahwin dengan bukan calon pilihan (ini alasan sebenar)



Apa Yang HafizAdam Lupa:


1. Beliau amat kaya, duet elaun dalam bank jarang sekali dikeluarkan.


2. Tidur di Mesir sangat tidak best bila masuk musim panas, nak keluar berjalan2 apatah lagi.


3. Keputusan beliau untuk menunggu pilihan hati berbanding pilihan mak adalah tidak tepat, pilihan mak sentiasa lebih baik, tidak perlu memilih2 yang cantik2.



Sekian.

NUR HANANI BINTI ISMAIL on July 31, 2009 at 3:33 AM said...

seronok mendengar cerita org2 di perantauan ni.....tak balik pun tak per..jgn balik langsung pun lagi bagus...jimatttttttttttttttttttttt!!!!!

HafizAdam on July 31, 2009 at 4:50 AM said...

Arnamee:
TQ atas pujian. saya memang comel. tee hee~

Jack:
Ini bukan kedekut. Ini pengaruh drama City Hall.
"As long as you pay the tax, you can ask me anything," kata Mayor Shin.

Saya percaya perjuangan 100 tahun senior-senior terdahulu untuk menaikkan elaun bukan untuk membolehkan kita pulang setahun sekali, tapi untuk memberi keselesaan BERADA DI MESIR.

Jackster® on July 31, 2009 at 5:28 AM said...

Perjuangan satu abad senior2 utk naikkan elaun adalah utk memberi keselesaan kita semua BELAJAR DI MESIR, waktu cuti bebas je nak buat ape, tambah2 lagi budak2 yang balik jmpe family sbb nk recharge smgt utk belajar heh

Nur on July 31, 2009 at 9:39 AM said...

salam,

adakah seluruh keluarga anda tidak ambil kisah tentang anda?

HafizAdam on July 31, 2009 at 12:02 PM said...

Nur:
Ya, boleh cuba telefon untuk maklumat lanjut
+6098452020

Terima kasih.

Jackster:
Budak ini tiada kerja. Sila abaikan. Wakaka.

Jackster® on July 31, 2009 at 1:48 PM said...

tak baik merajuk.

dengar cite budak tu baek, cukup agamanya, santun sifatnya, rupa pun bukannya xde ok la jugak.

sekali sekala dengar la cakap keluarga, diorang da pilih yang terbaik, balik la HafizAdam.

soutulmujahid.com on July 31, 2009 at 3:18 PM said...

wehh.. bengong punya post. gila punya budak..
hahaha..bengong nate ni...wakaka

syidi on August 1, 2009 at 4:30 PM said...

Dikatakan HafizAdam tidak mau pulang kerana sebab berikut:

1. Dia sudah bertemu seorang perempuan bernama Maria yang tinggal di tingkat atas.

2. Setiap hari Maria memesan asir untuk dibeli.

3. Bakul juga selalu turun dari tingkat atas.

4. Nota-nota HafizAdam juga banyak ditaip oleh Maria.

5. Dia sudah jatuh hati dengan Maria.

Jackster® on August 2, 2009 at 5:15 AM said...

tu la pasal, sanggup xnk balek sbb pmpn

insafla kamu wahai HafizAdam

c's on August 2, 2009 at 11:22 AM said...

Ada apa kat msia yang takde kat mesir

PERKARA 1
Perhimpunan mansuh ISA..
Orang awam yang ignorant..
h1n1 yng merebak x abis2.. [abg sye agk marah, apsal drg beratur same dgn patient len kat hosp selayang~]
baby yang dijumpai di mangkuk tandas [abang sye kate 'biasala tu~']
bleh google utk tambah ~

Juga ada,
PERKARA 2
anak sedare bru lahir..
anak sdre kecik utk dijage..
kaum keluarga yang akan nag kita kalau tak study..
tenet yg laju abis, xde orang gune..
adik yg dpt chicken pox utk dijage..
sawah padi dan kebun kelapa.. juga bunga-bunga di laman untuk ditatap kalau nak banding dgn gersang bumi mesir..

oh, panjangnya! selamat ade PERKARA 2 meneutralkan PERKARA 1, kalau tak bukan setakat 4 tahun medicine study agi nih xblk, 20 tahun pun mau xmo blk~ sekian, terima kasih!

the sun on August 3, 2009 at 1:27 PM said...

isk isk isk..hafiz menghancurkan harapan ku, dia kata dia nak balik dating denganku di mesia.

aku ada dia mesia, mengapa kamu tidak pulang ya habibi?

isk isk isk.

Eng Einy on August 10, 2009 at 9:52 AM said...

ala..post nk menyedapkan hati sendiri kan? kan?

Anonymous said...

yg penting jamban ada utk berak..kui3

Emo said...

Aku nak kata..post ni bongok doh. hahahaha.

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template