27 February 2008

Mee Kari ala Megi: Ubat Demam Yang Keji

Dua post sebelum nih adalah post yang sangat panjang dan membosankan. So kali nih aku post sesuatu yang pendek je. Tidak melebihi 350 patah perkataan.

Akhir winter. Perubahan musim menjadikan cuaca seolah-olah mempermainkan manusia. Semakin ramai yang demam. Batuk semakin menggila. Selesema pun makin menjadi-jadi.

Kalau dulu kat asrama, aku makan megi untuk mengubati demam. Tak perlu guna panadol. Pekena megi kari selepas isya', tidur berselimut 50 lapis, insyaALLAH bangkit dengan tubuh yang segar. Sebab tu amat jarang aku demam lebih sehari.

Namun di Mesir, amat sukar mencari megi berkualiti seperti megi Malaysia. IndoMee yang dijual di sini lain dari megi Malaysia. Maka, kita buat sendiri je laa jawabnya.




Amik serbuk kari, bawang, garam ngan spagetti. Tumis bawang, masuk suku sudu besar kari, tuang garam sampai masin, masukkan spagetti. Takyah santan, takyah rempah. Cukup untuk sorang. Pedas sampai ke tekak, menjalar ke perut. Suku sudu besar tuh banyak sangat untuk sorang, kot.

Yang penting, tekak lega, kahak tiada. Hidung makin berair, namun hilang pas 'memasukkan air ke dalam hidung kemudian hembus'. Ape istilah dia ekk? Perut pun kenyang. Haha. Kandungan garam yang tinggi mengurangkan kehilangan air, and meningkatkan awakeness. Takde laa tidur memanjang. Tapi tidur gak.

Petua ini jangan diamalkan sembarangan kerana ini adalah khas untuk diriku sahaja. Bak kata pepatah, 'barangsiapa mengikut apa yang HafizAdam lakukan, nescaya mereka akan beroleh hasil berlawanan daripada hasil HafizAdam terima'. Haha.

UPDATE DIRI
Sebelum stop menulis, berikut beberapa update tentang diri ini. Walaupun telah bertaubat, namun tetap tak dapat menghalang nafsu diri untuk menerima kerja. Huhu.

Kempen Study Bukan Aib - walaupun nama mungkin berubah namun, iklan pelancaran akan dibuat oleh aku. Jadi, nantikan iklan ini. Format video, insyaALLAH akan diupload ke YouTube. Hehe.

Beberapa cerita yang aku tonton, beberapa forum yang aku tengok, dan beberapa peristiwa kebelakangan ini banyak mengajak kepada berfikir tentang realiti masyarakat hari ini. InsyaALLAH kalau ada masa akan dicoretkan dalam karutan seterusnya.

Yang paling penting, sesiapa yang berminat menasihati aku yang malas stadi nih, sila hantarkan nasihat anda itu. Huhu.

Betapa hebatnya menjadi manusia; dalam menjadi hamba, dia juga seorang pemimpin.
[HafizAdam]


Continue Reading

23 February 2008

Aku Hanya Seorang Insan

AT LAST..
Alhamdulillah, kali ini saya dapat menulis dalam keadaan normal, setelah seminggu bergelumang dengan kematian - tidur 24jam. Kesakit kepalaan yang dialami sedikit sebanyak menjejaskan fungsi otak dan membataskan pergerakan. Walaupun ianya menyerang pada waktu tertentu sahaja namun biasalah, tidur bukan seminit dua. Ianya boleh menjangkau sehari dua.

Maka, aktiviti normal disambung kembali, dengan beberapa perubahan jadual aktiviti. Beberapa topik penulisan telah ada tajuk namun belum ditulis lagi. Isi dan idea tambahan belum ditemui. Download tetap berjalan walaupun tengah sakit, jadi tak perlu diceritakan di sini. Study? Kepala yang sakit merijek segalanya. Tutorial bergambar akan di-update dari masa ke semasa - di PERUBATANonline. Tutorial torrent baru-baru ini ditulis selama 6jam dalam keadaan sakit kepala yang amat sangat, hingga menitiskan air mata (ini bukan rekaan), jadi sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Beberapa pelawat ada mengadu tentang link download yang broken. Maaf banyak-banyak. Download limit exceed maka account ditutup buat sementara waktu. InsyaALLAH akan dibuka kembali dalam beberapa minggu ni. Tapi untuk tidak mengecewakan pengunjung, saya akan re-up balik file-file ke server lain. Beberapa file eBook, novel dan cerpen telah saya re-up. File lain insyaALLAH akan siap dalam beberapa ketika.


AMANAH YANG TERABAI
Jumaat. Kepala aku mula terasa sakit. Namun ku biarkan sahaja. "Tidur nanti hilanglah," fikirku. Hari itu aku menerima 2 permintaan. Pertama, agar terus berada di rumah supaya Kak Thiqah dapat menghantar sedikit penghargaan buat Sany. Kedua, agar aku menjadi musyrif beberapa akhawat Zaqaziq yang ingin mengambil duit di Tahrir. Mereka tiba Maghrib dan semestinya pulang malam. Memandang jadual yang kosong, aku setuju.

Selepas solat Jumaat aku tidur. Rancanganku ingin tidur sebentar sebelum pergi membeli makanan. Tiada sesiapa di rumah hari itu. Kepala makin berdenyut. Terasa sedap dipeluk lihaf. Terasa lega diurut bantal.

zAlee pulang dari Carrefour dan mengejutkanku - jam 1900. AKu terkejut. Serta-merta bangun, memeriksa handphone. Sejarah - 23 misscall. Dari jam 1700-1745. Salah satu dari Kak Thiqah. "Alamak, hancuss date aku." Pantas jari menekan mesej bertanya khabar akhawat Zaqaziq - dalam perjalanan pulang ke Sayyeda.

"Alhamdulillah, takde mende buruk berlaku."

Aku hairan. "Tak cari musyrif lain ke?"

"Tak kenal. jibaN garang sangat. Malas laa nak mintak tolong dia."

Kali ni aku betul-betul sedih. Sebab amanah diabaikan. Nasib Kak Thiqah baik. Rumah Atas tolong ambilkan. Jadi aku hanya perlu tuntut daripada mereka. Tapi aku rasa juwaNa mesti bengang dengan aku. Dari jam 1700 dia cuba call aku tapi tak dapat. Kawan-kawan dia pun mesti marah giler ngan aku. Dah lah solat aku tertinggal astaghfiruLLAH - Asar + Maghrib.

Hari Ahad. Kepala makin sakit. Badan terasa sengal. Aku berehat - tidur memanjang. Waktu petang aku mintak panadol daripada zifaH. Alhamdulillah berkurang sikit derita. Tapi tetap berdenyut. Selera makan aku berkurang tapi tetap aku cuba makan banyak sebab aku yakin aku TAK demam - suhu badan tak naik. Tapi mula rasa nak muntah.

Hari-hari seterusnya jadi makin pelik. Kesakitan tu berkurang namun menyerang tetibe. Aku cuba pergi kuliah setakat yang termampu. Senyum dan buat macam biasa. Kalau pening sangat aku tidur dalam kuliah. Pastu balik umah sambung tidur. Bila tidur rasa sedap. Masa tu aku syak aku demam tapi aku nafikan dengan fakta bahawa suhu badan tak naik. Selera makan jadi kurang tapi nafsu air bertambah. Aku suka minum air. Air paip ditelan macam tu je seperti minum air sirap. Sedap.



Tapi aku terlupa sesuatu - labtob aSid. Handphone langsung tak disentuh. Baru perasan banyak misscall and message dari aSid. Baru perasan dah seminggu labtob aku hantar kat kedai. Dengan suara serak aku try call abang Arab tu. Asyik berdalih je. Aku dah malas nak pikir. Aku terima je dia kate beberapa hari lagi. Sambung tidur.

Hari-hari terakhir sakit aku hanya menyerang pada waktu malam. Nak kata bersyukur tak jugak sebab lagi teruk sampai aku takleh tidur. Kuliah boleh dihadiri dengan senang hati walaupun kepala berdenyut. Masa tuh aku masih lagi kata "Aku TAK demam. Aku HANYA sakit kepala." Sehinggalah malam Khamis aku termuntah - sikit je. Sebab aku tahan. Dan aku memang sedia kain untuk mucus and serous kat sebelah jadi, takde masalah. Tapi aku ambil keputusan untuk berehat jer hari Khamis tu. Sebab malam tu aku memang takleh tidur - batuk and kepala buat hal. Berguling-guling seluruh katil pun masih takleh tidur. Batuk makin menjadi-jadi. Tak cukup nafas dibuatnya.

Petang Khamis tu aku bangun dengan kesihatan yang bertambah baik. Benarlah manusia kata bahawa klimaks sakit adalah penyembuh. Namun bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Kita muhasabah balik apa yang telah terjadi kat aku minggu ni.

AKU HANYA INSAN
Sakit aku kali ini sama ada ujian daripada ALLAH untuk kafarah balik dosa-dosa aku yang lalu, menyedarkan siapa diri aku yang sebenarnya ataupun sebagai latihan daripada ALLAH untuk menghadapi hari-hari mendatang. Sebab apa? Sebab sakit ni datang di waktu aku ada exam, ada tugas untuk diselesaikan, ada matlamat untuk dikejar. Lagipun aku tak dapat diagnosis sama ada aku demam atau tak. COnclusion - migraine.

ALLAH nak sedarkan aku bahawa AKU HANYA SEORANG HAMBA, bukan tuan yang boleh sesuka hati menangguhkan kerja.

ALLAH nak bagitahu bahawa AKU HANYA MANUSIA YANG BIASA, bukan robot yang boleh bekerja 24 jam sehari tanpa henti.

ALLAH nak kejutkan aku bahawa AKU ADALAH PELAJAR, bukan pekerja yang kerjanya setiap hari menyediakan perkhidmatan awam.

ALLAH nak beritahu bahawa AKU HANYA INSAN YANG LEMAH, bukan tuhan yang berkuasa melakukan segalanya.



BERSALAH KERANA SAYANG
Kegagalan aku melaksanakan segala kerja menyebabkan aku hampir fobia dengan kerja-kerja perkhidmatan diri. Kali ini aku insaf. Bukan semua benda aku boleh buat.

Siapa tak bengang apabila dia bertanya, asyik mendapat jawapan yang sama. Aku tak mampu lagi nak menjawab. Alasan demi alasan keluar. Tapi nak bagitahu apa lagi kan? Itu jawapan yang aku dapat. Arab memang bengap. Semoga ALLAH menyelamatkan mereka dari kegelapan kebengapan itu.

Sebengang-bengang aSid, aku dihimpit rasa bersalah. Tiap kali sebelum tidur, aku menangis (bukan menangis teresak laa, keluar sikit, mengalir kat pipi. nak wat camne. aku pun tak sedar). Sebab mengenangkan hari itu, amanah belum tertunai. Betapa berat amanah yang ditanggung. Ingin dilepaskan, namun tak sampai hati - mungkin kerana ego, mungkin juga kerana malu, atau mungkin kerana sayang.

Seberat-berat amanah ALLAH, lebih berat amanah manusia. Sebab amanah manusia adalah amanah dari ALLAH, melalui manusia. Double terus. Berdosa jika tak melaksanakan amanah manusia, sepertimana berdosa jika tak melaksanakan amanah ALLAH. Sebab tu aku lebih suka kalau tak melibatkan manusia. Ya ALLAH berikan aku kekuatan.

Betapa sukar menjadi manusia. Sedangkan menjadi hamba Nya sudah cukup payah, inikan pula menjadi khalifah Nya
[HafizAdam]


Continue Reading

20 February 2008

Tutorial Torrent

Kebelakangan ini sangat ramai yang menjumpai emel saya lalu menggunakannya untuk menulis emel, add YM, add Fenster dan sebagainya. Saya tidak kisah sebenarnya, selagi emel itu tidak dijadikan mangsa spamming. Jadi, antara emel-emel yang diterima menyatakan beberapa soalan untuk dijawab.

Kali ini saya akan jawab salah satu soalan, iaitu berkenaan TORRENT. Bagi mereka yang tak tahu apa itu torrent, teruskan bacaan anda. Bagi pakar-pakar torrent di luar sana, jangan kutuk post saya kali ini kerana post ini ditulis dengan kesimplean yang amat luar biasa, demi kefahaman pembaca.


APA ITU TORRENT
Ni penerangan paling ringkas tentang Torrent.
Credit kepada FeWeTT.

Intro

Bit torrent adalah sejenis protocol untuk transfer file. Bit torrent client adalah applikasi yang menggunakan protocol tersebut. Korang boleh menggunakan Bittorrent untuk share dan download apa2 file yang dikehendaki. Pertama-tama sekali, korang memerlukan bittorent client untuk menggunakan kelebihan yang ditawarkan oleh protocol yang disediakan oleh bittorrent.

Bahasa Bittorent

Seterusnya anda perlu tahu beberapa terminology yang selalu digunakan:

Seeder = Seeder adalah orang/user yang mempunyai file yang complete dlm pc nya tetapi tak semestinya seorang Uploader

Uploader = Orang yang upload file .torrent ke web. selalunya dia yang menjadi Seeder yang pertama.

Leecher = Orang yang tidak mempunyai file yang complete (juga dikenali sebagai PEER). Leecher akan download file dari seeder (dan juga akan upload .piece. file yg dia ada kepada peer/leecher lain yg tidak mempunyai piece tersebut)

Tracker = engine @ script yang keep track sesiapa yang ada (seed/leech) apa dan piece file apa yang member tu ada.

Swarm = kumpulan computer yang terlibat dengan activiti satu torrent tertentu.

Ratio = Jumlah (Total yang anda Upload/Total yang anda Download). Juga dipanggil stats.

Client = program/software yang digunakan untuk download Bit Torrent.


Macam Mana Torrent Berfungsi

Program P2P selain dari torrent berfungsi sperti berikut. Katakan korang ada satu file yg aku nak cari.. So aku terpaksa beratur dibelakang org depan aku utk dapatkan file tersebut sehinggalah aku sampai giliran aku utk donlod file tersebut. So, jika barisan tu panjang aku kena beratur lama utk dapatkan file tersebut.

Tapi yang bestnya torrent neh, cara dia bekerja dengan menggunakan kaedah yang berbeza:

Utk memahami dgn cara yg senang bagaimana torrent berfungsi, cuba bayangkan aku ada buku, 100 mukasurat, dan 10 orang nak baca/copy buku tersebut secara serentak. So aku akan bahagi kepada setiap orang 10 mukasurat utk depa baca/copy, dan bila depa dah baca/copy, depa akan pass mukasurat yang dah dibaca/copy kepada org lain, dan dia akan amik mukasurat yang dia belum ada dari orang lain.

So masa tu, aku boleh tinggalkan buku tersebut dan biarkan depa baca/copy utk sesama mereka sehinggalah setiap orang mempunyai sebuah bulu yang complete.

So samalah jugak konsepnya dengan file yg korang share melalui torrent. File yang dikongsi akan dibahagikan kepada pieces yang kecik2, dan dihantar kepada setiap leecher yang berlainan. Tracker akan keep track sapa yang ada pieces tersebut, dan sesiapa yang belum ada pieces tersebut sehinggalah semua pieces tadi berkumpul menjadi satu file yang lengkap didalam pc korang.

Lepas install Client, pastu nak Buat apa?

So, utk dapatkan file yang dikongsi, korang kenalah terlebih dahulu donlod .torrent files (saiz nya kecik, hanya bebrapa Kb). File .Torrent neh mengandungi informasi-informasi berkenaan dengan file yang dikongsi, berapa pieces file tersebut dipecahkan, dan tracker apa yang announce. So utk dapatkan file yang dikongsi, korang kenalah bukak .torrent file neh dlm client supaya file tersebut didonlod. Utk dapatkan file neh, kena lah ada SEEDER, kalu tak donlod korang tak jalan.

Download akan bertambah cepat jika ramai SEEDER dan sedikit PEER, dan akan jadi lambat jika ramai PEER tapi SEEDER kurang.


CLIENT?
Camne sekarang? Masih pening? Okey kita pergi slow-slow. Pertama sekali saya akan sebut beberapa client yang popular. Seperti yang disebutkan tadi, client adalah software untuk bukak file .torrent supaya korang boleh download file yang sebenar. Antara client yang popular adalah uTorrent, BitComet, Azureus, dll dsb. Client-client nih adalah free untuk di download.



Rasanya ramai lagi yang masih pening dengan file .torrent dan file asal. File .torrent nie adalah file yang sangat kecil, memuatkan data-data pasal file asal. Umpamanya katalog. FREE je kat kedai tapi barang sebenar - masyaALLAH tabarakALLAH RM50,000. Kalau masih tak paham pun takpe, asalkan reti guna. InsyaALLAH akan lebih faham dalam bab seterusnya.

JOM GUNA TORRENT
Untuk menggunakan Torrent, anda tidak perlu memahami langsung perkara-perkara di atas. Yang penting, anda tahu cara nak guna mende alah nih. Jom kita bergerak ke langkah yang pertama - Download Client. Link untuk download client telah saya sertakan dalam bab sebelum ini. Dalam tutorial ini saya akan menggunakan uTorrent, kerana ianya digunakan saya sendiri. Malah anda semua digalakkan mengguna uTorrent, kerana user interfacenya simple dan agak ringan.



Seterusnya kita kenalah mengetahui laman web untuk download file .torrent yang kita ingini. Jika anda ingin search melalui Google atau Yahoo!, anda digalakkan agar menulis perkataan 'torrent'. Berikut adalah beberapa laman web yang popular dalam dunia torrent:
D-Addicts - khas untuk drama-drama Asia (Korea, Jepun, China dll dsb)
IsoHunt
MiniNova
Pirate Bay
TorrentSpy



Dalam tutorial ini saya akan menggunakan laman web D-Addicts kerana interfacenya yang agak rumit namun melengkapi kesemua basic yang diperlukan untuk melayari laman web torrent yang lain. Seperti biasa, buka laman D-Addicts terlebih dahulu.

Biasanya public tracker tidak mempunyai interface yang rumit tapi berlainan dengan D-Addicts, ia menerapkan ciri private tracker iaitu front page tidak menunjukkan torrent. Jadi, paling penting adalah anda mengetahui di mana page file-file .torrent itu diletakkan. Dalam kes D-Addicts ini, klik TORRENT. (Saya akan sebut mengenai dua jenis tracker ini di akhir rancangan. Hehe.)



Okeh, kali ini saya menggunakan Drama Korea, New Heart yang di hardsub oleh B.O.N FunSub sebagai mangsa tutorial kali ini. 9 ciri-ciri di atas biasanya ada kat seluruh web torrent. Kita tengok satu persatu.

1- Ini adalah ruang untuk search file yang diingini. Oleh kerana saya ingin mendownload Drama New Heart, taipkan 'New Heart'. Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk search. Gunakan kreativiti anda. 'heart new' ke, 'heart' ke, tak kisah.

2- Ini adalah 'Jenis' file tersebut. D-Addicts adalah web torrent yang purely Drama maka type di sini merujuk kepada Drama Korea. Namun sesetengah web torrent mengumpulkan kesemua jenis file yang ada tidak kira software, movie, drama dll dsb. Maka pengelasan ini amat membantu jika terdapat file yang sama nama.

3- Tajuk file. Kadang-kadang ruang ini memberikan maklumat tentang episod, season, format video, dll dsb

4- Macam biasa, link untuk download file .torrent. Ambil perhatian, file .torrent, bukan file asal.

5- Saiz file. Kalau nak cepat siap download, cari yang kecik tapi kualiti maybe kurang.

6- kat sini bermaksud UpLoad. kadang-kadang disebut Seed. Menunjukkan berapa ramai tengah seed file nih.

7- kat sini bermaksud DownLoad. Menunjukkan berapa ramai tengah leech file nih. Juga disebut Peer. Penerangan pasal SEED dan LEECh ade kat atas kan?

8- Menunjukkan berapa ramai yang telah siap mendownload file nih. Juga ditulis sebagai Completed.

9- User yang upload file .torrent tersebut. Kadang-kadang disebut sebagai Uploader.



Seterusnya kita akan masuk bab mendownload file .torrent seterusnya menggunakan client untukmendownload file asal. Tekan DOWNLOAD. Dialog tersebut sepatutnya keluar.



Kadang-kadang ada manusia terus Open With, namun begitu bagi mereka yang mementingkan backup, in case terjadi apa-apa, boleh pilih Save to Disk. Kemudian double-click file .torrent tersebut untuk membukanya dalam client - uTorrent. Paparan berikut akan keluar.



Paparan ini menunjukkan maklumat file tersebut - Nama, Saiz, Lokasi save dll dsb. Tukar mana-mana setting yang perlu. Kemudian klik OK. Jika anda menggunakan kaedah Open With sebelum ini, anda akan rasa bahawa anda terus mendownload file asal. Betul tak? Cuba gunakan kaedah Save to Disk lain kali. Tengok macam mana perasaan tuh. Haha



Okeh paparan uTorrent nih akan menunjukkan details pasal file yang kita download. Ada
Name
Size
Done
Completed (kedua-duanya menunjukkan berapa dah siap, cuma dalam bentuk berlainan - peratus dan nilai)
Status (sama ada tengah download atau pause atau stop)
Seeds
Peers [penerangan ada kat atas, nilai yang ditunjukkan di sini dalam format berikut: tengah bekerja(keseluruhan). Nilai bekerja takkan melebihi keseluruhan tapi mungkin kurang disebabkan ade yang tidur. Haha. Bekerja? Kerja apa? Seeding dan Leeching)
Download Speed
Up Speed
ETA (Estimated Time of Arrival - jangkaan bila akan siap).



Seterusnya kita setup Preference. Saya tunjukkan setting basic untuk uTorrent untuk memudahkan kerja anda. Salin je. Untuk advance setting, maybe saya hanya akan tunjuk jika ada permintaan.



Right-click kat nama torrent tersebut. Akan keluar beberapa menu. Kadang-kadang download kita terlalu power hingga mengganggu kelancaran internet. Sebagai contoh, jika download speed anda mencecah 100kb/s. Maka bolehlah dilimitkan kepada 50kb/s. Walaupun ini akan melambatkan tempoh siap download namun ini adalah lebih baik daripada tak dapat melayari internet ataupun dikeji oleh teman serumah. Hehe.



Selain itu, terdapat beberapa menu berguna seperti Open Containing Folder. Ini memudahkan anda mengesan file tersebut. Tak perlu bersusah payah bukak folder bebanyak.

Seperti yang dijanjikan. Sebenarnya ada banyak jenis web torrent. Ada web public dan meggunakan public tracker - maknanya takde syarat untuk download file .torrent kat situ. Contohnya D-Addicts. Ade web private dan semestinya menggunakan private tracker - maknanya kena register, seed file, upload torrent, dan aktif dalam web tersebut. Contohnya torrentmalaya. Ada juga web yang public dan tidak menggunakan tracker mereka sendiri (penerangan ade dalam bab pertama tentang apa itu tracker.). Web jenis ini mengumpulkan tracker dari web lain. Kelebihan? Lebih ramai Seeder. Keburukan? Lebih ramai Leecher. Contoh IsoHunt, MiniNova dll dsb. Ini penerangan ringkas sahaja. banyak lagi penerangan rumit tentang private and public tracker.

Okey, sekian tutorial BASIC tentang torrent. Jika anda rajin, explore lebih banyak function torrent di internet seperti Port Forwarding, Upload Torrent, Create Torrent, Download Multiple FIles in One .torrent, Tracker dan sebagainya. Akhir kata, jangan salah gunakan torrent. Sebarang kemusykilan sila hubungi saya di talian bebas tol - YM. Haha.

Treat the patient like a real doctor. Hope that the patient won't have to suffer too much. Hope that he will recover quickly. Use this kind of philosophy.
[Dr Choi Kang Gook, New Heart]

Continue Reading

16 February 2008

Bukan Sekadar Pertandingan

Hari Keluarga PERUBATAN menemui kita kembali pada tahun ini. Seperti biasa, matlamat utama untuk menyatukan dan merapatkan ukhuwah pelajar-pelajar inter-muhafazah dan senior-junior masih lagi diteruskan. Malah ianya diadakan bertepatan dengan musim cuti yang pastinya bakal menjadi salah satu agenda masa cuti pelajar perubatan di Mesir.

Kali ini, nama Karnival PERUBATAN 2008 dipilih untuk mewujudkan konsep yang berlainan dalm sejarah Hari Keluarga pada tahun ini.




SEJARAH
Hari Keluarga PERUBATAN bermula beberapa tahun dahulu dengan hanya diadakan secara kecil-kecilan dan hanya berlangsung selama sehari sahaja. Seiring dengan peredaran tahun, dan pertambahan bilangan pelajar, bilangan acara juga telah ditambah, menyebabkan Hari Keluarga diadakan selama tiga hari.

Karnival PERUBATAN kali ini terus mengekalkan ciri-ciri Hari Keluarga dengan pertandingan permainan dalaman dan luaran seterusnya acara kemuncak sukaneka pada hari terakhir. Seperti biasa, antara acara popular adalah catur, dam haji, bola tampar, bola jaring, dan futsal yang menyaksikan persaingan sengit untuk merebut kejuaraan, samada merampas gelaran juara ataupun mengekalkan gelaran juara bertahan.

Walaupun tahun ini adanya beberapa acara yang digugurkan akibat kekurangan wakil ataupun tidak memenuhi piawaian yang diingini, namun Karnival PERUBATAN telah memperkenalkan beberapa acara baru. Sebagai contoh, acara balapan – 100m, 400m, 4x100m, 4x400m dan 1500m telah dinamakan sebagai acara permainan luaran kali pertama diadakan tahun ini, sekaligus menamakan pemenang acara tersebut sebagai pemegang rekod PERUBATAN.

KENAPA KARNIVAL?
Idea karnival mula diutarakan oleh pengarah program, Mohd Faizal Nor Azmi dalam mesyuarat pertama AJK pelaksana Hari Keluarga PERUBATAN pada 22 Disember yang lalu. Antara lain beliau menyebut beberapa perubahan yang akan dilaksanakan agar Hari Keluarga kali ini lebih berkonsepkan Karnival.

Disebabkan kegawatan ekonomi, Hari Keluarga tahun ini hampir tidak mendapat sebarang peruntukan dari pihak luar. Namun beliau datang dengan idea yang lebih ekstrem dan berisiko semata-mata untuk mendapat tajaan daripada organisasi ternama di Mesir dan Malaysia. Sekaligus menukar pemikiran warga perubatan selama ini daripada ‘menunggu duit’ kepada ‘mencari duit’.

Hasil kesungguhan beliau dan AJK pelaksana yang lain, Manyalawi Engineering dan Al-Attal Brothers bersetuju untuk menaja lebih kurang LE7000, daripada keseluruhan kos karnival yang berjumlah lebih LE10000. Sudah tentu duit tersebut tidak datang melayang, namun dengan beberapa strategi pemasaran yang telah dibentangkan kepada wakil syarikat tersebut.

Selain itu, nama ‘karnival’ dipilih kali ini dengan satu lagi percubaan PERUBATAN mengadakan satu program yang tidak terhad untuk warga perubatan sahaja, malah untuk semua warga pelajar di Mesir, iaitu mengadakan gerai jualan, setelah kejayaan Seminar Ibadah Pesakit pada tahun lepas. Walaupun kelihatan biasa sahaja, ini adalah antara kejayaan besar Biro Ekonomi yang diketuai Mohd Hafzi Abdul Hamid, di samping memperkenalkan beberapa produk terbaru PERUBATAN.

BUKAN SEKADAR PERTANDINGAN
Namun yang lebih penting adalah matlamat karnival untuk mempertemukan warga perubatan di Mesir ini, beramah mesra, bertegur sapa antara satu sama lain. Maka pertandingan adalah salah satu cara untuk mencapai tujuan ini.

Suatu ketika dahulu, bilangan pelajar yang sedikit menjadikan hampir semua pelajar turun ke karnival dan menyertai pertandingan yang diadakan. Pada ketika itulah si ulat buku memunculkan diri. Ketika itulah si kaki bangku menyentuh bola. Saat itulah si kera sumbang bertegur sapa.

Teringat kembali perbincangan saya dengan seorang abang tahun 6 Universiti Kaherah. Mengimbas kehidupan mereka muda-muda dahulu, jika mereka bermain bola tidak kiralah di hari keluarga atau permainan biasa, mereka yang kerap memegang bola ialah mereka yang paling tidak mahir sekali bermain bola. Begitulah cara mereka meraikan kelemahan dan kelebihan seorang kawan. Namun kini, suasananya sudah jauh berbeza. Rata-ratanya bermain hanya bermatlamatkan menang sahaja, sekaligus meminggirkan mereka yang tidak mampu bermain dengan baik. Lantas, medan jalinan ukhuwah yang terbina tergadai begitu sahaja. Adilkah kita untuk bersikap demikian? Atau adakah di kalangan kita sendiri yang memandang rendah soal persahabatan ini?

Disebabkan ini jugalah karnival kali ini lebih bersifat ‘menyediakan’ 2 tempat untuk kontinjen Mansurah, daripada ‘mewajibkan’ 2 kontinjen dari Mansurah. Namun kesan sampingannya tetap ada di mana terdapat beberapa acara yang tidak memenuhi kuota lantas menyukarkan pihak urusetia menetapkan jadual dan format perlawanan.

Berjaya atau tidak Karnival PERUBATAN yang diadakan selama tiga hari pada tahun ini bukannya persoalan utama, namun karnival kali ini menjadi bukti kemampuan PERUBATAN mengadakan program mega, bersesuaian dengan nama ‘persatuan’, bukannya ‘badan kebajikan’ lagi. Malah perubahan dan pembaharuan yang dibuat kali ini, bakal menjadi perintis kepada Hari Keluarga yang akan datang.

Artikel ini telah disiarkan dalam majalah TIBBians03 Februari 2008 di bawah kolum Fokus. Penulis adalah Muhammad Hafiz Adam, pelajar tahun dua Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.

Continue Reading

12 February 2008

Blue House Effect



GREENHOUSE EFFECT

Panas. Memang panas. Pemanasan global yang semakin ketara kian terasa. Ais di kutub mula mencair. Paras air laut makin naik. Makin lama makin panas. Fenomena ini disebut sebagai kesan rumah hijau ataupun GREEN HOUSE EFFECT.



Tahukah anda apakah itu Green House? "Rumah Hijau," jawab beberapa budak tadika. Rumah Hijau ini merujuk kepada satu sistem buatan di mana segalanya dikawal oleh manusia. Ini bertujuan agar produktiviti tanaman - tidak kira tanaman hiasan atau makanan, dapat ditingkatkan sepanjang musim. Suhu, kadar kelembapan, kandungan O2 dan CO2, segalanya dikawal. Namun begitu, apa kaitannya dengan Green House Effect?



Kesan Rumah Hijau digunapakai untuk menggambarkan keadaan dunia yang semakin hari semakin panas, regardless of the season. Tak kira winter atau shita', tetap panas. Keadaan ini juga dikawal oleh manusia - melalui kadar pencemaran yang mereka lakukan.



Karangan ini adalah karangan darjah satu, jika anda perasan. Sebab topik utama post nih adalah Blue House Effect yang berlaku di bilik aku pada musim sejuk ini.



BLUEHOUSE EFFECT

Ketika post ini ditulis - di-draft sebenarnya, adalah ketika musim sejuk. Namun dilengkapkan ketika berakhirnya Januari aka akhir Winter. Nampak tak relevan dengan keadaan semasa kan?



Okeh sebenarnya nak bagitahu yang bilik aku sangat sejuk, mengalahkan bilik manusia lain. Hal ini turut diperakui oleh beberapa manusia yang menyangka rumah mereka sangat sejuk, rupanya bilik aku lagi sejuk. Hingga ke tulang sum sum.



Ini maybe disebabkan oleh keadaan bilik yang takde difayah (heater) malah tingkap pun asyik terbuka kerana tak dapat ditutup ngan kemas. Arab yang renovate rumah nih bengap sangat, dia cat sekali lock tingkap sampai melekat takleh nak gerak. Haha.



Kesejukan ini bertambah buruk apabila bilik aku yang berdekatan bilik air telah banjir sebanyak 2 kali, menyebabkan karpet terpaksa dijemur so lantai marmar tuh berbogel, menyejukkan udara di atasnya. Air banjir yang lambat kering juga menyumbang ke arah penyejukan ini.



Sejuknya sampai berselimut lihaf pun tak cukup. Namun hikmahnya adalah aku dapat tidur dengan sedap sekali, seolah-olah mati kesejukan. Ade sekali tuh aku tidur direct sampai Maghrib, terlepas sume solat. Astaghfirullah. Memang tidur mati terus.



So, apa pengajaran yang boleh diambil daripada Blue House Effect pada bilik aku nih? Sekali kita kesejukan, hilang setahun kepanasan. Fikir-fikirkan.



Do you want to take the exam? Or do you want to study?

[Sugawara Michiko, Juken no Kamisama]
Continue Reading

04 February 2008

Adakah Ini Cuti?

Sebenarnya nih bukan post yang aku nak tulis sebenarnya. Sedih tengok ARCHIVE untuk Januari ade satu jer post. Aku ada menulis sikit-sikit tentang beberapa tajuk tapi tak sempat siap so maybe akan dihabiskan dalam masa terdekat nih, semasa cuti masih ade.



Akhirnya RELEASED - TIBBians03, walaupun dalam kekelam kabutan aku dengan Karnival PERUBATAN 2008, sempat gak tulis FOKUS, buat rekaletak, design, sume2 tuh. Alhamdulillah. Semua kerja siap on time walaupun aku dah jadi cam sparuh gila. Haha.



Tapi kali ini memang banyak cabaran yang dihadapi, dengan program mega Karnival PERUBATAN, TIBBians dan EXAM. Semuanya mesti ditempuhi dengan konsisten sepanjang masa. Bukannya sehari dah setel. Untuk Karnival sahaja, aku asyik berulang-alik online, telefon manusia yang tak dapat2, tulis nama, dll dsb untuk beberapa hari. TIBBians lak walaupun kerja menunggu bahan tapi macam segan laa plak nak mintak banyak kali kan? Pastu bila dah dapat sume bahan, kena siapkan edit + rekaletak sume tuh dalam masa semalaman - bayangkan. Exam, memang konpem kne bace setiap hari. Haha



Kaki aku dah berdarah, sebab aku biasa berjalan ngan selipar. Cuaca sejuk - kaki kering. So berdarah, bukan melecet, terus berdarah. Merekah. Tapi tak sakit. Sebab sejuk kot - freezing anaesthesia. Macam syok plak tengok darah mengalir setiap kali pas berjalan. Kali nih aku nak rehat jer kat umah. Layan movie.



Orang kate, manusia yang bizi sangat pandai menguruskan masa. Namun aku rasa, manusia yang pandai urus mase je yang sibuk. Sebab ape? Sebab mase dorang dah dirancang so ade je aktiviti dorang. Bukan macam aku, asyik lepak tido je sepanjang masa. Setelah terlibat ngan banyak acara camni laa baru aku tahu kelemahan diri; tak reti urus masa, tak reti jadi ketua.



Ape-ape pun, sekarang aku nak tumpu pada website je dulu, and maybe rancang something untuk TIBBians04, plus sambung penulisan beberapa tajuk yang tergendala. Akhir kalam, buat mereka yang tengah sedap bercuti, ingatlah bahawa hidup nih bukan untuk bercuti. Enjoy-enjoy gak, compensate balik ngan amal.



Tahukah kamu perkara terpenting untuk ke syurga? Iaitu mengetahui macam mana nak merentasi neraka

[Lady Hwa-Yong, Princess Hours]
Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template