29 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Setahun berlalu, Maal Hijrah kembali lagi. Tahun baru juga bakal menjemput dalam beberapa hari lagi. Saya tidak ingin berceloteh panjang. Mungkin entry Maal Hijrah yang anda temui sebelum ini sudah menyebut tentang peristiwa pengeboman zionis. Ataupun telah memberi banyak tazkirah yang bakal menyemarakkan lagi semangat anda untuk tahun depan. Kalau belum, saya tolong promote beberapa belog Mesir:
KalamPuncak | Fathiyyah | Madsha | Fatin Hanira | Ayu Amiza | Radin.




Saya tidak reti menulis bahan Dakwah dan Islah seperti mereka, maka jangan mengharapkan entry ini bakal berisi ilmu yang bermanfaat. Belog ini cuma karutan sahaja. Hehe. Tapi jika ada artikel bermanfaat insyaAllah saya letakkan link. Mungkin kerana itu Bounce Rate belog saya agak tinggi. Takpe tak kesah. Belog ini tidak popular seperti mereka. Wakaka.

Bersambung..
Continue Reading

23 December 2008

Yet I'm Still in the Midst of Chaos..

Entry kali ini mungkin menggunakan bahasa, istilah dan perkataan yang lucah, keji dan mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak. Bagi mereka yang suci, mulia dan menghidap penyakit berbahaya, adalah tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan. Sila ambil perhatian juga bahawa entry di bawah mungkin menyebabkan anda menganggap penulis telah syirik.

Ini sungguh celaka. Aku merasakan ingin menyumpah seranah sepuas-puasnya. Fuck, bitch, natang, babi, celaka, setan, bodo, gile; semuanya menunggu masa untuk keluar dari mulut laser aku.

Kali ini semua kerja tidak menjadi. Perancangan aku semuanya fail. Memang bangang kalau kerja-kerja yang dilakukan tersekat di tengah jalan. Lebih setan lagi apabila ianya bertimbun-timbun, menimbun setinggi gunung.

Tahun ini aku mengambil alih tugas sebagai webmaster. Sepatutnya Jackster yang naik, sebab dia lagi tua. Dah nak mampus dah pun. Tapi takpe, aku terima. Bila dah menjadi webmaster, iaitu ketua bagi Pasukan Laman Web, kena lah merancang strategi untuk laman web pada tahun ini.

Tapi tetibe internet pulak ade masalah. Bengong punye internet. Mula-mula internet di rumah dipotong. Takpe, aku cool sebab memang kitorang tak bayar internet berbulan-bulan, memang laa kena potong.

Pastuh bile kitorang dah setelkan masalah tuh, dengan bodohnye kabel internet pulak putus kat laut. Alahai babi betul kabel tuh. Boleh pulak putus. Hasilnya Mesir terputus hubungan selama beberapa hari. Okeh, takpe lah. Kerajaan berusaha untuk selesaikan, dan hasilnya kebanyakan internet dah mula ada, walaupun belum pulih 100%.

Pastuh timbul masalah baru - ISP aku nih bengap. Celaka punye setan. Pesal laa internet nih takleh baca forum SMF. Asyik-asyik "MySQL Server has gone away". Sape tak bengang. Aku nak login pun tak boleh. Bile guna proxy boleh pulak. Yang aku benci nak guna proxy, kelajuan akan berkurang beberapa puluh peratus. Dah laa internet masih lembab, bila guna proxy, makin betak. Bodohnye aku rase. Orang lain boleh bukak e-Learning, aku takleh bukak. Natang babi ape gitu.

Pastu masalah datang bertimbun-timbun. Jackster takde so kebanyakan perkara aku yang kena setelkan. Memikirkan masalah website untuk cawangan sahaja, dah sakit hati. Ye laa. Kesian PCMansurah, diorang dah establish belog diorang, nak ke diorang tuka kepada subdomain perubatan.org? Tanta pun baru je merasmikan laman PCTians diorang. Nak revert balik dan mula dari asal? Oh no, bullshit! Aku pun akan mencarut dan menyumpah kalau si Radin tuh suruh aku buat balik belog aku nih guna subdomain perubatan.org .

Okeh, takpe, sabar. Belog boleh dipindah content diorang. Takde masalah. Maka PCMansurah dan PCIskandariah selesai masalah. PCMansurah tu pun hanya selesai 50%, sebab diorang ade forum diorang sendiri. PCTians menggunakan WetPaint yang sengal, tak boleh nak export content ke server sendiri. Celaka punya Wetpaint. Kata nak memberikan khidmat percuma. Konon Open Source. Padahal pemikiran setan. Ads yang bertimbun kat laman web PCTians tuh bakal memberi keuntungan yang banyak pada diorang.

Nasib baik laa WetPaint tuh features dia memang best. All-in-one. Ade Wiki, Forum, Blog, Gallery dll dsb. Walaupun tak semantap berbayar punye, tapi OK laa untuk FREE website. Aku puji PCT sebab jumpa FREE web building yang mantap camtuh. Sekarang aku tengah explore Forumotion yang PCMansurah guna. Samada boleh transfer atau tak. Pasnih explore yang PCIskandariah plak. Dah laa internet lembab. Terkedek-kedek macam babi nak beranak. Last-last aku rase takyah pindah je laa. Macam setan je nak pindah semua tuh, buat dari scratch balik. Guna script iframe sudah. Tapi bile pikir balik, menatang hape bayar memahal RM120+ setahun, tak nak guna. Bodoh punye pembeli.

Next one isu PERUBATANonline sendiri. Aku pun dah pening berfikir. Kononnye nak centralize seluruh Mesir. Sebab tuh disuruhnya transfer semua website cawangan. Baik aku wat untuk Kaherah je. Mantapkan dulu content dan isi. Tapi bile pikir balik, alang-alang baik satukan je semua. Tapi memang payah.

Jackster balik konpem dia bengang habis-habisan pasal rancangan centralization nih. Harituh dia dah nekad taknak bagi AJK Website masuk Biro lain. Sekarang? Dah bercampur gaul bersetubuh dalam bermacam-macam Unit. Untuk jadi AJK Tibbians bawah BPP sendiri pun dia tak bagi masuk weyh. Nasib laa korang. Aku takde kaitan.

Aku sendiri pun dah fed-up ngan website nih. Kadang-kadang bile kita duduk bawah orang, jadi payah. Sebab banyak demand. Bukan demand bukan-bukan. Tapi mende yang possible. Payah laa nak tolak. Ataupun, bile nak buat sesuatu, semua kena tanya bos. Kena bincang. Maka semuanya jadi payah. Takleh cite banyak, nanti belog nih jadi tempat berperang. Haha. Biarkan hal dalaman diperangi organ dalaman je. Orang luar takyah nak menyibuk.

Sebenarnya post nih hasil kebengangan aku, sebab kerja ada banyak, tapi aku selalu lupe. Sebabnya - malas menulis. Catat ape perlu dibuat. Dalam list aku sekarang nih ade 3, tapi aku rasa cam berpuluh-puluh je kerja yang kena dibuat lagi. Padan muke. Sape suruh malas. Bodo punye olang.

And aku sekarang nih makin malas pergi kuliah. Walaupun masih pergi satu atau dua kelas dalam seminggu, tapi tetap malas laa tuh. Sila berikan kejian anda dalam komen kat bawah. Biar aku terbakar sikit.

Okeh, Cooling Mode~ Baca Novel..

Continue Reading

21 December 2008

Drama Dunia Media

Dah lama saya ingin menulis sesuatu tentang dua drama ini: On Air dan Spotlight. Tapi perasaan kemalasan itu sentiasa membataskan idea.

Maka, untuk merasmikan kembalinya sebuah internet, saya cuba juga menulis. Lagipun format review, cukup sekadar ringkasan yang memberi gambaran.


ON AIR



Info: DramaWiki | Soompi*
Episodes: 21
Genre: Romance
Broadcasted: 2008-Mar-05 to 2008-May-15
More: OST - Torrent | OST - Download | OST - Streaming | Pix
Download: Torrent


Saya paling suka cerita ini. Lari daripada kebiasaan kisah cinta Korea. Bertemakan "ONe sided love affAIR", saya tertanya-tanya apakah maksud di sebalik tema tersebut. Satu tema yang dapat menarik penonton khasnya peminat drama Korea untuk terus mengikuti drama ini.

Rating drama ini semakin meningkat pada setiap episod hingga menjangkau lebih 20%, mungkin disebabkan beberapa kejutan buat penonton. Episod satu sahaja menampilkan babak Anugerah SBC (ala-ala Anugerah Bintang Popular - Berita Hairan, dll dsb) yang menampilkan kemunculan ramai bintang popular. Dirakam pada acara anugerah sebenar, sudah tentu ia menarik perhatian ramai penonton.

Antara kejutan lain ialah kemunculan cameo (pelakon undangan) dalam beberapa episod. Saya tak kenal sangat maka boleh rujuk Wiki. Kemunculan mereka menggunakan nama sebenar maka sedikit sebanyak saya TERmengenali mereka. Wakaka.

Okeh sedikit sinopsis: Kisah ini menceritakan tentang seorang penulis skrip, pelakon, pengarah filem dan pengurus artis, dalam proses mereka untuk menghasilkan sebuah drama bertajuk Ticket to the Moon. Dari bermulanya konsep cerita, rekaan skrip, pemilihan pelakon hinggalah ke babak lakonan, semuanya diadun dalam drama ini.

Boleh dikatakan saya tak pasti siapakah watak utama dalam drama ini kerana keempat-empat watak mempunyai peranan tersendiri dalam perkembangan jalan cerita dan mereka saling berkait.

Oh ya, satu lagi konsep yang menarik - drama dalam drama. Saya tak tahu proses yang mereka tunjukkan adalah benar atau tidak, tapi sedikit sebanyak memebri gambaran bagaimana sesuatu drama dihasilkan. Mungkin anda tidak tahu bahawa kadang-kadang mereka merakam babak terakhir terlebih dahulu. Ataupun mungkin anda tidak tahu bahawa berdasarkan permintaan penonton, penulis skrip terpaksa menambah skrip dari 16 episod kepada 21 episod.

Ini juga menjawab persoalan saya sekian lama; kenapa drama Korea yang sedang ditayangkan tetibe berubah bilangan episod dari 16 kepada 21? Contohnya, drama The Four Gods. Wakaka.

Lagu Soundtrack juga menarik, malah beberapa lagu turut dinyanyikan oleh pelakon mereka sendiri; Bad Love - Park Yong Ha, Shadow - Song Yoon Ah.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan, tapi ianya tidak mencacatkan jalan cerita. Cuma kalau diolah beberapa isu, ia pasti menambah episod dan menyelesaikan beberapa persoalan.

Oh ye, satu lagi ciri menarik drama ini - anda tidak akan jumpa babak kissing selain daripada ketika melakonkan salah satu babak dalam drama Ticket to the Moon, itupun ditutup dengan payung. Scene lain mungkin di hujung episod 19 dan 20 yang pasti anda boleh close serta-merta untuk menonton episod seterusnya. Atau pendek kata - drama ini sesuai untuk tontonan umum. Wakaka. Anime Gundam Seed banyak je kissing scene untuk kekanak.

Oh ya, kenapa agaknya ia bertemakan "ONe sided love affAIR"? Saya tak jumpa penerangan yang jelas dalam forum perbincangan atau di mana-mana tapi mungkin sebab jalan ceritanya lurus, tidak melencong-lencong bertukar-tukar pasangan atau berlaku konflik memilih pasangan seperti dalam typical korean love story. Haha.

Apapun, bagi peminat Korea, mesti tonton kalau anda inginkan kelainan, ataupun gambaran bagaimana sesuatu drama dibuat. Cuma ending mungkin mengecewakan anda kerana **** (spoiler adalah dilarang). Wakaka.




SPOTLIGHT



Info: DramaWiki | Soompi*
Episodes: 16
Genre: Romance
Broadcasted: 2008-May-14 to 2008-Jul-03
More: Pix
Download: Torrent


Masih lagi berkisar dalam dunia penyiaran televisyen, cerita ini membawa kita ke GBS News Department. Kali ini kita berpeluang melihat sesuatu proses berita dibuat sebelum disiarkan. Nama Spotlight adalah berdasarkan nama rancangan berita tersebut (Kalau TV3, mereka ada Buletin Utama).

Walaupun jalan cerita agak keji dan kita akan rasa menyampah, tapi boleh laa ditonton. Sape takkan menyampah kalau cerita ini menunjukkan pemberita yang jujur, hanya menyampaikan berita yang tepat serta sanggup berdepan dengan kerenah orang-orang yang berkuasa. Wakaka.

Sinopsis: Drama ini berkisar tentang seorang pemberita bersama ketuanya dan seorang rakan setugas berusaha membongkar konspirasi keji yang bakal memusnahkan negara. (Wakaka agak exaggerate sinopsis nih)

Rating drama ini agak kurang, tidak mencapai 10%. Tidak pasti samada kerana hero tidak hensem, atau jalan cerita tidak menarik, ataupun kerana ini bukan love story.

Drama ini juga memberi saya beberapa idea untuk website. Antaranya penggunaan nama 'department' menggantikan 'unit' yang ketinggalan zaman, buruk dan bosan dilihat. Haha. Selain itu, teknik menghasilkan berita visual juga saya ambil dan ubah mengikut kemampuan pelajar perubatan tapi mungkin masih memerlukan pengubahsuaian supaya lebih mantap.

Saya ingin mencontohi gaya ketua mereka. Reporter memberikan laporan masing-masing tentang isu yang diperolehi, ketua yang bertanggungjawab memilih isu yang sesuai disiarkan. Kalau tak sesuai, "KILL!!" dan reporter tersebut terpaksa cari isu lain, atau membaiki laporan supaya lebih baik. Mesti best kalau saya praktikkan. Haha tapi kesian plak.

Keseluruhan jalan cerita berkaitan kerja-kerja berita, tiada love story yang serius. Walaupun reporter praktikal di bawah tanggungjawab heroin adalah bekas kawan sekolah, tapi isu cinta tidak dihuraikan lanjut. Mungkin ia satu sebab kenapa rating yang agak rendah. Wakaka.

Ape pun, drama ini mengajar beberapa perkara malah saya boleh ambil beberapa idea daipada drama ini. Walaupun tidak termasuk dalam list 'Mesti Tonton' tapi berbaloi untuk dimasukkan dalam koleksi.

*requires registration to enter the site.

MORE EPISODES HERE!

Continue Reading

11 December 2008

Ilusi, Realiti?

Raya korban tahun ini disambut meriah. Program penyembelihan pada raya pertama, dan "Full House" PERUBATAN pada raya kedua. Kemudian "Full House" Yuci pada raya ketiga.

Saya pula menyambut raya korban dengan hidung yang berair, suhu badan yang tinggi dan kesakitan kepalaan yang melampau. Ya, saya demam lantaran kesejukan.

"Full House" PERUBATAN berakhir kira-kira pukul 4 petang. Saya sudah mula menampakkan tanda-tanda akan jatuh sakit. Usai solat Asar, tidur sebentar di Musolla ARMA. Entah kenapa, saya terjaga pukul 4.30 petang, lantaran ada akhawat di tempat wudhu', bermain air barangkali. Aiseh, hilang macho tapi masih bermuka selamba, terus pulang menaiki bas.

Malam itu sejuk terasa luarbiasa. Kepeningan mula dirasai. Mungkin penangan daging unta, atau kesan lemak daging kambing, atau terdedah pada kesejukan, saya sendiri tidak tahu puncanya. Sampai di rumah, terus rebah setelah solat Maghrib.

Saya tidak ingin bercerita kisah demam sebenarnya. Semua orang tahu demam itu bagaimana. Tapi mungkin ada di kalangan anda yang tahu bahawa saya fobia dengan demam. Mungkin saya pernah bercerita dalam entry lepas, atau sembang kosong di YM. Kenapa saya fobia dengan demam? Hal ini demikian kerana saya akan meracau.

Dan buat pertama kalinya di Mesir, saya meracau dalam tidur dan terjaga kira-kira jam 0230. Mujur waktu itu manusia normal telah lelap, nyenyak dibuai mimpi, dan saya memiliki bilik sendiri. Maka keegoan serta kemachoan itu masih belum tercalar.

Maka kita akan mula masuk pada tajuk. Sejak naik ke tingkatan satu, saya tidak lagi mengalami racauan histeria. Mungkin disebabkan saya tinggal di asrama, dan demam jarang menyerang dengan teruk.

Sewaktu di sekolah rendah, saya kerap mengalami ilusi-ilusi yang menyebabkan racauan dan histeria ketika demam. Sebagai contoh, mimpi ditembak dengan meriam sahabat Doraemon, Kid. Dan juga mimpi jatuh bangunan. Zaman kanak-kanak memang penuh dengan ilusi melampau sebegini.

Saya tahu ia kelihatan kelakar tapi ia terjadi dan saya merasakan ianya realiti. Ditembak meriam Kid, saya kesakitan di dada, terjaga dan terus muntah. Kesakitan itu kekal beberapa ketika. Jatuh bangunan, saya terjaga dengan keadaan kejang tak mampu bergerak buat beberapa ketika; manusia yang jatuh bangunan memang tak boleh berbuat apa-apa, kan?

Kisah lain, meja disebelah katil dirasakan berpuluh-puluh meter jauhnya. Siling rumah seolah-olah setinggi menara KLCC. Dan lebih menerukkan keadaan, seolah-olah ada bebola besi yang waktu itu saya gelarkan sebagai "raksaksa" mengerumuni katil tempat saya tidur. Sangat melampau dan exaggerate. Hasilnya saya berselimut 24jam. ingin mengambil air di atas meja, terasa jauh. Memandang siling, terasa akan dihempap. Haha.

Ini cuma sebahagian daripada ilusi yang ditafsirkan sebagai realiti. Baru-baru ini saya berkunjung ke rumah Pemenang. Ahl beyt beliau, nAmi an-Nursi seang menonton sebuah video di Yahoo. Video tentang sebuah eksperimen.

Saintis tersebut memakai sebuah alat yang disambung pada sebuah patung/mannequinn. Manakala pembantunya menggerakkan pen pada tubuh patung tersebut. Rangsangan yang dihasilkan menyebabkan saintis tersebut merasai gerakan pen tersebut seolah-olah ianya berlaku pada tubuh saintis itu sendiri.

Secara teorinya, manusia menerima rangsangan dari luar yang ditukar kepada impuls, kemudian diterjemahkan oleh otak. Maka, kita boleh mengawal terjemahan otak berdasarkan jenis rangsangan yang kita hasilkan. Itu secara teori.



Konsep ini digunakan dalam beberapa anime, antaranya Chaos Head dan Hitman Reborn. Chaos Head menjelaskan bagaimana rangsangan yang dihantar kepada otak manusia diterjemahkan oleh otak, menjadikan manusia tersebut merasakan ianya realiti. Hasil kawalan komputer, seorang ibu menyangka dia memegang anaknya, walhal realitinya dia sedang membelai sebiji patung Barbie. Otak menterjemahkan ilusi kepada realiti.

Hitman Reborn pula; salah seorang watak, iaitu Mukuro Rokudo menggunakan ilusi sebagai kuasa beliau. Musuh yang yakin dengan kuasa tersebut akan terkena efeknya. Bak kata pepatah, "We believe what we see, and we see what we believe".

Ramlee Awang Murshid juga mengimplementasikan konsep ilusi dan realiti dalam karyanya: Rahsia Perindu. Jika anda inginkan kepeningan melampau, dapatkan novel ini di pasaran sekarang. Haha. Promosi percuma: sila ke Kelab RAM.

Baiklah, balik pada kisah saintis dan patung tadi. Saya terfikir, kalaulah kita menikam patung tersebut bertubi-tubi, kemudian rangsangan yang dihasilkan cukup untuk diterjemahkan otak sebagai "kematian", adakah saintis tersebut akan mati? ini adalah satu keadaan di mana otak menganggap kita telah mati, ataupun brain death. Ye ke?

Kalau ini benar, satu lagi kaedah pembunuhan telah ditemui: berikan pil tidur, pakaikan alat, tikam patung bertubi-tubi, mati tanpa sebarang kesan. Wakaka. Juga, saya bernasib baik kerana terjaga sebelum kejatuhan bangunan sampai ke bawah. Huhu.

Apapun, racauan di Mesir kali ini, saya bermimpi dibelasah Arab hingga mati. Sedar-sedar, tubuh terasa sakit tak bermaya. Huhu. Pagi terasa panas tubuh badan, namun Dinmat takkan demam lebih 24 jam. Malam nih demam telah kebah, suhu kembali normal, walaupun masih terdapat hawa-hawanya lagi.

Saya tak tahu "hawa-hawa" dalam bahasa standard ape. Seumpama kita meletak tangan di atas air kopi yang panas, kita merasai kepanasannya, tapi kita tak sentuh pun air kopi tu. Kita dah tak demam, tapi simptom demam masih kekal dirasai. Macam tu kot. Ataupun perkataan ini hanya saya yang guna. Haha.

Okes. Till next time.

Berhati-hatilah dengan realiti, kemungkinan ia satu fantasi.
[Ramlee Awang Murshid, Rahsia Perindu]

Continue Reading

08 December 2008

Salam Eidul Adha 2008

Just nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung belog nih..



Sorry sebab takleh online 24 jam. Saya dah mula merindui adik-adik saya.

Kalau dulu selalu mengacau Izan, sekarang dah tak boleh. Harap-harap dia sihat selalu. Asyik demam je.

Adikku Alia yang tengah berseronok cuti nih, memang nak kena piat. Baru je nak tanye result pekse. Sori laa eyh. Tenet tengah jem.

Kak Radin pun same. Suke sangat mengacau anak buah dia nie. Kekadang tak paham gak. Biar laa die. Layan je laa. Pompuan memang cam tu. Damak, bersabarlah~ Tapi sekarang nih mesti tengah sedih nanes2 sebab saya offline sokmo. Haha.

Tapi seronok gak takde tenet nih, bleh tumpu pada mende lain. Tapi kan, bak kate pepatah Jackster; Webmaster hape kalu takde tenet? Wakaka.

Alaa Pemenang takde tenet bleh je survive. Saya dulu berbulan-bulan takde tenet bleh je survive. Kan? So jom berusaha bersama-sama.

Pas raya nih baru laa terkedek-kedek nak meguruskan tenet. Sape suh tak bayar pada waktunye. Wakaka.

Pastu, kepada 3 orang sahabat saya yang pergi menunaikan haji tahun nih; Ehmad Hamdi, Aman Ramadhan dan Jackster, semoga mendapat haji mabrur dan diterime Allah. Korang jangan doakan aku cepat kahwin depan Kaabah tuh, maunye termakbul, habis aku. Haha.

Okes, selamat melakukan pengorbanan. 2 review drama in progress. Nanti upload. Hehe.
Continue Reading

01 December 2008

Google Analytics November 2008

Hurm, species ini saya baru terfikir setelah melihat bermacam-macam gaya manusia berbangga dengan statistik belog mereka. Namun mungkin post permulaan ini agak bagus untuk memperkenalkan apa itu Google Analytics.


Mula-mula untuk mendapatkan gambaran rupa Dashboard Google Analytics, sila download file di bawah:
Download: MediaFire

Saya takkan bercerita tentang semua benda dalam GA, tapi saya akan pilih Top 20 dan embed kat sini. Ini disebabkan dalam file PDF di atas, cuma Dashboard sahaja, dan ia cuma memaparkan bilangan yang terhad. OK?

TOP 20 CONTENTS

Apa itu Contents? Secara ringkasnya ia adalah kandungan. Haha maksudnya post belog anda. Pix di atas telah ranking-kan ia mengikut kepopularan.

Dan pemenang kali ini ialah Stupid Fatwa Everywhere. Well saya rasa bukannya sedap sangat pun. Mungkin sebab isu tersebut sedang hangat pada masa itu. Huhu.

TOP 20 REFERRALS

Apa itu referral? Referral secara ringkasnya adalah Content lain, samada website, email dll dsb. Pengunjung klik pada link belog anda kat situ, maka sampailah ke belog anda. Content tersebut dipanggil referral. Maybe tak tepat sangat, tapi boleh bagi sedikit idea. Cuba Wiki "referral". Hehe.

URL paling berjaya mempromosikan belog ini adalah: iLuvIslam. Macam biasa. Huhu.

TOP 20 KEYWORDS

Apa itu keywords? Lebih kurang macam perkataan apa yang selalu digunakan supaya belog anda muncul di GahooYoogle Search. Mungkin tak tepat sangat tapi boleh menggambarkan bahawa perkataan tersebut menarik minat pembaca untuk tiba ke belog anda.

Keyword popular kali ini masih lagi "akudarahanakmalaysia". Ada juga beberapa keyword lucah naik ke Top 20. Hehe jangan salah sangka, belog ini takde entry lucah, cuma terdapat perkataan tersebut, sebab tu naik di GahooYoogle Search.

APA ITU GOOGLE ANALYTICS

Google Analytics adalah sejenis kuih berbentuk segiempat, tidak berbucu tajam, dam mempunyai satu lekuk di tengah. Ianya berwarna hijau gelap, dan lekuk di tengah diletak gula agar membentuk bulatan. Cuba anda bayangkan..

Wakaka, adanya teknologi GahooYoogle, maka gunakan laa. Takpun baca je kat sini: Google Analytics. Ada Tab Features kat kanan atas.

Secara basicnya, ia merupakan sebuah alat untuk merekod statistik belog anda. Amat berkuasa tinggi saya kira, malah PERCUMA! Ramai orang menggunakan GoStat, SiteMeter dll dsb yang memberatkan belog tapi saya lebih sukakan GA. Mungkin dah biasa kot.

Kalau anda buka file PDF di atas, mukasurat pertama adalah Dashboard Asas. Mukasurat seterusnya adalah hasil klik pada menu dalam mukasurat pertama. Tapi GA mempunyai lebih dari itu. Cubalah sendiri.

Di sini saya cuba memberi beberapa terjemahan secara overall supaya pembaca faham apa yang diorang tengok kat file tersebut. Untuk terjemahan detail dan tepat, sila GahooYoogle:

MUKASURAT 1:
Visits:
Lawatan. Menunjukkan berapa kali pengguna membuka belog anda. Biasanya 1 visit merangkumi beberapa puluh minit.

Pageviews:
Bilangan page yang dilihat. Tidak dibataskan dengan masa.

Pages/Visits:
Bilangan pageviews bahagi Visits. Nilainya boleh memberi gambaran berapa page yang dibuka oleh pelawat ketika membuka belog anda dalam satu masa.

Bounce Rate:
Melompat? Haha. Peratus pelawat yang keluar sejurus selepas membuka belog anda. Semakin kecil nilainya, menunjukkan Content belog anda menarik hinggakan pelawat tak sanggup untuk meninggalkan belog anda malah terus-terusan membaca content yang lain.

Avg Time On Site:
Purata masa yang dihabiska pelawat di belog anda. Faham lah ye?

New Visits:
Visits daripada orang baru. Iaitu manusia yang tak pernah membuka belog anda.

MUKASURAT 2:
Absolute Unique Visitors:
"Unique" biasanya membawa maksud sama. Di sini ia membawa maksud bilangan Visitor sebenar pada hari itu. Istilah ini membezakan dari Visitor, kerana kalau orang sama membuka belog pada pukul 1 dan 2, dia mungkin direkod sebagai 2 visits.

Haih~ Tak reti menterjemah istilah. Kalau salah, betulkan neh. Maka tolonglah GahooYoogle. Malas betul. Huhu.

Continue Reading

30 November 2008

Cerita Boring..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda masih bersama saya, HafizAdam dalam belog AkuDarahAnakMalaysia. Ye laa, ini belog saya, mesti laa anda akan bersama saya, kan?


Taknak cite panjang. Jom tonton video nih.



Post nih sekadar muhasabah, demi kerja, saya menjadi gila. Ya, saya menjadi gila. Ikuti rentetan cerita bangang yang panjang ini:

KHAMIS 20 November
Adam bangun awal pagi itu, seperti biasa. Dek suara Sunny. Beliau berpesan agar tidak tidur selepas Subuh, lantaran beliau ingin ke Sabie', dan ada pendrive yang perlu dihantar.

Adam menurut perintah. Hatinya melonjak riang. Dia bakal bertemu Madee. Permintaan Abang Mdan semalam bakal tercapai. Rancangan gila beliau boleh diteruskan. Sebenarnya idea gilanya untuk merakam video calon demi sebuah presentation telah lama dibatalkan. Kerana kemalasan.

Tapi permintaan Abang Hamdan sukar ditolak. Gimik perlu dibuat. Alang-alang membuat kejutan gempak, biar keji dan kejam hingga ke akhir, nasihat Zalee. Jawatankuasa Pemilihan PERUBATAN tahun ini mestilah menjadi legenda sebuah SPR.

Dia menunggu hingga waktu dhuha yang entahkan bila. Video berhasil diambil walau Madee malu-malu kecomelan. Tapi shot yang didapati tidak memuaskan hati. Apapun dia bersyukur.

Petang ada majlis di rumah Eckm Designer-Mantap-Power-Siot. Kononnya ingin meraikan rakan-rakan yang ingin pergi haji - Aman Ramdzan, Ehmad Hamdi, dan Jackster. Selepas maghrib baru dia pulang.

Tiba di rumah, masih blur. Tidak terlintas hidayah tentang bentuk presentation yang bakal memuaskan hati Abg Mdan dan penonton. Waktu terus berlalu, dan Adam terus menunggu hidayah sambil menonton beberapa video tutorial. Hidayah datang dari langit, bukan dari dapur membawa sepiring pisang goreng. Dia belum kahwin, masakan ada seorang wanita bergelar isteri bernama Hidayah.

Jam menunjuk 0000, Rainlendar mula mengeluarkan reminder tentang event hari ini: Mesyuarat Agung PERUBATAN Ke-6.

JUMAAT 28 November 2008
Jari diketuk beberapa kali. 5 minit berlalunya tengah malam. Idea datang namun samar-samar. Adam membuka After Effects seraya berkata, "pedulik hape aku, asalkan siap".

Jari memetik keyboard, mouse digerak. Tangan kanannya terasa lenguh, mungkin kerana asyik memegang mouse. Mungkin juga sindrom Carpal Tunnel sudah mula menunjukkan kesan.

Siap, azan subuh sudah lama berkumandang. Jam 0530. Seusai solat, Adam teringat sesuatu - pergi awal ke MAP. Katanya seseorang perlu menjaga kamera. Walaupun sembangannya dengan Afiq semalam seolah-olah ianya bakal dibatalkan. Pengalaman menunjukkan masa depan, walaupun masih samar-samar.

Abang Mdan masih belum approve video, dia pula perlu ke MAP. Maka bagaimana? Otaknya ligat berfikir. "Bawa dulu ke MAP, nanti tunjuk kat sana," desis hatinya. Tiba-tiba hatinya kuat mengatakan dia tak perlu ke MAP awal-awal. Entahkan petunjuk, atau penghasut. Dia sendiri tidak pasti.

Ke atas mencari Abang Mdan akhirnya. Wujud. Sibuk di telefon. Berbicara mengenai Usul mungkin. "Mat, bleh print tak?". Pinta Abang Mdan. Ke bawah kembali. Alang-alang print, tonton video terus. Setuju, puas hati. Adam memberi taklimat ringkas bagaimana Abang Mdan perlu bertindak ketika presentation. Setel.

Ke ARMA untuk MAP menaiki teksi seramai 5 orang. Seperti yang dijangka, rancangan berubah. Tidak perlu kamera video. Tapi Adam masih dengan Sony DVD-DCR810e-nya. Rakaman dibuat selepas Solat Jumaat, kerana waktu itu Usul dibahaskan. Pasti ada hujah-hujah dan aksi menarik.

Afiq seronok mengambil gambar disebelahnya. Maklumlah, SLR. Ammar pula perwakilan, rugi laa dia hari ini. Pemenang duduk bersantai, lantas disuruh Adam supaya mengedar Tibbians06. Kata Pemenang, berita MAP akan dibuat anak buahnya, maka dia duduk berlenggang. Ewah seronoknya kau Pemenang, kutuk Adam.

Selesai MAP, selesai pengumuman. Pulang ke rumah, tiba pukul 9. Tidur mati hingga pukul 12 keesokannya. Kerana apa? Dek bekerja tanpa tidur selama 36 jam lebih. Wakaka. (Mode malas nak menaip sebab cite nih amat boring, penulis turut merasakan demikian.)

Akhir kalam, saya sukakan quote nih:

Tanda bahagia itu adanya tenang, tenang itu letaknya di hati.
[Nur Madihah Kamalul Sahar, Timb Presiden II]

(kak Rem jangan marah, next post giliran kak Rem pulak.)
Continue Reading

26 November 2008

Real Spy Monitor v2.85

Selalu tertanya-tanya apakah yang dibuat oleh anak-anak anda sewaktu menggunakan komputer? Atau anda ingin menghalang sesuatu website atau program daripada dibuka oleh orang lain dalam rumah anda?

Ataupun komputer anda sering menjadi wakafan buat ahlul beyt dan anda ingin mengetahui rahsia/password mereka? Maka ini adalah software untuk anda.



REAL SPY MONITOR 2.85



Official Website: Real Spy
Size: 1.84MB
Download: MediaFire


Software ini walaupun terdapat kekurangan/bug tapi bagi saya cukup memuaskan hati. Hanya setkan On apabila anda keluar rumah, dan segala yang terjadi kepada komputer anda selepas itu akan direkodkan.

Dengan kebolehan merakam penggunaan keyboard, malah mengambil screenshot, anda boleh mengetahui secara detail hingga kepada PASSWORD manusia yang menggunakan komputer. Dilengkapi dengan kebolehan ala-ala Parental Control, kita boleh mengawal website dan program yang boleh dibuka.

Namun begitu, perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa setting yang tidak mampu ditanggung oleh software ini. Sebagai contoh, ScreenShot Spy hanya mampu membaca dalam lingkungan 200 pix sahaja. Lebih daripada itu, software ini akan hang. Ia bukan masalah komputer tapi software itu sendiri. Maka, perlu diubah setting.

Cubalah, anda pasti berpuas hati apabila mengetahui PASSWORD rakan anda, ataupun mendapat tahu bahawa rakan anda membuka laman web lucah! Har3.

I downloaded and uploaded this software myself, so DONT PUT THE DOWNLOAD LINK IN ANOTHER WEBSITE. LINK THEM TO THIS BLOG INSTEAD.

Continue Reading

22 November 2008

Sekitar Hari Pengundian 21 November 2008

Hah, semalam telah berlangsung Hari Pengundian Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2008/2009 bertempat di ARMA. Ia juga menandakan berakhirnya tugas saya sebagai Jawatankuasa Khas untuk Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN (JPP).

Oleh sebab ade yang tak puas ati ngan laporan ringkas anak buah saya, Fathiyyah di PERUBATANonline, maka saya datangkan kepada anda video ringkas (malas nak buat pepanjang).




Beberapa manusia yang tiada videonya, sori lah ye.
Samada tak perasan korang datang atau terlepas atau saje je taknak ambik sebab korang tak ensem. Ngeh3.

Dan kepada calon Timbalan Presiden II yang sorang lagi tuh, berani betul dye melarikan diri. Tengok dah cacat video di atas. Ish3. Takpe2, seminggu nih kerja stalker akan dilakukan demi mendapatkan video 15 saat beliau. Ngeh3 tunggu je laa. Berhati-hati di mana jua anda berada (amaran nih).

Lastly, kemalasan membuatkan video ini kelihatan dibuat dengan Windows Movie Maker, walaupun sebenarnya saya menggunakan Sony Vegas. Wakaka.

Last kepada last, tunggu Edisi Khas JPP di lain masa. TQ.

Continue Reading

20 November 2008

90 Soalan Sengal

Esok Hari Mengundi. Malam nih masih kena siapkan flash presentation untuk projector esok. Konon-kononnye menceriakan Hari Mengundi.

Lepak-lepak malas nak buat kerja, ternampak mende nih kat blog Fuad. Cilok jap, jawab. Lame tak buat keje camnie.

YOURSELF

[01] Real name:
Muhammad Hafizuddin b Mamat Azlan

[02] Nickname:
Internet - HafizAdam, Real Life - Dinmat, Sekolah Lame - Pidin (biasenye awek), Maseh (geng2 otai), abgPidin/abgDinmat (adik2 ngeh3)

[03] Status:
Single but NOT avelable.

[04] Zodiac Sign:
Taktau, Pisces atau Aquarius. Sebab 19hb Feb berubah ikut kawasan. Haha.

[05] Gender:
Ikhwah.

[06] Age:
Masih lagi 19.

[07] High School:
SMKA Tok Jiring

[08] Collage
Faculty of Medicine, Cairo University.

[09] Height:
Last measured - 174cm

[10] Weight:
54kg after eating.

[11] Do you like yourself:
Yes. I LOVE myself.

[12] Piercings:
Nope

[13] Right or left:
Right-Handed.

[14] Are you a freak :
Almost

[15] Hair:
Black

[16] Skin:
Koko kot.

[17] Allergic:
Budu. Makan je mesti gatal. Huhu tapi suke sangat cicah budu!

[18] What are you doing now:
Typing

[19] What will you doing 1 hour later:
Flashing.

[20] What will you doing 10 years later:
Menyambut bayi.

THE FAMILY

[21] Live with mother/father/parents/family:
With friends in Egypt.

[22] Siblings(included you):
Me
Kakak
Abang Cik
Kak Teh
Abang De
Abang Teh
Kak Cik
Adik

[23] Eldest:
Me laa.

[24] Youngest:
Nurul Zayanah - Adik.

[25] Love/hate your family:
What kind of question is this? Of course I hate my family. Love is hatred, and hatred is love.

THE FRIENDS

[41] Your first best friend:
Mustaqim, while living at AMBS.

[42] Your first enemy:
Didnt remember. I made a lot of enemies.

[43] The friends you love the most:
All.

[44] The enemy you hate the most(1only):
Myself.

[45] Your most beautiful girl friend:
Should I answer this? 243062 - break this code.

[46] Your most handsome boy friend:
i'm not a gay.

[47] The kind of girl you hate the most:
Yang suke buat saspen "nak dgr cite tak?"
Then "takpe lah, segan"
Rase nak hempuk on the spot je.

[48] The kind of boy you hate the most:
Ntah.

[49] You fall in love with your close friend before:
Nope.

[50] Your best friend is your ex-lover:
Nope.

[51] If your friend backstabbing you:
I'll die if I lost too much blood.

[52] If your friend betray you:
They have their own reason. Maybe they got more money as bribe?

[53] If your friend woo your lover:
I'll give them money for wedding.

[54] If your friends fall in love with you:
I'm still the same old HafizAdam who treat everyone equal. Haha.

[55] If you fall in love with your best friend:
Just tell her, man.

THE STUDIES


[56] Are you a good student?
Nope.

[57] You always done your homeworks/assignments:
Never.

[58] The teacher/tutor you love the most:
Tcer Salmi and Ustzh MokB, and my warden - Ayoh Ngoh.

[59] Always late to school/college:
That's my life.

[60] Your class:
1 Nur, 2 Saff, 3 Furqan, 4 Kauthar, 5 Ikhlas.

[61] You love your seniors:
Those who can accept my crazyness.

[62] Senior who you love the most:
Dont know. Maybe abgHamdan, coz he's sporting. Haha.

[63] Your classmates good/bad:
Everyone's good except me.

[64] Excellent result classmate:
As usual - Eckm, or Nash, or my Housemates; Sunny, Azlee, Aman..

[65] Laziest classmate:
Did I need to tell? Hehehe.

THE PEOPLE

[66] Smart people:
People who always nyemat.

[67] Stupid people?
Those who call others stupid.

[68] Good looking people:
Like me. Ngeh3

[69] Ugly people:
Never thought people as ugly.

[70] Funny people:
Those who lambat pikap.

[71] Cute people:
Kekanak?

[72] Bad people:
Those who always eat other people share. (thats me then)

[73] Honest people:
Direct to the point.

[74] Acting people:
Kutuk belakang, depan senyap.

[75] You are what kind of people:
Crazy people.

THE PREFER

[76] Lip or eyes:
Eyes

[77] Hugs or kisses:
Hugs

[78] Shorter or taller:
Shorter. It's hard to find someone taller than me.

[79] Hesitant or spontaneous:
Spontaneous in idea, hesitant in action.

[80] Nice stomach or nice arms:
Nice stomach.

[81] Listener or talker:
Listener if you're a listener too and vice versa.

[82] Romantic or rich:
Romantic

[83] Good wife or good mother
Good Girl.

THE FUTURE

[84] Age to get marry:
27?

[85] Numbers of kid(s):
10; 5 laki, 5 pompuan. Haha.

[86] Career:
Doctor, and then I'll pick something for specialist.

[87] Salary:
Enough to feed my family.

[88] Retirement age:
Age of dying

[89] Properties value:
Priceless

[90] Wishes:
Not become a ronin again.
Become a hardworking nerd.
Not getting any offer to become program's AJK.

Semua jawapan adalah tidak tetap. Ia mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. TQ.
Continue Reading

18 November 2008

Spoiler Hari Pengundian..

Hehe. Hari ini saya akan menyalahgunakan kuasa sebagai JPP untuk mempamerkan poster bercetak Hari Pengundian yang akan diedarkan dalam masa terdekat. Bagi mereka yang tak sukakan spoiler, jangan bace K.

Nih dia poster bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden II:


Calon-calon AJK Lelaki:


Calon-calon AJK Perempuan:


Camne? Dah kenal semua calon? Jom mengundi pada 21 November ini.

Pasti ada yang bertanya kenapa saya letak di blog peribadi, bukan di blog JPP?
Sebab blog JPP akan keluar yang lebih cantik dan colorful, walaupun gambar calon akan memburukkannya. Hehe. InsyaAllah akan siap sebelum Maghrib hari ini.

Kemudian, rumah LELAKI akan dapat poster Presiden, Timb Presiden II dan AJK Lelaki sahaja, dan vice versa. So, kalo nak tengok calon lawan jantina anda, bolehlah rujuk di sini. Mana laa tau ade yang berkenan menjadikan AJKT sebagai pasangan hidup, bolehlah ditaqdim secara online pasni.

Ketiga, saya cuma nak berkongsi gulingan ketika mengisi dialog box (ucapan calon) kat atas gambar tuh. Selamat memerhati. Hak3.

Dengan pengumuman Jawatan yang akan dipertandingkan, bolehlah mula berkempen ye. Sila postkan link blog anda di blog JPP untuk dibuat koleksi. Juga, Unit Penerangan akan mengadakan pertandingan istimewa. Nak tau, tunggu. Tapi disebabkan takde bajet, hadiah pun lain dari yang lain. Haha.

Oh ye, sebelum tuh, poster-poster nih lewat sikit diedarkan sebab ade masalah printer! Sori! Maalish! Gome!

Akhir kalam, jangan lupa melawat blog JPP, blog saya merupakan blog tertinggi mempromosikan JPP:

JPP.perubatan.org


p/s: penin kepale nak buat mende nih.

Continue Reading

11 November 2008

Mesyuarat Agung PERUBATAN ke-6

Nih e-Poster untuk Mesyuarat Agung PERUBATAN kali ke-6. Juga aktiviti terakhir PERUBATAN untuk tahun 2008. Tak tau laa kalau-kalau tetibe ade aktiviti mega yang lain. Kak Raden suruh promote tapi kalau dia tak suruh pun saya tetap akan promote. Hehe.


Klik Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Jelas.



KIRI:
Mesyuarat Agung PERUBATAN ke-6 bakal diadakan pada 28 November. Sesiapa yang concern dengan PERUBATAN, atau mereka yang suka mencari kesalahan AJKT, anda semua dijemput hadir.

Kadang-kadang apabila bosan, seronok juga menyertai Mesyuarat Agung nih. Terutama jika ada persoalan-persoalan best yang dikemukakan perwakilan. Ataupun ketika membahaskan Usul. Waa, memang hangat.

KANAN:
Poster Hari Pencalonan Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2008/2009 turut ingin menyibuk di tepi. Hehe. Ini adalah poster pertama. Ada lagi poster-poster seterusnya yang akan dikeluarkan JPP.

Bagi mereka yang belum memahami proses pencalonan, saya terangkan dalam satu ayat: Nama yang dicalonkan dengan banyak sekali akan layak untuk menjadi calon yang kemudiannya akan diundi.

Jadi, jika anda melihat seseorang ahli PERUBATAN itu layak memegang tampuk pemerintahan PERUBATAN tahun depan, jom datang mencalon. Jangan datang mencalon nama Hafiz Adam kerana:
- Hafiz Adam bukan nama sebenar.
- Hafiz Adam adalah JPP yang tak layak MENcalon dan DIcalon.


Akhir kalam, jom layari dua laman web khas untuk 2 program ini.

JPP.perubatan.org
MAP.perubatan.org


Continue Reading

09 November 2008

Stupid Fatwa Everywhere?

Di saat pelajar-pelajar PERUBATAN Malaysia Mesir sibuk dengan pengundian Jawatankuasa PERUBATAN Cawangan yang baru untuk sesi 2008/2009, 7 November lalu menyaksikan sekumpulan rakyat Malaysia mengadakan Demo membantah Fatwa Pengharaman Pengkid.




What's this? Apa semua ni? This is Religious Offense! "Stupid Fatwa"?!

"Short Hair, Who Cares?" So what's with all this Demo? We dont care what you want to be. This Fatwa is for Muslims only.

PUNCA

Bantahan ini dibuat ke atas kenyataan Muzakarah Fatwa Kebangsaaan berikut:

KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

"Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram."

"Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.


Ulasan dah banyak manusia lain bagi. Boleh Rujuk di Link berikut:
iLuvIslam
Video Tersebut
Leteran Hati

SO WHY DID I POST THIS LONG ENTRY?

I'm not posting this for fun. Walaupun dah banyak site membicarakan perkara ini tapi kali ini MAIN point saya adalah dua:

Adakah kita peka? Terutama mereka yang berada di luar negara. Saya melihat isu ini besar walaupun sekadar "dozens" of people marching out on the street.

Kenapa perkara ini terjadi? Ya, kenapa? Setelah beberapa isu mencabar Islam sebelum ini, timbul pula isu baru. Masih ada yang menimbulkan kontroversi dan polemik berkaitan islam.


THEY'RE NON-MUSLIM LAA. NO WONDER THEY ACT LIKE THAT.

As you can see from the video, we can assume that there're NO Muslim in that crowd. So kenapa non-Muslim mempersoalkan fatwa?

"Bodo" - itu salah satu komen di video tersebut. "Stupid kuffar" - komen di satu laman lain.

Mereka yang bodo atau kita yang membodokan mereka? Mereka yang bodo kerana taktau Fatwa HANYA untuk orang Islam, atau kita yang membodokan mereka kerana tak bagitau bahawa Fatwa HANYA untuk orang Islam?

Mereka yang bodo kerana TAHU Fatwa hanya untuk orang Islam tapi masih buat Demo atas nama Human's Right, atau kita yang membodokan mereka kerana gagal membuat penjelasan bahawa ini bukan soal Human's Right?

Ataupun sebenarnya kita yang bodo?

This issue really disappointing me. One after another. Islam semakin dicabar.

Kalau takde penjelasan yang menjelaskan isu ini, sampai bila-bila pun Islam akan terus dicabar. Jelaskan bahawa Islam itu agama yang merangkumi semua. Jelaskan bahawa Islam ada peraturan dan etika pakaian, attitude dll dsb. Jelaskan semua itu.

TAPI NAMPAK CAM ADA SEORANG MUSLIM DALAM TU..

This is the most stupid. Assume that the spokesperson is Non-Muslim but the members are Muslims. Astaghfirullah. What're you doing, My Dear?

There should be no offense whatsove to this fatwa. They're just clarifying what's in Quran. Kerana kali ini permasalahnnya berpunca dari istilah pengkid. Apa itu pengkid? Saya masih ragu-ragu jika perincian dibuat. kalau tidak mahu meng-Google sekalipun, tidak cukupkah dengan kenyataan ini:

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.


Maka apakah definisi menyerupai gerak laku? Berpakaian? Kalau kita tanya pada seorang Ustaz,"Ustat, gerakan ini adakah menyerupai lelaki?" Ustaz tersebut akan counter balik, "Awak rasa macam lelaki ke tak?".

Menyuruh Majlis Fatwa memperincikan gerak laku seorang lelaki adalah baik dan bagus kalau betul-betul dilakukan, tapi seolah-olah menyusahkan penanya, dan yang ditanya. Seolah-olah kita bertanya, "Sila perincikan cahaya matahari". Maka jawapannya "cahaya yang berasal dari matahari". Baik tak payah jawab.

Come on guyz, isu pengkid nih cuma istilah je. Telah jelas dan nyata bahawa perempuan menyerupai lelaki hukumnya haram. Bila uruf kate ini adalah lelaki, kita tinggal. Bila uruf kate ini adalah perempuan, kita buat. Susah sangat ke?

Okeh2 ketepikan persoalan menyalahkan golongan ini (pengkid) yang mungkin terkeliru akibat kejahilan mereka sendiri. Jadi kita lihat secara rambang, dan kita boleh nampak kelemahan KITA sendiri. Ya, salah kita. Bukan salah mereka.

Jangan salahkan hiburan bertimbun di televisyen, atau konsert di mana-mana dalam negara, atau pusat karaoke dibuka secara berleluasa. Saya menonton cite Coffee Prince, pernah ke Konsert SureHeboh, dan selalu melepak di Pusat Karaoke. Takde pulak nak terpengaruh dengan anasir keji.

Yang paling penting ialah didikan dari awal. Tak guna kita melarang itu ini, bagi pendidikan tentang hukum hakam, ajar solat mengaji, tapi HATI mereka tak kuat. Ya, tak kuat melawan godaan. Tak kuat mengekang nafsu HATI. Tak kuat mengawal HATI. Maka, apa permasalahan sebenarnya? Akidah. Mari tonton VIDEO INI.

Sedih. Sedih bila melihat situasi seperti ini. Nak tergelak, tapi mengenangkan "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya", bertukar menjadi tangisan.

PENUTUP

Sedangkan Muslim belum memahami, inikan pula Non-Muslim. Di mana tanggungjawab kita? Usah menuding jari menyalahkan orang lain, sedangkan kita sendiri masih di takuk lama. Hanya tahu mengomen itu dan ini. Alasan yang diberi: "Saya tak pandai hukum hakam, tak layak mengajar orang".

Tak pandai, belajarlah. Tak tahu, bertanyalah. Usah malu menuntut ilmu. Perkukuhkan Fardu Ain. Perkukuhkan Tauhid. Kalaupun kita tak mampu memberi dalil, sekurang-kurangnya kita masih boleh berkata, "Saya YAKIN itu HARAM, dan ini HALAL". Kalaupun kita tak mampu mengajar kitab, kita masih boleh menegur, "JANGAN buat itu, SILAKAN buat ini". Kalaupun kita tak mampu menghalang orang LAIN, kita mampu menghalang diri SENDIRI.

Sampai bila isu serupa akan timbul. Sampai bila? Sampai bila Islam di Malaysia akan terus dicabar? Saya serahkan pada anda semua untuk berfikir. Kadang-kadang saya cari-cari jawapan, adakah ini salah nenek moyang kita, hingga menyebabkan Undang-undang hari ini tidak mampu mengekang golongan sebegini. Ataupun pemikiran manusia zaman sekarang terlalu OVER, melampaui batas.

Sekadar lontaran satu muhasabah, buat diri saya, dan juga orang lain.

Continue Reading

06 November 2008

Tazkirah Ar-Razi EP01

Bukan selalu saya sediakan tazkirah untuk pengunjung. Tapi kali nih special sikit. Tazkirah tasawuf selama 20 minit. Disampaikan oleh Guru bahasa Arab Mesir saya sewaktu di Intec dulu. Beliau ke Mesir bebaru nih untuk menyetelkan hal pengajian beliau.




Tazkirah nih agak memeningkan, tapi entah kenapa saya rasa amat sedap. Menusuk hati mungkin. Kata-kata Ustat Razi cukup mengesankan.

Tapi yang tak puas hati nye, kitorang juz sembang2 selama sejam jer. Wawawaa.

Akhir kalam, amat pening dengan kerja-kerja JPP. Walaupun tak letih. Segala tugas berlari saya serahkan pada penolong saya, tugas berfikir saya yang ambil. Mencari idea dan melaksanakannya cukup payah.

Wawawaa lagi..

Apa itu JPP? RUJUK SINI.

Kita kena ada sayap khauf, dan sayap raja'. Kalau kita takut, jangan terlampau takut, nanti kita putus asa pada Allah. Kalau kita berharap, jangan terlampau berharap, nanti kita akan syok sendiri. Dua-dua kena balance, baru kita menuju jalan yang lurus.
[Ustaz Fakhrurazi]


EDIT:
[28 May 2009] Standardized title for Ustat Razi's tazkirah.
Continue Reading

03 November 2008

[Tutorial] Menggunakan WinRAR Split Archives

Tutorial nih saje-saje. Tak penting pun sebenarnya. Namun begitu, disebabkan pengunjung belog ini kebanyakannya NOOB, terpaksa juga buat, untuk memudahkan mereka. Tapi kan, kalau semua benda nak diajar, jenguh jugak kite kan?

Okeh, untuk PENGENALAN
Kekadang bile kite download file, selalunya di Rapidshare atau direct download yang lain, akan ade file WinRAR Split Archive nih. Atau dengan kata lagi mudah, file WinRAR yang ade part.

Fungsi ini dibuat supaya kita boleh pecahkan satu file menjadi beberapa file, untuk beberapa tujuan. Antaranya:

- Satu video bersaiz 1GB boleh dialih menggunakan 2 pendrive bersaiz 512MB.
- Satu file bersaiz 200MB boleh diupload ke MediaFire yang hadnya cuma 100MB.


Satu lagi fungsi lain ialah mengecilkan file tersebut hingga 50% tapi saya belum pernah cuba walaupun pernah nampak, jadi tak dapat den nak mengajar. Mungkin selepas ini akan diupdate.

Sebelum tuh, software WinRAR boleh didapati di sini: DOWNLOAD

MEMBUAT SPLIT ARCHIVES

So, macam mana nak menghasilkan file nih?


Mula-mula ambil file yang ingin kita jadikan split archive tuh.


Klik-kanan dan pilih Add To Archive.


Window ini akan keluar. Adjust mengikut kesesuaian:
1 - Pastikan formatnya RAR
2 - Optional. Normal pun okey je sebenarnya.
3 - Taipkan saiz pecahan yang diingini.

Klik OK dan siap! Sekarang bolehlah di masukkan ke pendrive bersaiz 50MB. Hehehe.

MENGGUNAKAN SPLIT ARCHIVES

Tadi kita dah buat file Split Archives. Camne plak kalau kita TERdownload file nih, atau kite bagi file tadi kat kawan kite, apa yang perlu dilakukan?


Kumpul semua file tadi dalam SATU folder yang sama. JANGAN tertinggal satu pun.
Kalau download, pastikan SEMUA file telah siap didownload.


Klik-kanan, Extract to ..... (nama file)

Setel, bolehlah delete file Split Archives tadi dan guna file baru kat dalam folder yang baru terhasil.

Selamat mencuba. Diharapkan selepas ini kalau saya upload file Split Archives, korang reti nak guna camne.

UPDATE.

Not yet.

Continue Reading

26 October 2008

Cerita Raya PERUBATAN 2008



Ha boring nak mereka cerita, kali nih kita bercerita sambil melihat gambar je lah ekk? Malas nak menulis ayat pepanjang. Jadi pendeknya menjadi cerita bergambar. Lagipun "a pix tells a thousand of words". Itu baru satu gambar. Post kali ini mempunyai 15 gambar dan 1 video. Haha.


Sambutan raya kali ini diadakan pada 24 Oktober 2008 di: Hadiqah Yabaniyyah, Nadi Muqawalun, Sikkah, Qahirah atau dalam bahasa melayunya: Taman Jepun, Kelab Kontraktor, Sikkah, Kaherah. Macam alamat kan?

Nama sambutan kali ini ialah Semarak Fitrah PERUBATAN 2008 bertemakan "AidilFitri Menyemarak Fitrah". Dengar nama program sahaja, saya terbayang novel Semarak tulisan Salina Ibrahim, terbitan Creative Enterprise (macam betul je. harap tidak tersalah fakta). Haha mungkin pencipta nama program ini terpengaruh dengan novel tersebut.

Saya bertolak awal ke sana, seawal pukul 2 walaupun tentatif program bermula pada 3.30 petang. Ini semua gara-gara mengikut AJK program - dAli. Lagipun pergi awal banyak manfaatnya. Beberapa shot sebelum majlis dapat dirakamkan.

Ribut pasir dan hujan renyai-renyai menjemput kami seawal di 6th October (nama tempat) lagi. Berterusan hingga kami sampai. Pakcik drebar pulak seperti sengal, tidak menutup tingkap teksi. Maka pasir masuk beserta air menjadi hujan selut. Awal-awal lagi baju telah menjadi kotor. Oh ya, kami pergi bertiga: dAli, Pemenang. dan saya.

Majlis bermula sekitar 4.30 kerana lapangan tempat majlis diadakan basah. Maklumlah, tempat terbuka. Air bertakung menyebabkan AJK Pelaksana terpaksa mengubah setting tempat daripada karpet kepada kerusi.



Sementara menunggu majlis bermula, sempat bertemu beberapa manusia. Ini adalah perkumpulan puak Terengganu; dari kiri: Jackster, Pemenang, Arif dan saya.






Kemudian mendaki bukit yang terletak di sebelah. Kedudukan hadiqah ini di sebelah bukit kecil maka bolehlah beberapa shot dari tempat tinggi diambil.



En Hazam Hajanan, Penasihat Pendidikan & Latihan JPA di Mesir, turut hadir. Malah LE18,000 telah disumbangkan JPA untuk majlis ini, hanya untuk makanan (kononnya). Tapi cukup kesian kerana beliau hanya berucap beberapa minit sahaja, tidak sepadan dengan duit yang disumbangkan JPA. Haha. Gambar kanan merupakan perkumpulan orang-orang tertinggi: Ashraf Isa (Pengarah Semarak Fitrah merangkap Ketua Biro Pembangunan Insan), En Hazam (Pegawai PPL JPA), Tengku Abdul Kadir (Presiden PERUBATAN) dan nYsa (Ketua Biro Penerangan & Penerbitan)



Antara kumpulan yang membuat persembahan malam tersebut: Munawwarah. Ataupun boleh digelar sebagai old-timer. Masih belum ada pelapis nampaknya. Haha.

Untuk mendengar persembahan diorang, Klik: PART01 | PART02



Ni kejutan yang disediakan AJK Pelaksana: Nazrey Johani. Saya tak terkejut disebabkan saya bersama nYsa sewaktu beliau memaklumkan Ustaz Malik yang menguruskan Nazrey sepanjang beliau di sini, bahawa PERUBATAN mengadakan program pada hari Jumaat. Secara kebetulan, Nazrey juga free pada hari tersebut. Kedatangan beliau ke Mesir adalah untuk mempromosikan kamus al-Miftah, maka sebagai bayaran promosi beliau di majlis PERUBATAN, Nazrey perlu membuat persembahan. Haha.

Nih rakaman persembahan beliau: Nazrey di Semarak Fitrah



Ini pula Akram Abdul Kadir @ Eckm, designer PERUBATAN yang menghasilkan video promo. Hensem? Gambar kanan diambil sewaktu turun dari bukit. Tadi mendaki, sekarang lalu ikut jalan normal.

Overall, disebabkan sibuk mengambil shot menarik (kononnye), maka saya terlepas untuk makan. LE10 yang dibayar terbang melayang. Walaupun boleh dibawa balik namun yang tinggal hanya nasi dan kuah (?). Haha sape suruh melaghokan diri mengambil video?



Dan ini pula liputan penuh Semarak Fitrah PERUBATAN 2008:



Credits goes to Pemenang, sebab semua gambar2 nih dirompak dari kamera beliau.

Take the first step with faith. You dont have to see the whole staircase, just take the first step.
[MLK Jr, Spotlight]

Continue Reading

21 October 2008

Semarak Fitrah PERUBATAN 2008



http://raya.perubatan.org



Comel kan video promo nih? Hasil sentuhan kreatif Akram Abdul Kadir, Tahun 3 Universiti Kaherah. Siap dalam 30 minit sahaja.

Sebetulnya saya ingin membunuh seseorang malam nih. Siapa?
Jackster.

Kehampehan beliau menyebabkan saya tidur lewat malam ini. Kenapa?
Kerana sibuk menolong beliau mempromosikan website Semarak Fitrah PERUBATAN 2008 ke seluruh belog manusia Mesir.

Out of 649 belogs, mostly done by him. I only managed to shout in 38 belogs, including those which are already having his shout. Haha.

Ditambah ngan tenet slow, browser crash, malah lagu bercampur aduk. Ini semua gara-gara "Open In New Tab". Javascript, Flash, Audio sume dah bergaul bebas. Masakan tidak crash browser Musang Berapi tuh. Ikhtilat tak syar'ie berlaku.

Sebenarnya saya masih kagum dengan video promo nih. Memang mantap. menggunakan After Effects, I suppose. No, it IS After Effects. I know that arrows and flowers plus that flashing dots. I gave him those.

Memang saya akui, kebanyakan software yang designer PERUBATAN guna adalah saya sebagai perintis. Lihat saja Photoshop, mula-mula berebut nak belajar basic, last-last mereka lagi power daripada saya. Sama juga dengan After Effects, mereka telah menjadi sangat power.

Yes, I'm jealous. Sebab mereka Mumtaz exam, dan berjaya memahirkan diri. Unlike me. masih di takuk lama. Masih di tahun lama.

Maybe I'm not suited to all of these multimedia stuffs. A bit sad. Tapi masih gembira, kerana saya adalah orang yang mempopularkan software tersebut.

Akhir kata, jom memeriahkan Semarak Fitrah PERUBATAN 2008! Kunjungi belog ini untuk maklumat lanjut!

Continue Reading

20 October 2008

Mari Membaca Buku.


Haha, post pertama dari Mesir untuk sesi 2008/2009. Kali ini saya berkempen satu kempen yang sudah basi bagi kebanyakan manusia. Ya, kempen ini sudah cukup lama. Namun bilangan buku yang dibaca rakyat Malaysia tetap tidak berubah. Kekal di takuk lama: satu buku setahun. Haha.




Dari Kiri: Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, Salju Sakinah, Syabab Musafir Kasih.

Ya, inilah dia senarai novel yang telah di'borong' sewaktu pulang ke Malaysia. Tergamam cashier tuh. Bukan sebab 4 novel di atas, tapi sebab 4 novel di atas + 6 buku kat bawah. Haha.

3 novel di atas telah dibuka, dan dibaca. 2 ditinggalkan di Malaysia sebab adik nak baca. 2 lagi dibawa sebab Salju Sakinah ingin dipinjam hantu novel lelaki manakala Syabab Musafir Kasih belum dibuka. Masih comel berbalut plastik.

2 novel Ramlee Awang Mushid ini tidak mengecewakan walaupun perasaan membacanya lain daripada novel-novel RAM sebelumnya.

Ungu Karmila walaupun masih berlatarkan misteri tapi tidak dapat menipu analisis otak saya: debunga tersebut menyebabkan halusinasi. Kali ini novel tersebut boleh dikatakan 'tak best' oleh sesetengah peminat beliau sebab keboleh jangkaan ini.

Hijab Sang Pencinta, pelengkap trilogi Bagaikan Puteri. Idea RAM amat menarik kali ini. Menggunakan kisah Ashabul Kahfi, beliau menghidupkan Sunan di zaman moden. Kalau Haryani dan Dani 'terlontar' ke zaman silam melalui roh; jasad di masa kini, tapi roh di masa silam, tapi beliau 'tercampak' ke zaman hadapan dalam bentuk jasad + roh. Namun berlaku sedikit kecacatan kerana kalau Sunan dimatikan buat sementara, kenapa abangnya tidak menemui beliau di gua tempat beliau tidur? Kan?

Teknik penceritaan HSP berubah menjadi teknik tipikal penulis novel - direct. Tidak berbolak balik. Benar-benar berbeza dari gaya penulisan RAM sebelum ini. Tapi gaya ini telah diberi klu awal-awal lagi oleh RAM sendiri dalam Ungu Karmila. Faktor ini juga dijadikan point untuk melabelkan novel ini agak mengecewakan sesetengah peminat, ditambah pula dengan kematian Sunan di akhir cerita, tanpa dapat mengahwini Haryani. Memang menyedihkan. Saya teringat babak yang seakan sama dalam Semangat Hutan; hero mati. Haha.

Salju Sakinah, saya gelarkan ia Novel Budak Mengulang Tahun. Haha. Adik nombor 4 merasmikan novel ini menyebabkan saya hanya dapat membacanya setelah keputusan 'dur tani' diumumkan. Sedikit sebanyak memberi kesan. Jika anda ingin tahu perasaan mereka yang mengulang tahun, boleh cuba membaca novel ini.

Memang benar seperti review yang diterima, novel ini seolah-olah ditulis penulis wanita. Penceritaan watak dan perwatakan wanita dilakukan dengan begitu baik. Isu yang dikupas juga berlatarkan keadaan semasa di Malaysia seperti ajaran sesat, dakwah serta adat kebiasaan masyarakat Melayu. Tapi agak mengecewakan kerana penulis tidak membuat watak Sumayyah 'tegas' dalam membendung ajaran sesat yang merasuk kakaknya, malah penyelesaian isu ini juga tidak menarik kerana Tok Ayah mati begitu sahaja disambar petir.

Namun begitu, ianya tidak mencacatkan keseluruhan novel. Peristiwa Sumayyah tidak lulus satu subjek juga sedikit sebanyak membuatkan kita mengagumi ketabahan beliau. Amat bermanfaat jika anda memerlukan semangat di saat menghadapi kesusahan akibat mengulang tahun. Sepertimana yang dialami Sumayyah: beliau dilamar Naufal setelah pulang ke Jordan untuk meneruskan pengajian. Bertuah kan? Hehe.

Buku ini amat sukar dicari serta agak tidak popular di Terengganu jadi saya membeli 5 keping untuk dijadikan hadiah. Haha. Sape yang dapat tuh mesti rasa special kan? Tak perlu susah payah mencarinya malah mungkin anda adalah satu-satunya budak yang membaca novel ini di kampung anda.

Syabab Musafir Kasih, novel kedua Fatimah Syarha selepas Tautan Hati. Tak sabar nak membuka balutan tersebut. Amat sukar mencari novel ini. Dalam 40 buah kedai yang dikunjungi, hanya satu sahaja yang ada novel nih. Haha. Mungkin disebabkan ianya diterbitkan Telaga Biru maka kebanyakan kedai buku kecil tidak menempahnya. Never mind. Akhirnya terjumpa di Dewan Bahasa & Pustaka: Kedai Buku Banggol, Kuala Terengganu.




Dari Kiri: Asam Garam Gula & Kopi, Biar Betul-betul, Aku Di Hatimu, Pelangi Membeku, Fikir-fikirlah, Buat Sampai Jadi.

Buku-buku ini belum dibuka kecuali Asam Garam Gula & Kopi maka takde komen untuk mereka. 2 tahun saya merantau, koleksi buku HM Tuah Iskandar telah menjadi semakin banyak. Saya suka membaca buku beliau samada novel atau buku motivasi.

Kebanyakan manusia berpendapat novel beliau hanya jiwang pada tajuknya sahaja, tapi ceritanya tak sedap serta sukar difahami. Ya, saya tak nafikan. Lihat sahaja Original dan Hatimu Untuk Siapa. Cukup memeningkan dan langsung tak jiwang. Tapi tetap saya baca berulang kali. Kenapa ya? Mungkin disebabkan isi tersirat yang cuba beliau sampaikan. Nama pun novel motivasi. Inikah Cinta pula gagal ditemui maka tak dibeli. Stok habis? Entahlah. Terlepas pandang mungkin.

Buku motivasi beliau jarang dibeli. Ini disebabkan ianya berlambak di perpustakaan sekolah. Tiada siapa ingin meminjamnya. Terbiar begitu sahaja. Bayangkan anda menjadi peminjam pertama buku tersebut. Bukan satu judul, tapi 3! Hahaha.

Kelakarnya minat membaca orang muda. Deretan novel yang baru sampai dari kedai, setelah siap dilekat stiker serta cop Pusat Sumber, habis dipinjam dalam masa tiga hari. Bukan satu tingkat, tapi satu rak yang mempunyai 6 tingkat atau lebih; saya lupa. Yang tinggal adalah novel lama. Contohnya Salina. Serta beberapa koleksi cerpen Sasterawan Negara.

Saya masih ingat lagi buku Keris Mas yang berhabuk tak disentuh. Benar, saya sendiri yang mengelap sampul buku tersebut. Ini adalah salah satu pengalaman sepanjang menjadi pengawas Pusat Sumber (Perpustakaan)Sekolah, selain daripada memerhati gerak laku pengunjung, menyusun buku, menerima buku-buku baru, mengecop kad pinjaman, mendenda pelajar dan sebagainya.

Itu belum lagi saya berbicara tentang sudut Red Spot yang dipenuhi buku-buku tebal Ensiklopedia. Tak ubah seperti muzium buku - bersih berkilat seolah-olah tidak pernah dikunjungi. Mujur sahabat saya, Rahim Robot, juga seorang pengawas PSS selalu melepak di situ. Saya akui beliau lebih kuat membaca berbanding saya. Pinjaman maksimum pengawas PSS 3 buku seminggu sentiasa dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya banyak menemui buku menarik daripada beliau.

Itu baru secebis daripada situasi yang saya alami. Saya tak layak mengkritik manusia lain kerana saya sendiri malas membaca sekarang, tapi itulah kenyataannya. Masyarakat Melayu masih kurang membaca. Alasan yang diberi: "Saya baca buku rujukan, buku teks serta buku soalan peperiksaan. Takde mase nak bukak buku lain."

Eh melalut ke tempat lain pulak. Asam Garam Gula & Kopi tak direkemen buat mereka bawah 18 tahun. Saya klasifikasikannya sebagai 18SX. Maklumlah, ianya kompilasi celoteh pengarang dalam majalah Pesona Pengantin dan Seri Dewi & Keluarga. Kebanyakannya adalah cerita kahwin, sindirannya cukup tajam, nasihatnya amat berguna tapi lawaknya cukup lucah bagi kekanak. Haha.

Tapi ada lagi isu lain yang disentuh, walaupun kebanyakannya berkisar dalam lingkungan lelaki, perempuan dan keluarga. Contohnya isu pembantu rumah dan bunga telur. Siri kedua: Teh Tarik Kurang Manis ingin dibeli tapi terlupa bawa duit lebih.

Hidup tahun ini dipenuhi buku. Baca perlahan-lahan supaya habis pada tahun depan. Okeh? Jom sama-sama membaca.

Membaca Jambatan Ilmu.

Continue Reading

09 October 2008

Sony Handycam DCR-DVD810E

Nih update yang tak seberapa. Mula-mula nak show-off duit raye, tapi lupe nak amik gambar. Haha. Takpe2, post nih lanjutan soalan Jackster kat ShoutBox.


Model: DCR-DVD810E
Official Site: SONY
Price: RM1900
Features: Refer Website
Specifications: Refer Website



More Pix from Official Site:





Di saat orang lain berebut menukar henset dan meninjau kamera lantaran kenaikan elaun, kenapa saya memilih HandyCam?
  • Lain dari orang lain (kononnye)
  • Budak lelaki takde handycam
  • Senang kalau nak gune utk dokumentasi.
  • Melaghokan diri.


Sebenarnya handycam nih dibeli di Kuala Terengganu, jadi harganya agak mahal sikit. Kalau nak lagi murah, try chek kat Low Yat ke. Tapi berbaloi laa, sebab murah dari harga kat website dan dapat starter pack FREE. Starter pack tuh cam accessory yang basic, abang Cina tuh bagi. Kononnye ade offer sehingga 31 Ogos, tapi dia extend (kononnye). Bijak gak Cina nih berniaga. Sebelum tuh saya dah survey kat kedai Melayu, hampes takde offer. Abes tarikh katenye.

Accessory tambahan yang dye bagi: Casing, bateri, DVD+RW. Tapi casing tuh buruk ngat. Maybe kne survey yang lebih lawo.

Selain dari harga yang mungkin agak mahal, pilihan model pun agak terhad. Tapi nasib baik dah survey kat website terlebih dahulu, maka beberapa model RM1500-Rm2000 dah ade lam jangkaan. Antara model yang ade kat kedai mase tuh: DCR-SR65E, DCR-SR200E, DCR-SR42E, DCR-SR82E, DCR-DVD610E dan DCR-HC28E

Banyak tol model Hard-Disk. Model Mini-DV telah lame saya tolak lantaran kemurahannya (hehe). Kelebihan model yang menggunakan hard-disk adalah kapasiti yang tinggi, membolehkan ia merakam tanpa henti berjam-jam lamanya selagi ada bateri. DVD lak adalah removable media. Memudahkan kalau nak transfer ke komputer orang lain di saat takde kabel USB.

Sepanjang mengenali Handycam nih, masalah utama yang sering dihadapi adalah kapasiti yang tidak mencukupi untuk merakam keseluruhan ceramah atau talk yang rata-rata berjumlah 2jam. Maka DCR-DVD810E yang menggunakan 3 storage - 8GB internal memory, memory stick, dan DVD, menjadi pilihan. Walaupun berkemampuan membeli model yang lebih mahal, berkapasiti 60GB, saiz yang lebih kecil, design yang lagi lawa, malah memiliki Photo Mode 4MegaPixel, semuanya dikenselkan kerana saya seorang yang cuai, kalau hilang, maka terbakarlah duit tersebut. Haha.

Saya sebutkan di atas, DVD berfungsi sebagai removable media, tapi dengan internal memory 8GB yang berupaya merakam 3jam, rasenye model ini lebih sesuai menggunakan DVD sebagai additional storage.

Handycam ini akan dibawa ke Mesir, tapi jangan harap leh pinjam. Sewa LE10 sejam. Haha.

Last sekali, gambar nih semasa melepaskan kerinduan kepada adik2 tersayang:

Yang tidur: Adik bongsu no 8, yang selebihnya dari kiri: no5, 7, dan 6. Nombo 2,3,4 mase nih berada di asrama. Padan muke dorang. Haha.

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template