Pertama sekali, daku sudah naik tahun, maka bolehlah bermalas-malasan kembali walaupun sebenarnya daku tak pernah merajinkan diri. Hehe. Sudah malas berazam, akhirnya tak tertunai jugak. Lebih baik menjadi seorang yang carefree, buat je apa yang kamu suka. Huhu. Entah, maybe cuba menjadi lebih sistematik. Abang Hazam Hajanan, dah naik tahun nih, naikkan elaun bleh? Huhu~
Seperti biasa, bila masuk tahun baru, rumah pasti menjadi seperti tempat babi berkubang. Lebih-lebih lagi bilik sendiri yang seperti tempat pelupusan sampah. Rancangan asal ingin mengubah kedudukan komputer nih supaya lebih banyak ruang, akhirnya kekal jugak sebab kedudukan ini yang paling selesa. Buku-buku juga disusun kembali, selepas ini mungkin dilabel dengan sistem Dewey dan dibuat sistem perpustakaan supaya daku tahu siapa yang meminjam apa. Hampagas betul banyak buku hilang. Mahal lak tuh.
Sambutan raya PERUBATAN pada 16hb Oktober ini di ARMA. Pasti ustaz-ustaz di situ menggelengkan kepala melihat kami membuat majlis sambil bermonolog, "Gila punya budak medik. Esok dah nak masuk bulan Zulkaedah, diorang boleh lagi beraya. Tak sangka belajar medik boleh jadi macam nih. Ish3. Kesian." Sape2 yang berbakat membuat video, atau menulis cerpen, sajak, pantun, syair, atau esei, bolehlah klik link ini. Hadiah motosikal Honda Wave wa cakap lu. Satu lagi pertandingan untuk memilih blog terbaik: Egypt Blog Awards 2009. Calonkan blog kegemaran anda sekarang. Hadiah lumayan gak.
Selamat datang kepada 3 budak baru: Jackster, Pemenang dan Sayuti ke batch Tahun 3. Akhirnya budak-budak BPP berkumpul bersama kecuali Damak. Haha. Kesimpulannya, janganlah join Biro Penerangan dan Penerbitan. Kamu bakal gagal dalam pelajaran. Mungkin selepas ini Presiden perlu tubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat punca kegagalan anak buah BPP. Mungkin juga Exco perlu dikenakan tindakan disiplin. Huhu~
Perniagaan Printer daku sudah balik modal, maka mungkin selepas ini print 10 sen sehelai, segenih 20 helai. Boikot perniagaan Sweethelwa! Haha. Beberapa perniagaan lain juga bakal dibuka seperti sewa videocam (asalnya nak beli sejibik lagi. satu buat sewa, satu peribadi. tapi cancel sebab model di Mesir tak best), atau sewa projektor (dalam pertimbangan), kononnye~
Selamat datang 2009/2010. Jom jadikan tahun ini satu lagi tahun yang menggembirakan. Raikan keriangan!
6 penghinaan diterima:
sian BPP dicop sebegitu ropa
tahniah
Tahniah. saya tumpang gembira untuk kejayaan dinmat kali ini. walaupun dalam masa yang sama, tak tertahan air mata ini menitis bila baca 'tahun 3' itu.
teruskan usaha. mana tahu boleh mumtaz pulak tahun ni kan.
Salam.
Saudara, awak.. er, dik..
aHAMDULILLAH.. tahniah, masuk tahun 3.
Walau nampak "bz" DI SINI ,kmau masih melangkah
dan tidak jatuh. insyaallah , berterusan.
p/s: suka komen dan pergi keblog kamu hanya kerana nama adik saya Hafiz. (bolehkah demikian?;p)
^_^
haha,mana leh boikot SweetHelwa printing enterprise. kami mempunyai sokongan kewangan yang kukuh dari golongan akhawat. Keuntungan suku ketiga tahun ni melonjak 30% dan dijangka suku keempat akan lebih lagi memandangkan kuliah bermula kembali.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian,badan korporat SweetHelwa merangkumi SweetPrint, SweetTravel, dan insyallah kami akan mengembangkan lagi perniagaan dalam bidang-bidang berpotensi tinggi selepas ini.
terima kasih
tahniah, make sure tahun nih mumtaz neh..kalau tidak hantuk kepala kat dinding! (gurau)
tumpang gembira neh..walaupun hari2 sebelum rezat terasa bagai di keji-keji..sungguh anda seorang pengeji..jgn bt lain kat org lain neh..x baik.
anyhow..doakan kami..bungkus la buku anat tuh~
Post a Comment