18 October 2009

Menggila Bersama mediaPERUBATAN

Yay~
Pada Jumaat yang lalu telah diadakan sambutan raya Aidilfitri PERUBATAN dengan nama 'Gema Aidilfitri' bertemakan 'Sesuci Aidilfitri, Setulus Ukhuwah'. Seperti biasa, saya akan memegang jawatan Unit Promosi dan Pengiklanan.

Seperti biasa juga, saya tiada kamera maka tengok video je lah neh~
=)


Program ini merupakan raya terakhir PERUBATAN memandangkan tahun depan dan seterusnya bulan Syawal akan berada di musim cuti. Mungkin selepas 40 tahun barulah sambutan raya Aidilfitri PERUBATAN akan diadakan semula. Tengok je lah.

Dan sambutan terakhir ini telah diadakan dengan gilanya di ARMA. Walaupun agak hambar dan kelam kabut dengan pelbagai masalah yang tidak dijangka, tapi saya rasa kegilaan kami, barisan AJK pelaksana untuk memampatkan 1500 manusia dalam Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah telah berjaya.

Tahniah buat Pengarah, Hazrie Hayat yang telah menjayakan idea gila ini. Bapa borek, anak rintik. Pengarah gila, kami pun sama-sama telah gila. Haha. Terima kasih kepada semua AJK pelaksana terutamanya timbalan saya yang comel, Norasyila Ismail yang sama-sama menggila dalam mempromosikan Gema Aidilfitri 1430H kali ini. Sayangnya, promosi dah gempak, tapi pelaksanaan program kureng. Huhu~

Ini adalah program pertama setelah naik Tahun Tiga. Terasa gila apabila jadual kelas bangun pagi, balik kuliah petang, malam buat kerja akhirnya tidur 3 jam sehari walaupun kerja tak siap. Antaranya video pembukaan, promo dan poster yang dimansuhkan di saat terakhir.

Program ini juga merupakan saya jadikan analisis untuk menilai kemampuan mediaPERUBATAN sebagai medan pengiklanan dan menggila kuasa untuk merampas tempat Unit Pengiklanan semua program di masa akan datang. Hasilnya? Entah. Mungkin agak praktikal. Semua manusia nampak seolah-olah mediaPERUBATAN akan mengalami timbunan kerja tapi saya rasa Unit kami adalah Unit paling rilek malah saya sempat mengarut dengan mende lain walaupun saya tidak menggunakan kemampuan sepenuhnya mediaPERUBATAN. (Malas nak assign tugas maka saya buat semua kerja terbabit. Haha) Tambahan pula, apa kerja Unit Promosi di hari program? Mansuhkan terus, lagi senang. Atau masukkan bawah Unit Pendaftaran.

Okeh, projek untuk tahun ini, saya terasa ingin menggila dengan video. Antaranya video 3-5 minit bermesej ala-ala 15Malaysia tapi tidak semestinya lakonan. Mungkin persembahan multimedia biasa tapi bermesej. Tujuannya, koleksi video-video ini boleh ditayangkan dalam sesuatu program sekiranya ada kekosongan antara slot. Maka peserta tidak akan bosan. Mungkin perlu dibuat perancangan yang lebih tersusun.

Seterusnya kelengkapan multimedia PERUBATAN bakal bertambah. Khabar angin dari Damak, PA System bakal datang dari Alex. Satu lagi, projektor sedang dalam proses. Mungkin boleh diadakan Dana Projektor PERUBATAN selepas ini. Budak Medik yang kedekut. Dulu sewaktu elaun masih USD 600, boleh je hidup bersederhana. Sekarang elaun USD 1200 semuanya menjadi kedekut sedangkan sepatutnya mereka ada lebihan USD 600. Semuanya dibazirkan untuk kemewahan. Haha. Tak hairanlah orang kaya malas nak bayar zakat.

Kata-kata semangat untuk tahun ini," Anda semua pergi ke kuliah setiap hari, menelaah pelajaran setiap malam, dan membuat semua latihan yang diberikan, tapi gagal dalam peperiksaan final, tetap akan dihantar pulang oleh JPA. Tapi sekiranya anda bekerja demi PERUBATAN, main game setiap malam, dan tengok movie tanpa henti, kemudian mumtaz di peperiksaan final, maka anda layak untuk naik tahun dan bergelar Mumtaz."

Mari menggila bersama mediaPERUBATAN! Anda tidak ingin bekerja untuk kami pun tidak mengapa, kami mengalu-alukan freelancer dalam artikel dan kupasan politik semasa masyarakat perubatan di Mesir. (Eh, pehal aku promote kat sini? Haha)

__^*To Be With You - Park Chae Won*^__
4Shared | YouTube


9 penghinaan diterima:

Atiqah on October 18, 2009 at 7:24 AM said...

hmm i wonder kwn sy tergolong jugak ke dlm komuniti kecil student medic Malaysia di sana????

Noor Asyila on October 18, 2009 at 7:51 AM said...

adeh..mmg kamu orang yg paling layak utk menjadi unit promosi!

sume nak dipromosi kan.bagus3
pasni kena fokus blaja plak! :)

btw,thanx Muhammad Hafizuddin Bin Mamat Azlan :)

[MH] on October 18, 2009 at 9:26 AM said...

dan kami akan kembali dengan berita2 panas juga.

[MH] on October 18, 2009 at 9:34 AM said...

lagi satu,video ni menarik! tergelak2 kami di sini

HafizAdam on October 18, 2009 at 1:34 PM said...

Atiqah:
Kamu nih Atiqah mane? haha
kalau beliau budak medik maka tergolonglah sama...

Asyila Ismail:
Hi Syila..
lame tak nampak kamu. nanti kite bekerjasama lagi neh.
=)

Fatty Ibrahim:
Wah Fatty, kamu sudah kembali!
Jom menggila bersama-sama.
Ape yang menarik? bIase je. Haha

p/s: saya suke part Misi Mencari Pana Ghani.

Noor Asyila on October 18, 2009 at 2:06 PM said...

pana ghani dah tahu dah pasal kewujudan misi mencari beliau.

dan beliau sangat terkejut dgn misi ini.apa2 pun,kamu jawab la sama dia ya bila disoal siasat.haha

p/s: HA,tak sanggup untuk dibuli lagi

HafizAdam on October 18, 2009 at 3:16 PM said...

memang laa. sbb sy mencari beliau. takkan tak tau kot. haha
bergerak sambil Handycam terpasang memang mengujakan. perlu dibuat lagi di masa akan datang.

Muhammad Warouq bin Qamar on October 20, 2009 at 7:04 AM said...

letak la video munawwarah lame2 sket dinmat. aku dtg lambat haritu tak sempat nak tengok.

best video pendek ni.

me~ said...

komen pengarah program 2 x tahan r..
huhuhu
mmg giler r keje korang..
hahha

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template