29 April 2007

Couple

Ha, ada juga idea untuk menulis. Tajuk kali ini ialah tajuk yang sangat popular di kalangan pemuda pemudi harapan bangsa kita pada zaman ini. Couple - kapel - pasangan - awek - pakwe. Saya rasa benda-benda seperti inilah yang muncul dalam benak sesiapa sahaja yang mendengar istilah couple.

Sekadar ingin berkongsi, best ke ada awek nie? Satu soalan yang kalau saya tanya, orang akan jawab, "kena ada awek baru tahu best ke tak..". Sama seperti sebuah cerita yang saya baca, novel popular - Hatiku Milikmu karya Fatimah Syarha Mohd Nordin ada membangkitkan persoalan ini. Sesiapa yang belum membacanya boleh dapatkannya di ruangan SINI


Kepada mereka yang belum membacanya, biarlah saya ringkaskan sedikit kisah agar anda berminat untuk membacanya. Kisah ini mengenai culture shock yang dialami seorang pelajar Muslim yang syadid akhirnya setelah keluar dari sekolah lama, dia terikut-ikut dengan pengaruh luar dan anasir negatif dan bermulalah kehidupan yang baru ditemani seorang awek bernama Syafika.

Tapi persoalan yang timbul di sini, wujudkah couple dalam islam. Ada dan memang wujud. Setiap perkara Allah jadikan ada keadaan haram dan ada keadaan hukumnya bertukar halal. Semua orang tahu couple yang tidak menjanjikan pengakhiran yang baik - kahwin dan disertai perkara maksiat - pegang tangan, berpeluk cium, keluar berduaan malah yang terbaru, zina adalah haram di sisi Islam. Tapi berapa ramai yang ambil kisah? Entah lah.

Berbalik kepada persoalan couple yang halal. Apa makna nya tue. "Takde maknenye awang oii..". Hehe. Islam tidak menghalang fitrah tapi membentuk fitrah agar mengikut acuan Islam. Tunang dan kahwin, keduanya saya rasa couple menurut Islam. Bukan bermakna tunang bebas melakukan segalanya namun sekurang-kurangnya hubungan mereka76.97% akan berakhir dengan perkahwinan.

Ada orang kata, "Dah kahwin bukan kapel..". Pelikkan? Bila dah kahwin, bertukar jantina ke? Bukan pasangan kita ke isteri kita tue? Adik kita ke? Inilah masalah manusia akhir zaman. Tak mengaku kapel bila dah berkahwin. Sebab tuh, sebelum kahwin - I, U, abang, sayang. Bila dah kahwin - aku, engkau, woi, wei. Hilang fantasia romantika zaman kapel.

Masa kapel, pelik. Sanggup berhabis duit telefon Malaysia. Sanggup berhabis duit beli cenderamata dari Sinai. Sanggup hantar kad raya. Sanggup berjaga malam sebab nak telefon atau YM. Tak ke elok kalau duit tuh bagi kat saya, kalaupun tak nak sedekah. Tak ke elok kalau berjaga malam study, kalaupun taknak solat tahajud. Kekadang heran jugak rasanya orang bercinta. Mereka dibutakan dengan nikmat dunia.

"Hek eleh dinmat, cakap berapi, kau tuh bukan bagus sangat..". Ye, saya mengaku saya tak bagus. Siapa tak kenal pencetus kontroversi dari sekolah menengah hingga ke universiti (sekarang laa..). Kisah nie saya simpan untuk edisi yang lain. Saya mengaku saya pun ada rasa nak berawek berkapel kawin mawin thing nie. Tapi, "Siapalah aku untuk mengaku menyintainya, andai dia tak mengaku menyintaiku". Biarlah ku pendam rasa cinta ini menjadi harta peribadi. "Cewahh dinmat, jiwang gak engko nie ye". Senyum je laa.

Sebelum blah, renungkan kata-kata ini,

Allah jadikan manusia berpasang-pasang. Tapi kenapa ada manusia mati sebelum kahwin? Kerana pasangannya berada di syurga

1 penghinaan diterima:

Anonymous said...

sedangkan yang ada pasangan pun belum tentu pasangan itu yang akan ditemuinya di syurga. takpun dia yang tak dapat masuk ;)

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template