*Sila baca dari atas ke bawah dan bandingkan dari kiri ke kanan*
Apa itu redundancy?
Multiple antibody, reacting with the same antigen
Kerja yang sama, tapi buat banyak kali. Tak ke bengong?
Program sama, tapi masing-masing buat hal sendiri. Bila dah tiada idea untuk update, mula laa copy paste yang orang lain. Idea Kelas ni bagus, boleh ambik. Idea Kelas ni bijak, boleh mintak. Idea Kelas ni bernas, boleh tiru.
Kan bagus kalau sejak awal lagi tiga-tiga kelas ini bergabung? Kelas A in-charge bahagian artikel, Kelas B in-charge bahagian video? Barulah Kelas C tak terasa terasing. Kerana mereka tahu ini program bersama Kelas A dan B. Mereka boleh menyumbang sesuatu nanti di lain waktu.
Kan?
Alasan memang banyak. Sebab tu tak pernah nak maju. Beria-ria nak Kelas diorang jadi Jawatankuasa Tertinggi Batch, tapi hal sekecil ini pun tak boleh nak fikir. xD
6 penghinaan diterima:
mslhnye program same ke, tema pn laen2? :-?
cuba buat sendiri tengok..
ada cadangan bagus untuk satukan semua sekaligus dalam masa yang singkat yang x melibakan ramai orang untuk bahagian pengurusan?
Jackster:
ntah. program same kot. xD
kak Husna Sani:
tak perlu nak buat. PMRAM dah lame buat. Dana Syaqah, Map2Street.
=P
mende kecik jgn dibesarkan,
mende mudah jgn disusahkan.
mantap r denmat!
aku rasa lepas ni buku2 management dan teamwork pun akan gunakan istilah redundancy.
Mahasiswa Johor di Mesir berdepan dengan fitnah oleh Nadi Umno dan Pegawai JPMK!!
Salam buat semua pembaca
Kehadiran DYMM Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang
Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Johor Darul Takzim, dan YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan
Idris Shah beserta delegasi bagi
merasmikan Asrama Pelajar Johor Rabaah merupakan saat-saat yang ditunggu
oleh anak-anak JOhor dibumi Mesir.
Pihak persatuan yang terdiri daripada anak-anak JOhor bertungkus lumus
untuk memastikan supaya program ini dapat berjalan dengan sebaiknya dan
memberi gambaran yang baik kepada pihak kerajaan khususnya terhadap majlis
ini.
Namun timbul satu isu yang amat menyakitkan hati.Sehari sebelum perasmian
Asrama tersebut Nadi UMNO Mesir telah mengadakan
ramah mesra dengan YAB Menteri Besar JOhor yang turut disertai beberapa
pengawai dari JPMK. Antaranya ialah Prof Jamil dan Encik Khari Jalaludin
(sering menyamakan dirinya dengan YB Khairi Jamaludin-
http://www.facebook.com/profile.php?
id=1824075400&ref=search&sid=100000352658144.4188050174..1)
Dalam pertemuan tersebut turut dinyatakan bahawa 90% anak-anak Johor di
Mesir terlibat dengan pembangkang!!
Pihak yang mengeluarkan kenyataan ini harus bertanggungjawab atas laporan
ini yang entah dari mana sumbernya.Laporan ini
juga menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga kebajikan anak-anak
JOhor di Mesir ditekan dan diminta memberikan
laporan tentang mereka yang pro pembangkang.Ada yang mengatakan juga zakat
johor akan diturunkan disebabkan laporan ini.
Apa untungnya laporan ini!!.Hanya menyusahkan anak-anak johor di Mesir
serta mereka yang sepatutnya dihantar untuk menjaga
kebajikan anak-anak johor dipaksa memberikan laporan politik pula.
Dalam pertemuan tersebut juga,kelihatan beberapa anak johor dalam pertemuan
tersebut.Apa kapasiti mereka dalam
perjumpaan tersebut?Adakah mereka hanya mendiamkan diri dalam isu ini?
Diseru kepada anak-anak Johor di Mesir melakukan solat hajat agar mereka
yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah
ini mendapat pembalasan daripada Allah taala.Anak-anak johor di bumi Mesir
seharusnya bangkit menidakkan laporan yang
diberikan hanya akan menyusahkan anak-anak Johor yang berada di Mesir serta
menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga
kebajikan akan tersasar dari tugas yang sepatutnya.Adakah anda semua
sanggup melihat perkara ini dibiarkan begitu sahaja?
Post a Comment