28 December 2007

Final Fantasy VII Crisis Core



Well, what can I say about this game. Released on September but I just knew it a couple of days ago. TIDAK! Betapa ruginya tak membaca majalah Gempak. Haha. Latest FF serie from Square-Enix mesti tau bagi manusia cam aku. Walaupun takleh main, cukuplah hanya mengetahui keluaran serie ini. Huhu.




Final Fantasy VII adalah collection FF yang terpanjang dan bagi aku laa - terbaik setakat nie. Dengan watak-watak yang masing-masing mempunyai role mereka yang tersendiri, jalan cerita dan plot yang kompleks, skil-skil yang power-power, FF ni memang favourite kebanyakan manusia walaupun sekarang telah kuar FFXIII.

Daripada Cloud Strife hinggalah ke Sephiroth, semua watak dibina dengan cukup teliti dari segi skil masing-masing sampailah ke perwatakan diorang. Malah Tifa Lockheart ngan Aerith Gainsborough serta Yuffie Kisaragi masing-masing ada tarikan tersendiri hinggakan aku taktau nak minat sape (Hehe, takpe2, kiter bleh pilih 4. Cukup laa tu termasuk bini aku).

Okeh berikut adalah urutan siri FFVII setakat nie:



Final Fantasy VII membawa dimensi baru dalam dunia RPG-game dengan persamaan (kebetulan kot) konsep Star Wars. Star Wars IV,V dan VI difilemkan terlebih dahulu pada tahun (err lupe r) sebelum siri sebelumnya difilemkan dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih. Namun perjalanan cerita serta perfileman Star Wars telah dirancang terlebih dahulu oleh pengarahnya (Steven Spielberg ke? Haha tak kenal) sedangkan FFVII langsung tidak dirancang.

Final Fantasy VII telah mendapat sambutan hangat ketika filemnya - Advent Children ditayangkan dengan grafik yang berkualiti sama seperti The Spirit Within malah beberapa konflik/persoalan yang belum selesai turut mendorong ke arah penghasilan lebih banyak subtitle untuk FFVII. Boleh dikatakan, konsep FF telah banyak berubah kepada filem interaktif dengan sistem interaksi penonton-cerita yang lebih kompleks. Tapi yang lebih mengagumkan adalah apabila FFVII di-title-kan sebagai game yang musy ma'ul ade pada PSone dengan kualiti sound dan grafik yang menjangkaui keupayaan PSone pada masa itu.



Overall nya, Final Fantasy adalah salah satu daripada idea terulung yang dikurniakan Allah kepada masyarakat Jepun. Barangsiapa yang mengikuti perkembangan FFVII pasti menyedari bahawa prequel (siri sebelum) FFVII tidak dirancang sama sekali dan hanya dibina/dibuat demi memenuhi kehendak peminat yang amat tinggi. Setelah 10 tahun, FFVII masih lagi dinobatkan antara game FF terbaik sepanjang zaman mengikut survey atau poll yang dijalankan.

Malah tema dan persoalan yang dibawa dalam FFVII juga memberi sedikit sebanyak impak yang amat besar dalam sejarah FFVII. Tema utama FF - Selamatkan Dunia Dari Penjahat telah dicover sepenuhnya dengan tema sampingan dan persoalan dalam FFVII. Contohnya cinta yang tak kesampaian, cinta yang tak dibalas, kekeluargaan, balas dendam, pengklonan, kegilaan research dll dsb.

Conclusionnya, this new title - Crisis Core, is another great job from Square Enix. Hinggakan antara review yang diterima mengatakan 'ku sangkakan filem, rupanya game'. Ataupun dalam Crisis Core yang dikeluarkan 2008, 'kenapa Zack Fair kena mati?!' atau 'Square-Enix tak pandai pilih watak yang sepatutnya dimatikan'. Sedangkan dalam FFVII yang keluar tahun 1997, telah dinyatakan bahawa Zack Fair mati - peminat tak dapat menerima plot ini walaupun telah tahu lama dahulu. Betapa teruknya pengaruh FFVII pada manusia (peminat).

A true men are those who shed tears for their own fate, and for their friends
[Zack Fair, Final Fantasy VII]



Continue Reading

27 December 2007

Gosip?

"******* kan comel." Lebih kurang macam tu laa ayat yang dilontarkan member aku pada hari tersebut. Maka aku pun mula mengusik member aku tue dengan status YM. Tapi kesilapan terbesar aku - tidak appear offline kat orang lain mula membawa padah.



Bukan sekali aku menerima ujian begini. Tapi dah banyak kali. Sejak sekolah menengah lagi. Biase ler, manusia yang duk kat asrama lain dari yang lain. Sume mende akan jadi buah mulut orang. Tambahan pulak manusia yang prasan glamor macam aku nih. Wakaka.



Sembang ngan orang pompuan sket, jadi perhatian. Tolong beli kat pasar malam, jadi gosip. Terserempak kat tengah jalan, mula diusik. Biase la tu. Tapi kenapa aura tuh boleh sampai ke sini aku taktau.



Maybe lumrah remaja remaji pemuda pemudi harapan bangsa sekarang suka mengusik. Atau suka menabur gosip serta fitnah liar. Atau semua dah kemaruk nak berawek bermakwe berbalak berpakwe. Lantas diseru semua orang di sekeliling agar menjadi 'kepala'. Ye ke? Andaian kosong je tuh.



Sifat manusia jugak, suka mencari kepuasan. Sampai mereka puas. Sukakan perlawanan, gemar berlawan, pantang dilawan, makin melawan. Sebab tuh bile gosip mengarut nie makin teruk, katakan YA pada segalanya. Lama-lama senyap laa tue. Kalau nak sedap lagi, exaggerate-kan lagi gosip tuh. Sampai sume manusia kat sekeliling pun nak muntah ngan ke-exaggerate-an korang.



"Ko suke *******?" YA AKU SUKE. "Tak pegi airport jemput die?" JOM LAA PEGI. "Besday ******* bile? BULAN SATU. "Pesal ko suke?" SEBAB DIE COMEL. Wakaka padahal aku main sebut jer besday bile, suke makan ape, saiz kasut brape, pakai henset jenis ape, nombor dye brape blablabla. Puas hati. Tapi kena sabar sikit ler. Macam dalam filem atau novel, "Suke tak lauk nie?" Suke. "Ha tambah lagi, masak banyak nie". Last-last telan je laa walau nak muntah. Wakaka. Teknik nie dinamakan 'ALANG-ALANG DIGOSIP, BIAR SAMPAI DIKEJI'



Teknik nie amat bahaya untuk dilaksanakan kerana, mula-mula memang kiter sorang je yang dikeji, last-last orang yang berkaitan pun akan turut sama dikeji. Pastu orang berkaitan tue akan mengeji kiter plak. Double-dikeji. Larat ke nak tanggung? Haha. Lagi seksa kalau teknik tue bermutasi menjadi 'ALANG-ALANG DIGOSIP, BIAR SAMPAI MENJADI'. Memang parah. Tak caye? Kata-kata itu doa. 40 kali orang doakan kite, manalah tahu ALLAH perkenankan. Lagipun, doa Muslim untuk saudara Muslim yang lain (tanpa diketahui saudara Muslim itu) adalah mustajab. Dalam konteks nie - kita tahu dorang sebut tapi adakah kita sedar mereka mendoakan kiter? Jeng jeng jeng.





Eh sebenarnya nak citer mende lain, terkeluar mende lain. Sesungguhnya syaitan itu di mana-mana. Semua dah tahu. Sesungguhnya hasutan syaitan itu pelbagai. Semua dah tahu. Sesungguhnya syaitan tue musuh kita. Lagi laa orang tahu. Sebab tue kena jaga diri daripada jadi mangsa hasutan syaitan. Jaga diri dari fitnah. Jaga diri dari memfitnah. Jaga diri dari difitnah. jangan jadi macam diri ini. Hehe



Tak semangat laa plak nak menulis pepanjang. Sedikit update menjelang exam mid-year:
  • AJK Publisiti dan Pendaftaran Family Day 2008
  • penDOTA sambilan di masa lapang
  • penagih Syibsi Malah/Gibnah (garam/keju)
  • makin kuat tido (++12jam sehari tuh!)

Macam biase, akhir kata, tiada kata untuk dikata. So semoga semua sihat, berjaya dalam exam, berjaya dalam kehidupan, berjaya dalam amalan, berjaya dalam ibadah, berjaya dalam percintaan, berjaya dalam pergosipan, berjaya dalam segalanya. Oh yer, adik aku yang amik result PMR arini, sori ler. Nanti Along tepon tanye result.



Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih, bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang, tapi bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah SWT
[wardah_asfar]
Continue Reading

25 December 2007

Ku Doakan Mereka Bahagia

Alhamdulillah akhirnya bleh jugak bukak GooGle. Entah pesal, tenet kat CC aku nie takleh bukak GooGle. So Lame jugak laa aku tak membukak blog nih. Sebenarnya banyak yang nak dicerita. Dari hacker, kepada gosip sensasi antara aku dan dia. Tapi nanti je laa ekk.

Kali nie aku cuma nak menge-post dua karya member aku. Saje je untuk tatapan kita semua. Terimalah..




Nie video yang dirakamkan pada hari Khamis, 20 Disember yang lalu. Mase tue tengah hujan so Member aku si Sufwun tuh suh aku wat aksi lucah tengah hujan so, layan je laa..

Okeh seterusnya syair respon daripada Presiden Gen6_MdCairo kepada jawapan aku - YA BETUL! sebagai menjawab gosip2 yang sedang hangat di status YM sekarang nie. Dengarkan syair yang berjudul:

KU DOAKAN MEREKA BAHAGIA

JPA_saif: biarlah diriku terluka pedih
JPA_saif: menanggung rasa yg teramat sedih

JPA_saif: jiwa menahan siksaan diri
JPA_saif: ditinggal si gadis puteri
JPA_saif: aku perlu sedar diri
JPA_saif: diri hanya sorang dari bumi
JPA_saif: bermimpikan gadis bidadari
JPA_saif: biar diri keseorangan lagi
JPA_saif: walau cinta sehebat mentari
JPA_saif: terpadam oleh kayangan puteri
JPA_saif: sakit diri tak tahan lagi
JPA_saif: bila cinta ditolak begini
JPA_saif: hanya tuhan tahu pedih ini.
JPA_saif: smg aku pulih kembali
JPA_saif: mencari gadis bumi
JPA_saif: walau tak sebaik kayangan puteri
JPA_saif: dapat melepaskan rasa rindu ini.
JPA_saif: smg aku dapat cari pengganti
JPA_saif: hanya Allah dapat ku harapi
JPA_saif: cintaMU tetap ku ratapi...
JPA_saif: niat ini menggunung tinggi
JPA_saif: agar dapat kutemu gadis hati
JPA_saif: menemani diri hidup semati
JPA_saif: agar ianya kekal abadi...
JPA_saif: saif...cairo 12.03 pg 25 dis 2007


Namun begitu suka aku jelaskan disini bahawa sebarang gosip yang ada, jangan sesekali percaya kerana ianya adalah suara syaitan pikor yang muncul akibat perbuatan kita sendiri lalu diputarbelitkan. Lain kali aku cerita gosip ape beserta gambarnya sekali.

Akhir kate, memandangkan exam dah nak dekat, selamat stadi sumer, moga diberkati Allah, dapat jawab dengan tenang, demi kejayaan kita dalam exam mid-year kali nie.

Alang-alang digosip, biar sampai dikeji
[HafizAdam]


Continue Reading

08 December 2007

Another fill in the blanks..

Adeh migraine-nyer. Ku masih lagi dalam fasa cooling down tapi terus di-stimulate utk terus bekerja. Tahap plateau kegilaan aku terus berpanjangan. Aku takleh selitkan aktiviti tambahan di celah-celah jadual harian, tu satu kelemahan. Kalau ade kerja je, konfem mende tu akan menyebabkan pertambahan aktiviti. Kalau aku sepatutnya tidur kul 12, maybe jadi kul 2.



Usah dipelikkan, kerana mende nie mende biase. Sebenarnya ade banyak yang nak di-update namun masa membataskan segalanya. Okeh taknak membebel panjang tentang kegilaan aku. Saje je add post baru memandangkan aku tengok tak ter-update dalam masa beberapa bulan nie. Haha.



Okeh berikut aktiviti dalam jangka masa nie;

  • TIBBians02 - still in progress.
  • PERUBATANonline - baru je siap tukar theme forum (90%), 10% lagi dalam proses penukaran tab2 dan banner. Next, PIXED CLASS akan itambah ari masa ke semasa.
  • AJK Program - dapat tempahan utk AJK Introduksi ape ntah 14hb nie. Maybe aku wat kelainan dengan mencuba presentation bentuk video. Hehe (MAYBE).
  • Training - After Effects. Dalam proses belajar lagi. Oleh sebab dah ade basic Photoshop, sume nie senang jer. So dalam proses meng-adapt-kan diri ngan software nie.
  • Study - Exam dah dekat, namun buku belum bukak!!
  • Tonton - Baru je selesai tengok Coffee Prince, dalam proses download 14 Sai no Haha. More information about these series, check kotak kat kanan nie. Atau korang nak aku wat review? Huhu



Pernah tak manusia berlainan jantina ngan korang tetiba bercakap pasal reproduction ngan korang? Tak kira laa tentang haid ke, seks ke, male genital system ke, female genital system ke, proses baligh ke, tak kesah ar. Kalau lecturer or ustaz nak mengajar hukum tue bleh tahan, tapi bebudak cam korang. Aku terkesima kejap bile dak pompuan tanye pasal hukum seks mase haid. Siap citer lagi camne. Banyak pulak dye tanye. So jawab je laa seadanya.



Mesti korang beranggapan "tak malu giler pompuan tue". Tapi kiter kne tengok dari sudut lain - maybe dye rasa senang tanye kat aku. Bukannye aku suke sembang pasal mende tu ke ape, tapi just nak mengajak berfikir - hubungan sesama manusia nie terlalu kompleks. Kadang-kadang rahsia adik beradik sendiri kita tak tahu, tapi rahsia member kita tahu detail-sedetailnye. So fikir-fikirkan sementara aku berfikir nak tulis ape pasni. Haha.



Okeh sementara menunggu post seterusnya, fikirkan situasi di atas sambil merenung quote kat bawah;



Diri kita nie umpama perut. Kalau tak makan makanan berkhasiat, sakit. Kalau makan makanan mengarut pun sakit. Kalau tak makan pun sakit.

[HafizAdam]
Continue Reading

25 November 2007

Pembangkang giat usaha anti-kerajaan



Awasi pelajar Asia Barat terutama Mesir jadi rekrut pembangkang

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Kerajaan perlu mengawasi tindakan pembangkang yang kini menjalankan aktiviti untuk merekrut 80 peratus pelajar di Asia Barat sebagai kader parti itu menjelang 2015.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Asia Barat, Farid Shukri berkata, ini kerana mereka turut bertindak menghasut pelajar terbabit khususnya di Mesir supaya membenci kerajaan dan UMNO.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan UMNO melakukan gerak gempur supaya 6,000 pelajar Melayu yang kini menuntut di Mesir tidak menjadi dalang yang akan memburukkan negara kelak.

Saya telah menyatakan kebimbangan ini dalam pertemuan tertutup dengan Bendahari UMNO, Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi baru-baru ini.

"Kekalutan ini perlu diselesaikan. Jika tidak, persatuan propembangkang ini akan mengaut 80 peratus pelajar di Mesir sebagai kader mereka menjelang 2015,’’ katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disertai 68 wakil Kelab UMNO Luar Negara.

Farid berkata, gerakan propembangkang itu tidak lagi dilakukan secara senyap, tetapi semakin berani menjalankan misi secara terbuka.

Beliau berkata, Persatuan Melayu Republik Arab Mesir contohnya, telah ditubuhkan sekian lama dan begitu aktif melahirkan kader pembangkang.

Menurutnya, persatuan tersebut bukan sahaja bertindak memantau program kedutaan, aktiviti Kelab UMNO dan setiap program kerajaan malah berusaha mewujudk an sentimen antikerajaan dan membenci kepimpinan UMNO.

Beliau berkata, tindakan pembangkang itu jika tidak ditangani segera, mampu mengkucarkacirkan minda pelajar di Mesir, sekali gus memberi impak dalam usaha kerajaan membangunkan sebuah negara Islam Hadhari.

"Kita mahu perhatian diberikan lebih kepada penuntut di Asia Barat kerana kita bimbang tindakan mereka boleh membawa kesan negatif jika UMNO sengaja mengabaikannya," kata beliau.

Sumber: Utusan Meloya

-=-=-=-=-=

Fitnah kerajaan tidak berasas

KAHERAH, 13 Nov - Sekali lagi pelajar-pelajar Asia Barat terutamanya Mesir terkejut dengan tuduhan melulu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Asia Barat, Farid Shukri yang antara lain menyebut tentang penglibatan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir dalam gerakan pro-pemba ngkang dan cuba menghasut pelajar membenci kerajaan.

Menurut salah seorang pelajar, sebagai wakil UMNO di luar negara, beliau tidak seharusnya memutarbelitkan kenyataan tersebut. Kenyataan melulu dan tidak tepat inilah yang akan menyebabkan 'ketakutan 80% kader pembangkang' tersebut menjadi nyata.



PMRAM adalah satu pertubuhan yang tidak bersifat kepartian dan menjaga kebajikan seluruh pelajar Malaysia di Mesir tidak mengira parti mana yang disokong. PMRAM juga adalah berdaftar di bawah kerajaan Mesir dan kuasanya adalah lebih besar daripada pihak kedutaan sendiri.

PMRAM hanya menentang kewujudan kelab parti politik - antaranya UMNO malah Presiden PMRAM sendiri menyatakan bahawa jika Kelab PAS ditubuhkan sekalipun, PMRAM tetap akan menentang kelab tersebut.

Alasan bahawa kelab tersebut hanya mendapat dana UMNO dan langsung tidak bersifat politik langsung tidak berasas kerana kenapa dimasukkan perkataan UMNO tersebut? Sedangkan Persatuan PERUBATAN tetap mendapat bantuan JPMK walaupun tiada perkataan UMNO.

Tuduhan PMRAM cuba mewujudkan sentimen anti-kerajaan adalah tidak tepat kerana kerajaan sendiri telah menyisihkan PMRAM malah merampas hak-hak PMRAM di bumi Mesir ini.

Salah seorang pelajar juga kesal dengan tuduhan ini dan menyatakan ini adalah kesilapan terbesar kerajaan. Sepatutnya kerajaan memenangi hati pelajar dengan menaikkan elaun, bukannya dengan mengutuk menuduh dengan tidak tentu hala.

Antara sumbangan PMRAM adalah membebaskan pelajar Malaysia yang dipenjarakan di bawah tanah di mana pihak kedutaan sendiri tidak mampu memijakkan kaki di pintu masuk penjara tersebut - TANPANAMA.

Continue Reading

09 November 2007

Takde Idea

Alahai.. Sedih gile aku kali nie. Sume gara-gara post sebelum nie. Ye laa. Bertimbun yang test keyword yang aku suruh tue. Siap bagitau lagi yang keyword tue tak menjadi. Apekehal laa manusia nie. Orang suh search mende camtu, cepat jer. Yang lagi bangang, ade jugak yang kate maksiat laa, ape laa, last2 bagitau yang keyword tue tak menjadi. Apeke bangang manusia camnie? Imam Ghazali kate nie laa manusia golongan kedua - wat maksiat dalam keadaan dia tahu. Takpun dah termasuk dalam golongan ketiga. Haha



Eh camne aku tau ramai orang search keyword-keyword tue? Kat blog nie aku dah pasang ngan tracker (ataupun lebih tepat lagi - private tracker). Maknenye, aku leh check korang masuk dari web sape, gune keyword ape, bla bla bla. Malas nak citer. Tak caye? Klik button yang duk kat kanan, bawah skali tue. Yang gambar bumi ade gelang cam Zuhal tue. Ntah pape logo nyer. Haha



Semenjak dua menjak nie post aku takde pix. Mase tulis pasal Malware aku malas nak letak pix. Ye laa, takkan nak letak gambar penicillin sp ataupun virus bacteriofaj sp lak. Tak kena laa. Pastu mase post 18SX tue takkan laa nak letak gambar bogel kot. Kena ban blog nie, sekali ngan aku sekali kne ban dek PERUBATAN. Haha. tengok laa kalau aku jumpa pix yang lawo aku edit balik. Post kali nie pun tak semangat nak letak pix. So dah 3 post aku yang dull. Tak ceria. Takpe2. Tu yang aku nak tue. Baru takde orang nak bace. boleh aku mencarut lebih skit. Haha



Sekarang aku ade 2 kerja - TIBBians ngan AJK Program Kursus Kepimpinan ape ntah. Esok meeting. TIBBians lak still dalam pembikinan. AJK pun ade 2-3 ekor manusia je. Iklan suruh ahli menulis lak takde sambutan setakat nie (ataupun dorg tgh sibuk mnulis). Ape ape hal, insyaALLAH sempat diterbitkan minggu last bulan nie. Kalau nak tengok iklan sila laa ke blog rasmi TIBBians.



Ok sambung perenggan sebelum perenggan kat atas. Kali nie format aku menulis pun dah bengong seumpama citer Latin ataupun Manjalara. Terputus-sambung-putus-sambung. Pening manusia dibuatnya. Haha. Bebaru nie ranking aku naik kat Topsites. Tak tau laa sebab post 18SX aku tue ke atau ape. Dari tangga 7 ke tangga 4. Ingat senang ke nak naik ranking? Sehari manusia tak singgah blog nie, bleh jatuh merudum. Kira power laa blog nie. Kalah Pemenang - blog rasmi PERUBATAN.



Pas jumpa AJK TIBBians (kan aku da kate td, format ak mnulis da bengong) maybe sedap sikit duduk kot. Lagipun blog umah belum update. Sebab report tak siap lagi. Haha. Report SPB aritu pun tak bukak lagi. Post-mortem ntah bile. Huhu. Ok sesape yang ade idea tentang kolum majalah leh laa bagitau aku. Aku dah kering idea sebenarnya. Dah bengap. Selsema nie membuatkan cerebrospinal fluid aku kuar ngan banyaknye menyebabkan intracranial pressure aku kurang seterusnya menyebabkan sakit kepala disebabkan kurang nutrient yang sampai kat kepala. Haha. Rekaan tol.



Kali nie malas lak nak mencarut memanjang so sesame kite renungkan ayat nie



Mereka yang tidak ingin melakukan sesuatu kerana ditakuti riak, adalah riak sebenarnya

[HafizAdam]
Continue Reading

24 October 2007

18SX Section



Kali nie post aku macam biasa, lambat sikit. Minggu nie saje dah 3 tempahan khidmat negara aku terima. Memula ngan Majalah The Zikr Versi Combo Raya. Pastu Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAn yang akan berlangsung Jumaat nie. Pastu Sure Raya pada hari yang sama. Sume suh aku buat design, backdrop, flash presentation. Yang penting se kerja dah siap. Tapi takleh rilek lagi. Esok stat kerja Mesyuarat Agung lak. Maybe Sure Raya pun aku wat dalam masa yang sama kot. Pening2. Kali nie memang aku akan mati.


Okey kali nie aku nak korang bukak New Tab, pastu search keyword 'bogel'. Hak3 buat je laa. Mesti korang terkejut giler tengok blog aku ade lam senarai 'results' tue. Kalau tak caye, try laa. Kenapa? Okey nie salah satu ilmu baru yang nak dibagitau. Sebelum nie pasal Malware, kali nie pasal 'search results'. Setiap kali korang search sesuatu keyword, akan kuar banyak results. Bila korang klik results tue, rekod akan disimpan menandakan bahawa result tue bersesuaian ngan keyword yang diberi. Maka peluang untuk result tue kuar apabila orang lain search akan bertambah tinggi. Bila ramai manusia klik result tue, makin bertambah probability untuk result tue kuar. Sebab tue adalah dinasihatkan agar jangan klik link-link seperti True Furqan (alaa Quran palsu tue) sebab rekod 'pageviews' akan disimpan menyebabkan page tue mudah di akses. Kesimpulan yang aku nak bagitau kat sini - ramai manusia yang kantoi search keyword 'bogel' banyak yang masuk blog nie. Haha.

Kali nie aku nak bawak korang menelusuri jalan kegelapan, merentasi dunia nafsu manusia remaja, kemudian melintasi salah satu cabang yang ade - pornography. Pehal tetiba je nak menulis mende ngarut camnie? Saje je. Sebenarnya post kali nie umpama membuka pekung di dada, menampakkan bulu gorila yang ada. Hehe. Sebab aku menulis berdasarkan pengalaman. Tak sangka korang ade kawan camnie.

Terus terang aku nak bagitau, mereka-mereka yang search keyword 'bogel' tu sume amateur. Sebab ape? Sebab tak spesifik. Mereka yang berpengalaman biasanya dah hafal laman web tertentu yang menawarkan mende-mende camnie secara free - biasanya mende-mende nie berbayar. Ye laa, mende yang paling kuat dikuasai nafsu. Memang laa banyak profit bleh dapat. Bak kata Otai "aku juga seorang lelaki". Haha. Tak sangka korang ade kawan camnie.

Nak aku senaraikan? Tak payah, nanti ade yang salahguna. So biarlah ilmu nie berkubur bersama aku. Tapi rasanya korang mesti dah biasa ngan JBsex, Melayu Boleh, KLsex, Baby Rina, sume tue website yang biasa orang bukak. Tapi dah berkubur dah. Hehe sebab tue aku sebut. Kesian korang. Menangis laa sengsorang. Tak sangka korang ade kawan camnie.

Cuma nak berkongsi ngan korang semua, bukannya ape. Sebab ade di kalangan kita tak pernah bergaul ngan manusia camnie. Tak pernah melihat apa yang dorang tengok. Tak pernah mendengar ape yang dorang sebut. Kena sedar bahawa bukan semua orang sama. Mereka walaupun membuat perkara macam tue, masih ada akidah. So, sama akidah tapi mengapa perlu cara dakwah yang berlainan untuk mereka? Kena sedar mereka bukan sama macam kita. Tahap mereka berlainan. Sebut laa pat puluh kali mende tue haram, mereka tetap wat. Pastu semayang cam biasa, puasa penuh sebulan, mengucap lancar kat lidah, mengaji berlagu merdu penuh syahdu.Kena sedar mereka tak sama cam kita. Fikirkan balik. Tak sangka korang ade kawan camnie.

Okey balik pada tajuk. Sebenarnyalah, lambakan mende macam nie kat internet menjadikan aku heran. Melayu lak tue. Tak tau laa Islam ke tak. Tapi kalau dah nama Melayu, probability Islam adalah 50% paling kurang. Yelaa. Kat JBsex tue saje, ribuan kisah sex ade. Andaikan semua tue benar dan dilakukan oleh manusia berlainan - berapa ramai yang dah berzina? Andaikan pula semua tue tak benar, just fantasi dan dilakukan orang berlainan - berapa ramai yang berfikiran kotor? Pastu sekarang nie ade kolum-kolum Malam Pertama, berapa ramai yang hantar? Padahal haram cite pasal hubungan somi istri. Renungkan dan rasai betapa herannya aku.

Kali nie aku sebut satu manga bagi mereka yang ketagih sangat seks - Futari Ecchi. Ade satu lagi versi, Futari Ecchi for Girls. Nie memang manga lucah, tapi salah satu manga pendidikan seks 'terbaik' pernah jumpa. Sebab manga nie memang manga mengajar tentang seks. Bagus ntuk mereka yang baru berkahwin. Bayangkan manga. Penuh ngan gambar. Nah, macam mana nafsu tak terangsang. Mengikut kamus, pornography adalah bahan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. Tapi yang kelakar adalah kenyataan mahkamah - bagaimana mengetahui mende tue merangsang nafsu atau tidak, "I'll know when I see it". Maksudnya sume manusia normal akan terangsang. Got my point? Tak dapat jugak? Kalau sume orang terangsang, yang kuat iman bertahan, yang lemah sikit rebah. Lebih kurang laa. Tak sangka korang ade kawan camnie.

Post kali nie memang mengarut sikit. Sesape nak bace, bace je. Dulu aku ketua dorm so biasa laa kegiatan spot chek merampas mende haram nie. So banyak laa jumpa mende-mende camnie. Kekadang aku tak rampas tapi sebab aku baik ngan bebudak camnie so aku pinjam and then wat taktau. Dorang pun bukan ingat sangat. Sebab ape? Sebab tue aku kate korang tak tau mentaliti dorang. Mende-mende nie macam biasa laa, di-distribute secara percuma di kalangan ahli. Macam the Zikr. So tak tau ngan sape sekarang. Yang penting tak kantoi. So aku amik simpan, hancurkan, buang. Tapi sebelum tue tonton baca laa dulu. "Aku juga seorang lelaki". Haha. Tak sangka korang ade kawan camnie.

Sebab tue aku kata cam membuka aib diri sendiri. Takpe-takpe thats not the point. Main point aku kat sini nak bagitau yang 'tak sangka korang member manusia camnie'. Haha. Pernah dengar pasal satu drama hits Jepun, yang diadaptasi dari satu blog? Aku tak ingat plak tajuknya. Tapi blog tue berkisar pasal sorang lelaki nak mengorat sorang pompuan, tapi tak reti camne. So ramai laa yang bagi respon. Esoknye lelaki tue akan tulis samada cadangan mereka berjaya ke tidak. Last2 blog tue memang glamer. Ye laa, sampai jadi drama. Aku jumpa blog yang sama konsep tapi lain tema. Tak yah bagitau laa tema aper. Teka sendiri. Hehe. Tajuk dia Diari Yasmeen. Tak payah search, konfem tak jumpa. Mengisahkan camne dia goda ustat die, goda bebudak sekolah, kena 'makan' oleh member bos dia, dll dsb. Tak sangka korang ade kawan camnie kan?.

Tapi aku bukan nak baca sangat kisah seks die tuh, sebab sume stereotype jer - ayat cam keji gile. Yang aku nak tau, sejarah idup die yang kelam tue. Bermula dari abang die 'sentuh' die, pastu ayah die berutang, jual die jadi GRO, jadi perempuan simpanan sampai laa die kawin. Benarlah orang kate, sekali buat, mesti nak lagi. Bak kata pepatah, kalau tak nak die rasa air hujan yang tengah turun, kite kena tenggelamkan die dalam air sungai. Maksudnya? Fikir sendiri. Nak klu? Okey aku bagi - Kebanyakan citer yang aku bace, mesti berakhir ngan ayat yang menunjukkan 'nak lagi'. Tak kira laa sukarela atau paksarela. Ataupun kisah tue bermula ngan die dah kena 'tebuk' oleh orang lain. Tak kira laa sukarela atau paksarela. Faham? Tak paham sudah.

Kalau tak paham jugak, tonton cite nie, Kou Kou Kyoushi. Ade satu episod tue sebut pepatah nie. Sebab ape? Sebab lelaki tu nak awek die jadi GRO so die rogol awek die dulu. Tak tahu laa samada nak bagi awek tue rasa 'nikmat' seks atau nak suruh awek tu putus asa dan menyerah je ikut kemahuan balak die. Macam keji je ayat 'nikmat' tue. Ade pepatah kata, seks tue sedap walaupun dirogol. Kalau tak trauma memang boleh ketagih. Orang kate. tak tau laa betul ke tak. Tengok, dah makin mengarut aku nie. Tak sangka korang ade kawan camnie.

Kali nie post aku memang kontrol version gile. Haha. Sebenarnya ade satu lagi keyword yang aku nak korang search. Cikgu Suraya. Kisah seks bersama guru nie popular dengan keyword nie. Sekaligus memalukan profession perguruan itu sendiri. Aku jumpa nie masa bace blog cikgu ane entah. Masa tue baru prasan, kisah Cikgu Suraya memang popular. Malah tersebar secara copy-paste di banyak web atau blog. Dia sebut kat situ, post dia tue ditulis supaya sebarang search yang dibuat takkan jumpa kisah seks Cikgu Suraya tue. Malah menyeru semua manusia membuat post bertajuk Cikgu Suraya supaya boleh memesongkan result sebenar dari ditemui. Bagus idea nie. Hampir berjaya aku rasa. Tak caye? Try search. Banyak mane yang ade kisah seks, banyak mane yang takde. Tak sangka korang ade kawan camnie.

Mereka yang terasa ngan post kali ini, sorry bebanyak. Aku sesaje je nak melepaskan tensen bekerja. Woi aku tak bukak buku lagi selain daripada di kuliah. Bila laa nak stadi nie (pembaca: eleh, tulih blog buleh, stadi takleh. ape daa). Mereka yang mencari kisah lucah, padan muke korang, wat keje mengarut lagi. Haha. Okey kali nie renungkan quote dari Ace wo Nerae.

If you fall in love, dont drown in it. Dont drown yourself in a love you'll get burned out on
[Munakata Jin, Ace wo Nerae]

Continue Reading

16 October 2007

Malware, Adware, Spyware, Worm, Virus, Trojan Horse - Bezanya?

Huaaahh.. Ngantuk giler. Pagi nie aku meluangkan masa untuk meng-update blog. Sebab sekarang sedang boring menunggu download Eureka - Seven Episod 30-31 dan scanning Spyware Doctor siap. Komputer Aman Mazian diserang Malware. Haha.

Okey memula meh aku nak bercerita about raya hari ketiga. Sesiapa yang tak suka membaca gosip fitnah liar umpatan keji boleh laa skip paragraph nie. Hehe. Darul Iman Student Hostel buat open house hari nie. So sebagai anak Terengganu celup 10 karat, maka aku pun pergi laa. Lagipun kali nie Jack dah bagi jaminan tak kena halau punye. Rumah yang baru di-islah tu pun aku tak tengok lagi. So bersemangat laa pegi.

Sampai-sampai, tak kena halau. Bagus laa. Tapi kupik giler. Bagi sate je 4 keping. Haha. Nasi putih takde, mee takde, laksa takde, spageti takde, nasi dagang lagi laa musy ma'ul ade. Haha. So makan laa sate tue. Macam tau-tau je rumah lain buat open house makan sedap. So kitorang melantak kat rumah lain je laa.

Sebelum tue aku dapat laptop sebutir. Akhawat suh baiki. "Kena virus" katanya. Tapi installer driver tak de lak. Tapi aku dah bajet mesti takde kes yang teruk punyer. Setakat Trojan disable Task Manager ngan Folder Option tu, Spyware Doctor leh kasi heal balik. Lain laa kes Aman nie. Siap ngan Adware lagi. Gile ah. So mengembara laa aku mencari balik installer aku yang bertebaran di muka bumi Mesir nih. Haha. Nak download balik, file tu besar. Huhu

Jadi sementara aku menunggu mende-mende scanning nie siap, terkeluar mende nie dari kepala hotak berjambul nie - "Malware, Adware, Spyware, Worm, Virus, Trojan Horse. Menatang ape beza ye?". Mende-mende nie biasenye manusia biasa termasuklah aku sendiri, masih lagi konfius. Walaupun dah membaca artikel pasal mende-mende nie sume, masih lagi konfius malah bertambah konfius. Hahaha.


MALWARE
Malware berasal dari perkataan Malicious Software dan biasanya digunakan oleh computer specialist untuk men-describe sume software atau program yang ade harmful effect pada komputer tanpa keizinan tuan punye komputer. Non-computer specialist aka orang awam biasanya menggunakan nama Virus. Pendek kata, Malware adalah nama bidang di mana Virus, Trojan, Spyware dll dsb bernaung. Kadang-kadang istilah-istilah nie bercampur aduk disebabkan overlapping dalam fungsi Malware tuh.

Sejarah Malware bermula sebagai "pranks" atau gurauan semata-mata. Penah main ngan software yang tetibe disabled task manager, Esc, Alt+F4, dll dsb pastu kuar message bahawa komputer korang dah kena hack? Pastu die suruh try laa tekan key yang dia dah disable tue. Akhirnya dia kata semua tue hanya gurauan. Tu adalah asas bagi Malware. Ataupun 'Malware sebelum dirasuk syaitan'. Ini disebabkan komputer terdiri daripada data-data atau kod-kod tertentu. Sesiapa yang belajar coding komputer boleh laa mengeksploitasi kemahiran dorang untuk membuat code Malware. Okey seterusnya kita tengok beberapa istilah popular dalam dunia Malware nih.

ADWARE
Adware plak abbreviation bagi Advertising-supported Software. Ni termasuklah pop-up yang selalu kuar bile kita bukak certain websites untuk tujuan pengiklanan. Istilah nie adalah yang paling mudah difahami oleh manusia biasa. Biasanya Adware selalu dikaitkan ngan Spyware. Kenapa?

SPYWARE
Daripada istilahnya sahaja, Spy software, istilah ini digunakan untuk men-describe Malware yang mengumpul maklumat infected computer kemudian dihantar kepada 'tuan dia' a.k.a creator. Biasanya Spyware digunakan dalam tujuan pengiklanan supaya syarikat-syarikat tertentu bleh buat bancian tentang produk yang digemari manusia dan membuat tindakan selanjutnya. Ini termasuklah menghantar iklan promosi samada dalam bentuk emel atau sebagainya.

Adware selalunya datang bersama Spyware. Sesetengah Spyware akan scan web activity kita and then install Adware yang 'sesuai' dengan selera kita ataupun pop-up (salah satu bentuk Adware) yang keluar sewaktu kita melayari web tertentu tue sendiri akan install Spyware. Sesetengah Spyware yang bersifat 'memaksa' akan redirect web browser kita ke laman web tertentu dan mengeluarkan pop-up yang mengarut entah pape.

Namun ability Spyware seperti yang anda semua boleh jangka dari awal lagi, mencuri data atau maklumat sulit user seperti password, credit card number/PIN - bagi yang gemar membeli secara online, seiring dengan namanye - SPY. Sebagai pengetahuan awam, setiap form yang ada di internet seperti login form memiliki 'instant name' yang tersendiri. Sebab itu, kat ruang username memane website, kalau kita turn on sistem autocomplete, akan kuar username yang kita taip je. Maklumat lain seperti address atau emel takkan muncul di situ. Spyware mengeksploitasi 'specificity' ini dengan memasang keylogger untuk merekod data yang kita tulis kat form-form tersebut.

Satu kebaikan Spyware adalah kebiasaannya ianya tidak merebak ataupun ianya Malware jenis 'benign'. So kalau komputer anda dijangkiti Spyware, sebarang pendrive yang di-cucuk takkan dijangkiti. Jadi, how Spyware merebak ke komputer lain? Spyware biasanya tersebar atas perbuatan user sendiri. Seperti mendownload attachment yang tidak dikenali, mendownload software crack, auto-download apabila masuk web tertentu, dll dsb. Biasanya Spyware menyusup masuk melalui software yang didownload user. Sambungannya dalam tajuk END-USER AGREEMENT.

WORM
Malware type ini adalah yang paling active dalam kategori Malware because they have the ability to metastasize and replicate theirself. Boleh dikatakan Worm adalah mass of destructive weapon kerana ability ini. Sesebuah military base boleh down kalau Worm yang dihantar berjaya memecah masuk ke dalam main computer and shut it down.

Setiap operating system mempunyai 'hole' ataupun 'liang' yang boleh diserang Worm. Sebab itu tanpa sebarang aktiviti pelik oleh user, sesetengah komputer boleh dijangkiti Worm. Ini disebabkan serangan Worm adalah dilakukan oleh Worm itu sendiri.

Setelah Worm menyerang, ia akan memitosiskan dirinya menyebabkan penggunaan space hard disk yang banyak seterusnya melembapkan memory dan memakan bandwidth. Semua ini akan melembapkan komputer serta internet. Ability metastasize through network juga menyebabkan sesetengah Worm digunakan untuk menyebarkan Spyware dan Adware serta Trojan.

VIRUS
Sesuai dengan namanya, virus merebak melalui Software. Kelemahan virus adalah ianya hanya akan bertindak JIKA 'user sendiri yang mengaktifkannya'. Dalam kata lain, virus bertindak apabila program yang dijangkiti itu 'running'. Kemudian ia akan menjangkiti program lain. Apabila program yang baru dijangkiti itu 'running', virus tersebut akan aktif dan menjangkiti program lain plak. Sebab itu, virus biasanya datang dengan autorun. Jika anda right klik pada local disk dan terdapat AutoPlay, script AutoPlay itu dicipta supaya setiap kali anda double-klik pada local drive itu, virus tersebut akan 'running'. Malah script ini kekal walaupun virus tersebut telah dihapuskan, kerana ianya adalah script biasa yang takde harm ape-ape. So kena delete secara manual.

TROJAN
Trojan adalah istilah yang biasa digunakan untuk Trojan Horse - Nama ini berasal dari mitos Greek. Alaa, takkan tak pernah dengar kot. Pernah dengar cerita pasal patung besar, comel, kiut, lawa yang sebenarnya ada ramai askar kat dalam tue? Dulu ada satu kubu yang payah gile nak tembus. So attacker bina satu patung yang lawo dan letak kat depan kubu tuh. Defender pun curious and excited giler tengok maka wat masuk laa patung tuh. Bila dah wat masuk tetibe patung tue terbukak dan kuar laa askar-askar tadi.

Trojan biasanya adalah program yang legitimate tapi bila 'running', akan buat benda-benda pelik. Contoh 'waterfalls.scr" adalah software screensaver, tapi bila running akan allow remote control pada komputer tuh. Apa itu remote control? Hish. Remote control adalah application pada Windows yang membolehkan orang lain kawal komputer kiter through network. Application ini bertujuan supaya sebarang support dapat diberi melalui jarak jauh. Namun trojan akan activate application ini supaya hacker dapat access computer kiter.

Trojan mempunyai appearance, function and attitude yang paling banyak dalam senarai Malware. Antaranya termasuklah meng-install Malware yang lain (type nie digelar Dropper/Vector), upload/download file, damage other file, allow remote control, spamming, restart computer, lawan antivirus, termasuklah melawan Malware yang lain. Ability Trojan untuk overwrite sesetengah data menyebabkan Trojan boleh setting network computer tersebut menjadi pusat penyebaran Malware, satu keadaan yang dipanggil 'computer zombie'. Ability ini juga yang menyebabkan sesetengah program still rosak walaupun setelah treatment dijalankan, menyebabkan followup perlu dibuat dengan treatment yang lain.

END-USER AGREEMENT
Tahukah anda bahawa sebenarnya Malware yang anda dapat melalui software download sebenarnya telah diumumkan terlebih dahulu? Aktivity Spyware oleh syarikat-syarikat untuk tujuan pengiklanan menimbulkan kontroversi samada mereka berhak mengambil data-data pelanggan untuk tujuan pengiklanan. Sesetengah software memang menyatakan perkara ini di dalam End User Agreement namun kerana memang diketahui tidak ramai yang peka untuk membacanya, user sebenarnya ditipu hidup-hidup.

CAMOUFLAGE
Sebagaimana data komputer yang lain, Malware mempunyai ciri 'dapat dikesan'. Samada dikesan dalam bentuk sedang 'running' atau dikesan dengan mata kasar - jelas terpampang icon Malware tersebut. Trojan bagaimanapun memiliki keupayaan memasang rootkits untuk meng-disable Task Manager dan Folder Option supaya kewujudan mereka tidak dapat dilihat atau lebih tepat lagi, kewujudan mereka tidak dapat dihapuskan secara manual. Ini disebabkan Task Manager membolehkan user men-stop program yang sedang running manakala Folder Option membolehkan user melihat system files yang biasanya hidden seterusnya mendelete file Trojan tersebut. Namun sebaliknya berlaku kerana ini adalah salah satu ciri untuk mengetahui bahawa komputer anda dijangkiti Trojan.

METASTASIZING
Dua Malware yang biasanya berupaya merebak atau menjangkiti other computer ialah virus dan worm. Seringkali istilah ini bertukar. Sebagai pemudahcara, sebarang Malware yang merebak melalui network adalah worm manakala Malware yang menjangkiti program lain dinamakan virus. Ataupun, worm merebak secara automatik namun virus merebak setelah user meng-activate file tersebut. Rasanya ada disebut di atas kan?

MALWARE FOR VACCINATION?
Namun di sebalik semua ini, Spyware dan beberapa jenis Malware yang lain digunakan untuk tujuan kebaikan. Sebagai contoh, Microsoft menggunakan Worm untuk mengesan hole atau network pores dalam Windows seterusnya membaiki pores tersebut. Spyware digunakan untuk tujuan Support sekiranya ada masalah - tapi ini masih dalam kontroversi kerana maklumat tersebut dihantar tanpa pengetahuan user. Sesetengah program seperti PCsecurity adalah Trojan kerana mengubah aturcara computer.

MESTI korang makin pening sekarang nie. Macam mane nak beza sume Malware-malware tuh? Huhu. Sebenarnya sume nie hanya istilah yang menunjukkan fungsi. Sebab tu ade sesetengah yang overlap. Tapi kebiasaannya, satu Malware akan install Malware yang lain. Kalau nak tahu nama sebenar dorang, masa antivirus scan tuh, chek laa name dorang. Haha.

Kebelakangan ini, blog-blog tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Aku sendiri naik hairan. Namun aku senyum je laa sebab ada kemajuan. Haha. So bosan-bosan aku tulis laa sesuatu yang ilmiah dan 'membosankan'. Tapi rasanya aku tulis nie maybe banyak yang salah and tak lengkap so baca balik kat rujukan tue. Mende kat atas sedaya-upaya diringkaskan, supaya senang paham serta hanya poin-poin tertentu sahaja diambil. Kepada mereka yang laptopnya dijangkiti virus, bleh laa hantar laptop kat umah. Hehe.

Sekarang dalam ura-ura nak buat majalah bulanan Gen6. Sesape nak menyumbang bleh laa hantar. Kalau ada sambutan insyaALLAH diteruskan. Kalau takde, berkubur laa idea aku tuh. Hehe. Takpun aku buat untuk rumah je - Ganglion Tibb. kalu nak baca, datang laa umah. Tapi dalam ura-ura laa. Bukan betul-betul pun. Lagipun mana nak cari modal beb.

Penah bace bahan pornografi? Tau tak kat mane nak cari? Nantikan next post, aku tulis pasal seks, lucah, porno, dll dsb. Hehe.

Rujukan


Dont ask for it; go win it on your own. Do that, and you'll succed
[Eureka Seven]

Continue Reading

15 October 2007

Salam Aidilfitri 1428H

Ingatan tulus ikhlas Creative Designer

Sedar tak sedar, Ramadhan yang penuh berkat berlalu pergi. Mudah-mudahan Tahun depan kita dapat bertemu kembali. Tahun nie adalah kali kedua aku beraya kat Egypt bumi bertuah nie. Kali ini lagi meriah dari tahun lepas. Sebab masing-masing dah ade rumah sendiri. Haha

Nak kate punyalah semangat raya tue berkibar-kibar, kitorang satu rumah bergotong royong kemas rumah yang dah jadi stor manusia tue. Tapi laporan penuh baca kat blog rumah je laa ye, Ganglion Tibb. Kat sini sesaje je aku nak cite pasal aku kemas bilik.

Sebab kitorang buat dua sesi. 'Team' and 'Personal'. So memula tue kemas laa rumah dulu. Aku kena bahagian dapur. Bengkak ibu jari menyental sume 'gam' yang terlekat kat periuk kuali besen tong sudu garpu sudip mudip tue. Pastu barulah kitorang kemas bebilik memasing.





Sebenarnya takde pe yang perlu dikemas pun sebab bilik aku memang kemas. Wakaka. Tapi kali ini sebab jadi stor terbesar, maka penuh ngan habuk-mabuk. Tapi masa tue memang dah letih so wat ala kadar jer. Lagipun bukan ade orang beraya dalam bilik. Haha. Bayangkan kalau kerja non-stop dari Zohor sampai laa kul 10. Memang laa penat giler.

Tapi kalau penat nampak hasil memang berbaloi. Sedap sikit aku tidur. Haha. Sume tempat disapu. Komputer tu pun nak dibasuh ngan air. Nasib baik still waras. Kalau tak dah lama komputer tu berenang. Pas siap sume mende, still lagi ade yang tak tidur. Masak rendang ngan ayam untuk raya esok laa. Tapi aku tidur awal sebab tak reti mende-mende nie sume. Hehe. Masak nasi himpit tu tau laa.




Wokeh, Selamat Hari Raya buat seluruh Muslim Mukmin yang membaca blog nie. Maaf jasad dan jiwa. Mana tau ade salah silap yang kita tak sedar, yang kita tak terasa, yang kita tak nampak.

Junior aku Syahidah Yusof yang menyambut besday arini pun, Selamat Hari Tua. Terasa cam kite sume celebrate besday dye lak. Haha. Adik aku yang akan menyambut besday minggu depan, Nurul Hafizatul Syafiqah, sori laa, taun nie macam biase, takde hadiah. Abang mithali tak bagi hadiah-miah nie. Huhu

Member aku yang bertebaran di muka bumi nie, sori geng, takleh gi full house sume orang. Tahun depan laa ye. Cikgu-cikgu aku kat Tok Jiring, maaf bebanyak sebab tak pernah salam mintak maaf masa hari raya. Sape beraya kat umah aku, salam cium tangan dapat duit raya. Berapa? Try laa tengok dapat berapa. Hehe. Valid hingga akhir Syawal nih.

To forgive is to give your heart, a space for your hatred
[A Moment to Remember]


Continue Reading

09 October 2007

27 Ramadhan

Hari nie aku penat giler. Ingatkan nak tidur lepas Subuh straight sampai kelas kul9. Tapi mata takleh pejam plak. Guling-guling tepi Hafzi, akhirnya aku sambung anime Ouran High School Club sampai kul8 baru laa rase ngantuk. Pastu tertido la. Akhirnya, melepas kelas Anatomy buat kali ke-4 (ak x penah pegi lg klas anat sblom nie.haha).

Bile bangun jam dah kul10, aku tengok planner baru teringat visa tak renew lagi. Expired 23 September so ari nie ari last aku WAJIB buat sebelum kena penalti LE150 kerana lewat 15 hari. Pastu macam biasa laa, memacam ragam makcik Tahrir tuh. Pegi kaunter nie, suh pegi kaunter lain. Sampai kaunter lain, kne fotostat benda lain plak. Penin aku. Nano aku cari kedai taswir. Yang ade kat tingkat bawah penuh ngan manusia. Jumpa jugak kat luar mugamma3' tapi cekik darah. Sekeping 15 qirsy. Ingat ke die nak tipu aku tapi rupenye sume orang kena camtu. Haha.

Dah laa bebudak tahun satu bawak 100++ borang nak bagi kat makcik tuh. Nasib baik laa pujuk rayu diorang diterima maka 100++ borang tue diproses jugak walaupun mulanya hanya 15 je yang dia bagi. Tapi timbul plak masalah bangang yang lain. Visa dorang juz extend 2 bulan jer. Tamat 30 November. Heran-heran. Arab tue dah pening giler kot. Tapi mende nie kitorang sedar masa balik. So kepada Amir ngan Ayu, berjuang lagi laa korang nanti. Haha.


Sampai kat Qasr El Ainy, berlari balik umah amik buku pastu berlari pegi kuliah. Takkan nak ponteng kot. Huhu (ayat macam baik jer). Marathon lagi. Balik kuliah, terus tidur pas solat Zuhur. Straight sampai 1830. Tak caye? Betul, sampai 1830.

Makna nye, orang dah berbuka. Maghrib 1745. Asar pun dah terlepas - 1515. So, macam mana tue? Aku bangun pun sebab Husaini balik ajak pegi Gami3' 3Amru. Dalam mamai-mamai tengah bengong bengang baru bangun tido, aku pun ikut je laa. Solat Maghrib sekali ngan Asar. Bukannye Jama3' Ta'khir laa. Solat tunai cam biasa.

Tunai? Eh, bukan dah terlepas ker? Hak3 memang laa. Tapi syarat wajib solat nombo 3 - berakal alias sedar diri tu sape. Kalu tengah tidur, tak sedar paper. So tak wajib solat mase kiter tidur. Sebab tu takde orang solat dalam tidur. Hak3. Same laa kalau kiter terlepas Subuh. Tapi kalau bangun tidur balik lain citer. Berdosa, kne qada'. So selesai semayang tue, pegi laa Gami3' 3Amru.(tp korg wjb kjut member solat. kang ade je pnyalahtafsirgunaan ayt ak nie).

Sampai sana baru laa sedar diri sikit. Malam 27 Ramadhan - Sheikh Muhammad Jibril datang. Penuh manusia. Bertolak-tolak. Bercampur laki pompuan. Macam tengah haji plak. Bercampur tue sebab kitorang kena cross kawasan pompuan untuk pegi kawasan laki dekat ngan masjid. So gune Mazhab Hanafi laa.(sbnrnye tgn ak tlindung ngn sjadah tp ntah cmne pompuan keji tu tetibe cross tgn ye tolak muke ak plak.clake tol).

Tapi bukan nak cite pasal laki pompuan sebenarnye. Nak bagitau yang ramai manusia pegi masa tue. Macam konsert jer. Kalu ulama' pegi Malaysia camne? Kosong padang. Kalu konsert, penuh. Heran kan? Padahal ulama' adalah kebanggaan umat Islam. Artis simbol barat. Heran kan pemikiran manusia?

Sheikh Jibril nie orang kate, qunut die sejam. Masa tue aku ingat ke dalam setengah jam je laa. Biase laa manusia, citer biasenye lelebih. Nah, aku merasai sendiri qunut sejam. Atmosphere mase tue memang lain semacam. Rasa cam nak nangis. Arab lain da stat sebak nangis gile. (dorg bukan nangis sbb bdiri lame). Aku lak yang tak paham base Arab, part yang aku tak paham tue dah rasa sebak, inikan plak part yg aku paham. Kuar gak selai dua. Padahal ayat senang je. "Jadikan kubur kami, salah satu dari taman-taman syurga". Kalau tok imam baca ayat nie, konfem aku gelak gile. Tapi time tu leh rase sdih lak. Power kan influence wali Allah nih.

Tapi memang insaf. Aku ter-reflect balik kekate Husaini "Malam-malam terakhir nih usaha laa sikit." ngan Sakuragi Kenji "Now you have platinum ticket". Allah dah bagi aku pegi Mesir, perlu usaha je sikit untuk dekat ngan ulama'. Kan? Tapi pesal laa rase malas nak wat sume mende-mende nie.

Ok-ok dah banyak aku mengarut nih. Saksikan 7 Ikrar Pengamal Perubatan Muslim. Tak paham maksud bukak kamus.

Get one from PERUBATANonline

Sekarang tengah tensen kehilangan Adobe Photoshop dari komputer aku. Sedih giler babeng. Rase nak mati. Photoshop, pulanglah.

Now you have a Platinum ticket in your hand. It's up to you to board the train or not
[Sakuragi Kenji, Dragon Zakura]


Continue Reading

23 September 2007

Ulangtahun Fly2Egypt

Semalam genap setahun aku menjejakkan kaki di bumi anbiya' nie. Pejam celik pejam celik dah setahun aku meninggalkan Malaysia, meninggalkan insan tersayang demi bergelumang debu kat sini. Haha.

Semalam juga menyaksikan kuliah tahun dua bermula, maka bermulalah hari-hari untuk aku belajar mendaki tangga ke syurga sanah tani. Sekaligus menyaksikan aku bergelar senpai. Bebudak tue pun rasanya dah OK kot kat Madinah Fustat tue. So tak perlulah aku menjadi sebahagian daripada isu terbaru - Junior Dimanjakan/Senior Memanjakan/Senior Penyayang yang hangat disembangkan bila bercakap mengenai bebudak baru.


Semalam juga rasanya dah seminggu lebih pose. Ramadhan kedua aku kat Mesir nih. Benda yang sama tapi kali ini dengan rasa yang berbeza. Tahun lepas pose kat Asrama Rumah Malaysia Abbasiah (ARMA), tahun nie pose kat Mounira plak. Dulu berbuka makan free kat masjid ARMA, sekarang berbuka di rumah berbayar. Haha. Kalau dulu Maidah Rahman dengan 3isy, sekarang Maidah Rahman dengan nasi daging. Kalau dulu tolong angkat barang sebab nak blah dari ARMA, sekarang angkat barang sebab nak blah dari rumah lama.

Dalam kehangatan memulakan kuliah, sempat lagi aku meneruskan [To Do] yang tertangguh - beli Desktop. Berbekalkan LE3600, maka aku pun pergi laa ke Roxy bersama Aman Mazian. Dalam bajet, desktop yang bakal dibeli berharga LE3300 namun AlhamduliLLAH dapat LE3200. Credit kepada Aman Mazian sebab tolong aku beli. Huhu



  • Intel(R) Core(TM)2 Duo 2.0GHz 2.0MB Cache
  • HDD 320GB
  • 1.0GB of RAM
  • Motherboard Gigabyte S-Series
  • DVD-RW 18x NEC
  • Monitor LCD WideScreen 17'
  • Multimedia Speaker 2.1
  • Sony Optical Mouse
  • Creative HeadPhone


Kuang3 kuliah stat baru nak beli. Makin lagho laa aku camni. Sekarang dalam misi mengutip kembali file-file aku yang bertebaran di seluruh Cairo dalam laptop manusia lain. Haha. Juga seterusnya mungkin mengutip drama-drama yang best. Hua3 makin lagho.

Dalam kegumbiraan komputer baru, internet lak lembap. Tak pernah ku mengalami direct download 500b/sec. Nak sampai 1kB/sec bukan main payah. So tak mendownload laa camnie. Isk3. Nak tukar ADSL512kB bukan senang. LE190 nak cari kat mane? Dah laa elaun tak naik. Huh dasar kerajaan. Kerenah birokrasi tol. Takpe2 fokus lebih kali nih pada stadi. Tahun nie mesti lebih baik dari tahun lepas. (Tapi tak yakin je, sbb asyik main game je dua tiga hari ini)

So Selamat Berpuasa buat mereka yang dapat berpuasa. Mereka yang diberi cuti sakit, jangan asyik cuti jer. Dah laa solat tak cukup, puase pun tak cukup jugak. Pastu tahun depan, mule laa nampak alim di bulan Syaaban berpuasa tetiap hari - padahal ganti puasa. Haha. Semoga kita semua bertemu Lailatul Qadar InsyaALLAH.



Buat mereka yang fly ke Egypt pada 23hb September 2006 bersama aku tahun lepas, Selamat Menyambut Ulangtahun. Sama-sama kita fikirkan, setahun berada di Mesir nie - apa yang kita perolehi. Berbaloi ke setahun kita meninggalkan awek tersayang, dengan apa yang kita perolehi, untuk membimbing dia, keluarganya dan keluarga kita, bersama-sama meniti tangga ke syurga.

Dont say "we have ONLY one year", but "we STILL have one year", to step our foot in Todai
[Sakuragi Kenji, Dragon Zakura]


Continue Reading

10 September 2007

Bajet 2008: Elaun sara hidup siswa naik hingga 84 peratus

90,000 pelajar IPT semua peringkat kursus dapat manfaat

KUALA LUMPUR: Lebih 90,000 pelajar tajaan kerajaan di pusat pengajian tinggi tempatan akan menikmati kenaikan elaun sara hidup antara 23 peratus hingga 84 peratus, berkuat kuasa mulai semester pertama sesi 2007.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kadar baru itu membabitkan pelajar semua peringkat, termasuk yang mengikuti kursus persediaan dan kursus bahasa.




Elaun sara hidup bagi pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada pula dinaikkan sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuat kuasa bulan ini.

Pada masa ini, kerajaan menaja 17,000 pelajar di universiti luar negara dan elaun sara hidup pelajar di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan sudah dinaikkan tahun lalu.

Abdullah juga mengumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meningkatkan jumlah pelajar Ijazah Pertama tajaannya di universiti tempatan daripada 5,000 setahun kepada 10,000 orang mulai tahun depan.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM12 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pengajian tinggi termasuk meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di empat Universiti Penyelidikan.


Kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mencapai sasaran 200,000 pelajar menjelang 2010, manakala Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan akan dinaik taraf.

Perdana Menteri berkata, kolej komuniti pula akan dijenamakan semula melalui penyediaan kursus pada peringkat diploma dan menggiatkan kerjasama dengan syarikat swasta.

Abdullah turut mengumumkan mulai tahun depan, skim pinjaman buku teks akan diperluas kepada semua pelajar tanpa mengira jumlah pendapatan ibu bapa atau penjaga mereka.

“Peluasan skim ini akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta pelajar pada masa ini,” katanya.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan pendidikan percuma bagi semua, beliau juga mengumumkan pemansuhan yuran bagi sekolah rendah dan menengah mulai sesi persekolahan tahun depan.

Selain itu, kerajaan akan memansuhkan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dimansuhkan dalam Bajet 2007.

“Bagi memastikan setiap pelajar mendapat peluang menyertai aktiviti kokurikulum beruniform, kerajaan akan memberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan ke bawah,” katanya.

Abdullah berkata, kerajaan juga akan mewujudkan 60 sekolah kluster sepanjang tahun depan dan setiap sekolah berkenaan masing-masing akan menerima peruntukan RM500,000 untuk membiayai aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran.

Bagi memartabatkan profesion keguruan pula, kerajaan mengumumkan peningkatan elaun guru pendidikan khas daripada RM100 kepada RM250 sebulan, manakala kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah dinaikkan daripada RM85 sehari kepada RM150 sehari.

Selain itu, kerajaan akan memberi elaun RM60 sejam bagi guru lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lulusan diploma yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, khidmat guru bersara tetapi masih boleh menyumbang juga akan dimanfaatkan dengan mengambil mereka berkhidmat sebagai guru ganti dan tenaga pengajar untuk guru pelatih.

Bagi menghargai usaha badan amanah dan pertubuhan amal yang membiayai dan mengurus dengan baik sebilangan sekolah rendah dan menengah pula, kerajaan mencadangkan sekolah berkenaan diberi pengecualian cukai pendapatan.

“Pengecualian ini akan memberi manfaat khususnya kepada sekolah Cina dan Tamil serta sekolah agama,” katanya.

Secara keseluruhan, RM30 bilion disediakan untuk Kementerian Pelajaran dalam Bajet kali ini yang turut merangkumi peruntukan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program Sekolah Cemerlang, memartabatkan profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.

Sumber: Berita Hairan

-=-=-=-=-=

Pelajar Perubatan kesal kenyataan Perdana Menteri

KAHERAH: Pelajar-pelajar di negara Mesir khususnya pelajar perubatan tajaan JPA amat kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan elaun pelajar tajaan kerajaan di Mesir telah dinaikkan tahun lepas.

Ini berikutan elaun sara hidup di Mesir tidak pernah naik malah berkurangan sedikit demi sedikit ditambah pula dengan kejatuhan nilai USD di pasaran antarabangsa. Menikut kajian yang dijalankan salah seorang pelajar, elaun pelajar perubatan Mesir berkurang daripada RM840 kepada RM790 mulai awal tahun ini. Ini menimbulkan kehairanan kerana mengikut perjanjian, kerajaan WAJIB menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM840 sebulan malah jumlah yang diterima dalam USD akan ditukar mengikut nilai tukaran antarabangsa.



Tertulis di status YM, salah seorang senior menyifatkan perkara ini sebagai 'bull****'. Ada juga yang menyatakan isu ini sebagai 'permainan politik semata-mata' berikutan kehangatan pilihanraya umum yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Menyentuh perkara ini, pelajar-pelajar perubatan di Mesir telah lama memohon kenaikan elaun sejak 165 tahun yang lalu namun masih belum diluluskan kerajaan. Malah lebih memburukkan keadaan, mereka dihentam balik dengan slogan 'kena manage' elaun sara hidup yang diberikan. Pegawai wakil kerajaan tersebut memberi contoh yang langsung tidak berasas dengan menyeru pelajar-pelajar makan Maggi separuh pada waktu pagi dan separuh lagi pada waktu petang.

Bercakap di perjumpaan pegawai JPA bersama pelajar baru-baru ini di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, pegawai JPA tersebut memberitahu bahawa permohonan telah dibuat oleh JPA namun kementerian belum meluluskannya. Sedikit sebanyak melegakan pelajar kerana keprihatinan JPA dalam masalah ini. Namun segalanya jelas kini bahawa usaha menaikkan elaun tersekat di kementerian.

Andaian juga dibuat jika kenyataan Perdana Menteri tersebut benar, ke manakah perginya duit pelajar-pelajar selama ini yang bernilai jutaan ringgit? Adakah dimakan kroni-kroni kerajaan seperti yang biasa dilakukan dengan projek kerajaan yang lain atau dicuri di pertengahan jalan?

Pendapat salah seorang pelajar pula, jika kenyataan tidak berasas dan bersifat menipu ini terus dikeluarkan Perdana Menteri, tidak mustahil pelajar luar negara khususnya Mesir tidak akan mengundi Barisan Nasional buat selama-lamanya apabila pulang ke tanah air.

Permohonan kenaikan elaun sara hidup dibuat berikutan kenaikan harga barang dan sewa rumah sebanyak dua kali ganda malah kebanyakan rumah berharga LE1000 ke atas dan tidak mafrusyah* berbanding zaman dahulu kala di mana harga sewa rumah hanya LE100. Ketidakbolehan JPA membayar private tuition pelajar juga mendorong mereka memohon kenaikan elaun demi mendapatkan secebis kecemerlangan dalam pelajaran. - TANPANAMA

*mafrusyah - fully furnished

Continue Reading

27 August 2007

Kemerdekaan dan Realiti Kehidupan

Salam buat mereka yang terbaca post nie. Dah lama ku tidak meng-update blog nie - terbengkalai begitu sahaja. Saja meng-offine-kan diri buat sementara. Guna internet hanya pada mende yang perlu je. Kemalasan menulis ditambah ngan kesibukan melukis membuatkan diri ini tak semangat.



Hari Kemerdekaan ke-50 hampir menjelang tiba. Duduk kat Mesir pun terasa sambutan perayaan tersebut sebab PMRAM menganjurkan beberapa program. Tak masuk pun, just jadi sebahagian dari pelaksana - hakim Pidato BI. Akhirnya Bai yang jadi juara. Wakaka macam ter-bias pulak. Tapi takpe laa, ade jugak pengalaman jadi hakim.



Semua orang tahu suasana dan keadaan di Malaysia sekarang nie. Di samping kemajuan yang ada, kerosakan turut berlaku. Dulu dalam PSI ada belajar Istidraj - nikmat yang ALLAH bagi untuk menyesatkan lagi manusia, contoh Firaun. So kekadang aku terfikir gak, nikmat kemerdekaan yang kita ada sekarang nie Istidraj atau tak. Na3udzubillah.



Pada nama, bunyinya sedap - Kemerdekaan ke-50. Ataupun bagi mereka yang intelektual sikit, Jubli Perak (eh ke Emas?). Tapi realitinya kita masih dikongkong barat. Penjajahan minda. Kemerdekaan sebenar adalah apabila Islam ditegakkan, diamalkan dalam kehidupan. Tapi pengaruh barat meletakkan Islam sebagai kongkongan. Sedangkan Islamlah yang menjamin kemerdekaan manusia. Agar tidak melampaui batas.



Nak wat camne, dari kecik lagi diasuh mengikut barat. Dunia diutamakan, akhirat dipinggirkan. Kekadang aku bersyukur sebab melalui jalan SMKA - walaupun aku rasa ini adalah jalan wajib seluruh pelajar yang mengaku Islam. Tolak ke tepi jalan SMK. Itu hanya jalan manusia yang tidak ingin kepada agama. Tapi sekarang SMKA seolah-olah Henry Gurney. Pelajar bermasalah dpindah ke SMKA. Tindakan yang tepat. Tapi bila mereka buat masalah di situ, kerajaan campur tangan. Silibus ditukar. Akta digubal. Semuanya mencemarkan jalan agama. Akhirnya yang diharapkan berubah, kekal dalam kejahilan, yang melalui jalan lurus mula meyimpang.



Segalanya hanya pada nama. Sambutan kemerdekaan dibumi anbiya' kali ini bakal disambut dengan kehadiran 278 muka baru (awek baru??). Menjadi tanggungjawab kami, untuk mendidik mereka. Agar kekal dalam jalan Nabi Musa, dan tidak sekali-kali tergelincir ke jalan Firaun.





22hb meeting AJK Pelaksana (ditukar dari AJK Induk sbb JPMK mrampas name tue dari kitorg - isk3) yang menyaksikan sume Pengarah Unit kena bagi laporan. Aku tak prepare pape so main bantai je sampai beberapa point penting tak tersebut. Tapi ade pulak manusia yang bermulut laser - "ape die cakap entah, tak paham". Berpuput suara itu di cuping telinga aku, berlalu di bawa bahang saifi. Bahasa aku tak OK ke? Tak formal sangat kot - biasa laa bile tak prepare memang keluar sume point mengarut.



Pastu dalam meeting tue jugak dapat banyak kerja sampingan - video klip lagu tema, presentation flash PERUBATAN, presentation Persatuan di Mesir dll dsb ditambah ngan kerja sedia ada, tak tahu laa sempat ke tak siap sebelum 31hb nie. InsyaALLAH sempat. ALLAH sentiasa bersama ku. Tapi pelik jugak, dikala sume unit diringankan beban oleh JPMK, unit aku lak jadi bertambah beban. Haha



Habis meeting petang, pas mahrib bertolak ke Alex untuk daurah kitab Ayyuhal Walad (sesetengah dicetak Ayyuhal Walad Muhibbu) karangan Imam Ghazali. Sebenarnya kitab nie merupakan surat Imam Ghazali kepada salah seorang anak muridnya. Nipis je tapi banyak point kehidupan yang boleh diambik. Lagipun Ustat Fuad tue agak best. Tapi macam Imam Ghazali sebut di awal kitab, baca dan belajar memang senang tapi nak amal tue memang payah. InsyaALLAH slow2 kite amalkan.



Takkan pergi Alex duduk sesaje jer. Tak berbaloi laa. So pergi laa jenjalan sikit-sikit. Tapi tak ambik gambar sebab takde spot menarik. Sesape yang nak honeymoon kat Miami bleh laa datang sini. Pantai nama Miami. Murah pun murah. Lawak giler. Tapi overall bleh nampak beza Alex ngan Cairo. Tapi biar betapa jauh, hatiku tetap di Cairo. Huhu



Sedap betul aku mencarut. Langsung takde kena mengena ngan tajuk. Haha. Ha, sekarang nie aku rasa suke giler. Sebab aku dapat melihat wajah dia sekali lagi. Wajah yang menyejukkan mata.Hmm sukenye. Eh memiangkan diri lak aku nie. Ok, till next time. Seminggu lagi kot, sbb klimaks SPB 2007 dah dekat. Update terbaru SPB:

  • Cairo 128 - JPA 100, MARA 28
  • Alex 150 - MARA 150
  • ETD - 1000, Friday 31081007
  • ETA - 1800, Friday 31082007


Ok sebelum aku blah, renungkan ayat nie buat mereka yang terasa keseorangan.



Di mana saja kau berada, apa saja yang kau lakukan, kita tetap berada di bawah langit yang sama

[lupelaadarimaneakuamik]
Continue Reading

08 August 2007

Dulu Disambut, Sekarang Menyambut~

Masih ingat lagi sewaktu kita masih lagi kecil? Sebesar telapak kaki ibu (Eh tu kecik sangat) - sebesar lengan bapa? Masa tu kita baru je keluar dari alam rahim. Siapa yang menyambut kita masa tue? Doktor? Atau bidan kampung? Atau moden lagi bapa kita sendiri yang menyambut kita.



Kalau anak sulung, mesti masa tue bapa kita ada bermacam-macam perasaan - gembira (da jadi bapa aku nie), sedih (alamak, bertambah beban sorang lagi), bimbang (bini ngan anak aku selamat ke tak) atau selamba je (kontrol laa). Kalau anak bongsu - lebih-lebih lagi anak nombor empat belas, nie payah sikit nak cerita. Kalau dah berpuluh tahun tak dapat anak, feeling tue datang balik. Kalau dah selalu - wat macam biasa je laa. Tapi anak bongsu laa yang paling dimanjakan. Anak sulung lak didera secukup rasa. Tak setuju? Mampus korang laa - nie pengalaman aku jer.



Apa kaitan aku mencarut nie dengan tajuk post? Haa cuba teka. Walaupun aku belum kawin tapi akhirnya dapat juga aku merasa pengalaman menyambut pelajar baru. (PEMBACA: apa kaitan pelajar baru ngan kawin? nak kena bunuh budak nie) Disebabkan oleh bebudak first year yang ramai balik maka aku pun dilantik laa (kenyataan ini kurang tepat kerana aku memang selalu dipaksarela jadi AJK).



Pada mulanya aku dengar cerita dari Copuk - nama aku takde dalam senarai AJK maka dia (dan manusia lain) tak puas hati. Sebab ape? Biasanya nama aku secara auto akan ada dalam AJK memana program - jangan tanya sebab aku pun tak tahu kenapa. Masa tue sedih gila babeng ar (padahal dalam hati suke gile sebab akhirnya aku bebas), kesedihan tue membuatkan aku nak menangis (air mata gembira laa). Tapi last seminit aku dapat kol dari Abg Kadir suruh datang Meeting AJK Induk.



Mampus - masa tue baru di tahap satu. Sebab sebelum nie just jadi AJK bawahan je so perasaan tue macam biasa la. Maka bertolaklah aku dengan Copuk. Lepak-lepak, makan-makan, sembang-sembang maka start meeting. Buka kertas kerja - PENGARAH UNIT TEKNIKAL DAN AUDIOVISUAL: Muhammad Hafiz Adam



Mampus - level dua. Tak-bleh-blah. Woi aku mana pernah jadi pengarah. Jadi kuli pernah la. terima arahan, buat. Senang dan tak pening. Tak biasa laa jadi pengarah nie. Bidang tugas apa, apa kena buat, sume tue bermain dalam kepala hotak aku. Sebelum tue dah tahu jadi Unit Teknikal & AudioVisual. Macam biasa la - muka Teknikal. Takde orang lain agaknya. Ok aku pun merilekskan diri buak lagi kertas kerja tue.



Mampus - tahap tiga. Pengerusi majlis? Wat meeting? Wat laporan? Lantik ahli? Ha baru aku ingat, jadi pengarah memang laa kne wat meeting sendiri - camne laa aku bleh rileks tadi. Adeh bodoh bodoh bodoh. Satu lagi mende yang aku tak pernah buat. Pengerusi mesyuarat. Memang aku tak biasa so macam blank ar. Rileks Dinmat, ko kan power (Ceh nie ayat membajetkan diri untuk meraih segenggam kekuatan - ayat pun da poyo da). So rileks laa.



Abis cite pasal tue. Cerita ceriti di atas telah ditokok tambah dengan izin penulis sendiri sebagai ajinomoto untuk mempersedapkan lagi cerita yang diceritikan. Kesimpulan dari cerita di atas - macam biasa aku bercerita pasti ada kesimpulan di akhirnya, err entah laa apa kesimpulan dia ekk. Hehe



Waa sebelum nie aku just jadi AJK kecik yang menerima arahan pastu buat je. Dulu aku rasa "ler, aku lagi yang wat mnde nie. pengarah wat bodo je" - tak le sampai rasa pengarah tak wat pape tp cam die wat keje senang je. Last2 kau jadi pengarah baru kau tau. Bab-bab wat decision nie yang aku lemah nie. Wawawa aku rela jadi kuli dari jadi tuan. Senang hidup aku.



Tapi yang heran, memula rasa cam malas nak jadi AJK tapi macam biasa naluri seorang AJK (bajet gile) rase best plak. Bukan best nama AJK tue tapi best sebab ade jugak keje untuk aku. Huhu. Mula laa timbul idea-idea lucah sampai macam nak take over Unit lain plak. Padahal Unit sendiri tak terurus. Wakaka. Takpe idea lucah tue boleh diusulkan kepada mereka. No hal la.



Sedikit maklumat mengenai pelajar baru. Info nie bukannya confidential. Mana laa tau kekalau ada bebudak baru TERjumpa post nie - seperti Yuci yang dikacau sorang makcik sebab anak dia bebudak baru (atau makcik tue sebenarnya adalah bebudak baru yang menyamar) maka mungkin akan ada pembetulan. Hehe.

  • Cairo 128 manusia
  • Alex 178 manusia
  • Flight pertama 1hb 9 2007
  • Flight kedua 6hb 9 2007


So, apa pengajaran post kali nie? Takde pe. kekadang manusia kena berfikir untuk mempertajamkan minda. Check quote kat kanan nie. Maybe ada sedikit kaitan. Hehe. Ok sebelum blah dan aku wat kerja lain, baca dan fikir makna quote nie -



Words are the coins making up the currency of sentences, and there are always too many small coins.

[answers.com]
Continue Reading

27 July 2007

1st Year Final Exam Result

"Hafiz, hafiz. Bangun ler. Sif dah call bagitau result dah kuar. Cepat siap."

Arif berlalu menuju ke biliknya. Hafiz terpisat-pisat di birai katil. Jam handphone menunjukkan pukul 2.30 petang. Bahang dari luar dapat dirasakan melalui tingkap bilik yang terbuka. Panas membakar tubuh kurusnya. Perlahan dia bangkit dan mencapai tuala.

Keputusan peperiksaan akhir tahun bagi tahun satu Fakulti Perubatan, Universiti Kaherah dijadualkan keluar pada 26 Julai 2007, iaitu hari Khamis. Keputusan dapat dilihat di papan kenyataan yang mempamerkan keputusan seluruh pelajar.


Teksi berhenti di hadapan pintu gerbang Kasr El Ainy, School of Medicine. Hafiz keluar disusuli Arif dari pintu belakang. Manakala Rahman keluar dari tempat duduk hadapan setelah membayar LE4. Setiap langkahan mereka diiringi debaran di dada. Semua mengharapkan keputusan yang terbaik.

Perkarangan universiti tidak sesibuk mana hari itu, walaupun kelihatan pelajar-pelajar Arab seperti biasa. Pelajar Malaysia tidak kelihatan kerana kebanyakan mereka telah pulang ke Malaysia lantaran kekayaan yang ada pada mereka. Perbezaan taraf hidup menyebabkan ada beberapa orang yang menetap di Malaysia sepanjang cuti nie.

"Alamak, kat mana pulak name kite nie?", soal Hafiz.

"Cari je budak Melayu, senang cite." Sekali lagi Arif menunjukkan kebijaksanaannya.

Akhirnya di kejauhan mereka ternampak Syafiq disatu sudut sedang mengintai keputusan. Maka pantaslah kaki mereka bergerak mendapatkan sahabat mereka itu.

"Woi mumtaz! Camne?" tegur Hafiz sebaik sahaja mereka hampir dengan Syafiq.

"Tengok je laa sendiri."

Maka mereka pun mencari keputusan masing-masing. "1600... 1620... 25... 29... 30.. Ha ni dia."

Muhammad Hafiz Adam, 2006891631 - Jayyid

  • Anatomy - Jayyid
  • Physiology - Jayyid
  • Biochemistry - Jayyid Jiddan
  • Histology - Jayyid




Haa mesti korang pening kepala baca menatang ape laa Jayyid tuh. Aku tau korang nie bukan belajar kat sini. Ok sistem exam kat Cairo U tak gune pointer tapi gune grade. Cam A1 A2 B3 B4. Berikut ranking mengikut keutamaan.

  • Mumtaz
  • Jayyid Jiddan
  • Jayyid
  • Maqbul
  • Rasib aka Gagal


Pastu ade dua taqdir (result). Satu untuk Am (Keseluruhan) dan satu lagi mengikut subjek. Korang bolehlah bace sendiri. Biasenye kalau orang tanye, takde laa sebut satu-satu. Juz bagi taqdir am je. Jadi kalau korang tnye aku cmne final, aku dapat Jayyid je laa.

Waa keluar result menyebabkan aku jadi lega gila. Maka tak perlulah stadi untuk kertas ulangan September nih. yang aku kena pikir sekarang nie, macam mane nak bagitau family supaya aku tak kena blebel. Hehe.

Tapi dalam kegembiraan ada kedukaan. Biasalah adat exam. Ada yang lulus ada yang fail. Sedikit terkilan bila ade member yang tersangkut kena mengulang paper. Maybe ade hikmahnya. Saat inilah kita akan tahu siapa kawan siapa lawan. Siapa akan terus menyokong dari belakang. Saat ini juga kita akan tahu siapa yang tak mampu bertahan, kecundang di tengah jalan. Kepada mereka yang akan menghadapi dur tani September nie, all the best untuk korang.

Maka bila dah dapat result banyak laa mesej masuk. Ada yang tanya result, ada yang tanya result mereka (Ni manusia yang balik malaysia laa, sape suh balik. Bod), ada yang melemparkan ucapan tahniah. Tapi yang paling aku benci dan mengguris hati sekali adalah ucapan tahniah. Kenapa?

Bayangkan di saat semua manusia dapat Mumtaz, Jayyid jiddan dan kita hanya dapat Jayyid. Ucapan tahniah umpama sindiran tajam menusuk hati.Menikam nikam hati itu. Bish bish bish. Darah terpancut keluar. Tapi manusia yang kejam itu masih lagi tersenyum, menikam hati berulang kali. Semahunya. Selepas selesai, datang manusia lain menyambung. Umpama dirogol beramai-ramai. Pilu aku rasa.

Aku lagi suka kalau zaman dulu. Konfem Sting kutuk aku sambil berbangga dengan result dia. Konfem dia gelak-gelak. Aku pun turut sama gelak. Pastu dia akan kata, "Tu la mung, baca komik lagi." Padahal dia pun sama, baca jugak. Nampak menyakitkan hati. Tapi aku lagi suka macam tue. Masa tue orang akan dedahkan kesilapan kita selama nie. Kesilapan yang perlu kita baiki. Haha kisah zaman silam. Tak perlu diingat

Ha sesiapa yang ingin melihat keputusan penuh, ianya akan disiarkan dalam beberapa hari lagi di Laman Web Universiti. Jadi bolehlah korang tengok kehandalan member aku kat Egypt nie yang dapat Mumtaz, Jayyid jiddan je belake. Aku sorang je Jayyid. Tekan Ctrl+F pastu taip ID aku 1631.

Ha dalam menerima result nie, aku dah terpengaruh dengan Tales of Pirates, game online. Selama nie aku memang benci gile game online. Tapi kenapa ntah bleh terpengaruh, aku pun taktau. So dengan pengaruh itu, aku pun mula mengabaikan Portal PERUBATAN. Maybe lain kali je aku update portal tuh. Lagipun internet asyik putus-putus. Nak administrate portal tak best, nak main game lagi laa tak best.

Ok jumpa lagi dalam post seterusnya. Buat renungan,

Titis air mata ini, tidak akan melemahkan lagi semangatku


Continue Reading

20 July 2007

Cuti

Cuti telah berlalu 2 minggu lebih. Masih berada dalam keboringan. Internet menjadi jem, cuaca semakin lama semakin panas - macam biasa, elaun yang dikatakan telah masuk tak nampak lagi batang hidungnya (duit memang takde hidung). Debu-debu Mesir semakin lama semakin sedap di sedut. Haha.



Ok sementara menanti Subuh nih meh dengar cerita ceriti aku sepanjang suku pertama cuti nie. Tugas pertama yang telah lama dinantikan, secara rasminya diterima minggu ini - building PERUBATAN website. Walaupun tak pernah guna script Joomla! tapi try jugak laa buat sikit-sikit. Secara tidak langsung penggunaan internet adalah diwajibkan. Untuk menggunakan internet kena laa ada komputer/laptop. Namun kedua-duanya aku takde. Wakaka. Maka terpaksalah aku menumpang laptop mana-mana manusia yang baik hati dan mencuri line internet rumah diorang. Terima kasih sume. Tapi kekurangannya - banyak benda yang aku perlukan takde. Maklumlah komputer orang, bukannya sama ngan komputer sendiri. Ada software yang takde, image yang terhad, nak guna pun bukan 24/7. Kesimpulannya, belilah komputer sendiri.



Tapi nak beli komputer tuh ade problem jugak. Cuti menyaksikan pengurangan penduduk Malaysia di Mesir hasil penerbangan mereka pulang ke Malaysia. Maka beberapa insiden tidak diingini terjadi. Walaupun tragedi on-flight seperti kena hijack, terhempas di pulau, dibelit ular atau tersasar laluan ke angkasa tidak berlaku namun tragedi pre-flight telah berlaku. Beberapa manusia yang telah menempah tiket tidak mendapat tiket mereka walaupun mereka akan fly dalam masa beberapa jam sahaja lagi.



Tiba-tiba last seminit sebelum fly mereka dimaklumkan bahawa tiket mereka telah pergi dan tidak akan kembali lagi untuk selamanya. Inna lillah. Kita merancang, ALLAH yang menentukan. Maka menangislah manusia-manusia itu kerana bayangan lambaian Malaysia semakin lama semakin pudar, lenyap dari pandangan. Maka orang kaya PERUBATAN pun tampil membantu. Aku pun turut sama walaupun miskin. Tiket pun dibeli on the spot. 500 yang aku hulur pergi bersama kepedihan di hati umpama dihiris pisau lipat yang digunakan untuk mengasah pensel. Aku memang miskin sebab orang lain sume derma tak kurang dari LE2000 seorang. Maka terbanglah mereka dengan aku terpaksa merombak plan pembelian komputer. Pengajaran dari cerita ini adalah - beramallah walaupun pahit.



Kemudian, dalam beberapa harini aku telah berjaya menghabiskan sebuah buku. Rasanya buku-buku yang lain akan dihabiskan dalam masa 3 tahun lagi. Hehe. Buku lain tak habis lagi tapi buku baru dah dibeli. Berjalan-jalan melalui Metro cukup menginsafkan. Poster-poster kempen membaca tertulis 'el Qiraah lil mustaqbal' (mambaca demi kemajuan) cukup menyentap hati. Dah lama kegilaan membaca ditinggalkan. Sejak form3 aku dah stop membaca buku ilmiah. Pengaruh teknologi laa tu. Hehe. Teknologi tidak bersalah, kita yang menyalahkan ia. Jadi jom sesama baca buku!



Di samping kebosanan yang melanda, Bazaria KPKM yang berlangsung 4 hari dan berakhir 19hb tadi cukup menyeronokkan. Seolah-olah ada kerja yang boleh dilakukan. Ada juga pengalaman yang boleh dikutip. Ada juga laluan tremco yang baru diketahui. Boleh jugak makan free. Layan ABC sudah semestinya. Menu wajib bazaria. Nasib baik 4 hari. Kalau sebulan boleh kena diabetes aku. 2 hari aku menolong, 2 hari aku layan ayam panggang. Kekadang program seperti ini best jugak di-joini. Sekadar mengeratkan ukhuwwah. Juga belajar menguruskan program serta diri sendiri.









Juga tugas baru telah diterima - mengumpul result exam bebudak gen6. Desas desus khabar angin gosip liar fitnah jalanan mengatakan bahawa result akan kuar next week. Debaran semakin terasa. Siapa akan meneruskan cuti, siapa yang akan tersekat dengan dur tani? Segalanya akan terjawab nanti. Tapi aku masih lagi ragu-ragu sama ada bebudak nie akan memberi result mereka atau tidak. Maklumlah kemaluan mereka amat besar. Sesama member pun nak berahsia. Lagi-lagi pompuan. Aku dapat rasakan mereka memandang serong lelaki. Aku selaku Raja Kegelapan dapat melihat pemikiran kotor mereka kononnya lelaki tak boleh dipercayai - mereka akan menyebarkan result yang teruk kepada manusia lain malah menjadikan ia sebagai bahan gurauan. Pemikiran yang langsung tidak sistemik. Apa kejadahnya nak buat mende lagho camtuh. Last last kawin ngan laki gak nanti. Lagi banyak rahsia yang terdedah.



Maka satu rancangan jahat terpaksa aku lakukan. Jom menculik result yang ditampal di papan pengumuman. Hehe. Sama ada terlaksana atau tidak, kita lihat je nanti. Lagipun bebudak nie balik pertengahan bulan 9 paling awal sedangkan pihak atasan nak dalam bulan nie jugak so pepandai laa nak hidup. Hehe.



So sebelum aku mengakhiri post kali ini dan sembahyang subuh, renungi balik WoW di bawah. Popular tapi berapa ramai yang melaksanakannya?



Plan your work, then work your plan

[ntahdarimanentah]
Continue Reading

05 July 2007

Night of Appreciation

Maka pada 4hb Julai telah selesai segala exam. Sedar tak sedar dah setahun aku berada kat bumi Egypt ni. Dah cuti pun. Seperti baru semalam kita menangkap ikan di laut dalam. Eh silap, seperti baru semalam kita huha huha di Intec. Seperti baru semalam kita meredah hutan bangunantara dari ARMA ke kuliah. Sperti baru semalam kita lepak reramai belajar Anat.



Berakhirnya kuliah dan bermulanya cuti menyaksikan aku tak tahu nak buat apa sedangkan semua member dah siap plan nak buat apa - balik Malaysia, pergi umrah, pergi mengaji, pergi 'dengo' dll dsb. Aku? Entah lah.



Ketibaan cuti juga membolehkan aku menyambung balik update blog umah yang terbengkalai, menyambung kembali usaha download - currently downloading TMD, menyambung kembali keaktifan forum, menyambung balik pembelajaran Photoshop dan Flash, menyambung balik pembacaan buku-buku yang belum dibaca, dan menyambung balik tidur yang terganggu dua tiga minggu kebelakangan ini.



Juga semalam telah berlangsung majlis terakhir untuk kitorang, Night of Appreciation NoA 2007. Bertempat di Fish Boat Abou Zaed, El Kurnish, Misr El Qadima yang nyata sekali berbeza dengan makan buffet kat Malaysia. Bermula jam 2100 dan berakhir 2330, majlis kali ini mendapat banyak kutukan dan pujian daripada seluruh pihak. (peluang nk mngutuk tiba)



Jadi soalannya, bayangkan anda berada di majlis tersebut dan tiba-tiba pengerusi majlis, saudara Eckm menjadi bingung dan tersilap kata "now i would like to call upon Muhammad Hafiz Adam, our souvenir designer to deliver his speech". Anda dengan muka tak tahu apa-apa berdiri dan kaku seketika. Lalu pengarah majlis, saudara Otai juga Saif, pengerusi Gen6_MdCairo memberi rangsangan dan kata-kata semangat agar anda memberi ucapan. Dewan juga bergemuruh dengan sorakan sahabat dan musuh anda. Langkah anda menuju ke pentas diiringi seribu sumpahan dari dalam diri anda sendiri. Tuliskan ucapan anda itu sespontan mungkin, agar menjadi halwa telinga sahabat dan musuh anda pada malam itu. Ucapan anda hendaklah tidak melebihi kepanjangan dan tidak kurang dari kekurangan.



"Salam sumer. Heh, pertamanya terima kasih kepada pengerusi majlis, sahabat saya Eckm kerana berjaya mengenakan saya pada malam ini. Jadi tak nak berucap panjang, sekadar ucapan pengahrgaan buat sahabat-sahabat serta musuh-musuh yang menyokong saya selama nie.



Juga sedikit pembetulan, cenderahati yang anda pegang sekarang ini bukan idea saya. Sekalung pujian harus diberikan kepada bendahari, kerana dengan hasil usahanya walaupun dalam keadaan demam, masih lagi berjaya mencari dana untuk secebis kenangan 1st year di sini. Juga design tersebut adalah pilihan beliau sendiri, tanpa dibantu sesiapa. memang seorang bendahari yang berbakat - gifted.



Alfu laimun kemaafan buat sahabat JAIS dan MARA kita, kerana muka mereka tiada dalam cenderahati tersebut. Anggaplah itu sebagai simbol kenangan bersama, bukan sebagai mencari publisiti muka dalam gambar. Diharapkan cenderahati yang diterima tidak menjadi cederahati di dada.



Terima kasih juga buat mereka yang menyumbang gambar mereka dalam proses pembikinan cenderahati ini, samada secara langsung atau tidak langsung, sukarela atau paksarela. Kepada IrfanSalmi dan SleepyYuci, terima kasih atas sumbangan ayat best yang tertulis di situ.



Maaf kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak - benda tue buruk jer, bukan nilai material yang dicari tapi nilai sentimental yang ada.



Kepada semua sahabat saya, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi. Musuh-musuh saya, maaf kerana menjadi musuh anda. Kepada mereka yang pulang, selamat pergi dan balik. Jangan kena hijack, jangan ada ular, jangan terhempas awal, jangan terdampar di pulau lain. Kepada MT majlis malam nie, siapa AJK Dewan dan Teknikal? Nak hempuk kepala jap. Hehe.



Kepada lecturer yang memberi tunjuk ajar, sokongan, kutukan dan segalanya - TQ. Akhir kalam, kita bukan manusia yang sempurna - sebarang kutukan kritikan membina dan tidak membina sila offline message kan kepada saya. Jumpa lagi tahun depan di waktu dan tempat yang lain pula, TQ."






Majlis kali ini banyak kelemahan dan kekurangan. Walaupun MT khas dilantik untuk kelancaran program, tapi yang menyerlah hanya pengarah Otai, penolong Inoue, bendahari Azlee. Seolah-olah hanya 3 orang nie yang bekerja dibantu oleh MT Gen6_MdCairo sendiri - Saif aku tengok kesian giler. Langsung takde part manusia lain. (sebab tuh last2 aku jugak yang dipaksa Azlee buat mende mengarut buruk cenderahati tuh). Kekurangan kerjasama, adalah kelemahan terburuk satu organisasi. Hah aku mengarut je nie, jangan percaya ngat. Aku yakin dorang mesti ade pembantu yang low-profile nyer. The real story, came from the person in charge himself.



Buat mereka yang dilantik menjadi AJK sesebuah program, renungkan kata-kata nie



Being a member of a team doesnt mean you depend on the help of others, putting forth your very best and to try and be of help to other members of the team, that is what team is.

[Asada Ryutaro, Iryu Team Medical Dragon 1]
Continue Reading

13 June 2007

Oral

Fuh 2 down, 2 to go. Oral Histology baru sahaja selesai semalam. Bersama Dr Sohair fawzy selama setengah jam (atau lebih..) surely best. Better than oral Physiology - just dapat jawab 2 out of 4 (??!!).

Kali ini pertolongan Allah datang bertimpa-timpa walaupun diuji dengan 10 soalan pada first round (??!!). 4/5 markah untuk drawing yang teruk (or should I say not completed, not labeled and missing some parts). Walaupun sedikit bengang sebab orang sebelah dapat 2 soalan je.


Oh sorry - forgot to tell you about oral scheme. Differs from Physio - sekor-sekor masuk bilik jumpe doc, kali nie kitorang masuk secara group. 5 person per group. And kali nie oral bersama Head of Department - Dr Sohair Fawzy. maybe benar orang kate - kekadang bersama Head of department nie mudah dan sengan lagi melegakan cuma taraf kepala tue yang membuatkan kecuakan yang melampau.

Mula-mula first round jer (i'm the first) dah dihujani tembakan mesingan bertubi-tubi berturut-turut. Lepas satu, satu lagi soalan dilepaskan. Dari bab 1 tetiba masuk bab Skeletal Muscle yang no 3 last. Giliran manusia lain, 2 soalan dah siap. Maybe I deserved them since jawapan mudah-mudah je tapi indirectly telah meningkatkan adrenaline menyebabkan Heart Rate increased - berdebar beb.

Dan hujan soalan tidak berhenti di situ, round kedua sekali lagi soalan bertubi-tubi dilepaskan - 4 soalan siap dapat yang italic (nota italic sepatutnya tidak perlu dibaca kerana advance lebih..). Sekali lagi kenapa aku yang kena. Huhu.

But special thanks to my Dato' Rumah - Husaini Saleh for his help. Blank bila ditanya ape penyebab acidophilia dalam cartilage matrix. Juga bersyukur yang amat sangat kerana tiap-tiap kali salah seorang dari group tersekat, ada je doktor datang menyibuk kacau Dr Sohair. Bak kata Dr Sohair,"being a head of department sure is busy". For sure, that oral is the most happening setakat nie. Siap gelak-gelak bila Ikmal tersekat - Dr Sohair tanya mende lain, dia jawab mende lain (atau lagi tepat - dia menghuraikan soalan itu agar Dr paham [??] atau dia paham [??]).

Currently sedang menyiapkan Creative Designer Official Site - maybe forum untuk menyimpan segala khazanah komputer yang ada. Available untuk didownload. Juga sekarang sedang men-clean manga Bitter Virgin untuk di-scan seterusnya. Haha penerangan tentang proses ini ada dalam Forum tue. Ok nantikan update seterusnya, lain kali.

Kekadang keberkatan itu lebih penting dari segalanya. ia menyempurnakan apa yang usaha kita tertinggal
[HafizAdam]


Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template