30 November 2008

Cerita Boring..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda masih bersama saya, HafizAdam dalam belog AkuDarahAnakMalaysia. Ye laa, ini belog saya, mesti laa anda akan bersama saya, kan?


Taknak cite panjang. Jom tonton video nih.



Post nih sekadar muhasabah, demi kerja, saya menjadi gila. Ya, saya menjadi gila. Ikuti rentetan cerita bangang yang panjang ini:

KHAMIS 20 November
Adam bangun awal pagi itu, seperti biasa. Dek suara Sunny. Beliau berpesan agar tidak tidur selepas Subuh, lantaran beliau ingin ke Sabie', dan ada pendrive yang perlu dihantar.

Adam menurut perintah. Hatinya melonjak riang. Dia bakal bertemu Madee. Permintaan Abang Mdan semalam bakal tercapai. Rancangan gila beliau boleh diteruskan. Sebenarnya idea gilanya untuk merakam video calon demi sebuah presentation telah lama dibatalkan. Kerana kemalasan.

Tapi permintaan Abang Hamdan sukar ditolak. Gimik perlu dibuat. Alang-alang membuat kejutan gempak, biar keji dan kejam hingga ke akhir, nasihat Zalee. Jawatankuasa Pemilihan PERUBATAN tahun ini mestilah menjadi legenda sebuah SPR.

Dia menunggu hingga waktu dhuha yang entahkan bila. Video berhasil diambil walau Madee malu-malu kecomelan. Tapi shot yang didapati tidak memuaskan hati. Apapun dia bersyukur.

Petang ada majlis di rumah Eckm Designer-Mantap-Power-Siot. Kononnya ingin meraikan rakan-rakan yang ingin pergi haji - Aman Ramdzan, Ehmad Hamdi, dan Jackster. Selepas maghrib baru dia pulang.

Tiba di rumah, masih blur. Tidak terlintas hidayah tentang bentuk presentation yang bakal memuaskan hati Abg Mdan dan penonton. Waktu terus berlalu, dan Adam terus menunggu hidayah sambil menonton beberapa video tutorial. Hidayah datang dari langit, bukan dari dapur membawa sepiring pisang goreng. Dia belum kahwin, masakan ada seorang wanita bergelar isteri bernama Hidayah.

Jam menunjuk 0000, Rainlendar mula mengeluarkan reminder tentang event hari ini: Mesyuarat Agung PERUBATAN Ke-6.

JUMAAT 28 November 2008
Jari diketuk beberapa kali. 5 minit berlalunya tengah malam. Idea datang namun samar-samar. Adam membuka After Effects seraya berkata, "pedulik hape aku, asalkan siap".

Jari memetik keyboard, mouse digerak. Tangan kanannya terasa lenguh, mungkin kerana asyik memegang mouse. Mungkin juga sindrom Carpal Tunnel sudah mula menunjukkan kesan.

Siap, azan subuh sudah lama berkumandang. Jam 0530. Seusai solat, Adam teringat sesuatu - pergi awal ke MAP. Katanya seseorang perlu menjaga kamera. Walaupun sembangannya dengan Afiq semalam seolah-olah ianya bakal dibatalkan. Pengalaman menunjukkan masa depan, walaupun masih samar-samar.

Abang Mdan masih belum approve video, dia pula perlu ke MAP. Maka bagaimana? Otaknya ligat berfikir. "Bawa dulu ke MAP, nanti tunjuk kat sana," desis hatinya. Tiba-tiba hatinya kuat mengatakan dia tak perlu ke MAP awal-awal. Entahkan petunjuk, atau penghasut. Dia sendiri tidak pasti.

Ke atas mencari Abang Mdan akhirnya. Wujud. Sibuk di telefon. Berbicara mengenai Usul mungkin. "Mat, bleh print tak?". Pinta Abang Mdan. Ke bawah kembali. Alang-alang print, tonton video terus. Setuju, puas hati. Adam memberi taklimat ringkas bagaimana Abang Mdan perlu bertindak ketika presentation. Setel.

Ke ARMA untuk MAP menaiki teksi seramai 5 orang. Seperti yang dijangka, rancangan berubah. Tidak perlu kamera video. Tapi Adam masih dengan Sony DVD-DCR810e-nya. Rakaman dibuat selepas Solat Jumaat, kerana waktu itu Usul dibahaskan. Pasti ada hujah-hujah dan aksi menarik.

Afiq seronok mengambil gambar disebelahnya. Maklumlah, SLR. Ammar pula perwakilan, rugi laa dia hari ini. Pemenang duduk bersantai, lantas disuruh Adam supaya mengedar Tibbians06. Kata Pemenang, berita MAP akan dibuat anak buahnya, maka dia duduk berlenggang. Ewah seronoknya kau Pemenang, kutuk Adam.

Selesai MAP, selesai pengumuman. Pulang ke rumah, tiba pukul 9. Tidur mati hingga pukul 12 keesokannya. Kerana apa? Dek bekerja tanpa tidur selama 36 jam lebih. Wakaka. (Mode malas nak menaip sebab cite nih amat boring, penulis turut merasakan demikian.)

Akhir kalam, saya sukakan quote nih:

Tanda bahagia itu adanya tenang, tenang itu letaknya di hati.
[Nur Madihah Kamalul Sahar, Timb Presiden II]

(kak Rem jangan marah, next post giliran kak Rem pulak.)

7 penghinaan diterima:

Eng Einy on November 30, 2008 at 5:31 PM said...

pekdah aku nak marah??

Anonymous said...

ermmm..mcm best je entry nie...xde laa boring pon..lain sket laa care penyampaian~

Muhammad Warouq bin Qamar on December 1, 2008 at 7:51 AM said...

aku yg balik berdua ngan dinmat pas abes MAP ritu maka aku amat kesian melihat mukenye yg mcm tak tdo 2 hari tu..mata merah..muke monyok..telinga mcm dh x leh dgr,aponia,aphasia.sume2 la..sian beliau bekerja demi perubatan terchenta..bgs budak ni walaupon sengal cm hape

akhir kalam,saye suke quote ini:

"utk melawan ketakutan,kita mesti menghadapinye"

c's on December 1, 2008 at 1:46 PM said...

Taknak cite panjang. Jom tonton video nih. <--ayat nih mmbuatkan pembaca x perasan ada post dibwahnye..

btw, dasat2..aihh.. memang patut pun meneruskan kejian sehingga akhir.. alang2 menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan kan..

tp cre penulisan nih sngat menarik.. siyesly..cm penulis cerpen.. klu dh penat dgn website etc.. etc tuh.. bleh la tkr post=P

*rasa komen sndri kali nih macam exaggerating sket.. sowi ye.. xtau npe*

HafizAdam on December 1, 2008 at 3:18 PM said...

kakRem:
lalala~ ne tau jeles ke..
wakaka

kakChep:
ye ekk? x lain pun. sila rujuk jwpn kakRadin di bwh~

abgWrq:
haha quote tu utk cerita next.

kakRadin:
haha xde keje. akak tgk kotak species kat kanan nih, klik kat ceritaceriti. lg byk 'cerpen'.

Eng Einy on December 2, 2008 at 7:02 AM said...

weyh dinmat apsal IP aku kena banned? aku bkn wat salah hape pon kat shoutbox ko tuh..haih sengal btol

HafizAdam on December 2, 2008 at 7:06 AM said...

hah kantoi!
wakaka

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template