08 September 2009

Munno and His Three Disciples

*Post kali ini menggunakan nama-nama dari Queen Seon Duk disebabkan ada orang tak suka nama mereka digunakan. Tambahan pula, tiada watak perempuan dalam kisah ini jadi tak best untuk bergosip*

Alkisahnya di zaman pemerintahan Maharani Seon Duk di negara Shilla, ada seorang tuk guru yang hebat. Tuk guru ini bernama Munno. Beliau mempunyai 3 orang anak murid; Yushin, Bidam dan Archeon.

Satu hari di bulan puasa, mereka berempat ingin makan Megi sebagai juadah berbuka puasa lantaran ketiadaan duit dan harga Megi yang murah. Sebelum ini memang mereka jarang membeli Megi disebabkan ianya tidak berkhasiat, tapi sekali sekala apa salahnya. Maka Yushin ditugaskan membeli Megi tersebut.



Setelah Yushin pulang, Munno menyuruh anak-anak muridnya memasak Megi tersebut. Yushi pun memanaskan air untuk memasak Megi. Bidam yang ternampak perbuatan Yushin bertanya, "Kenapa kamu masak air dulu? Tumis bawang dulu. Baru sedap."

Yushin menjelaskan bahawa dia mengikut arahan di belakang pek Megi tersebut. Archeon pula hanya memerhati. Bidam merajuk dan memarahi Yushin kerana tidak menumis bawang terlebih dahulu sedangkan itulah yang dipelajari dari ibunya dulu.

"Tumis bawang dulu, baru sedap. Mak aku yang kata."

"Eh, ikut arahan laa, baru Megi tuh jadi sedap. Ko jangan nak pandai-pandai tambah benda baru dalam masak Megi."

Dan begitulah berlarutan pergaduhan mereka kerana dua-dua tidak ingin mengalah. Maka Munno memanggil anak-anak muridnya itu ke depan rumah. Dia bertanya, "Apakah yang kamu gaduhkan?"

Lalu Yushin serta Bidam bergilir-gilir menceritakan pertikaian mereka. Munno hanya senyum. Dia pun mengambil 3 pek Megi dan memberikan kepada tiap-tiap anak muridnya.

"Masak Megi ini mengikut apa yang kamu tahu dan yakin serta amal. Kemudian bawakan kepadaku."

Ketiga-tiga mereka ke dapur dan memasak Megi dalam periuk masing-masing. Maka berasaplah dapur tersebut dengan 3 orang anak jantan di dalamnya.

Bidam mengejek Yushin kerana tidak tahu memasak Megi, manakala Yushin pula mengejek Bidam kerana memasak ikut suka hati. "Entah jadi atau tidak," kata Yushin.

Setelah siap, ketiga-tiga mereka mempersembahkan Megi masing-masing kepada guru mereka. Ketiga-tiganya berbeza sama sekali. Munno menyuruh tiap-tiap mereka memberitahu bagaimana mereka membuat Megi mereka.

Lalu Bidam memulakan cerita, "Saya belajar resepi ini daripada Mak saya. Ternyata resepi ini amat sedap. Mula-mula kita tumiskan bawang, masukkan air dan rempah. Kemudian baru masukkan mee. Memang umph!"

Yushin mengambil giliran selepas Bidam, "Saya mengikut arahan pada pek tersebut. Mula-mula panaskan air hingga mendidih. Kemudian masukkan mee, last sekali baru rempah. Memandangkan resepi ini direct daripada pembuat Megi, ini pasti akan mengekalkan keaslian dan kesegarannya."

"Saya panaskan air hingga mendidih, masuk dalam mangkuk. Letak rempah, kacau hingga larut. Kemudian masukkan Megi. Tutup dan tunggu sampai megi tersebut kembang sikit." Archeon pula bercerita. Cara ini adalah amat biasa dipraktikkan oleh budak-budak di sekolah berasrama.

Munno menyuruh ketiga-tiga anak muridnya merasa Megi sahabat-sahabat mereka. Kemudian dia bertanya kembali kepada anak-anak muridnya.

"Adakah semua Megi ini boleh dimakan?"
"Ya," jawab mereka bertiga serentak.

"Megi siapa yang paling tak sedap?"
"Megi Archeon!" Yushin dan Bidam serentak menunjuk ke arah Archeon. Dia tertunduk malu.

"Megi Yushin dan Bidam, adakah rasanya berbeza?"
"Ya."

"Tapi adakah ia boleh dimakan?"
"Ya, boleh. Cuma rasanya agak lain," ujar Yushin.

Munno cuma tersenyum. "Masak Megi ada banyak cara, tapi semuanya menjadi Megi akhirnya. Takde satu pun yang beracun kan?" Anak-anak muridnya mengangguk.

"Megi Bidam memang sedap, tapi kalau terlebih air tak mungkin dapat dibuang. Tunggu je laa air tu kering. Megi Yushin pula, kalau terlebih air boleh buang dulu sebab rempah belum dimasukkan. Tapi cara Yushin rasa bawang agak pekat berbanding Bidam. Kesimpulannya masing-masing ada pro dan kontra."

"Cara Archeon pula langsung tak boleh masak Megi atau letak bawang dan telur. Memang tak memuaskan hati, tapi sesuai kalau malas masak dan inginkan sesuatu yang simple." Panjang penerangan Munno.

"Tak semestinya apa yang dipelajari Bidam daripada ibunya adalah salah. Masa Megi mula-mula dipasarkan, orang memang tengok arahan pada pek. Tapi lama kelamaan, resepi tersebut diubah berdasarkan amalan memasak kaum ibu serta pengetahuan mereka yang mendalam dalam masakan. Ikut cara ibu masak, tetap mengikut resepi asal Megi pada pek. Tak merbahaya pun kan?" Bidam tersengih melihat Yushin.

"Kita hidup bermasyarakat kena saling tolong-menolong. Kalau semua orang inginkan resepi Megi mereka, maka sila pulang ke rumah dan masak sendiri. Kita makan apa yang orang masak. Yang penting, Megi tersebut 'menjadi', tak beracun serta enak dimakan. Nak tunggu kamu berdua gaduh pasal resepi Megi, nescaya kalau kita ada tetamu sekarang, tak berbuka puasalah beliau." Munno menepuk bahu Yushin dan Bidam.

Kemudian azan pun berkumandang.

"Dah. Jom kita makan. Dah azan." Munno duduk bersila bersama anak muridnya.

"Cikgu pula, bagaimana cara masak Megi yang Cikgu prefer?" soal Archeon.

"Cikgu ada resepi sendiri. Tapi bila dengan kamu, Cikgu boleh makan semuanya. Hehe" Jawab Munno.

Dan puasa hari itu berakhir dengan keempat-empat mereka hanya makan Megi Sup Punggung. Memang lazat.



Disclaimer; Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih mati atau yang telah hidup. Nama-nama yang digunakan adalah fiksyen semata-mata.

4 penghinaan diterima:

Anonymous said...

Haha..megi berperisa pedasss.
rasanya dpt tangkap maksud tersirat. tp gambar last skali tu mmg mempesonakan.

relax on September 8, 2009 at 7:06 AM said...

"mee maggi cepat di masak sedap dimakan"..
gambar last bukan mee maggi tetapi adalah inoe me( mi instan)... aisshhh.

Anonymous said...

ketiga2 budok tu merasa meggi sblm azan maghrib..hik3..batal posa

HafizAdam on September 23, 2009 at 2:33 PM said...

tahniah, saya memang menunggu pengomen "batal pose"

haha

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template