23 February 2008

Aku Hanya Seorang Insan

AT LAST..
Alhamdulillah, kali ini saya dapat menulis dalam keadaan normal, setelah seminggu bergelumang dengan kematian - tidur 24jam. Kesakit kepalaan yang dialami sedikit sebanyak menjejaskan fungsi otak dan membataskan pergerakan. Walaupun ianya menyerang pada waktu tertentu sahaja namun biasalah, tidur bukan seminit dua. Ianya boleh menjangkau sehari dua.

Maka, aktiviti normal disambung kembali, dengan beberapa perubahan jadual aktiviti. Beberapa topik penulisan telah ada tajuk namun belum ditulis lagi. Isi dan idea tambahan belum ditemui. Download tetap berjalan walaupun tengah sakit, jadi tak perlu diceritakan di sini. Study? Kepala yang sakit merijek segalanya. Tutorial bergambar akan di-update dari masa ke semasa - di PERUBATANonline. Tutorial torrent baru-baru ini ditulis selama 6jam dalam keadaan sakit kepala yang amat sangat, hingga menitiskan air mata (ini bukan rekaan), jadi sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Beberapa pelawat ada mengadu tentang link download yang broken. Maaf banyak-banyak. Download limit exceed maka account ditutup buat sementara waktu. InsyaALLAH akan dibuka kembali dalam beberapa minggu ni. Tapi untuk tidak mengecewakan pengunjung, saya akan re-up balik file-file ke server lain. Beberapa file eBook, novel dan cerpen telah saya re-up. File lain insyaALLAH akan siap dalam beberapa ketika.


AMANAH YANG TERABAI
Jumaat. Kepala aku mula terasa sakit. Namun ku biarkan sahaja. "Tidur nanti hilanglah," fikirku. Hari itu aku menerima 2 permintaan. Pertama, agar terus berada di rumah supaya Kak Thiqah dapat menghantar sedikit penghargaan buat Sany. Kedua, agar aku menjadi musyrif beberapa akhawat Zaqaziq yang ingin mengambil duit di Tahrir. Mereka tiba Maghrib dan semestinya pulang malam. Memandang jadual yang kosong, aku setuju.

Selepas solat Jumaat aku tidur. Rancanganku ingin tidur sebentar sebelum pergi membeli makanan. Tiada sesiapa di rumah hari itu. Kepala makin berdenyut. Terasa sedap dipeluk lihaf. Terasa lega diurut bantal.

zAlee pulang dari Carrefour dan mengejutkanku - jam 1900. AKu terkejut. Serta-merta bangun, memeriksa handphone. Sejarah - 23 misscall. Dari jam 1700-1745. Salah satu dari Kak Thiqah. "Alamak, hancuss date aku." Pantas jari menekan mesej bertanya khabar akhawat Zaqaziq - dalam perjalanan pulang ke Sayyeda.

"Alhamdulillah, takde mende buruk berlaku."

Aku hairan. "Tak cari musyrif lain ke?"

"Tak kenal. jibaN garang sangat. Malas laa nak mintak tolong dia."

Kali ni aku betul-betul sedih. Sebab amanah diabaikan. Nasib Kak Thiqah baik. Rumah Atas tolong ambilkan. Jadi aku hanya perlu tuntut daripada mereka. Tapi aku rasa juwaNa mesti bengang dengan aku. Dari jam 1700 dia cuba call aku tapi tak dapat. Kawan-kawan dia pun mesti marah giler ngan aku. Dah lah solat aku tertinggal astaghfiruLLAH - Asar + Maghrib.

Hari Ahad. Kepala makin sakit. Badan terasa sengal. Aku berehat - tidur memanjang. Waktu petang aku mintak panadol daripada zifaH. Alhamdulillah berkurang sikit derita. Tapi tetap berdenyut. Selera makan aku berkurang tapi tetap aku cuba makan banyak sebab aku yakin aku TAK demam - suhu badan tak naik. Tapi mula rasa nak muntah.

Hari-hari seterusnya jadi makin pelik. Kesakitan tu berkurang namun menyerang tetibe. Aku cuba pergi kuliah setakat yang termampu. Senyum dan buat macam biasa. Kalau pening sangat aku tidur dalam kuliah. Pastu balik umah sambung tidur. Bila tidur rasa sedap. Masa tu aku syak aku demam tapi aku nafikan dengan fakta bahawa suhu badan tak naik. Selera makan jadi kurang tapi nafsu air bertambah. Aku suka minum air. Air paip ditelan macam tu je seperti minum air sirap. Sedap.



Tapi aku terlupa sesuatu - labtob aSid. Handphone langsung tak disentuh. Baru perasan banyak misscall and message dari aSid. Baru perasan dah seminggu labtob aku hantar kat kedai. Dengan suara serak aku try call abang Arab tu. Asyik berdalih je. Aku dah malas nak pikir. Aku terima je dia kate beberapa hari lagi. Sambung tidur.

Hari-hari terakhir sakit aku hanya menyerang pada waktu malam. Nak kata bersyukur tak jugak sebab lagi teruk sampai aku takleh tidur. Kuliah boleh dihadiri dengan senang hati walaupun kepala berdenyut. Masa tuh aku masih lagi kata "Aku TAK demam. Aku HANYA sakit kepala." Sehinggalah malam Khamis aku termuntah - sikit je. Sebab aku tahan. Dan aku memang sedia kain untuk mucus and serous kat sebelah jadi, takde masalah. Tapi aku ambil keputusan untuk berehat jer hari Khamis tu. Sebab malam tu aku memang takleh tidur - batuk and kepala buat hal. Berguling-guling seluruh katil pun masih takleh tidur. Batuk makin menjadi-jadi. Tak cukup nafas dibuatnya.

Petang Khamis tu aku bangun dengan kesihatan yang bertambah baik. Benarlah manusia kata bahawa klimaks sakit adalah penyembuh. Namun bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Kita muhasabah balik apa yang telah terjadi kat aku minggu ni.

AKU HANYA INSAN
Sakit aku kali ini sama ada ujian daripada ALLAH untuk kafarah balik dosa-dosa aku yang lalu, menyedarkan siapa diri aku yang sebenarnya ataupun sebagai latihan daripada ALLAH untuk menghadapi hari-hari mendatang. Sebab apa? Sebab sakit ni datang di waktu aku ada exam, ada tugas untuk diselesaikan, ada matlamat untuk dikejar. Lagipun aku tak dapat diagnosis sama ada aku demam atau tak. COnclusion - migraine.

ALLAH nak sedarkan aku bahawa AKU HANYA SEORANG HAMBA, bukan tuan yang boleh sesuka hati menangguhkan kerja.

ALLAH nak bagitahu bahawa AKU HANYA MANUSIA YANG BIASA, bukan robot yang boleh bekerja 24 jam sehari tanpa henti.

ALLAH nak kejutkan aku bahawa AKU ADALAH PELAJAR, bukan pekerja yang kerjanya setiap hari menyediakan perkhidmatan awam.

ALLAH nak beritahu bahawa AKU HANYA INSAN YANG LEMAH, bukan tuhan yang berkuasa melakukan segalanya.



BERSALAH KERANA SAYANG
Kegagalan aku melaksanakan segala kerja menyebabkan aku hampir fobia dengan kerja-kerja perkhidmatan diri. Kali ini aku insaf. Bukan semua benda aku boleh buat.

Siapa tak bengang apabila dia bertanya, asyik mendapat jawapan yang sama. Aku tak mampu lagi nak menjawab. Alasan demi alasan keluar. Tapi nak bagitahu apa lagi kan? Itu jawapan yang aku dapat. Arab memang bengap. Semoga ALLAH menyelamatkan mereka dari kegelapan kebengapan itu.

Sebengang-bengang aSid, aku dihimpit rasa bersalah. Tiap kali sebelum tidur, aku menangis (bukan menangis teresak laa, keluar sikit, mengalir kat pipi. nak wat camne. aku pun tak sedar). Sebab mengenangkan hari itu, amanah belum tertunai. Betapa berat amanah yang ditanggung. Ingin dilepaskan, namun tak sampai hati - mungkin kerana ego, mungkin juga kerana malu, atau mungkin kerana sayang.

Seberat-berat amanah ALLAH, lebih berat amanah manusia. Sebab amanah manusia adalah amanah dari ALLAH, melalui manusia. Double terus. Berdosa jika tak melaksanakan amanah manusia, sepertimana berdosa jika tak melaksanakan amanah ALLAH. Sebab tu aku lebih suka kalau tak melibatkan manusia. Ya ALLAH berikan aku kekuatan.

Betapa sukar menjadi manusia. Sedangkan menjadi hamba Nya sudah cukup payah, inikan pula menjadi khalifah Nya
[HafizAdam]


1 penghinaan diterima:

HafizAdam on March 14, 2008 at 7:45 PM said...

dlm ammi mesir, tsa jd ta..qaf jd hamzah..so bace sndri cmne bunyi dye..

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template