30 November 2008

Cerita Boring..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda masih bersama saya, HafizAdam dalam belog AkuDarahAnakMalaysia. Ye laa, ini belog saya, mesti laa anda akan bersama saya, kan?


Taknak cite panjang. Jom tonton video nih.



Post nih sekadar muhasabah, demi kerja, saya menjadi gila. Ya, saya menjadi gila. Ikuti rentetan cerita bangang yang panjang ini:

KHAMIS 20 November
Adam bangun awal pagi itu, seperti biasa. Dek suara Sunny. Beliau berpesan agar tidak tidur selepas Subuh, lantaran beliau ingin ke Sabie', dan ada pendrive yang perlu dihantar.

Adam menurut perintah. Hatinya melonjak riang. Dia bakal bertemu Madee. Permintaan Abang Mdan semalam bakal tercapai. Rancangan gila beliau boleh diteruskan. Sebenarnya idea gilanya untuk merakam video calon demi sebuah presentation telah lama dibatalkan. Kerana kemalasan.

Tapi permintaan Abang Hamdan sukar ditolak. Gimik perlu dibuat. Alang-alang membuat kejutan gempak, biar keji dan kejam hingga ke akhir, nasihat Zalee. Jawatankuasa Pemilihan PERUBATAN tahun ini mestilah menjadi legenda sebuah SPR.

Dia menunggu hingga waktu dhuha yang entahkan bila. Video berhasil diambil walau Madee malu-malu kecomelan. Tapi shot yang didapati tidak memuaskan hati. Apapun dia bersyukur.

Petang ada majlis di rumah Eckm Designer-Mantap-Power-Siot. Kononnya ingin meraikan rakan-rakan yang ingin pergi haji - Aman Ramdzan, Ehmad Hamdi, dan Jackster. Selepas maghrib baru dia pulang.

Tiba di rumah, masih blur. Tidak terlintas hidayah tentang bentuk presentation yang bakal memuaskan hati Abg Mdan dan penonton. Waktu terus berlalu, dan Adam terus menunggu hidayah sambil menonton beberapa video tutorial. Hidayah datang dari langit, bukan dari dapur membawa sepiring pisang goreng. Dia belum kahwin, masakan ada seorang wanita bergelar isteri bernama Hidayah.

Jam menunjuk 0000, Rainlendar mula mengeluarkan reminder tentang event hari ini: Mesyuarat Agung PERUBATAN Ke-6.

JUMAAT 28 November 2008
Jari diketuk beberapa kali. 5 minit berlalunya tengah malam. Idea datang namun samar-samar. Adam membuka After Effects seraya berkata, "pedulik hape aku, asalkan siap".

Jari memetik keyboard, mouse digerak. Tangan kanannya terasa lenguh, mungkin kerana asyik memegang mouse. Mungkin juga sindrom Carpal Tunnel sudah mula menunjukkan kesan.

Siap, azan subuh sudah lama berkumandang. Jam 0530. Seusai solat, Adam teringat sesuatu - pergi awal ke MAP. Katanya seseorang perlu menjaga kamera. Walaupun sembangannya dengan Afiq semalam seolah-olah ianya bakal dibatalkan. Pengalaman menunjukkan masa depan, walaupun masih samar-samar.

Abang Mdan masih belum approve video, dia pula perlu ke MAP. Maka bagaimana? Otaknya ligat berfikir. "Bawa dulu ke MAP, nanti tunjuk kat sana," desis hatinya. Tiba-tiba hatinya kuat mengatakan dia tak perlu ke MAP awal-awal. Entahkan petunjuk, atau penghasut. Dia sendiri tidak pasti.

Ke atas mencari Abang Mdan akhirnya. Wujud. Sibuk di telefon. Berbicara mengenai Usul mungkin. "Mat, bleh print tak?". Pinta Abang Mdan. Ke bawah kembali. Alang-alang print, tonton video terus. Setuju, puas hati. Adam memberi taklimat ringkas bagaimana Abang Mdan perlu bertindak ketika presentation. Setel.

Ke ARMA untuk MAP menaiki teksi seramai 5 orang. Seperti yang dijangka, rancangan berubah. Tidak perlu kamera video. Tapi Adam masih dengan Sony DVD-DCR810e-nya. Rakaman dibuat selepas Solat Jumaat, kerana waktu itu Usul dibahaskan. Pasti ada hujah-hujah dan aksi menarik.

Afiq seronok mengambil gambar disebelahnya. Maklumlah, SLR. Ammar pula perwakilan, rugi laa dia hari ini. Pemenang duduk bersantai, lantas disuruh Adam supaya mengedar Tibbians06. Kata Pemenang, berita MAP akan dibuat anak buahnya, maka dia duduk berlenggang. Ewah seronoknya kau Pemenang, kutuk Adam.

Selesai MAP, selesai pengumuman. Pulang ke rumah, tiba pukul 9. Tidur mati hingga pukul 12 keesokannya. Kerana apa? Dek bekerja tanpa tidur selama 36 jam lebih. Wakaka. (Mode malas nak menaip sebab cite nih amat boring, penulis turut merasakan demikian.)

Akhir kalam, saya sukakan quote nih:

Tanda bahagia itu adanya tenang, tenang itu letaknya di hati.
[Nur Madihah Kamalul Sahar, Timb Presiden II]

(kak Rem jangan marah, next post giliran kak Rem pulak.)
Continue Reading

26 November 2008

Real Spy Monitor v2.85

Selalu tertanya-tanya apakah yang dibuat oleh anak-anak anda sewaktu menggunakan komputer? Atau anda ingin menghalang sesuatu website atau program daripada dibuka oleh orang lain dalam rumah anda?

Ataupun komputer anda sering menjadi wakafan buat ahlul beyt dan anda ingin mengetahui rahsia/password mereka? Maka ini adalah software untuk anda.



REAL SPY MONITOR 2.85



Official Website: Real Spy
Size: 1.84MB
Download: MediaFire


Software ini walaupun terdapat kekurangan/bug tapi bagi saya cukup memuaskan hati. Hanya setkan On apabila anda keluar rumah, dan segala yang terjadi kepada komputer anda selepas itu akan direkodkan.

Dengan kebolehan merakam penggunaan keyboard, malah mengambil screenshot, anda boleh mengetahui secara detail hingga kepada PASSWORD manusia yang menggunakan komputer. Dilengkapi dengan kebolehan ala-ala Parental Control, kita boleh mengawal website dan program yang boleh dibuka.

Namun begitu, perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa setting yang tidak mampu ditanggung oleh software ini. Sebagai contoh, ScreenShot Spy hanya mampu membaca dalam lingkungan 200 pix sahaja. Lebih daripada itu, software ini akan hang. Ia bukan masalah komputer tapi software itu sendiri. Maka, perlu diubah setting.

Cubalah, anda pasti berpuas hati apabila mengetahui PASSWORD rakan anda, ataupun mendapat tahu bahawa rakan anda membuka laman web lucah! Har3.

I downloaded and uploaded this software myself, so DONT PUT THE DOWNLOAD LINK IN ANOTHER WEBSITE. LINK THEM TO THIS BLOG INSTEAD.

Continue Reading

22 November 2008

Sekitar Hari Pengundian 21 November 2008

Hah, semalam telah berlangsung Hari Pengundian Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2008/2009 bertempat di ARMA. Ia juga menandakan berakhirnya tugas saya sebagai Jawatankuasa Khas untuk Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN (JPP).

Oleh sebab ade yang tak puas ati ngan laporan ringkas anak buah saya, Fathiyyah di PERUBATANonline, maka saya datangkan kepada anda video ringkas (malas nak buat pepanjang).




Beberapa manusia yang tiada videonya, sori lah ye.
Samada tak perasan korang datang atau terlepas atau saje je taknak ambik sebab korang tak ensem. Ngeh3.

Dan kepada calon Timbalan Presiden II yang sorang lagi tuh, berani betul dye melarikan diri. Tengok dah cacat video di atas. Ish3. Takpe2, seminggu nih kerja stalker akan dilakukan demi mendapatkan video 15 saat beliau. Ngeh3 tunggu je laa. Berhati-hati di mana jua anda berada (amaran nih).

Lastly, kemalasan membuatkan video ini kelihatan dibuat dengan Windows Movie Maker, walaupun sebenarnya saya menggunakan Sony Vegas. Wakaka.

Last kepada last, tunggu Edisi Khas JPP di lain masa. TQ.

Continue Reading

20 November 2008

90 Soalan Sengal

Esok Hari Mengundi. Malam nih masih kena siapkan flash presentation untuk projector esok. Konon-kononnye menceriakan Hari Mengundi.

Lepak-lepak malas nak buat kerja, ternampak mende nih kat blog Fuad. Cilok jap, jawab. Lame tak buat keje camnie.

YOURSELF

[01] Real name:
Muhammad Hafizuddin b Mamat Azlan

[02] Nickname:
Internet - HafizAdam, Real Life - Dinmat, Sekolah Lame - Pidin (biasenye awek), Maseh (geng2 otai), abgPidin/abgDinmat (adik2 ngeh3)

[03] Status:
Single but NOT avelable.

[04] Zodiac Sign:
Taktau, Pisces atau Aquarius. Sebab 19hb Feb berubah ikut kawasan. Haha.

[05] Gender:
Ikhwah.

[06] Age:
Masih lagi 19.

[07] High School:
SMKA Tok Jiring

[08] Collage
Faculty of Medicine, Cairo University.

[09] Height:
Last measured - 174cm

[10] Weight:
54kg after eating.

[11] Do you like yourself:
Yes. I LOVE myself.

[12] Piercings:
Nope

[13] Right or left:
Right-Handed.

[14] Are you a freak :
Almost

[15] Hair:
Black

[16] Skin:
Koko kot.

[17] Allergic:
Budu. Makan je mesti gatal. Huhu tapi suke sangat cicah budu!

[18] What are you doing now:
Typing

[19] What will you doing 1 hour later:
Flashing.

[20] What will you doing 10 years later:
Menyambut bayi.

THE FAMILY

[21] Live with mother/father/parents/family:
With friends in Egypt.

[22] Siblings(included you):
Me
Kakak
Abang Cik
Kak Teh
Abang De
Abang Teh
Kak Cik
Adik

[23] Eldest:
Me laa.

[24] Youngest:
Nurul Zayanah - Adik.

[25] Love/hate your family:
What kind of question is this? Of course I hate my family. Love is hatred, and hatred is love.

THE FRIENDS

[41] Your first best friend:
Mustaqim, while living at AMBS.

[42] Your first enemy:
Didnt remember. I made a lot of enemies.

[43] The friends you love the most:
All.

[44] The enemy you hate the most(1only):
Myself.

[45] Your most beautiful girl friend:
Should I answer this? 243062 - break this code.

[46] Your most handsome boy friend:
i'm not a gay.

[47] The kind of girl you hate the most:
Yang suke buat saspen "nak dgr cite tak?"
Then "takpe lah, segan"
Rase nak hempuk on the spot je.

[48] The kind of boy you hate the most:
Ntah.

[49] You fall in love with your close friend before:
Nope.

[50] Your best friend is your ex-lover:
Nope.

[51] If your friend backstabbing you:
I'll die if I lost too much blood.

[52] If your friend betray you:
They have their own reason. Maybe they got more money as bribe?

[53] If your friend woo your lover:
I'll give them money for wedding.

[54] If your friends fall in love with you:
I'm still the same old HafizAdam who treat everyone equal. Haha.

[55] If you fall in love with your best friend:
Just tell her, man.

THE STUDIES


[56] Are you a good student?
Nope.

[57] You always done your homeworks/assignments:
Never.

[58] The teacher/tutor you love the most:
Tcer Salmi and Ustzh MokB, and my warden - Ayoh Ngoh.

[59] Always late to school/college:
That's my life.

[60] Your class:
1 Nur, 2 Saff, 3 Furqan, 4 Kauthar, 5 Ikhlas.

[61] You love your seniors:
Those who can accept my crazyness.

[62] Senior who you love the most:
Dont know. Maybe abgHamdan, coz he's sporting. Haha.

[63] Your classmates good/bad:
Everyone's good except me.

[64] Excellent result classmate:
As usual - Eckm, or Nash, or my Housemates; Sunny, Azlee, Aman..

[65] Laziest classmate:
Did I need to tell? Hehehe.

THE PEOPLE

[66] Smart people:
People who always nyemat.

[67] Stupid people?
Those who call others stupid.

[68] Good looking people:
Like me. Ngeh3

[69] Ugly people:
Never thought people as ugly.

[70] Funny people:
Those who lambat pikap.

[71] Cute people:
Kekanak?

[72] Bad people:
Those who always eat other people share. (thats me then)

[73] Honest people:
Direct to the point.

[74] Acting people:
Kutuk belakang, depan senyap.

[75] You are what kind of people:
Crazy people.

THE PREFER

[76] Lip or eyes:
Eyes

[77] Hugs or kisses:
Hugs

[78] Shorter or taller:
Shorter. It's hard to find someone taller than me.

[79] Hesitant or spontaneous:
Spontaneous in idea, hesitant in action.

[80] Nice stomach or nice arms:
Nice stomach.

[81] Listener or talker:
Listener if you're a listener too and vice versa.

[82] Romantic or rich:
Romantic

[83] Good wife or good mother
Good Girl.

THE FUTURE

[84] Age to get marry:
27?

[85] Numbers of kid(s):
10; 5 laki, 5 pompuan. Haha.

[86] Career:
Doctor, and then I'll pick something for specialist.

[87] Salary:
Enough to feed my family.

[88] Retirement age:
Age of dying

[89] Properties value:
Priceless

[90] Wishes:
Not become a ronin again.
Become a hardworking nerd.
Not getting any offer to become program's AJK.

Semua jawapan adalah tidak tetap. Ia mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. TQ.
Continue Reading

18 November 2008

Spoiler Hari Pengundian..

Hehe. Hari ini saya akan menyalahgunakan kuasa sebagai JPP untuk mempamerkan poster bercetak Hari Pengundian yang akan diedarkan dalam masa terdekat. Bagi mereka yang tak sukakan spoiler, jangan bace K.

Nih dia poster bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden II:


Calon-calon AJK Lelaki:


Calon-calon AJK Perempuan:


Camne? Dah kenal semua calon? Jom mengundi pada 21 November ini.

Pasti ada yang bertanya kenapa saya letak di blog peribadi, bukan di blog JPP?
Sebab blog JPP akan keluar yang lebih cantik dan colorful, walaupun gambar calon akan memburukkannya. Hehe. InsyaAllah akan siap sebelum Maghrib hari ini.

Kemudian, rumah LELAKI akan dapat poster Presiden, Timb Presiden II dan AJK Lelaki sahaja, dan vice versa. So, kalo nak tengok calon lawan jantina anda, bolehlah rujuk di sini. Mana laa tau ade yang berkenan menjadikan AJKT sebagai pasangan hidup, bolehlah ditaqdim secara online pasni.

Ketiga, saya cuma nak berkongsi gulingan ketika mengisi dialog box (ucapan calon) kat atas gambar tuh. Selamat memerhati. Hak3.

Dengan pengumuman Jawatan yang akan dipertandingkan, bolehlah mula berkempen ye. Sila postkan link blog anda di blog JPP untuk dibuat koleksi. Juga, Unit Penerangan akan mengadakan pertandingan istimewa. Nak tau, tunggu. Tapi disebabkan takde bajet, hadiah pun lain dari yang lain. Haha.

Oh ye, sebelum tuh, poster-poster nih lewat sikit diedarkan sebab ade masalah printer! Sori! Maalish! Gome!

Akhir kalam, jangan lupa melawat blog JPP, blog saya merupakan blog tertinggi mempromosikan JPP:

JPP.perubatan.org


p/s: penin kepale nak buat mende nih.

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template