Sebenarnya banyak topik boleh kita sembangkan di sini. Sebelum nie saya ada menyebut tentang kisah pencetus kontroversi. Biarlah saya simpan kisah-kisah lama itu di lipatan hati. Sebenarnya sekadar ingin bertanya satu soalan "Apa yang mendorong anda melangkah sejauh ini?"
Bermula darjah rendah, masuk sekolah menengah, kemudian terbang ke Mesir, tidak lain dan tidak bukan pasti mak saya yang berada di belakang saya. "Hek eleh, jawapan ni lagi..Dah bosan r.." Ok saya bagi jawapan lain, maybe tiada tujuan hidup menyebabkan saya melangkah hingga ke sini, menjejakkan kaki di bumi anbiya', demi mencari secebis hidayah dari Ilahi.
Pelik kan? Macam mana ketiadaan tujuan hidup boleh mendorong saya hingga ke sini. Thats my pusher. Orang lain ada pendorong masing-masing. Sesuatu yang sentiasa menyokong kita dari dalaman, sentiasa berada di sisi, sentiasa memberi semangat ketika sesat dalam perjalanan hidup, ketika tengah down, stress atau terluka. kadang-kadang saya teringat kata-kata seorang sahabat,"Kenapa saya memilih medic.." sedangkan betapa banyak perkara yang saya buat langsung tidak ada kaitan dengan dunia perubatan (Menulis blog ni pun salah satu..), maybe dia merasakan saya patut menceburkan diri ke bidang multimedia.
Frankly, dunia bukan semudah yang disangka. Nowadays, tak cukup dengan mengambil satu bidang sahaja. Bakat dan minat adalah dua kewujudan berbeza. Although minat ke arah multimedia, bakat menuju ke arah medic. Thats my specialty. Yang penting sentiasa ada seseorang di belakang, menerima segala apa yang saya buat selama ini.
Sebelum mengakhiri post kali ini, renungkan dialog ini,Sayang saya tak..?
Sayaanngg..
Abis tue, kenapa tak stadi..?
1 penghinaan diterima:
"Seperti bakat dan minat yang berbeza, sayang saya kepada awak tidak ada kaitan dengan stadi saya"
sekadar buat renungan juga...
Post a Comment