09 November 2008

Stupid Fatwa Everywhere?

Di saat pelajar-pelajar PERUBATAN Malaysia Mesir sibuk dengan pengundian Jawatankuasa PERUBATAN Cawangan yang baru untuk sesi 2008/2009, 7 November lalu menyaksikan sekumpulan rakyat Malaysia mengadakan Demo membantah Fatwa Pengharaman Pengkid.




What's this? Apa semua ni? This is Religious Offense! "Stupid Fatwa"?!

"Short Hair, Who Cares?" So what's with all this Demo? We dont care what you want to be. This Fatwa is for Muslims only.

PUNCA

Bantahan ini dibuat ke atas kenyataan Muzakarah Fatwa Kebangsaaan berikut:

KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

"Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram."

"Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.


Ulasan dah banyak manusia lain bagi. Boleh Rujuk di Link berikut:
iLuvIslam
Video Tersebut
Leteran Hati

SO WHY DID I POST THIS LONG ENTRY?

I'm not posting this for fun. Walaupun dah banyak site membicarakan perkara ini tapi kali ini MAIN point saya adalah dua:

Adakah kita peka? Terutama mereka yang berada di luar negara. Saya melihat isu ini besar walaupun sekadar "dozens" of people marching out on the street.

Kenapa perkara ini terjadi? Ya, kenapa? Setelah beberapa isu mencabar Islam sebelum ini, timbul pula isu baru. Masih ada yang menimbulkan kontroversi dan polemik berkaitan islam.


THEY'RE NON-MUSLIM LAA. NO WONDER THEY ACT LIKE THAT.

As you can see from the video, we can assume that there're NO Muslim in that crowd. So kenapa non-Muslim mempersoalkan fatwa?

"Bodo" - itu salah satu komen di video tersebut. "Stupid kuffar" - komen di satu laman lain.

Mereka yang bodo atau kita yang membodokan mereka? Mereka yang bodo kerana taktau Fatwa HANYA untuk orang Islam, atau kita yang membodokan mereka kerana tak bagitau bahawa Fatwa HANYA untuk orang Islam?

Mereka yang bodo kerana TAHU Fatwa hanya untuk orang Islam tapi masih buat Demo atas nama Human's Right, atau kita yang membodokan mereka kerana gagal membuat penjelasan bahawa ini bukan soal Human's Right?

Ataupun sebenarnya kita yang bodo?

This issue really disappointing me. One after another. Islam semakin dicabar.

Kalau takde penjelasan yang menjelaskan isu ini, sampai bila-bila pun Islam akan terus dicabar. Jelaskan bahawa Islam itu agama yang merangkumi semua. Jelaskan bahawa Islam ada peraturan dan etika pakaian, attitude dll dsb. Jelaskan semua itu.

TAPI NAMPAK CAM ADA SEORANG MUSLIM DALAM TU..

This is the most stupid. Assume that the spokesperson is Non-Muslim but the members are Muslims. Astaghfirullah. What're you doing, My Dear?

There should be no offense whatsove to this fatwa. They're just clarifying what's in Quran. Kerana kali ini permasalahnnya berpunca dari istilah pengkid. Apa itu pengkid? Saya masih ragu-ragu jika perincian dibuat. kalau tidak mahu meng-Google sekalipun, tidak cukupkah dengan kenyataan ini:

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.


Maka apakah definisi menyerupai gerak laku? Berpakaian? Kalau kita tanya pada seorang Ustaz,"Ustat, gerakan ini adakah menyerupai lelaki?" Ustaz tersebut akan counter balik, "Awak rasa macam lelaki ke tak?".

Menyuruh Majlis Fatwa memperincikan gerak laku seorang lelaki adalah baik dan bagus kalau betul-betul dilakukan, tapi seolah-olah menyusahkan penanya, dan yang ditanya. Seolah-olah kita bertanya, "Sila perincikan cahaya matahari". Maka jawapannya "cahaya yang berasal dari matahari". Baik tak payah jawab.

Come on guyz, isu pengkid nih cuma istilah je. Telah jelas dan nyata bahawa perempuan menyerupai lelaki hukumnya haram. Bila uruf kate ini adalah lelaki, kita tinggal. Bila uruf kate ini adalah perempuan, kita buat. Susah sangat ke?

Okeh2 ketepikan persoalan menyalahkan golongan ini (pengkid) yang mungkin terkeliru akibat kejahilan mereka sendiri. Jadi kita lihat secara rambang, dan kita boleh nampak kelemahan KITA sendiri. Ya, salah kita. Bukan salah mereka.

Jangan salahkan hiburan bertimbun di televisyen, atau konsert di mana-mana dalam negara, atau pusat karaoke dibuka secara berleluasa. Saya menonton cite Coffee Prince, pernah ke Konsert SureHeboh, dan selalu melepak di Pusat Karaoke. Takde pulak nak terpengaruh dengan anasir keji.

Yang paling penting ialah didikan dari awal. Tak guna kita melarang itu ini, bagi pendidikan tentang hukum hakam, ajar solat mengaji, tapi HATI mereka tak kuat. Ya, tak kuat melawan godaan. Tak kuat mengekang nafsu HATI. Tak kuat mengawal HATI. Maka, apa permasalahan sebenarnya? Akidah. Mari tonton VIDEO INI.

Sedih. Sedih bila melihat situasi seperti ini. Nak tergelak, tapi mengenangkan "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya", bertukar menjadi tangisan.

PENUTUP

Sedangkan Muslim belum memahami, inikan pula Non-Muslim. Di mana tanggungjawab kita? Usah menuding jari menyalahkan orang lain, sedangkan kita sendiri masih di takuk lama. Hanya tahu mengomen itu dan ini. Alasan yang diberi: "Saya tak pandai hukum hakam, tak layak mengajar orang".

Tak pandai, belajarlah. Tak tahu, bertanyalah. Usah malu menuntut ilmu. Perkukuhkan Fardu Ain. Perkukuhkan Tauhid. Kalaupun kita tak mampu memberi dalil, sekurang-kurangnya kita masih boleh berkata, "Saya YAKIN itu HARAM, dan ini HALAL". Kalaupun kita tak mampu mengajar kitab, kita masih boleh menegur, "JANGAN buat itu, SILAKAN buat ini". Kalaupun kita tak mampu menghalang orang LAIN, kita mampu menghalang diri SENDIRI.

Sampai bila isu serupa akan timbul. Sampai bila? Sampai bila Islam di Malaysia akan terus dicabar? Saya serahkan pada anda semua untuk berfikir. Kadang-kadang saya cari-cari jawapan, adakah ini salah nenek moyang kita, hingga menyebabkan Undang-undang hari ini tidak mampu mengekang golongan sebegini. Ataupun pemikiran manusia zaman sekarang terlalu OVER, melampaui batas.

Sekadar lontaran satu muhasabah, buat diri saya, dan juga orang lain.

7 penghinaan diterima:

shairah on November 9, 2008 at 11:31 PM said...

aha.i think people from Majlis Fatwa and these street-demos 'feminist wannabe' should meet up face to face. or nk lagi efficient, kluarkn satu Kenyataan Khas besar2an satu Malaysia kat sume TV and newspapers, jelaskan 'apa itu fatwa', 'bagaimana satu fatwa itu boleh digubal','fatwa digubal berdasarkan sebab apa', kemukakan semua ayat Quran dan hadith yg berkaitan, jelaskan spesifikasi fatwa, the importance behind this fatwa, langkah2 pemulihan etc etc. kesimpulan, KITA umat Islam kena MEMAHAMKAN org bkn islam (i think this is part of our responsible as a muslim), dan oang bukan islam jugak kena MEMAHAMI peraturan dan hukum2 dlm islam (for the sake of integrity and respecting other's religion affairs). at least, bwat research yg thorough dulu sblom nak bukak mulut protes itu ini. kalo dua2 xnak amek tindakan utk memahamkan dan memahami, susah la.

Anonymous said...

Wah..tak sangka anda berkemampuan menulis dgn begitu hebat sekali..bravo my bro!

Mungkin 'mereka' kelihatan seolah2 mencabar Islam tapi kita sebagai muslim juga tidak boleh menyalahkan mereka secara total..there must be something wrong somewhere..so setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnya.

Kesan dari kebangkitan 'menentang' fatwa ini, semoga pihak yg berkenaan lebih berhati2 dan terperinci dalam membuat sebarang keputusan. Belajar dari kesilapan.

Mungkin..kejadian ini juga menjadi salah satu punca..kenapa fatwa mengenai yoga masih lagi tertangguh..wallahua'alam.

shairah on November 10, 2008 at 7:35 AM said...

eh tetiba entry jadi semakin panjang.heheh.

"Yang paling penting ialah didikan dari awal. Tak guna kita melarang itu ini, bagi pendidikan tentang hukum hakam, ajar solat mengaji, tapi HATI mereka tak kuat. Ya, tak kuat melawan godaan. Tak kuat mengekang nafsu HATI. Tak kuat mengawal HATI. Maka, apa permasalahan sebenarnya? Akidah."

owh ini aku mmg sangat2 bangat setuju.masalah akidah.hati x kuat.aku kesian kt orang2 cmni sbb hati diorg x kuat. yela aku sindri pon xde la kuat mane pon.tpi kesian saje x cukop.kene tolong diorg ni. orang awam mcm kite ni,aku rase yg paling loser bleh kite bwat is nasihatkn oang2 terdekat la. and then mayb tulis dlm blog, biar orang baca (mcm ko bwat nih).kalo sesapa yg aktif berpersatuan tuh,mayb bleh wat flyers ke.yg penting tolong diorg.and dalam masa yg sama diorg pon kene ade usaha nak tolong diri sendiri gak.kalo diorg sindri xnak ubah diri then aku rase kene ade magik kot bru bleh ubah diorg. huhu.

HafizAdam on November 10, 2008 at 8:31 AM said...

Mak Ngah:
alaa Mak Ngah, dah lame tak menulis meluahkan idea. asyik post gmbar lucah je. mnulis laa skali.
haha

itu_aku:
Entry menjadi semakin pjg sbb igtkan nk edit tatabahasa, sekali tertambah isi plak. wakaka.

Anonymous said...

sapalah yang bodo eh... ahhaha

Anonymous said...

punca : tunggak negara yang sendiri haru-biru, bagaimana mahu membina modal insan? tunggak negara tidak tegas, walhal most of them are Muslims, bagaimana mahu mengelakkan hiburan berleluasa? apa2 pun, kita yang membaca ni, perlu mula ubah dari diri sendiri

Anonymous said...

waw.. ur opinion sgt2 susah untuk tidak dipersetujui.. thanks.. :)

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template