08 April 2010

Benarkah Bahaya Tag Facebook?

Post kontroversi sebelum ini sudah hilang, tapi belog ini akan terus membawakan post-post kontroversi untuk anda xD. Kalau anda merasakan ianya betul, jadikan panduan. Kalau anda merasakan ianya sesat dan menyimpang, anggaplah ia satu hiburan melampau di kala musim exam.



Benarkah Tag Facebook Itu Berbahaya?

Persoalan ini timbul setelah munculnya artikel yang membuat analogi Tagging gambar di Facebook umpama skim cepat kaya dosa. 10 tag manusia tidak menutup aurat dalam sesuatu gambar akan dilihat oleh 100 manusia lain bagi tiap-tiap tag menjadikan jumlah keseluruhan = 1000 manusia berdosa.

Apa itu Tagging?
Tagging adalah sistem penamaan manusia dalam gambar. 100 tahun yang lepas, istilah ini lebih dikenali dengan "Barisan pertama, berdiri dari kiri..." Tagging zaman sekarang lebih maju dengan fungsi-fungsi tambahan. Maklumlah, dunia digital.

Saya malas untuk mengesan artikel asal di blog, saya cuma membaca artikel yang dicopy-paste oleh rakan Facebook saya. Saya juga tidak menafikan artikel ini, namun begitu artikel ini mempunyai kelemahan yang tersendiri.

Sebelum itu kita berkenalan dulu dengan kronologi tagging pada Facebook:
1. Pukul gambar
2. Upload
3. Tag
4. Dilihat

Tajuk merupakan bahagian yang sangat penting dalam penulisan. Dalam dunia penulisan, Tajuk mempunyai kesan psikologi yang mendalam kepada pembaca seawal menarik perhatian pelawat untuk membaca sesuatu artikel. Kadang-kadang, tajuk juga boleh ditafsirkan sebagai kesimpulan atau sinopsis kepada artikel. Maka tajuk "Bahaya Tagging Pada Facebook" adalah sangat menyimpang.

Ini disebabkan oleh kesan Tagging hanyalah dalam bentuk sebaran, ataupun peringkat ketiga kronologi. Bukannya peringkat pertama. Sekiranya Tagging dihapuskan sekalipun, gambar anda yang mendedahkan aurat tetap wujud di alam maya dan masih boleh dilihat.

Bayangkan sekiranya gambar anda tidak di-Tag, dan anda tidak menyedari kewujudan gambar anda tersebut. Tetapi berpuluh-puluh manusia telah melihat gambar tersebut. Bukankah Tagging telah menyelamatkan anda dengan memberi amaran awal dan membolehkan anda meminta agar gambar tersebut dibuang?

Perkara pokok dalam masalah ini adalah di peringkat pertama lagi iaitu "Pukul gambar". Dunia teknologi sekarang memerlukan anda berfikir se-extreme yang mungkin. Bermakna sebarang pukulan gambar akan muncul di rangkaian maya suatu hari nanti. Kalau bukan anda yang upload, orang lain akan upload. Kalau bukan tukang pukul gambar yang upload, orang lain yang akan upload. Bukankah sekarang penyebaran gambar semudah copy-paste, pendrive, email?

Maka persoalan yang perlu ditanya adalah "Kenapa perlu memukul gambar yang mengaibkan dan tidak menutup aurat?"

Apabila kecoh satu dunia dengan sebaran gambar yang kononnya mengaibkan, maka si uploader disalahkan. Bukan si uploader, tetapi diri kamu sendiri yang perlu disalahkan. Kenapa mengambil gambar tersebut sekiranya ia mengaibkan?

Rules yang perlu diikut apabila memukul gambar, hatta bersama keluarga:

1. Menutup aurat.
Saya pernah terbaca bahawa muslimah yang menutup aurat tidak akan berjaya di-superimpose. Mungkin 75% teorinya adalah betul. Kalau begitu, bukankah Rules ini sangat bagus? xD

2. Posing yang tidak mengaibkan.
Memukul gambar pastinya dengan posing tersendiri. Pastikan posing anda itu, hatta ditulis caption "sedang berzina", anda masih boleh berbangga dengan posing tersebut kerana terang-terangan posing dan caption itu tidak match! xD

Dua rules ini sangat penting kerana kalaupun tersebar gambar tersebut, kemaluan anda tidak akan membesar.

Selamat bergambar, dan selamat berTagging. =)

5 penghinaan diterima:

Jackster on April 8, 2010 at 12:07 PM said...

adeih sengal la ko denmat, xle bla gile ayat

anor said...

klau tag gmbr je xpe, masaelahnya.. bila komen 1 gmbr dh mncecah 50, klau ada 50 gmbr?.. x larat nk delete emel.. adehhss :P

Eng Einy on April 8, 2010 at 8:56 PM said...

hahaha ayat aku sebijik ngn ayat jack..so aku tak perlu ulang

c's on April 9, 2010 at 8:02 AM said...

artikel macam nak sokong prog gala muslimah hari nih je~

kerana dirimu (perempuan) begitu berharga..

:P

HafizAdam on April 20, 2010 at 1:41 PM said...

ceh, prasan.
nk wat cane, hardo-PERUBATAN. =P

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template