Hurm, berapa ramai pengguna Google Search Engine di luar sana? Ramai nyeee… tapi berapa ramai dari itu yang betul-betul mengoptimakan penggunaan Google Search?
Frasa Pencarian Google
Kalau korang nak cari ayat contohnya Pergi ke London iaitu ayat yang tidak terpisah (satu ayat), korang kena letak quotes (” dan “) sebelum dan selepas ayat tu. Contohnya seperti “Pergi ke London”. Google akan automatik mengeluarkan hasil carian mana-mana artikel yang ada menulis Pergi ke London. Kalau tak buat macam ni, Google secara rambang akan mencari mana-mana artikel atau web yang terdapat ayat Pergi, ke dan London. Bila tunggang terbalik hasil yang dikeluarkan, itu bermakna korang mencari sesuatu yang susah.
Gunakan tanda “-ve” dan “+ve”.
Contohnya seperti PKR -kool. Dengan adanya tanda “-”, Google akan mencari mana-mana artikel yang mempunyai ayat PKR dan pada masa yang sama turut menyenaraikan HANYA web yang mempunyai ayat kool dan PKR. Kiranya, takde la keluar result dengan hanya satu kata kunci yang korang letak tu. Err, contoh ayat tu tak bermakna PKR memang kool ok.
Gunakan susunan ayat yang betul.
Ini selalu yang kita buat. Contohnya kalau nak cari perkataan Limkokwing University di Google, ada yang gemar meletakkan University Limkokwing. Suka hati je nak terbalikkan sana sini. Sebenarnya ianya sedikit sebanyak memberi effect kepada hasil pencarian korang. Kalau nak melayu, taipkan aje la Universiti Limkokwing. Bukan University Limkokwing. Ini contoh je sebagai tribute di mana tempat Khai belajar sesuatu sekarang ni.
Google Forced Search
Google memang dah disetting untuk mengeluarkan ayat-ayat biasa seperti “how”, “and”, “what” dan sebagainya kerana ianya mampu melambatkan hasil pencarian korang. Tapi kalau perlukan ayat tu sebagai kata kunci utama pencarian korang, contohnya Khai +and Nieza.
Search for Unique Articles
Ni mudah je. Dari dulu Khai dah guna. Contohnya kalau korang terus nak mencari artikel mengenai Band Hujan di website Berita Harian, so korang kena ingat keyword ni.
site:URL “keyphrase”
Contohnya, site:bharian.com.my “Hujan”
Dot Dot of Google Search
Bagi Khai ini paling best. Dengan menggunakan simbol dot dot, korang akan dapat result dengan penuh sempurna di Google. Contohnya jika korang berhasrat ingin membeli seluar jeans dalam lingkungan harga RM50 hingga RM100, so apa yang perlu korang lakukan adalah, Jeans RM50..RM100. Tambahkan saja dot dot (..) di tengah-tengah tanpa ada space. Begitu juga untuk mencari fakta seperti P Ramlee 1928..1976
Google Define
Gunakan Google untuk mengetahui perkara yang korang nak sangat tahu. Jangan terlalu berharap kepada Wikipedia macam apa yang Khai selalu lakukan dulu. Berpandukan kepada hanya satu maklumat dari Wikipedia, tidak bermakna ianya sebuah maklumat yang lengkap. Contohnya kalau korang search “web 2.0′, so akan keluar banyak maklumat beserta praktikal di mana mampu membuatkan korang betul-betul tahu apa itu web 2.0 bukan dengan hanya tahu definasi sesebuah perkataan atau istilah.
Google Calculator
Google juga boleh berfungsi seperti Kalkulator. Amat mengagumkan. 1st time dengar ke? Kesiannya dia Sebenarnya member-member Khai yang ambil Diploma in Information Technology selalu gunakan untuk menjawab soalan-soalan math yang gila mencabar dengan menggunakan Google Calculator. Diorang cakap, Lecturer bukan tahu beb! Hahaha. Find out more about Google Calculator.
Google Spell Checker
Ini sebenarnya tak perlu Khai masukkan dalam senarai. Tapi rasanya bagus juga untuk korang yang masih belum tahu lagi. Tak kiralah perkataan melayu, english, cina atau apa pun, gunakan Google untuk mencari ayat yang betul kalau korang rasa bit confuse tentang ejaan yang betul. Contoh paling senang kita ambil, kalau korang confuse nak tulis “bussiness” atau “business”. Buka Google dan taipkan bussiness, then akan keluar “Did you mean: business”. So, itulah ejaan yang betul.
Jika sebelum ini korang lebih gemar menggunakan Yahoo sebagai platform utama membuat carian, berubahlah kepada Google. Bagi Khai, Yahoo lebih sesuai untuk search gambar (images) dan Google paling sesuai untuk membuat carian yang lain.
0 penghinaan diterima:
Post a Comment