PERSATUAN
Pada sesi 2007/2008, PERUBATAN menukar namanya daripada Badan kebajikan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir dengan penambahan Biro Kebajikan, dan pengasingan bidang kuasa Biro Akademik dan Biro Penerangan Penerbitan serta Biro Perumahan juga beberapa perubahan lain. Cuma yang menjadi persoalan; Kenapa ditukar nama tersebut?
Mungkin perlu saya ingatkan bahawa menukar nama persatuan perlu melalui Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN. Bukan senang untuk mengusulkan sesuatu perkara dalam MAT. Sesuatu usul perlu diluluskan Lembaga Penasihat sebelum dibenarkan dibahas dalam MAT. Bukan semua usul akan diluluskan, terdapat kuota bilangan usul dalam MAT. Usul tidak diluluskan secara bodoh, ia perlu diundi oleh perwakilan.
Adakah menukar nama kepada Persatuan adalah satu isu yang remeh hingga sanggup dibawa ke MAT? Adakah ianya sesuatu yang kecil hingga senang-senang diluluskan Penasihat? Adakah ia tidak berguna sehingga terpaksa dibahaskan oleh perwakilan. Akhir sekali, kenapa pula perwakilan mengundi untuk meluluskan usul ini? Apakah sebenarnya matlamat yang dibawa pembawa usul, dan apakah pula yang bermain di fikiran perwakilan hingga mengundi untuk meluluskan usul ini?
Sedangkan kalau setakat kerana bilangan pelajar yang ramai, tidak perlu menukar nama. Badan kebajikan Anak Negeri lebih ramai ahli, tak tukar nama pun. Kalau setakat pertambahan Biro, juga tidak perlu menukar nama. Bahkan, nama Badan kebajikan adalah lebih gah. Tidak nampak seperti Persatuan Matematik di sekolah menengah. Kan?
Sebenarnya apa perubahan yang ingin dibawa melalui penukaran nama ini? Maaf, saya tidak berada dalam MAT tersebut untuk mendengar hujah-hujah usul ini diluluskan. Tapi saya percaya penukaran nama ini supaya PERUBATAN itu sendiri berubah. Perubahan portfolio Biro sendiri menuntut PERUBATAN supaya fokus dalam pelbagai aspek, bukan sekadar kebajikan.
Menapak ke persada antarabangsa mungkin? Menentang PMRAM dan JPMK mungkin? Meluaskan pengaruh ke Malaysia? Semua ini kita yang tentukan.
KEBERSAMAAN
Dua tahun yang lepas, PERUBATAN menggunakan slogan "Memperteguh Kesatuan,
Kenapa 'kebersamaan'? Kenapa bukan 'kesatuan'? Kenapa tidak ditukar kepada 'kepaduan'? Ataupun mungkin 'keramaian'?
Kamus Dewan edisi ketiga, 'kebersamaan' bererti 'perihal bersama-sama'. Saya yakin slogan kali ini lebih bersifat 'bersama-sama' dengan ahli.
'Bersama-sama' menjayakan program. 'Bersama-sama' mengejar kecemerlangan. 'Bersama-sama' memantapkan tarbiyah. 'Bersama-sama' menapak ke lapangan antarabangsa.
Tapi mungkinkah 'kebersamaan' itu dicapai jika hanya PERSATUAN yang ingin 'bersama' sedangkan ahli tidak ingin 'bersama'? Mungkinkah sesuatu perkahwinan dikekalkan sekiranya hanya suami yang ingin 'bersama', sedangkan isteri telah mula mencari lain?
Entah, saya tidak tahu. Hanya anda yang boleh menjawabnya.
PERUBATAN bukan persatuan Matematik di Universiti Kaherah. PERUBATAN adalah Kerajaan Budak Medik di bumi Mesir. Tapi tiada parti dalam PERUBATAN kerana PERUBATAN adalah satu contoh Kerajaan Perpaduan yang matlamatnya hanya satu:
Memang menakjubkan apabila satu perkataan boleh membawa seribu pengertian, malah mungkin merubah matlamat dan cara. Apa erti PERSATUAN dan apa erti KEBERSAMAAN pada anda? Sama-sama kita fikirkan.
Jom mengundi untuk kepimpinan PERUBATAN Jumaat ini 4 Disember di ARMA. Mungkin merekalah pembawa aspirasi Harapan Baru untuk PERUBATAN. =)
6 penghinaan diterima:
patut la ahli masih tak ade semangat kebersamaan, tipa2 tahun asik2 kene kerat je.
"mengerat kebersamaan" juga membawa maksud "mengkerat"
Jgn dikerat PERUBATAN, kerat ISMA xpe.
Bullschlagha..benda yg x sepatutnya jadi isu dibesar2kan..takut dgn bayang2 sendiri..
Anon 1:
EH, btul gak. "Mengkerat." haha
Anon 2:
Tak kata pun ini isu besar. Mereka yang rasa perlu difikirkan, fikirlah. Entry ini lebih berbentuk muhasabah kepada golongan hardoPERUBATAN tentang kenapa perlunya kita mempowerkan PERUBATAN.
haha
ataupun sebenarnya memang keputusan menukar nama itu satu perkara yang sia-sia? hanya membazirkan satu kuota usul?
lalala~
sori denmat.. ada kesilapan fakta di situ..
2 tahun lepas, tema yg digunakan adalah : Memperteguh kesatuan, MENYEMARAK KECEMERLANGAN..
tp xpe, mmg ada ksinambugan tema lepas tu dgn thn ni insyaAllah
eh salah ek? buang r perenggan tuh. xde rujukan nak tengok. main ingat2 lupe je. wakaka~
hohoho. entry yg mmbuka minda.
kebelakangan serta kedepanan ni, banyak plak anasir2 luar yg cuba mncetuskan suasana tidak selesa dalam kalangan pelajar mesir. tak kira ustaz mahupun doktor. contohnya macam salah satu makhluk yang mengaku ahli geng "PERACUNAN". ape2 pun, PERUBATAN adalah kerajaan perpaduan. tidak kira mereka tu peracunan ke, atau ape2 short form yg lain, perubatan sentiasa berSAMA.
N.B: PERACUNAN adalah perkataan berlawanan bagi PERUBATAN.
Post a Comment