Saya masih lagi dalam keadaan tak reti nak menulis seuatu sebab rutin harian masih seperti biasa - tidur, bangun, makan, solat, main komputer, tidur balik. Unless sehari sebelum exam, ada pertambahan STUDY di antara tidur dan bangun.
Maka untuk mengelakkan kebosanan mereka yang menanti update, jom renungi balik kisah tahun lepas (2007) yang saya tulis di blog Friendster.
EPISOD SATU: JUMAAT, 16 FEB 2007
Aduh sakitnya, pedih berdenyut aku rasa. Setiap denyutan tue melambangkan detik jantungku. Kenapa di saat birthday yang tersayang, aku terseksa begini? Kenapa di saat semester baru bermula, aku merasakan kepedihan ini? Kenapa - satu soalan yang sentiasa disoal manusia. Tanpa jawapan yang pasti, soalan itu mula memerangkapku.
Ramalan yang doktor jangka akan berlaku 2 3 tahun lagi dah mula berlaku. Ternyata telahan doktor itu meleset. Biasalah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Takdir aku - sakit di bumi Mesir. Namun aku sentiasa berkata pada diri sendiri 'sabar ada hikmahnya, mungkin Allah nak kafarah dosa aku yang lalu'. Dosa mulut yang celupar nie.
Bila difikirkan balik, aku asyik bergembira je. Bila sakit sikit, mula melatah. Tak tahan. Rasa nak menangis - kelakar je kalau aku menangis. Yang aku paling takut sekali - demam. Bila demam je, konfem tak boleh bangun, pening, muntah, rebah, tak lalu makan, mengigau, meracau, tidur. Demam sebab tak tahan sakit. Entah akan terjadi, aku tak tahu. KIta tengok dalam sehari dua nie.
Segalanya bermula masa aku darjah enam. Accident basikal - lori. Rebah tersembam ke jalan raya berturap tar hitam yang panas berdengung. Patah transverse 2 butir gigi aku. Aku ingat lagi masa tuh, selamba je bagitau pakcik lori tuh aku okey. Balik rumah, darah dah habis bertakung dalam mulut. Meleleh keluar tak henti-henti. Memang syok masa tuh.
Pastu Pak Anjang bawak aku pergi klinik. Dia kata gigi aku dah mati, saraf semua dah rosak, canal saraf tuh terbuka so doktor tuh kata dia akan tampal untuk elak sakit pedih. Aku memang tak rasa apa-apa pun masa tuh. Terima je la. Masa tu budak hingusan lagi, mana la faham apa yang doktor tu cakap.
Akhirnya tahun lepas, tampalan doktor tu terbuka. Semalaman aku meraung pedih. Tak boleh makan terus. Sentuh air pun tak boleh. Still ingat lagi, mak aku bawak gi jumpa doktor. Punya la banyak nasihat doktor tuh. Siap ngan mak aku sekali kena ceramah - cara-cara menjaga gigi aku. Setengah jam jugak tuh.
Doktor tu kata "Gigi nie dah tak boleh buat apa dah. Cabut dan tanam yang baru je la. Sakit tak kat bawah hidung nie?". Aku geleng je. Ye la, mase tuh mana la sakit. Okey jer.
"Nanti bile bahagian nie dah sakit, jumpa doktor, kata nak tanam. Akak tak nak buat masa nie sebab okey lagi. Akak just tampal balik jer. Jangan makan mende berasid bla bla bla...". Tapi aku makan jugak limau ngan epal.
Sekarang dah rasa akibat nya. Sedap sampai aku menjilat jari. Sedap sangat sampai tak tidur aku malam nie. Berdenyut. Rasa macam jantung aku kat gigi nie jer. Dah laa lapar. Nak makan tak boleh. Makan bubur je laa aku kali nie.
Satu lagi perkara yang aku dapat masa sakit nie - ramai orang suruh berkumur guna air garam. Kenapa? Sekali lagi soalan tue keluar. Tapi memang berkumur air garam rasa lega sikit. Tapi kenapa? Dua kali soalan tue keluar. Bukankah air garam ada Na yang tinggi. Bila extracellular Na high, mesti action potential menghampiri firing level - more excitable. Mesti lagi mudah sakit. Kenapa rasa lega pulak/ Atau aku yang ter-miss sesuatu? Soalan tue lain kali jawab. Tak semangat nak buka buku.
Masa camnie lah aku mula teringat kat mak. Mesti membebel tahap dewa kalu dia tahu. Nanti je aku tulis surat - surat romantik sikit, mak kan..hehe. Konfem dia reply sepuluh lima belas muka surat. Mati lah aku nak membacanya. nasib baik surat, kalau telefon, 5 eVoiz aku habis nanti. Huhu.
Seterusnya, birthday yang tersayang dah sampai - 17hb. Tapi still takde idea nak bagi ape. Tahun lepas dah miss bagi hadiah. Tahun nie miss jugak la jawabnye. Harap dia tak terasa. Sakit membuatkan otak aku blank. Betapa besar kuasa sakit. Kerana sakit setitik, hilang nikmat sebelanga. Aku sakit gigi dua helai je, tapi sakit - Ya Allah sampai ke kepala, sampai ke mandible. Tu baru yang sakit secara direct, yang tak direct - mata tak boleh tidur, otak blank, semangat kurang, selera hilang, perut sakit, tenaga takde dll dsb.
Nampak gaya segala projek yang aku rancang kurang sikit lah peratus pelaksanaan nya. Evoiz aku tak ambik lagi stok baru, WoW tak update lagi, buku tak abis lagi baca, dan yang penting study aku MUNGKIN terjejas sikit. Projek rahsia aku pun lambat lagi lah untuk dilancarkan. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian dariMU.
Selamat Hari Lahir untuk yang tersayang, she-who-must-not-be-named. Semoga berjaya dalam study, sentiasa bahagia di sisi keluarga.
EPISOD DUA: ISNIN, 5 Mac 2007
Setelah makan 2 jenis ubat yang doc bagi aku pun stat baik tapi still ade denyutan kat bahagian gusi. So aku terpaksa makan slow2 supaya tak rasa sakit.
Seminggu berlalu dan minggu lepas menyaksikan aku berjumpa lagi dengan doc tue untuk prognosis treatment yang dia bagi. Approximately 90% sembuh, aku bajet. So doc tue kate aku kena menjalani odontic treatment iaitu proses membersihkan remnants of nerve dan buat tampalan yang baru. Keseluruhan kos LE 500.
Masa doc tue bagitau aku rasa lega sangat mula-mula sebab murah, LE 140. Last-last rupenye itu untuk nerve treatment sahaj, tak termasuk tooth filling LE 350. Mahal laa jugak. USD 100 tue. So aku bagitau nak buat minggu depan iaitu minggu nie la. Bukan ape, aku nak mikir dulu, tunggu duit masuk dulu, baru sedap sikit nak buat treatment.
Aku ni kan mulut merapu so bile orang tnye je aku mula laa sembang yang pelik-pelik. Kena buat surgery laa, sakit otak laa, boleh mati laa, padahal biasa je pada pendapat aku. Macam cabut gigi yang biasa tue. Takde bedah-bedah. Tapi manusia kat sekeliling aku nie prihatin giler - percaya ngan citer aku, siap kutip derma. Mula laa aku rase bersalah pulak. LE 380. Lebih separuh kos treatment aku. rasa bersalah pulak sebeb menyusahkan orang lain. Padahal aku dah janji takkan menyusahkan manusia lain dengan perkara peribadi. Wwalaupun bukan 100%, tapi aku sedang berusaha berusaha ke arah itu - mengotakan janji.
So aku pun pergi berjumpa doc ari nie. Punye laa awal aku pergi, still dapat nimrah arba3ata asyar genih. Frust bukan main. Nombor last jugak aku kena. Memandangkan orang ramai dan malam masih muda so takkan nak membuang masa kat musytasyfa tue. Aku pun balik main komputer dan kemas bilik sekejap.
Aku pergi balik hospital dalam pukul 10, macam sedang molek laa sebab aku tunggu setengah jam terus sampai giliran. Tu pun bukan giliran sebenar tapi langkau sebab manusia sebelum aku lesap entah ke mana. So doc tu suruh aku masuk.
Maka bermulalah rawatan aku. Doc tue tnye soalan matematiktentang sakit aku nie dan menerangkan serba sedikit mengenai bahasa rawatan yang akan dibuat. Tapi tue semua aku dah dengar minggu lepas. Jadi penerangan dia tue ibarat mencurah air ke daun keladi, sekadar berlalu di external opening of the ear jer.
Doc tue tanye aku,"Are you ready?" Aku sekadar mengangguk lemah. Ready kot. Tapi rasa berdebar tue ade laa jugak sebab doc tue tambah satu fakta dalam penerangan dia kali ini, "...we will have SURGERY after that. Dont worry, it only takes 10%."
Surgery makna nye muka aku kena bedah, alamak hilang hensem aku, mende tu yang bermain dalam benak kepala lutut aku masa tue. Only takes 10%? Ape yang takes 10%? Peluang kejayaan ke 10%? 90% lagi? Aku mati ke? Semua soalan tue berlegar-legar dalam ruang udara CNS aku masa tue.
Doc tue suruh aku baring, aku baring. Bukak mulut, aku bukak mulut. Doc tue tarik bibir aku ke atas, menyerlahkan gusi aku dan sekelip mata tanpa dapat merasa apa-apa, dia inject ubat. Menggelepar aku seperti babi kena tembak. Keluar air mata. tumpah ke pipi. Yang canggih, sebelah je keluar - sebelah kena inject, kanan. Mula-mula aku ingat ubat tue masuk dalam sinus ke, ape ke, cavity kat muka ke, sebab aku boleh rase flow ubat tue. Tapi setelah berfikir balik maka aku berijtihad bahawa ubat tue masuk ke dalam respiratory tract aku start dari hidung ke bawah.
Cuba bayangkan, doc tue cucuk gusi tembus ke hidung. Aku boleh rasa macam air masuk hidung. Sejuk membasahi larynx, pharynx dan trakea and esophagus aku. Pahit macam ubat yang kita selalu makan, yang doc bagi tue. Aku setareh (rilek) lagi mase tue. Tengah baring laa katakan. Doc tue pun kate "My dear, take a rest outside."
So aku pun bangun keluar laa, dah dia suruh setareh kat luar. Sampai kat pintu, aku mula terasa ade sesuatu nak keluar dari hidung aku. Aku rasa macam biasa jer sebab air mata pun keluar, mesti air hidung pun keluar sebab hidung yang kena kan. Itu laa yang aku pikir tapi bila aku kesat, YA ALLAH, darah.Keluar lagi. Makin laju, makin galak laa aku kesat. With my bare hand. Setiap jari tangan kiri aku dah tercemar dengan darah dari hidung. Tapi still nak keluar.
Aku dah gelabah gila dah amsa tue bile sorg pakcik Arab bagi mandil (tisu) kat aku. So rasa lega laa sikit. Kesat punya kesat, akhirnya berhenti due to blood clotting inside my nose. Habis setiap inci mandil tue aku gune. Banyak. Nie yang aku risau nie. Bleeding time aku panjang. tapi bila tengok jari dan mandil tue, nampak comel plak darah aku tue. Darah tue sebab dah tersekat pathway ke external so dia lalu ikut belakang ke internal. Maka aku boleh rasa sedikit darah laa mase telan air liur tue. Sedap sampai aku tak terkata ape.
Pastu aku ato mesej ke ahl bait suruh sesape teman aku sebab aku debar gile. Buatnye betul-betul surgery, tak ke seksa bila nak balik nanti. Nak communicate ngan doc pun payah. Tapi lain yang diminta, lain yang dapat. Sorang yang kuharap, 4 orang yang datang. Bukan tak suke tapi kesian dak kat dorang nak study. Lagipun jam dah menunjukkan pukul 11 lebih. Tapi sebab dorang dah datang, buat macam rumah sendiri laa.
Sembang kejap akhirnya 3 ekor balik, lega aku. Tak laa rase segan dan rase menyusahkan orang. Hawaali (sekitar) kul 0030 aku masuk dengan geng aku, nySa. Macam biasa, aku baring kat tempat khas tue, yang ade lampu kat atas tue. Bukak mulut, doc tue pun stat wat keje. Mula-mula dia tebuk lubang, Guna gerudi. Aku boleh rasa dan bau hasil gerudi tue. Gigi adalah salah satu anggota yang keras, level dia up sikit dari kuku. So hasil friction antara besi dan gigi menghasilkan haba dan haba inilah yang menyebabkan bau hangit. Macam terbakar.
Lepas tue doc tue amik macam pin yang guna untuk hancurkan spinal cord ngn brain frog kat lab, dia buat mende yang sama. Tujuan dia - menghapuskan remnants nerve yang tinggal. Bila kena nerve aku tersentap, pedih sekejap. lama-lama okey. Aku malas nak cite panjang-panjang so summary jer - doc tue bersih sume remnants yang ade, x-ray gigi, pastu last sekali tampal lubang yang dia buat tadi. Rabu nie kena jumpa dia balik dan kena makan ubat yang dia bagi. 3 kali dia bagitau "Eat one only". Bila aku balik baca desription ubat tue rupenye doc bagi dos yang paling tinggi - untuk severe infection. Patut laa stress 3 kali, takut aku overdose rupenye.
Okey sekali lagi masa malam aku terbuang, tunggu giliran chek gigi. Berapa kali? 3 kali tak termasuk yang akan datang nie - hari Rabu this week. Tapi aku lega sebab surgery tak dilaksanakan. Doc kata kalau still ade swelling kat bahagian sekeliling upper respiratory tract, dia akan wat surgery. Segalanya bergantung pada pemeriksaan pada hari Rabu nie.
Tapi yang paling aku kagum ialah doc tue macam cuba untuk orang faham kaedah yang dia buat. Siap bagitahu apparatus yang dia guna dan tujuannya. Pas abis kerja dia bagitau pulak siap lukis atas kertas gambarajah treatment aku tadi. Bagus siot. Graduate dari UK (Universiti Kaherah), ada master dan baru 6 tahun practice medicine. Hebat.
Sekurang-kurangnya ade jugak motivasi untuk hari ini. Tapi yang lagi aku concern ialah exam spotting ari khamis nie kul 8. Aku tak study ape lagi nie. Bile dengar senior cite pasal exam nie macam senang jer. Tambahan pulak aku baca contoh soalan - identify. Aku kate, nie senang laa, sume boleh jawab kecuali aku.
Overall spotting nie memang senang sebab dengan kalimah [identify] tue saje telah menaikkan peratus betul sebanyak 50%. Selebihnye terpulang pada pelajar untuk kenal muscle, nerve, arteries, veins kat cadaver yang dah reput tahap cipan tue. Aku masih seperti dulu, rilek jer. Padahal bukan bijak ngat pun. Cuma malas. Macam mana aku nak ubah, aku pun tak tahu. Malas tue sebahagian habitat ku. Haha.
CORETAN HARI INI
Sampai ke hari nih memang teringat pengalaman nih. Memang best. Sorry post kali nih panjang tanpa gambar yang best so saya letak gambar nih je laa ekk: Surgeon Bong Dal Hee dan Plastic Surgery yang baru sahaja ditamatkan penontonannya dengan jayanya hari ini. Hehe
Kemudian episod04 PME belum siap diupload. Lembap betul internet nih. Sabar je laa ekk. Okeh, sume dah abes, tinggal oral je. Fighting!
If the heart stops and the blood gets cold, the person dies. The reason that blood is 36.5'C is - it has to be that warm, at the very least.[Dr Bong Dal Hee, Surgeon Bong Dal Hee]
1 penghinaan diterima:
aih~
penat bace..
naik lagi basikal..
sape suruh..
lain kali jalan kaki sudaaa..
*grin*
Post a Comment