Masih ingat lagi sewaktu kita masih lagi kecil? Sebesar telapak kaki ibu (Eh tu kecik sangat) - sebesar lengan bapa? Masa tu kita baru je keluar dari alam rahim. Siapa yang menyambut kita masa tue? Doktor? Atau bidan kampung? Atau moden lagi bapa kita sendiri yang menyambut kita.
Kalau anak sulung, mesti masa tue bapa kita ada bermacam-macam perasaan - gembira (da jadi bapa aku nie), sedih (alamak, bertambah beban sorang lagi), bimbang (bini ngan anak aku selamat ke tak) atau selamba je (kontrol laa). Kalau anak bongsu - lebih-lebih lagi anak nombor empat belas, nie payah sikit nak cerita. Kalau dah berpuluh tahun tak dapat anak, feeling tue datang balik. Kalau dah selalu - wat macam biasa je laa. Tapi anak bongsu laa yang paling dimanjakan. Anak sulung lak didera secukup rasa. Tak setuju? Mampus korang laa - nie pengalaman aku jer.
Apa kaitan aku mencarut nie dengan tajuk post? Haa cuba teka. Walaupun aku belum kawin tapi akhirnya dapat juga aku merasa pengalaman menyambut pelajar baru. (PEMBACA: apa kaitan pelajar baru ngan kawin? nak kena bunuh budak nie) Disebabkan oleh bebudak first year yang ramai balik maka aku pun dilantik laa (kenyataan ini kurang tepat kerana aku memang selalu dipaksarela jadi AJK).
Pada mulanya aku dengar cerita dari Copuk - nama aku takde dalam senarai AJK maka dia (dan manusia lain) tak puas hati. Sebab ape? Biasanya nama aku secara auto akan ada dalam AJK memana program - jangan tanya sebab aku pun tak tahu kenapa. Masa tue sedih gila babeng ar (padahal dalam hati suke gile sebab akhirnya aku bebas), kesedihan tue membuatkan aku nak menangis (air mata gembira laa). Tapi last seminit aku dapat kol dari Abg Kadir suruh datang Meeting AJK Induk.
Mampus - masa tue baru di tahap satu. Sebab sebelum nie just jadi AJK bawahan je so perasaan tue macam biasa la. Maka bertolaklah aku dengan Copuk. Lepak-lepak, makan-makan, sembang-sembang maka start meeting. Buka kertas kerja - PENGARAH UNIT TEKNIKAL DAN AUDIOVISUAL: Muhammad Hafiz Adam
Mampus - level dua. Tak-bleh-blah. Woi aku mana pernah jadi pengarah. Jadi kuli pernah la. terima arahan, buat. Senang dan tak pening. Tak biasa laa jadi pengarah nie. Bidang tugas apa, apa kena buat, sume tue bermain dalam kepala hotak aku. Sebelum tue dah tahu jadi Unit Teknikal & AudioVisual. Macam biasa la - muka Teknikal. Takde orang lain agaknya. Ok aku pun merilekskan diri buak lagi kertas kerja tue.
Mampus - tahap tiga. Pengerusi majlis? Wat meeting? Wat laporan? Lantik ahli? Ha baru aku ingat, jadi pengarah memang laa kne wat meeting sendiri - camne laa aku bleh rileks tadi. Adeh bodoh bodoh bodoh. Satu lagi mende yang aku tak pernah buat. Pengerusi mesyuarat. Memang aku tak biasa so macam blank ar. Rileks Dinmat, ko kan power (Ceh nie ayat membajetkan diri untuk meraih segenggam kekuatan - ayat pun da poyo da). So rileks laa.
Abis cite pasal tue. Cerita ceriti di atas telah ditokok tambah dengan izin penulis sendiri sebagai ajinomoto untuk mempersedapkan lagi cerita yang diceritikan. Kesimpulan dari cerita di atas - macam biasa aku bercerita pasti ada kesimpulan di akhirnya, err entah laa apa kesimpulan dia ekk. Hehe
Waa sebelum nie aku just jadi AJK kecik yang menerima arahan pastu buat je. Dulu aku rasa "ler, aku lagi yang wat mnde nie. pengarah wat bodo je" - tak le sampai rasa pengarah tak wat pape tp cam die wat keje senang je. Last2 kau jadi pengarah baru kau tau. Bab-bab wat decision nie yang aku lemah nie. Wawawa aku rela jadi kuli dari jadi tuan. Senang hidup aku.
Tapi yang heran, memula rasa cam malas nak jadi AJK tapi macam biasa naluri seorang AJK (bajet gile) rase best plak. Bukan best nama AJK tue tapi best sebab ade jugak keje untuk aku. Huhu. Mula laa timbul idea-idea lucah sampai macam nak take over Unit lain plak. Padahal Unit sendiri tak terurus. Wakaka. Takpe idea lucah tue boleh diusulkan kepada mereka. No hal la.
Sedikit maklumat mengenai pelajar baru. Info nie bukannya confidential. Mana laa tau kekalau ada bebudak baru TERjumpa post nie - seperti Yuci yang dikacau sorang makcik sebab anak dia bebudak baru (atau makcik tue sebenarnya adalah bebudak baru yang menyamar) maka mungkin akan ada pembetulan. Hehe.
- Cairo 128 manusia
- Alex 178 manusia
- Flight pertama 1hb 9 2007
- Flight kedua 6hb 9 2007
So, apa pengajaran post kali nie? Takde pe. kekadang manusia kena berfikir untuk mempertajamkan minda. Check quote kat kanan nie. Maybe ada sedikit kaitan. Hehe. Ok sebelum blah dan aku wat kerja lain, baca dan fikir makna quote nie -
Words are the coins making up the currency of sentences, and there are always too many small coins.
[answers.com]
4 penghinaan diterima:
Penghinaan 1
Kau jangan nak pura-pura gembira, mase kat uma Amin lagi aku tau kau sedih bile Copuk cakap dier terpilih dan kau tak terpilih
Penghinaan 2
Kau jeles rupenye makcik tu bagi lesen aku tekel anak dier
Penghinaan 3
Kau memang suke jadi kuli? Kadang2 btol gak sbb smlm ko yg jadi kuli uma otai (haha.. nway tq)
Penghinaan 4
Aku tengok cuti ni kau yang tak nak buat keje mulia, asyik nak buat keje hina depan komp
Sekian saje untuk penghinaan kali ini
salam perkenalan dr makcik yg menulis ke yuci tu!!!!penulisan makc iklas tiada unsur penipuan dan menyamar!!!..Next time berhati-hati bila penulis...semoga penulisan ini adalah medan dakwah untuk semua..anak mempunyai Ibu!!!Ibu anak juga akan merasai perasaan risau untuk melepaskan anak tersayang pergi jauh demi menuntut ilmu ...semuga pemergiannya diberkati....salam...kl 3 Sept 2007
Maaf
Penghinaan 2 itu memang tidak benar
Sekian dimaklumkan untuk mengelakkan sebarang salah faham
"to err is human, liable of making mistakes"
"Words are the coins making up the currency of sentences, and there are always too many small coins"
sorri makcik..
gurauan remaja..
jgn trasa..
bagi nama anak makcik..
nanti sy tolong tengokkan die..
Post a Comment