Aku tengah boring campur bengang menengok buku pisio. Baru je selesai upload banner dan wallpaper KKK 2008 terbaru. Upload amatlah lembap. Nak upload banner 150kB pun 15minit baru siap.
So, jom kita bermain. Waktu-waktu exam nih mesti ramai yang tak online. Haha aku teringat ABP-BH, so jom kita buat Anugerah Tibbians Popular - PERUBATAN plak. Maksudnya, mencari siapakah Tibbians (pelajar tibb) paling poular sekarang nih. Kita wat kategori sikit-sikit dah laa yea. Pencalonan dibuka sekarang sampai laa akhir bulan 5 kot. Tengok laa.
Wartawan Popular
- pelajar medic yang berdaftar dengan PERUBATAN
- diiktiraf sebagai wartawan PERUBATAN
- berita tulisannya pernah disiarkan di TIBBians atau PERUBATANonline
AJKT Popular
- pelajar medic yang berdaftar dengan PERUBATAN
- seorang ahli jawatankuasa tertinggi PERUBATAN
- sertakan nama bironya
Penulis Popular
- pelajar medic yang berdaftar dengan PERUBATAN
- artikelnya pernah disiarkan di TIBBians, The Zikr atau PERUBATANonline
Artikel Popular
- sertakan nama penulis
- pernah disiarkan di TIBBians, The Zikr atau PERUBATANonline
- rujukan siaran juga perlu disertakan.
Tibbians Popular (anugerah kemuncak)
- pelajar medic yang berdaftar dengan PERUBATAN
Kesemua syarat di atas adalah tertakluk kepada syarat umum iaitu, mestilah berada dalam lingkungan sesi 2007/2008, dan kuasa penuh berada di tangan aku. Hehe.
So sesape yang nak menamakan calon, atau tambah kategori, atau bagi cadangan, reply je komen kat sini. Hehe. Logo aku tak reti nak buat, lagipun Adobe Photoshop belum lagi diinstall balik. Haha. Tapi nampak gaya terpaksa install laa untuk TIBBians.
Okeh, Selamat berhedonisme!
0 penghinaan diterima:
Post a Comment