10 April 2008

DeskSpace v1.5.1 and ZD Soft Video Recorder v2.1.4

Hoho sebelum nih saya just letakkan je link download kat kanan nih kan? Disebabkan tengah renovate so saya terpaksa upload balik semua file. Jadi alang-alang buat dari scratch, saya sertakan penerangan ringkas tentang file-file yang saya sertakan kat tepi nih.

DESKSPACE v1.5.1



Official Website: OtakuSoftware
Size: 5.3MB
RapidShare


Software nih memang menakjubkan. Bayangkan korang ade 4 desktop dalam satu masa. Bila korang tengah syok guna komputer, tetibe member korang nak pinjam kejap. Hah tukar ke desktop yang kosong. Efek dia pun lawa. Bagi yang tak reti guna, explore the 'options' a little bit. Basically, middle-click kat taskbar bawah nie. Then, drag je desktop yang kita nak guna, middle-click again. Klik official website untuk lebih banyak screenshot.




ZD SOFT VIDEO RECORDER v2.1.4



Official Website: ZD Soft
Size: 2.0MB
Download: RapidShare


Pernah tengok video tutorial Andrew Kramer atau tutorial PhotoShop kat YouTube? Ini adalah salah satu software yang boleh digunakan untuk record desktop korang. Sebenarnya ada software yang lagi power khas untuk buat video tutorial tersebut. Tapi yang ini pun dah cukup bermanfaat. Kalu nak tengok contoh, klik nih.

Okey setakat nih dulu. Rasanya eBOOK yang saya letak kat tepi ni pun akan dibuat begini supaya korang tau laa sinopsis sikit kan? The most important is, DONT PUT THE DOWNLOAD LINK IN ANOTHER WEBSITE. LINK THEM TO THIS BLOG INSTEAD.
Continue Reading

07 April 2008

Google Search

Hoho kali nie saje je post sebagai peringatan buat diri sendiri. Copy paste dari blog Khai. Thanx ekk.

Hurm, berapa ramai pengguna Google Search Engine di luar sana? Ramai nyeee… tapi berapa ramai dari itu yang betul-betul mengoptimakan penggunaan Google Search?


Frasa Pencarian Google
Kalau korang nak cari ayat contohnya Pergi ke London iaitu ayat yang tidak terpisah (satu ayat), korang kena letak quotes (” dan “) sebelum dan selepas ayat tu. Contohnya seperti “Pergi ke London”. Google akan automatik mengeluarkan hasil carian mana-mana artikel yang ada menulis Pergi ke London. Kalau tak buat macam ni, Google secara rambang akan mencari mana-mana artikel atau web yang terdapat ayat Pergi, ke dan London. Bila tunggang terbalik hasil yang dikeluarkan, itu bermakna korang mencari sesuatu yang susah.

Gunakan tanda “-ve” dan “+ve”.
Contohnya seperti PKR -kool. Dengan adanya tanda “-”, Google akan mencari mana-mana artikel yang mempunyai ayat PKR dan pada masa yang sama turut menyenaraikan HANYA web yang mempunyai ayat kool dan PKR. Kiranya, takde la keluar result dengan hanya satu kata kunci yang korang letak tu. Err, contoh ayat tu tak bermakna PKR memang kool ok.

Gunakan susunan ayat yang betul.
Ini selalu yang kita buat. Contohnya kalau nak cari perkataan Limkokwing University di Google, ada yang gemar meletakkan University Limkokwing. Suka hati je nak terbalikkan sana sini. Sebenarnya ianya sedikit sebanyak memberi effect kepada hasil pencarian korang. Kalau nak melayu, taipkan aje la Universiti Limkokwing. Bukan University Limkokwing. Ini contoh je sebagai tribute di mana tempat Khai belajar sesuatu sekarang ni.

Google Forced Search
Google memang dah disetting untuk mengeluarkan ayat-ayat biasa seperti “how”, “and”, “what” dan sebagainya kerana ianya mampu melambatkan hasil pencarian korang. Tapi kalau perlukan ayat tu sebagai kata kunci utama pencarian korang, contohnya Khai +and Nieza.

Search for Unique Articles
Ni mudah je. Dari dulu Khai dah guna. Contohnya kalau korang terus nak mencari artikel mengenai Band Hujan di website Berita Harian, so korang kena ingat keyword ni.
site:URL “keyphrase”
Contohnya, site:bharian.com.my “Hujan”

Dot Dot of Google Search
Bagi Khai ini paling best. Dengan menggunakan simbol dot dot, korang akan dapat result dengan penuh sempurna di Google. Contohnya jika korang berhasrat ingin membeli seluar jeans dalam lingkungan harga RM50 hingga RM100, so apa yang perlu korang lakukan adalah, Jeans RM50..RM100. Tambahkan saja dot dot (..) di tengah-tengah tanpa ada space. Begitu juga untuk mencari fakta seperti P Ramlee 1928..1976

Google Define
Gunakan Google untuk mengetahui perkara yang korang nak sangat tahu. Jangan terlalu berharap kepada Wikipedia macam apa yang Khai selalu lakukan dulu. Berpandukan kepada hanya satu maklumat dari Wikipedia, tidak bermakna ianya sebuah maklumat yang lengkap. Contohnya kalau korang search “web 2.0′, so akan keluar banyak maklumat beserta praktikal di mana mampu membuatkan korang betul-betul tahu apa itu web 2.0 bukan dengan hanya tahu definasi sesebuah perkataan atau istilah.

Google Calculator
Google juga boleh berfungsi seperti Kalkulator. Amat mengagumkan. 1st time dengar ke? Kesiannya dia Sebenarnya member-member Khai yang ambil Diploma in Information Technology selalu gunakan untuk menjawab soalan-soalan math yang gila mencabar dengan menggunakan Google Calculator. Diorang cakap, Lecturer bukan tahu beb! Hahaha. Find out more about Google Calculator.

Google Spell Checker
Ini sebenarnya tak perlu Khai masukkan dalam senarai. Tapi rasanya bagus juga untuk korang yang masih belum tahu lagi. Tak kiralah perkataan melayu, english, cina atau apa pun, gunakan Google untuk mencari ayat yang betul kalau korang rasa bit confuse tentang ejaan yang betul. Contoh paling senang kita ambil, kalau korang confuse nak tulis “bussiness” atau “business”. Buka Google dan taipkan bussiness, then akan keluar “Did you mean: business”. So, itulah ejaan yang betul.

Jika sebelum ini korang lebih gemar menggunakan Yahoo sebagai platform utama membuat carian, berubahlah kepada Google. Bagi Khai, Yahoo lebih sesuai untuk search gambar (images) dan Google paling sesuai untuk membuat carian yang lain.

Continue Reading

HafizAdam Guiness Book of Record: 12 Hours Non-Stop REM Sleep

Sekarang jam menunjukkan pukul 8. Masih lagi dalam proses menyiapkan TIBBians05. Rancangan asal ingin dicetak esok. Tapi saya rasa sakit mata pulak membaca artikel-artikel nih. So lepak kejap main tenet.



Semalam saya berjaga sampai pukul 5 pagi kemudian TERtido. Bila bangun, jam still menunjukkan pukul 5. Ya, 5 petang. Maknanya saya telah TERponteng semua kelas hari ini. Juga tertinggal solat Zohor.



Baiklah, kebelakangan ini banyak berita yang mengejutkan diterima. Mula-mula, 'anak saudara' saya yang kedua - Syaima' baru je selamat dilahirkan 27 Mac yang lalu. Fateh dah jadi Abang Long. Sama seperti saya. Berita dan gambar boleh dibaca di PERUBATANonline dan blog Abang Muhaimin sendiri.





Kemudian kisah adik saya kahwin. Sebelum nih memang ada tapi mungkin sebab kali nih kat Kaherah so terasa dekat. Padahal tak kenal pun pengantin - Fareez:Husna tuh. 'Abang' hape tak kenal 'adik-adik' nih :P. Apa-apa hal, selamat pengantin baru. Agaknya bila giliran saya untuk menerima ucapan tuh. Kisah panjang dan gambar boleh di baca di blog adik saya - Fathiyyah.





Nak promote sikit, kali nih TIBBians membawakan isu keselamatan serta perkahwinan. Kisah cinta Muhaimin-Faqihah ada dalam tuh. Walaupun tak jiwang namun cukup untuk dijadikan panduan. Juga keselamatan pelajar-pelajar di Mesir nih. Dengan kes bunuh dan raba, mungkin isu kali ini boleh membawa kita lebih peka dengan diri sendiri sewaktu melepak tengah malam di luar rumah.



Yang terbaru, blog Kontroversi Perubatan Mesir nih. Secara peribadi, memang bagus adanya blog nih. Tapi address blog tuh macam menggambarkan persatuan pulak. Memang ada dinyatakan bahawa blog tersebut tidak berkaitan dengan mana-mana persatuan tapi lambat terpapar di muka depan.



Lagipun kalau disalahfaham oleh sesetengah pihak, mereka boleh menggunakannya untuk kepentingan peribadi atau politik. Ataupun kerajaan boleh menarik balik pengiktirafan di sini, lebih awal dari yang dijangka. Apa-apa hal, teruskan usaha my friend. I wonder if we also should make a blog about our allowance?



Okeh sebenarnya upload dan download di rumah saya amatlah lembap. Beribu lemon kemaafan dipinta daripada mereka yang setia menanti tutorial daripada saya tidak kira tutorial peribadi atau PERUBATANonline. Harap dapat bersabar. Kalau boleh, search kat Google untuk tutorial daripada orang lain.



Maaf sesangat. Dua gambar di atas pun telah saya kecilkan saiz supaya dapat di-upload. Tapi untuk tutorial, saya lebih prefer gambar yang besar supaya lebih jelas. Banner baru blog pun belum boleh diupload lagi. Lagipun template baru nih macam ada masalah sikit. Jadi, time to explore coding.



Sempena musim exam yang telah bermula 6 April lepas, saya memohon kemaafan atas kesyaitanan sikap saya semenjak-dua menjak nih. Sebenarnya tu sume gurauan. Tapi mereka yang bergelar pompuan - adik dan kakak serta awek - cepat terasa. Mereka yang baru berjinak-jinak dengan saya pun mudah terasa.





Musim exam adalah musim menjadi baik soleh solehah jadi, sama-sama kita tingkatkan amal, banyakkan stadi. Hehe. Moga-moga kesolehan anda semua berkekalan - although I'm not that type. Jadi sebelum sambung kerja TIBBians nih, renungkan nasihat saya kepada adik saya yang masih mencari tujuan dia memilih bidang kedoktoran nih. Salam sayang.



Kenapa kita nak jadi doktor? Kalau kerana duit, apa akan jadi jika tak dapat duit? Kalau kerana minat, apa akan jadi bila dah hilang minat? Kalau kerana ingin menolong orang, apa akan jadi bila orang tak nak pertolongan? Kalau kerana pandai biologi, apa akan jadi kalau biologi takde kaitan ngan medic? Kalau kerana mak bapak, apa akan jadi bila mak bapak takde? ADAKAH KITA AKAN QUIT DARIPADA MENJADI SEORANG DOKTOR?

[HafizAdam]
Continue Reading

04 April 2008

Anugerah Tibbians Popular - PERUBATAN 2007/2008

Aku tengah boring campur bengang menengok buku pisio. Baru je selesai upload banner dan wallpaper KKK 2008 terbaru. Upload amatlah lembap. Nak upload banner 150kB pun 15minit baru siap.



So, jom kita bermain. Waktu-waktu exam nih mesti ramai yang tak online. Haha aku teringat ABP-BH, so jom kita buat Anugerah Tibbians Popular - PERUBATAN plak. Maksudnya, mencari siapakah Tibbians (pelajar tibb) paling poular sekarang nih. Kita wat kategori sikit-sikit dah laa yea. Pencalonan dibuka sekarang sampai laa akhir bulan 5 kot. Tengok laa.



Wartawan Popular

  • pelajar medic yang berdaftar dengan PERUBATAN
  • diiktiraf sebagai wartawan PERUBATAN
  • berita tulisannya pernah disiarkan di TIBBians atau PERUBATANonline


AJKT Popular

  • pelajar medic yang berdaftar dengan PERUBATAN
  • seorang ahli jawatankuasa tertinggi PERUBATAN
  • sertakan nama bironya


Penulis Popular

  • pelajar medic yang berdaftar dengan PERUBATAN
  • artikelnya pernah disiarkan di TIBBians, The Zikr atau PERUBATANonline


Artikel Popular

  • sertakan nama penulis
  • pernah disiarkan di TIBBians, The Zikr atau PERUBATANonline
  • rujukan siaran juga perlu disertakan.


Tibbians Popular (anugerah kemuncak)

  • pelajar medic yang berdaftar dengan PERUBATAN


Kesemua syarat di atas adalah tertakluk kepada syarat umum iaitu, mestilah berada dalam lingkungan sesi 2007/2008, dan kuasa penuh berada di tangan aku. Hehe.



So sesape yang nak menamakan calon, atau tambah kategori, atau bagi cadangan, reply je komen kat sini. Hehe. Logo aku tak reti nak buat, lagipun Adobe Photoshop belum lagi diinstall balik. Haha. Tapi nampak gaya terpaksa install laa untuk TIBBians.



Okeh, Selamat berhedonisme!

Continue Reading

02 April 2008

Boringnye~

Alahai boringnye. Tak tau nak menulis hape. Sebenarnya bukan tak tau. Malas. Bukan setakat blog je, TIBBians, PERUBATANonline, malah silibus medic nie pun saya rasa malas. Astaghfirullah.



Exam is just around the corner. Practical akan bermula minggu depan. Tapi TIBBians pun kena terbit minggu depan. Artikel banyak lagi yang aku tak baca. Karya pulak belum lagi di-edit. Berita pulak lembap betul bebudak nih, tak sampai-sampai lagi. Ni tak termasuk beberapa update di PERUBATANonline yang aku kena buat. Haha.



Blog GT pun still dalam proses. Sikit-sikit aku buat. Komik untuk TIBBians kalau ikutkan hati, ingin dilukis sendiri. Nampak gaya, takde can laa korang nak membaca lawak Mesir kali nih. Terpaksa copy paste dari site lain.



Haish boringnye~..



Harap ada seseorang boleh tegur diri aku yang sedang tidur sambil membawa kereta nie. Nanti terbabas, accident. Tak mati takpe, takut nanti jadi jenazah, terpaksa terbang pulang ke Malaysia, Pergi Tak Kembali!



Dunia memang tak selalu indah. Sebab keindahan bukan berada di dunia!

[HafizAdam]
Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template