==============================
"Kalau kau boleh pilih salah seorang daripada batch kita untuk dijadikan isteri, siapa yang akan kau pilih?" Spontan soalan itu terluah. Damak tergelak.
"Kenapa? Kau nak kahwin ke?" Adam menggeleng.
"Habis?"
"Saja. Nak tahu pendapat kau tentang ciri-ciri seorang bakal isteri."
"Memang sah kau ni buang tebiat," Damak tersenyum-senyum.
Mereka berdua baru sahaja selesai kuliah Fisiologi. Ruang 2 jam yang ada sebelum kuliah subjek seterusnya dimanfaatkan untuk sarapan walaupun jam sudah menghampiri pukul 10 pagi. Di meja makan tersebut hanya mereka berdua.
"Okey, aku jawab." Damak akhirnya mengalah.
"Siapa?" Pantas Adam mengajukan soalannya semula. Wajah Damak dipandang tepat.
"Kau jangan nak buat gosip pulak. Ni contoh je. Menjawab persoalan, bak kata orang." Damak meletakkan syarat.
"Okey, takde masalah. Manalah tahu calon kau sama dengan pilihan aku, sekarang jugak aku pegi melamar," ujar Adam sambil ketawa.
"Kalau dari batch kita, tak banyak choice. So aku akan pilih Radin Rahmah."
Pelajar perubatan Malaysia tahun empat di Universiti Nil itu tidak ramai. Cuma dalam lingkungan 100 orang. Separuh adalah lelaki, menjadikan pilihan pelajar perempuan untuk dipilih Damak cuma 50 orang. Dan Radin Rahmah menjadi pilihannya.
"Sebab?" Soal Adam selanjutnya.
"Ya lah. Dia kan cantik, kuat agama, lemah lembut, sopan santun, bak kata kawan kita Ikmal, ada kelass," jawab Damak selamba sambil menggayakan watak Ikmal dalam filem Syurga Cinta. Adam tergelak lagi.
"Kiranya pilihan kau mesti ada ciri-ciri tu la ek?" Damak mengangguk lagi. Kusyari di hadapannya sudah tinggal separuh.
"Kalau semua orang nak yang cantik, kuat agama macam kau nih, kesian laa perempuan di luar sana yang buruk. Takde orang nak buat calon. Dah la buruk, minah bohsia pulak tuh," luah Adam.
"Habis, kau berani?" Cabar Damak.
"Lelaki, kalau suka berfoya-foya pun, nak kahwin mesti cari yang baik punya," sambungnya lagi.
"Kononnya."
"86.48% lelaki macam tuh," Damak melontarkan nombor secara rambang. Kemudian tergelak kecil.
"Ustaz aku dulu pesan, nak cari isteri, cari yang cantik."
"Walaupun akhlak buruk?" Soal Damak.
"Ya." Adam menjawab sepatah.
"Nak tahu sebab apa?" Soal Adam selanjutnya. Damak menceduk kusyari sebelum menggangguk ingin tahu.
"Walaupun masa muda cantik, bila dah tua mesti kerepot kan?" Tanya Adam.
"Kalau ambik isteri cantik masa muda, masa tua nanti, sekurangnya dah menikmati kecantikan masa muda. Kalau masa kahwin dah huduh, sampai mati kau sabar dengan kehodohannya tuh," Adam tergelak besar. Damak pun sama.
"Habis, pehal pulak akhlak diabaikan?" Tanya Damak setelah ketawanya reda.
"Akhlak boleh diubah, muka kau mekap camne pun, tetap huduh," Adam gelak lagi.
"Sebenarnya ustaz aku gurau je tuh. Ciptaan Allah semuanya cantik, lawa. Cuma berbea dari sudut pandang manusia. Bak kata Pemenang, cantik itu subjektif." Syawerma di tangannya dihabiskan.
"Tapi dalam gurauan dia tu ada betulnya juga. Samada kita berani atau tak menyahut cabaran mengubah seorang perempuan."
"Kalau kau, confirm tak boleh. Cepat cair ngan perempuan comel. Dia panggil abang sikit, terus tak jadi nak tegur, haha." Gurau Damak.
"Tahu takpe," Adam hanya tersenyum. Dia memerhatikan pelajar-pelajar Arab di hadapannya yang sedang seronok berbual.
"Cumanya kalau kau nak yang cantik, kuat agama, lemah lembut, kau tu layak ke dapat jenis macam tu?"
"Tak salah berharap kan?" Damak tersengih.
"Impian tak salah, tapi kena usaha juga. Mencari jodoh tak semestinya terhegeh-hegeh pergi mengorat. Ciri-ciri kau sebagai suami tu dah cukup ke belum. Orang kata, biar sekufu, biar ada kelass sama," hujah Adam.
"Seronok sembang," tegur satu suara dari belakang. Bahu Adam ditepuk. Sebungkus plastik berisi tupperware diletak di atas meja.
"Eh, kau Bebe. Dari mana?" Soal Damak. Bebe mengambil tempat di hadapan mereka berdua. Peluh di dahi dikesat dengan tisu di atas meja.
"Dari kuliah laa. Dari mana lagi? Ingat aku ponteng kuliah ke apa?"
"Tetiba je muncul. Ni apa?" Adam membuka ikatan plastik di hadapannya. Tupperware dikeluarkan.
"Wah, bubur kacang. Kau masak eyh?"
"Takde ah. Akhawat yang masak. Kan ada parent yang datang sini, so diorang masak bubur. Entah ape mimpi diorang, banyak yang lebih, diberinya kat aku. Mentang-mentang aku hensem," jelas Bebe.
Damak mengambil sudu lalu menjamah sedikit.
"Hampeh, dah lah cair, tawar plak tuh. Patut laa dia bagi kat kau Bebe." Dia meneguk air masak di dalam gelas.
"Kalau tahu sape buat nih, aku terus rijek jadi bini," sambung Damak. Kusyari yang berbaki dicapai kembali.
"Radin Rahmah yang buat. Pergi komplen kat dia," jawab Bebe selamba sambil merampas syawerma dari tangan Adam.
Damak tersedak. Adam hanya gelak.
Nama yang digunakan dalam cerpen-SPM-tidak-lebih-350-patah-perkataan ini adalah digunakan atas dasar komuniti. Tiada langsung kaitan dengan yang masih mati atau yang telah hidup.
============================
Result telah keluar! Yay, Alhamdulillah kerana hanya tinggal satu subjek lagi untuk berjuang habis-habisan iaitu Anatomy. Kali ini mesti naik tahun tiga. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah kerana Physio dan Histo keduanya lulus secara Syafaat.
Jom berjuang untuk Dur Ta- err Dur Rab'ie.
=) And this song for you, my love. Told you we'll spend this summer together. Haha.
4Shared
16 penghinaan diterima:
SEMINAR PEMIKIRAN
: kahwin ngan ppuan xberapa baik,bila dapat mgubahnya jd baik,besanya pahala.
: kahwin ngan ppuan xberapa baik,dosa2 dia laki yg tanggung klu buat xtau.
: kahwin ngan ppuan baik,laki da xbuat ape,pg2 bini solat tahajud sndiri,laki tido mati.bini baca matsurat pagi2,laki tgk footytube. ada dosa x?
so cane?
yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.
yay~
shidi comel da datang.
komen ko macam pemenang.
haha
Assalamualaikum.Agak susah untuk mengubah dari kurang baik menjadi baik.Perlukan mujahadah yang tinggi.Tp lau dpt buat memang besar ganjaranNYA
bubur tuh kalau letak nasi dalam tuh mesti abis makan..sedap cubalah...sehingga menjilat mangkuk tuh nantik
aku dapati, cerpen SPM ini sangat sengal.
tapi, aku dpti, byk pengajaran tu..Hahaha
10 marks for denmat! Hahaha
org slalu kata, perempuan baik hnya utk lelaki baik....n vice versa...
abes, smpai bila perempuan xbaik dan laki xbaik nk jadi baik???
bukannye org ckp... dlm quran ckp.. jd..usaha la jd yg terbaik..yg laen berserah kat jodoh ..yg berada di tgn Allah swt..
insya Allah.
Saya malas fikir pasal jodoh. Yang penting, saya berusaha untuk jadi baik kerana Allah semata-mata dan bukannya memperbaiki diri sebab nak jodoh yang baik.
Apa-apa perkara baik yang kita buat kalau kerana Allah, akan dikira sebagai ibadah.
Wallahua'lam bissowab...
sian kak radin..
uhuhu..
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
saye juge visting~jink.
eh dah nak kawen sume. haha>
just drop by singgah lalu lalang~
dh komen kt forum so kt sini tk mboh kate mende lg dah..=p
" =) And this song for you, my love. Told you we'll spend this summer together. Haha."
kejam gila ngko! sian radin rahmah..papepon doakn yg terbaik utk korg berdua ya! semoga sama2 naik tahun..amin..satu subjek je lg denmat..go go goreng!!!
kakRem, pe kaitan Radin Rahmah ngan quote tuh.
aih~ beliau balik laa.
salah orang nih.
terbaik... sume harapkan yg terbaik tp sbg pompuan, saye jugak teringin lelaki yg tak menilai sy hanya kerana bubur tawar n cair... =)
ntah ape2 la lelaki zmn skg ni..
Post a Comment