15 June 2008

Oral Mucosa..

Haa, akhirnya selesai exam writing, tinggal oral atau syafawi atau lisan (ikut korang nak sebut ape) je lagi. Tapi sewaktu entry ini ditulis, oral bagi Anatomy telah selesai dijawab dengan gagalnya pada pagi tadi.

Namun begitu, oral Anatomy menunjukkan peningkatan dengan kejayaan menjawab soalan daripada kedua-dua doktor, berbanding tahun lepas, seorang doktor tidak berjaya dijawab langsung walau satu habuk soalan sekalipun.

Haha, tengok ayat pun dah pening. Malas nak cite pasal oral. Menyakitkan hati serta bosan malah tak best langsung untuk dibaca.


Kali nih nak bercerita tentang ape ekk? Sindrom blank beransur hilang tapi masih lagi terkial-kial untuk menulis. Ditambah pula dengan kehilangan pensel keramat yang telah bersama saya sejak awal form 5, menerukkan lagi kesedihan di hati.

Okeh, start dari biasa - drama. Dua drama berjaya ditamatkan; Surgeon Bong Dal Hee dan Before and After: Plastic Surgery. Nash pun dah terpengaruh dan turut mengambil Plastic Surgery. Hape nak jadi? Subtitle Juken no Kamisama berjaya ditemui walaupun kualitinya amat teruk, cukup makan untuk paham cerita, maka downloadnya disambung kembali.



Oh, petang tadi baru je selesai menamatkan Congkak. Agak best walaupun saya rasa Jangan Pandang Belakang lagi best. Efek kalimah Allah dalam filem nih dan babak dia sambut isteri dia yang terapung tuh cukup real. Sekarang dalam proses melayan Anime; Tenjou Tenge, Katekyou Hitman Reborn, D-Gray Man, dan Rave Master.

Kemudian beralih kepada kerja. PERUBATANonline kadang2 lambat ditukar banner serta tak ditukar langsung wallpaper sebab kadar upload yang cukup lembap. Kadar keaktifan di IluvIslam turut berkurang sebab agak payah nak membuat search. Takpe, tak kesah pun sebab mod lain ada.

Next, LE30 dihabiskan untuk membeli DVD 10 Keping beserta hard-casing. Hoho mentang-mentang ura-ura elaun naik kedengaran, dah mula berbelanja seboros mungkin, bak kata pepatah; Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Abes cerita tentang poin-poin biasa. Seterusnya, sekarang dalam proses berfikir nak balik Malaysia atau tak nak. Sebab tarikh flight adalah 9 Ogos. Agak dekat dengan exam dur tani - kalau kena. Tapi disebabkan kekayaan, mungkin akan diadakan penerbangan sempena exam. Haha.

Ye laa, Hijab Sang Pencinta sedang di-edit, maka dijangka keluar dalam hujung tahun ni. Salju Sakinah dah diterbitkan, tapi maybe akan suruh adik beli sebab ada diskaun 20% dalam bulan Jun. Novel kedua Fatimah Syarha - Syabab Musafir Kasih orang kata novel untuk muslimin, takkan tak beli kot. Ungu Karmila yang terbit tahun ni, tidak sanggup kalau lambat dibaca. Zikir-zikir Cinta, pun orang rekemen baca. Huhu tuh baru pengaruh novel. Belum pengaruh minyak lagi. Hehe.



Akhir sekali, rindu kat mak dan adik. Dua tahun hilang, konpem budak kecik tuh dah besar, tak kenal abang dye. Abang yang telah mengasuhnya selama selepas SPM hingga ke Intec. Kang jadi drama Hitonatsu no Papa e pulak, tetiba je ade orang ngaku jadi abang, haru gak (drama tuh ade orang ngaku jadi anak).

And, Blogger memperkenalkan satu lagi widget yang best. Blog List yang dilengkapi sistem RSS Feed. Tengok contoh kat kanan bawah blog ini. Pasnih senang laa kalau nak tahu sape update blog. Terus muncul je kat situ. Hoho.

Sonok tol ngarut. Dah ar tuh. Typesetting untuk Remnant Warriors belum siap lagi. Nanti nak kena hantar. Okeh chow.

p/s: bertambah entry hari nih. PME04 malam nih akan di-up.

You made the patient dies again, but in medical decisions, there were no mistakes whatsoever.
[Dr Ahn Joong Geun, Surgeon Bong Dal Hee]

7 penghinaan diterima:

Anonymous said...

aku baru niat nk kenekan ko time oral anat td..

nmpk ko intim gile ngn doc pompan yg comel2 kecik tu..dahla kene tanye lame gile + gaye ko ckp ngn die mcm cakap ngn makwe..hak3..[ni bkn aku yg sedar,ni member seblah aku yg sedar dulu]

cadang nk candid td..tp terlupa plak..aiseh..kalo idak leh wat modal

HafizAdam on June 15, 2008 at 8:35 PM said...

bese r, bab2 pompuan nih, sume nye intim. hak3

btuah sape jadi awek ku..

wakaka

btw, name doc kecik tuh adalah nadia adeeb. head of department 2005.

HafizAdam on June 15, 2008 at 9:04 PM said...

nadia pulak, NABEELA ADEEB..

baru betul..

angau tol..

guild_hunterz on June 16, 2008 at 4:11 AM said...

adoi rem..
asl x tgkp...

rugi r cmnieh..
hoho

nonnie78 on June 16, 2008 at 4:48 AM said...

wah.. ngan doc pompuan laju je dpt jawab ye, hafiz. kalau doc laki mau sangkut kot! anyway, perjalanan masih panjang.. rehatkan minda untuk exam yang lain ye..

HafizAdam on June 16, 2008 at 10:47 AM said...

dua2 budak nih Oral katne ntah. nampak time masuk je. kalo tak dah lame jadi mangsa ngan kamera henset.

kak nonnie_sayang:
hehe pompuan kan comel, tenang minda menjawabnya (wpun tsekat-sekat).

next Oral - BioChemistry. Fighting! Aim for the Ace!

Anonymous said...

aku nervous sgt time oral anat tuh..lupe nk candid

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template