13 June 2009

Kita Adalah Keluarga

Setelah sekian lama melaungkan slogan ukhuwah, akhirnya Allah uji kita. Pemergian Ammar meninggalkan kesan yang mendalam, manakala situasi dua lagi rakan kita memerlukan sokongan.

Kita, warga Gen6 adalah adik beradik berlainan ibubapa. Betapa erat hubungan kita sekalipun tiada pertalian darah atau ikatan kekeluargaan. Betapa kuat ukhuwah kita hingga kita menitiskan airmata demi mereka. Di saat orang lain bersedih simpati, kita bersedih kerana menangisi.



Sungguh gembira melihat ramai sahabat datang berziarah. Tapi, menyahut seruan abgIsraq, eloklah kiranya kita tidak terlalu kerap melawat mereka. Berikan peluang kepada ahli keluarga untuk terus bersama. Terutamanya keluarga primary iaitu keluarga kandung, dan keluarga secondary iaitu ahli beyt. Kadang-kadang barisan menunggu terlalu panjang, hingga menyulitkan mereka yang lebih perlu bersama.

Lebih-lebih lagi kepada akhawat, tidak manis rasanya terlalu kerap melawat pesakit berlainan jantina. Dengan keadaan mereka yang tidak berupaya, mungkin ternampak sisi gelap mereka, atau terbuka aurat, yang akan menyebabkan mereka terasa segan. Lebih-lebih lagi Aman yang telah sedarkan diri. Kalau Eckm pula sedar dan mengetahui kamu semua melihat aib sewaktu dia tidak sedar, apa agaknya perasaan beliau?

Cukuplah melawat sekali dua. Selebihnya, serahkan pada ikhwah dan ahli keluarga untuk bersama. Menyokong bukan bererti di sisi. Menyintai bukan bererti memiliki. Masih banyak ruang dan peluang untuk membantu.

Pujian buat akhawat Gen6 yang telah menyusun jadual demi melayan ibubapa Eckm dan memudahkan mereka. Sangat besar pahala kamu semua.

ISMA telah melancarkan tabung derma. PERUBATAN juga bakal melancarkan tabung derma. Sebanyak LE25k ingin dikutip untuk membantu mereka. Maka siapakah yang lebih layak untuk membantu mereka? Ahli ISMA yang cuma berapa kerat daripada kita? Ahli PERUBATAN yang berada di Tahun Satu? Atau ahli Gen6 yang mengaku keluarga?

Apalah sangat LE500 bagi seorang ahli keluarga. Lebih-lebih lagi mereka yang mampu. Jangan biarkan orang lain menanggung kesusahan kita. Biarlah kita berhutang, tapi tidak sesekali kita akan menyusahkan mereka yang bukan keluarga.

Bayangkan sekiranya 50 akhawat Gen6 mengeluarkan LE500 seorang, genap LE25k dikutip. Sungguh besar pahala kamu, tidak dapat diukur dengan lawatan kamu yang sekadar melihat dan menangis sewaktu melawat. Malah kalau haid, tidak dekat Malaikat Rahmat dengan mereka.

Selama ini kita asyik dengan laungan ukhuwah, laungan cinta akhirat, bencikan dunia dan duit bukan segalanya. Tapi sekarang adalah masa untuk dibuktikan. Mungkin bukan sahaja untuk sekarang, tapi di masa akan datang, hingga penghujung waktu.

=)

27 penghinaan diterima:

Jackster® on June 13, 2009 at 8:17 PM said...

salam alayk,

ketua kita ammar,
bendahari kita eckm,

so buat masa ni kite stick dgn keputusan ikhwah gen6 mlm kejadian, kita lantik copuk jadi pemangku ketua, dan kat sini aku nak cadang azlee jadi pemangku bendahari,

so pasal kutipan derma, nnti tgu diorang announce

wallahua'lam

syidi on June 13, 2009 at 8:34 PM said...

tumpang tanya, 25K tu utk kos rawatan k?
adakah ia ditanggung pihak penaja?jika ya,adakah wajar kutipan diadakan?..jika tidak,tsgtla wajar..

adakah soalan ini timbul kerana sikap kedekut?
tidak,kerana utk melancar kutipan derma,org yg nak menderma kena tau juga penyalurannya :)

terima kasih,
harap dpt jawab..

HafizAdam on June 13, 2009 at 8:37 PM said...

sori, bukan rawatan. itu penaja akan tanggung, tapi kos yang perlu ditanggung oleh Saif untuk kereta yang tiada insurans, siapa ingin membantu?
setakat derma Nus, baik tak payah. celah gigi je.

syidi on June 13, 2009 at 8:47 PM said...

kenapa ada ayat "Bayangkan sekiranya 50 akhawat Gen6 mengeluarkan LE500 seorang, genap LE25k dikutip"..

kenapa nak bayangkan akhawat,
kenapa xbayangkan ikhwah je?
heh,sorila soklan ngarut..

HafizAdam on June 13, 2009 at 8:53 PM said...

sebab ade beberapa suara tidak sedap hati dengan keekrapan akhawat berziarah, tengah ari pagi petang siang malam.

Aman dah mule rase rimas, dah la dye tak berbaju dll dsb, Eckm plak keadaannye macam tuh. ade komen: ini bukan soal pompuan dibenarkan ziarah lelaki, tapi kalau lelaki tuh segan, tak elok jugak. emosi.

alternatif, korang bolehlah bantu masak, atau derma ke. banyak sikit sebagai kafarah tak lawat tiap2 ari, kan? wakaka.

aku tulis sebab boring tengok bebudak nih sembang belakang.

Kempen Derma Seorang LE500 adalah kempen anti-ISMA. mereka susah payah tengah kumpul duit, kita kata, "eh susah2 je, gen6 dah kumpul dah 25k tuh. korang balik la. biar family je uruskan."
kan best?

berape banyak la sangat org nk derma kalau mereka tak merasa seperti keluarga. kita yang mengaku keluarga, terutamanya Shidi yang sudah berkeluarga, sepatutnya menyumbang seribu untuk mereka.

sekian.

syidi on June 13, 2009 at 9:14 PM said...

erk agak susah la seribu..
keluarga saya ramai,
nak tanggung anak2 sekolah,tuisyen diorng,lampin,baju,belanja chokobi dll..

sikit2 boleh insyallah..

Effy Saiful on June 13, 2009 at 9:16 PM said...

ceh, niat tak ikhlas! gerakan anti isma rupenye..haha [don't get me wrong, i'm still an anti-isma-ian..hehe]

HafizAdam on June 13, 2009 at 9:17 PM said...

niat tak penting.
niat berlagak, tapi kalau rumah anak yatim dapat seribu, banyak dorg boleh buat.
niat ikhlas, tapi bagi segenih, rumah anak yatim tuh kebulur je laa..

Unknown on June 13, 2009 at 9:30 PM said...

ana tak pasti anta main2 (baca:anti-ISMA) atau betul2
tapi...pndgn ana..dlm keadaan begini..kita kena amik kira sensitiviti org lain..terutama yang terlibat dlm kejadian..
harap amik kira..tak kira lah ianya satu gurauan anta atau tidak :)
waalahua'lam..

select profile said...

bile nak kutip... cane nak bayar...
serius ke? semua dah setuju ke

select profile said...

sWeEtHeLwA , chokobi tuh ape?

HafizAdam on June 14, 2009 at 1:19 AM said...

blog ini memang blog anti-ISMA (jangan baca: anti-ahli-ISMA) dan selamanya akan membawa pemikiran keji begini.
kalau ada JIM nak kutip derma pun, blog ini akan serang dengan alasan anti-JIM (jangan baca: anti-ahli-JIM).
sebab ape?
sebab ini blog penyokong kuat kerajaan JPA.
sebelum orang lain menyerang ISMA, mengutuk ISMA tunjuk baik lancar Tabung Derma, baik kita selamatkan keadaan, selesaikan duit2 yang perlu dulu. sumbangan lain2 boleh digunakan untuk kegunaan lain yang akan dibincangkan nanti.

ini hanya kempen, bukannye suruh korg derma sebanyak-banyaknya. tak paksa pun.
nak bagi cuma segenih tetap boleh, nak bagi 10 genih pun boleh. nak bagi 100 je pun boleh.
tapi mengikut pengalaman, pernah ke dapat LE 25k dalam sekali kutip? saya berani jamin tak pernah dalam 100tahun.

adakalanya kita ketepikan persoalan derma dan tumpukan kepada mengutip duit. Kempen Derma Seorang LE500 memberitahu bahawa, ada org lain yg sggup memberi LE500, maka kenapa tidak kita?
kenapa tidak tunjukkan rasa bersama?

hanya keluarga sanggup membantu keluarga sebanyak-banyaknya. kerana mereka adalah family. kehilangan mereka umpama kehilangan kita. apa salahnya berkorban.
berfikiran "orang lain dah derma banyak, takpelah kita derma sikit," amat kelakar.
cakap wong2, berak busuk kohong.

HafizAdam on June 14, 2009 at 1:25 AM said...

saya cuma sebut je contoh akhawat, bukannya saya serang akhawat. ada jugak yang nak polemikkan contoh. lempang kang. reti tak menulis? saya larang (baca: tegur) akhawat kerap melawat maka kesinambungannya digunakan contoh akhawat. baru ade flow.
LE500x50=LE25k (jumlah yg diperlukan)
kalau dimasukkan ikhwah pun boleh. amik je la.
LE500x100=LE50k

satu lagi, saya tak larang akhawat melawat tapi KERAP melawat. sekali sudah cukup rasanya. lepas operate nanti lawat sekali lagi. cukup rasenya. dah discharge nanti melawat lagi sekali. dah banyak pulak, haha.

lagipun banyak lagi timbul isu seperti infection dll dsb, maka ikhwah sendiri tak digalakkan melawat terlalu kerap terutama mereka yang demam atau sakit.

last sekali, post ini cuma sindiran sinis serta cadangan melampau. baca sahaja sebagai hiburan. jangan terlalu serius amik bulat2 cadangan derma LE500 tuh. itu hanya kempen untuk diri sendiri dan kalau boleh, saya ingin melaksanakan kempen tersebut di peringkat diri sendiri sekurang-kurangnya.

wallahua'lam.

Coleh Herbal said...

Yang bukan Gen6 nak bg derma pun boleh kan? salurkan pada siapa?

HafizAdam on June 14, 2009 at 1:31 AM said...

nanti PERUBATAN bukak kaunter, bagi kat dorang pun boleh. takde masalah.
Huzaifah wakil kaunter derma ISMA. nak bagi melalui beliau pun boleh. takde masalah.

Frodo Baggins on June 14, 2009 at 3:54 AM said...

Tersukan dengan laungan ukhuwah, laungan cinta akhirat, bencikan dunia dan duit bukan segalanya!!!! xoxoxooxo Buktikan!!! ((w/pun x baper nak paham mende yg dah jadik sebnrnya ... ;) ))

salam

syidi on June 14, 2009 at 7:55 AM said...

chokobi tu makanan kegemaran shinchan selain action figure action kamen..budak2 zaman sekrang suka makan chokobi..

hakimi mahmud on June 14, 2009 at 8:02 AM said...

apa da..bab2 derma pun nak anti sana,anti sini..

HafizAdam on June 14, 2009 at 9:07 AM said...

@Nakula Sadewa.
entry kat atas ade sebut ke anti-ISMA?
huhu kesian plak ade org trase ngn gurauan tuh. panas r.
mak saya tak suke kalau pergi jenjalan menumpang rumah org. dye akan usaha supaya anak dye boleh duduk rumah saudara. sebab ape? dye x suke susahkan org. bukannye dye kerek xnak org tolong.
lgpun mende2 yg possible kite setel di kalangan kite, jgn terlalu harapkan org lain. tu mesej dye.
saya letak sikit je anti-ISMA kat komen dah melenting.
kelakar r.

[amiza malik] on June 14, 2009 at 9:24 AM said...

salam alaik kpd manusia kontrovesi,

sapot gak la isu2 yg dibangkitkan lam post ni,

panjang2kanlah post ni kat YG.

p/s: siapakah polemik sebenarnya??

=D

[amiza malik] on June 14, 2009 at 9:28 AM said...

Menyokong bukan bererti di sisi. Menyintai bukan bererti memiliki. Masih banyak ruang dan peluang untuk membantu.

bila baca ayat ni, aku rs ko ade bakat terpendam.
somehow aku rs nak invite ko jd author bersama kat dunia merah jambu aku. menarik pegangan falsafah ni. haha.

Mimie Mizah on June 14, 2009 at 10:39 AM said...

'Selama ini kita asyik dengan laungan ukhuwah, laungan cinta akhirat, bencikan dunia dan duit bukan segalanya. Tapi sekarang adalah masa untuk dibuktikan. Mungkin bukan sahaja untuk sekarang, tapi di masa akan datang, hingga penghujung waktu.'

Tika yang lain diuji, kalian juga sebenarnya teruji..

Tak mampu nak derma dari kejauhan..maaf..
Sekadar doa dan harapan yang mampu mengiringi..semoga segala urusan dipermudahkanNya..

Anonymous said...

ko mmg keji ar dinmat...
bile nk ulur 1874.50 tu? wakaka

Effy Saiful on June 14, 2009 at 4:40 PM said...

konsep yg menarik pasal niat tu dinmat..walaupun rasa mcm something wrong somewhere..hehe

blog ni mmg ramai gile org masuk smpai dpt no5 kat carta topblog iLi ke, atau ada main tipu? =p ngeh2

oit dinmat..buanglah word verification kat ruangan komen ni..sgt tak best ok utk mereka2 yg berinternet lambat..

HafizAdam on June 14, 2009 at 7:18 PM said...

hehe biase la.
kalau blog tu anti-Wahabi dan pro-Kerajaan, konpem la buat baik untuk dapat nama dan melakukan banyak perkara bidaah.
org yg mengikut pun konpem masuk neraka.
maklumlah, tak salafi seyh. x iklas lak tuh.
wakaka

wakaka said...

salam
macam tu rupanya situasi di mesir. kami jiran ikram kt malaysia nk dengar-dengar cerita je. tak tahu pun apa cerita.. huhu~
kesian kan kami di malaysia.. =D

mama di m'sia said...

setiap yang dibuat akan dihisab

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template