Ada sesuatu yang saya belajar daripada drama ini: Matlamat dan dasar sesuatu syarikat.
Saya bakal menulis berkenaan PERUBATAN lagi kali ini. Haha. Jadi mungkin boleh ditukar; Kaum Tua vs Kaum Muda. Lebih banyak subtopik boleh dikarutkan.
Siapa Kaum Tua, siapa Kaum Tua?
Ini cuma istilah yang saya reka sendiri.
Generalnya, Senior - Junior.
Atau Super Senior - Super Junior (jangka masa lebih jauh).
Atau Pengasas - Pelapis.
Perbezaan ini mungkin wujud disebabkan faktor pegangan, atau pemikiran, ataupun pengalaman. Apapun, kamu boleh tafsirkan sendiri.
Kaum Tua vs Kaum Muda: PERUBATAN
Seperti yang saya sebut pada awal tadi, satu pengajaran yang saya boleh ambil iaitu: Matlamat, dasar dan tujuan sesuatu syarikat atau organisasi. Pengajaran ini lebih kepada mastermind, penggerak dan orang atasan, seperti saya yang menggerakkan Jabatan Pentadbiran PERUBATANonline.
Dalam keghairahan memajukan PERUBATANonline, keghairahan mengembangkan program PERUBATAN, kadang-kadang kita terlepas pandang perkara ini. Seperti saya. Idea penswastaan, kekejaman dan yang terbaru; Global, jika tersilap perancangan, mungkin lari daripada matlamat asal PERUBATAN iaitu kebajikan dan kesatuan. Mungkin PERUBATAN telah menukar nama dari Badan Kebajikan kepada Persatuan malah menubuhkan Biro khusus untuk Kebajikan, maka seolahnya PERUBATAN boleh menumpukan kepada banyak aspek, tapi matlamat kebajikan serta kesatuan masih kekal dalam perlembagaan dan masih perlu dijaga supaya tidak hilang.
Sebab itu saya lebih suka kalau PERUBATAN bukan disebut persatuan kebajikan, tapi persatuan pelajar. Maknanya PERUBATAN adalah 'penjaga' kepada pelajar. Kalau di sekolah berasrama, penjaga kita adalah warden. Maka warden mesti sain surat kebenaran mengikuti apa-apa program. Ke di sekolah kamu lain? Haha.
Dalam menggerakkan PERUBATAN, matlamat asal ini yang perlu dipegang. Kerana itu, perlunya serba salah dalam menetapkan yuran yang mahal, menetapkan program yang tidak melibatkan semua ahli, dan sebagainya. Saya yakin PERUBATAN sekarang tidak begitu. Maka ini cuma muhasabah untuk diri sendiri yang kadang-kadang menggila tidak kena pada tempatnya. XD
Kaum Muda mungkin terpengaruh dengan pemikiran manusia lain menyebabkan kita kadang-kadang menggunakan alasan "Orang lain buat begitu, maka kenapa tidak kita buat begitu?" Batch gen6 boleh dikatakan bermulanya era Kaum Muda, ataupun garisan pemisah di antara Kaum Tua - Kaum Muda, menyebabkan sedikit sebanyak kami boleh lihat bagaimana Kaum Tua berfikir dan bekerja. Atas dasar apa mereka melakukan sesuatu, dan bagaimana mereka melaksanakan sesuatu.
Contohnya Sistem Tajaan Ahli. Kenapa mesti ada kuota? Kenapa mesti ada Waiting List apabila dah penuh kuota? Kalau Kaum Muda mesti fikir "Orang nak sponsor, terima je lah. Kenapa mesti masuk Waiting List?" Tapi Kaum Tua berfikiran lain. Mereka nampak 40 tahun ke hadapan. Kalau Sistem Tajaan AHli dibuka sewenangnya, maka nanti untuk next program, semuanya menolak dengan alasan dah taja untuk program sebelum ni.
Kesimpulannya, bak kata Damak Hamdani, "Bekerja berdasarkan etika." Maka dasar dan matlamat takkan lari.
Kaum Tua vs Kaum Muda: Kreatif dan Inovatif
Hari itu bersembang dengan Jackster. Beliau melahirkan rasa kecewa disebabkan sikap gen7,8,9,10,11 yang tidak kreatif dan inovatif. Haha. Mungkin benar, mungkin salah. Ini berdasarkan pemerhatian beliau. Mungkin juga apply kepada sesetengah orang sahaja. Saya tidak tahu.
Sikap. Kaum Muda yang sekali diketuk baru nak masuk. Tak reti bergerak sendiri. Masih bergantung kepada Kaum Tua. Ini semua sangat mengecewakan.
Apabila disuruh baru nak buat. Apabila ditegur baru nak bermesraan. Kalau tak, 'pa ceroh'. Kalau saya limitkan kepada had lingkungan mediaPERUBATAN sahaja, bolehlah dikutuk mula-mula sekali Timbalan Webmaster saya yang baru. Saya tahu beliau lagi hebat daripada saya, tapi tolonglah, kalau nak saya tegur tiap-tiap hari bagi briefing kerja, memang takkan jalan. Nasib baik Jabatan Galeri sangat bagus di bawah Paan Charlie. Jabatan Berita pun sama, saya tahu Atiqah Hanifah dan Fathiyyah Ibrahim sangat rajin. Jabatan Artikel lebih-lebih lagi, Adzim memang sangat aktif. Jabatan AudioVisual memang sukar untuk bergerak maka saya tak kisah sangat. Jabatan Grafik mempunyai Ketua yang hebat, Nash maka apa yang perlu di-expect lagi kan? Haha.
Matlamat saya dalam BPP ketika mula-mula ditubuhkan dahulu, bersama-sama Presiden Sunny adalah untuk mengajar krew-krew bersikap independent. Bukan setakat sukarela, tapi keinginan melakukan sesuatu yang tinggi. Ini dipecahkan lagi pada zaman Damak Hamdani dengan wujudnya banyak cabang-cabang jabatan supaya ahli boleh menjadi krew dalam bidang yang diminati. Kita bukan mengajar gila kuasa, tapi sesekali sila bertanya kepada Ketua "Ada tak kerja pada hari ini?", "Boleh tak saya nak buat liputan isu ini?", "Macam mana kalau kita buat grafik untuk program sekian?" dan sebagainya. Kadang-kadang tak perlu tanya, terus buat komik, submit pada Ketua. Ketua kata "Masyi", selesai, publish. Kewujudan Ketua adalah untuk melindungi pekerja. Maka jangan bimbang. Kalau diterima kerja kita, bermakna Ketua bersedia melindungi kita.
Macam menyimpang dari tajuk. Haha. Tapi mesej utama: "Kaum Muda janganlah bersikap inferior. Be creative."
Kaum Tua vs Kaum Muda: Menjaga maruah.
Dalam sesetengah hal kita mungkin pelik. Kenapa perempuan tak boleh keluar malam? Padahal keluar beramai-ramai. Kaum Tua cukup bengang hal sebegini.
Macam musyrif gak. Kenapa takleh Musyrif sorang, perempuan sorang. Padahal musyrif je pun.
Kaum Tua ibarat ibubapa kita kat sini. Mereka berfikiran seperti ibubapa kita. Tak manis anak dara keluar tengah malam walaupun untuk ke kelas. Kalau ibubapa anda tidak kisah, mungkin ibubapa anda merupakan golongan Kaum Muda. XD Sebab ibubapa saya sangat menitik beratkan cakap orang.
Mungkin kamu ke kelas tapi jiran kamu yang melihat, "Semek rumah sebelah nih asyik keluar tengah-tengah malam, pergi ke mana entah. Mak bapak tak risau ke?" Akhirnya terpalit ke muka ibubapa kamu balik. Kalau jiran sebelah rumah mungkin sedia maklum, tapi jiran di hujung jalan? Tiap-tiap malam dia nampak kamu lalu depan rumah bergelak ketawa tengah-tengah malam, apa perspektif beliau?
Saya kongsikan cerita budak lelaki (Diubah dan disedapkan). Satu hari seorang budak lelaki berjalan-jalan di Tahrir. Ketika pulang melalui Metro, beliau nampak 2 orang perempuan di depan beliau. Dalam kepala beliau, mula-mula sekali yang terlintas adalah, "Eh, tu bukan Exco ke? Jalan tengah-tengah malam kat Tahrir nih buat apa? Berani betul. Mentang-mentang Exco." Lalu beliau pun nak menghampiri perempuan tersebut tapi tiba-tiba beliau nampak lelaki pun ada sama. Maka beliau tahu bahawa Exco perempuan tersebut berteman musyrif dan ada urusan di Tahrir. Prasangka pun hilang.
Sama jugak tak manis lelaki ngan perempuan sorang-sorang, walaupun sebenarnya lelaki itu seorang musyrif. Kaum Muda mungkin tak kisah, tapi Kaum Tua akan berusaha untuk jadikan musyrif 2 orang. Sebabnya? Sama seperti di atas.
Kita hidup bermasyarakat, bukan hidup seorang diri, maka kadang-kadang "Pandangan manusia itu lebih diutamakan."
Kaum Tua vs Kaum Muda: Kelas.
Ini adalah tajuk untuk diri sendiri.
Kaum Tua selalu datang kelas lambat.
Dah laa sampai lambat, then balik paling awal.
Kadang-kadang tak pergi kelas langsung.
Mentang-mentang mengulang tahun.
Sila berubah, XD
p/s: Manusia ini sangat menarik. Kadang-kadang saya teringin mengkaji sikap dan respon manusia terhadap sesuatu. Adakah topik ini di bawah psikologi? Haha
13 penghinaan diterima:
uish, nama tiqah dulu.. tiqah ada harapan nk jadi pengganti nii
haaa takde2. kamu Timb Ketua yang berkanibal dah.
teruskan usaha.
topik ini sememangnya isu psikologi.. terutama subtopik 'menjaga maruah'.. apa sekalipun tindakan seseorang, semuanya bergantung kepada perspektif mana yang digunapakai utk melihat sesuatu perkara.. dan sudah kelaziman, kaum tua melihat sesuatu dari perspektif yg berbeza berbanding kaum muda..
dalam psikologi, ada teori gestalt yg mnyebut tentang 'persepsi menyeluruh' yg lebih bermakna drpd melihat sudut2 tertentu sahaja.. contohnya, apabila melihat anak dara keluar sorang2 waktu mlm, kita mungkin melihat dari satu perspektif shj dan mempunyai tanggapan yg buruk terhadap perilaku itu tetapi kalaulah kita cuba melihat dari byk perspektif yg lain secara menyeluruh, sudah semestinya tanggapan kita akan berbeza..
mari bersama-sama memaksa diri utk memandang sesuatu dari perspektif org lain juga.. (to be in other people's shoes).. sekurang-kurangnya kita akan lebih memahami situasi mereka walaupun tidak dapat menerimanya dgn sepenuh hati..
tapi daripada mengharapkan manusia memahami kita, baiklah kita yang memahami orang lain.
bila dah faham manusia akan berfikiran sedemikian, adakah kita akan tetap melakukan perkara tersebut? maka apa gunanya?
"mulut orang kita takleh tutup, tapi perbuatan kita boleh dihentikan"
Rasulullah SAW berjalan dengan isteri di waktu malam, berjumpa sahabat terus bagitau "nih bini aku". Sedangkan sahabat memang da sedia maklum dan faham, Rasulullah takkan laa nak buat maksiat. Tapi kenapa Rasulullah jelaskan jugak. Sebab nak elakkan fitnah dan prasangka.
=)
setuju. memang lebih baik kita memahami org lain sblm mengharapkan org lain memahami kita.. lebih 'mudah' mengubah perilaku kita drpd mengawal syak wasangka manusia atau menutup mulut mereka drpd menabur fitnah..
seorang sahabat pernah berkongsi pandangan: jika kita tidak dapat mengubah keadaan di sekeliling kita, maka cubalah mengubah diri kita..
bila PERUBATAN menjadi jemaah....haih......
saya rasa insaf ketika membaca bahagian KREATIF DAN INOVATIF.
walaupun saya mungkin nampak rajin, tapi saya amat segan andai kerajinan itu seperti menyibuk tugas ketua, maka banyak meletakkan had pada diri.
sebab tu saya suka ketua dahulu. dia rajin bagi tugasan, maka takde la saya rasa saya mengabaikan kewujudan ketua.
dan sebab komunikasi antara ketua-anak buah yang efektif maka saya tanpa segan mencadangkan buat liputan itu dan ini.
itu dulu. sekarang, minta maaf adilah dan sepul sebab saya membebankan kalian.
juga nak minta maaf ke kakFathy andai saya kelihatan memandai, khususnya sempena Tibbians baru ni.
abgHafiz, terima kasih sebab tulis post yang membina.
dan belog ni dah jadi ruangan muhasabah jabatan la pulak.
bila nak ada forum macam dulu?
btw, kamu mengkomen Suhailah di blog!
dah bagitahu dia ke pasal ni??
not talking is the root of all evil!
Timb. Webmaster kamu yg baru adlh seorang yg tdk membaca blog, dia tdk akan tahu kamu mengkomennya.
Saya pernah menjadi 'boss' kpdnya dlm Team IT sekolah kami. Timb Webmaster kamu itu perlu dipush dan disuruh melakukan kerja. Silalah suruh dia byk2, insyaALLAH dia akan buat. Dia ada masalah kurang peduli. Insensitive. Oleh itu dia perlu sering diberitahu akan kerja yg perlu diselesaikan. Begitulah timbalan kamu yg baru sbgimana yg saya kenal.
@humairah:
haha masa get hot lagi kau ada bagitahu aku benda ni
oh saya memang tak bertujuan dia tahu, sebab tu letak di blog je.
lagipun 2-3 menjak nih sangat sibuk. xde mase nak bermesra ngan dia.
tggu minggu depan.
aih~
Anon:
PERUBATAN bukan jemaah ke?
ape definisi jemaah bagi kamu?
Solat berjemaah?
haha
artikel yang best dan sangat 'menyentuh hati' ;)
hehe..kadang2 aku pun rase cam nk mengkaji sikap dan repon manusia t'hadap sesuatu...
cm nk smbung stdy bhagian psikologi je.. :p
Post a Comment