24 August 2008

Hundreds Ideas & Recipes

Berjumpa lagi setelah 20 tahun tidak post walau satu habuk pun dalam belog ini. Well, maybe tak perlu post kot sebab belog nih tetap akan berhabuk walaupun saya tak post habuk. Hehe. Penin bahasa orang tengah dalam dur tani nih. Maklumlah, mengalami hypolovemia (kurang kasih sayang).

Okeh, taknak sembang mengarut, enjoy dua eBook untuk kali ini, sementara menanti next stop: Histology pada hari Sabtu nanti.


101 ROMANTIC IDEAS - MICHAEL WEBB



Format: RAR, unRAR: PDF
Size: 332KB
Download: Ziddu


Download ini adalah kesinambungan dari karutan Couple Islamik. Ramai betul yang mempertikaikan kaedah melamar yang saya sebut. Kononnya tak logik.

Nah! Buat pasangan lovey-dovey di luar sana, saya hidangkan kepada anda 101 cara bersikap romantik. Untuk diamalkan setahun satu, khas pada hari jadi yang tersayang. Konfem kekal romantik sampai mati. Hehe.


100 RESEPI KUIH MUIH MALAYSIA - WANORIZAN



Format: PDF
Size: 500KB
Download: Ziddu


Resepi nih pulak saya ambil sebab nak buat kuih, namun apakan daya, bahan takde. Maybe bleh diganti dengan bahan lain kot. Ape pun, download eBook ini telah mencapai 250, amat popular saya rasa.

Mungkin manusia zaman moden yang terlalu sibuk, tidak mempunyai masa untuk berguru dengan ibu mereka yang ternyata amat pakar dalam pembuatan kuih tradisional. Ataupun mak bapak pun tak kenal kuih tradisional, semua suka makan bizza. Anak konpem laa hanya mengenali Bizza Heart, akibatnya dah tua baru nak belajar dari eBook. Haha.

Credit to FeWeTT for this file. For the downloaders, DONT PUT THE DOWNLOAD LINK IN ANOTHER WEBSITE. LINK THEM TO THIS BLOG INSTEAD.I really appreciate your cooperation.
Continue Reading

10 August 2008

Why Computer Always Jammed?

KENAPA KOMPUTER SELALU JEM?

Soalan ini kerap ditanyakan kepada saya. Mungkin bukan secara direct, tapi lebih kurang mempunyai makna yang sama. Tidak kira PC atau labtob, rata-rata pasti mengalami ke-jem-an sedangkan masih lagi baru dibeli semalam.

Antara ke-jem-an yang dialami termasuklah;
  • hardware rosak.
  • virus.
  • takleh boot.
  • tetibe shutdown/restart.
  • internet slow.
  • dll dsb

Kebanyakannya berakhir dengan resolusi senang - format balik Windows.


MY COMPUTER

PC yang dibeli tahun lepas dengan harga LE3300 ini masih elok dan tidak perlu diformat walau telah berkali-kali diserang virus. Masih berdiri teguh memberikan khidmatnya kepada manusia di sekelilingnya tidak kira saya sendiri atau orang lain. Namun begitu, performance-nya telah berkurangan. Mungkin serangan bertalu-talu malware menyebabkan ada kerosakan di sana-sini.

PC inilah tempat saya membuat segala kerja setelah setahun meminjam labtob zAlee pada tahun satu. Intel Core 2 Duo dengan 1GB RAM tanpa graphic card, rasa ingin meng-upgrade tuh ade tapi ditangguh buat seketika lantaran ke-takde-mase-an menjelajah Roxy atau yang terdekat - Tahrir.

Dengan pembelian printer, fungsi PC ini bertambah dengan menjadi punca rezeki saya di kala khidmat printing diperlukan manusia-manusia perubatan.



RAHSIA KOMPUTER SELALU ELOK?

Pakar komputer akan menjawab dengan panjang lebar beserta istilah saintifik yang memeningkan, ditambah pula kalau pakar komputer itu belajar dalam kuliah perubatan, percampuran istilah medic cukup untuk membuatkan manusia termuntah.

Bagi saya, mudah sahaja. LOVE itu CINTA.

Why did your computer always jammed?
Simple - It's because you didnt give much LOVE.

REFLECTION

Everything around us is like a mirror. They give us what we gave them. Give them hatred, and we'll get hatred back. Give some sugar, and we'll get sugar. Throw a rock, and we'll be hit by rock.

Give them love, and they'll love us.

Mungkin ramai yang pernah mendengar nasihat orang-orang tua:
Jadilah seperti pohon yang berbuah lebat, dilempar batu, dibalas dengan buah yang masak ranum.

Contradicting me?

Absolutely NOT.

Kira Yamato in Gundam SEED gives 3 things in order to achieve something;
  • Heart (Keinginan)
  • Power (Kemampuan)
  • Gundam (Alat)

Pohon tersebut mempunyai keinginan (membalas lemparan) dan alat (buah) tapi tidak mempunyai kemampuan (untuk melempar tepat pada muka kita). Nah, disangkanya kita, pohon tersebut membalas dengan kebaikan.

Dont believe me? Try hitting a durian tree until it drop some. You'll realize the danger.

HOW TO LOVE A COMPUTER?

This question is subjective. Love differs from a person to another. Bak kata pepatah:
A person's medicine, may be a person's drug.


Ask yourself how to love your computer.

Bila berdebu, dilap. Nampak kotor, dibasuh. Panggil dengan nama yang comel. Puji dan sembang dengan komputer anda. Belai dengan kasih sayang. Hias dengan stiker atau reben. It's up to you.

Sentuhan adalah cara untuk mengekspresikan cinta. Mungkin sebab ini juga, labtob lebih mudah rosak. Kerana jarang dibersihkan. PC saya asyik berdebu, tak kira di CPU, atau monitor, atau keyboard, hatta speaker. Tiap-tiap bulan saya membersihkannya. Tapi kebelakangan ini jarang, disebabkan ada keperluan lain yang lebih mendesak - study.



KISAH PERIBADI

I love my computer, and it loves me (I supposed). Sebab itu jarang saya mengalami masalah bila menggunakannya berbanding orang lain. Hehe.

Pengguna lain pernah mengalami auto-restart secara tiba-tiba tanpa diketahui asal-usul. Internet akan lembap jika torrent tak di-pause sedangkan saya masih boleh melayari internet dengan download torrent serentak. Kekadang tiba-tiba wallpaper bertukar menjadi "Warning: Spyware detected!", kemudian hilang setelah saya menggunakannya.

The most interesting part is, my PC merajuk bila saya bertanya Kak Thiqah tentang installer Vista Enterprise. Tiba-tiba hang. Jackster yang menawarkan Vista Ultimate menyebabkan saya terpaksa restart akibat takleh klik. Maybe teori Zettai Kareshi benar - electrical appliance juga memiliki perasaan.

PC saya nih tak sanggup kehilangan memorinya. Haha.

PENJAGAAN DAH ELOK TAPI TETAP ROSAK

Jawapan yang mudah - WRONG perception of LOVE. Anda merasakan ianya adalah perbuatan yang betul, menunjukkan kasih sayang, tapi impaknya adalah negatif.

Sebagaimana overprotection dari parents akan menyebabkan anak menjadi spoil, seperti itu juga, komputer akan rosak jika cara cinta anda tidak betul.

So How Should I Love? Be a computer, and think what's best for yourself. What will make you happy, sad, emotional, blablabla. That's the right thing.

Oh and for footnote:
  • My PC's name is Ragnarok (taken from FFVIII), a legendary space shuttle.
  • Labtob is a slang from Arabs, as the 'p' is pronounced with 'ba'.


Maka sidang pembaca sekalian, sudah cukupkah cinta dan kasih sayang yang anda beri pada komputer anda?

A woman is like a computer. You love them, and you'll realize you spend too much on them.
[HafizAdam]

Continue Reading

05 August 2008

Zettai Kareshi Ungkap Persoalan Mr Perfect

Dalam keboringan membaca Embryology, saya cuba mencari sesuatu untuk menghalang daripada tidur. Melihat 2 thread di iLuvIslam mengenai Ciri-ciri Pasangan Idaman Lelaki dan Perempuan, menarik minat saya untuk menulis sesuatu tentang drama ini.

Seminggu dua ini, beberapa drama berjaya membawa tema yang menarik, dan yang terkini adalah On Air. Nantikan reviewnya. Sebelum tuh, enjoy dulu drama Jepun kali ini:
Zettai Kareshi: A Completely Perfect Robot Lover.





Info: DramaWiki
Episodes: 10
Genre: Romance, Comedy
Broadcasted: 2008-Apr-15 to 2008-Jun-24
More: OST - Torrent
Download: Torrent


Zettai Kareshi atau Absolute Boyfriend atau dalam bahasa Melayu; Teman Lelaki Sebenar cuba mengupas persoalan teman lelaki yang menjadi idaman perempuan masa kini. Di-sub oleh SARS-Fansub, drama ini amat menarik bagi saya.

Drama ini bermula apabila Izawa Riiko yang kecewa dengan cinta yang ditolak, mengisi borang permohonan Kronos Heaven mengenai ciri-ciri lelaki yang diidamkan menjadi teman lelakinya. Dia menyangkakan Kronos Heaven hanyalah sebuah syarikat mencari jodoh, sebelum menerima kiriman kotak yang amat besar, mengandungi sebuah robot di dalamnya sebagai subjek pertama trial-version bagi projek robot kekasih yang diusahakan Kronos Heaven.

Tempoh percubaan selama 5 hari itu menyaksikan kesemua ciri-ciri yang dipilih Izawa Riiko dipenuhi; keintelektualan yang tinggi, a little jealous, senyuman yang refreshing, perwatakan tegas, kesetiaan yang tinggi, tubuh model, dll dsb. Namun satu sahaja yang menyebabkan Izawa Riiko tidak dapat menerima robot tersebut; Nightly Series No01 yang kemudiannya diberi nama Tenjo Night, iaitu 'dia' bukan manusia.

Maka, Izawa Riiko meneruskan kehidupannya seperti biasa, dalam masa yang sama ditemani Tenjo Night, dan cuba didekati bosnya, Asamoto Shoshi dalam usaha meneruskan cita-cita asal Izawa Riiko, iaitu menjadi seorang patissiere.

Ending drama ini agak kontroversi, kerana Izawa Riiko akhirnya memilih untuk bersama Tenjo Night, sebuah robot berbanding meneruskan pengajian di Itali bersama Asamoto Shoshi, seorang manusia. Namun apabila Tenjo Night menyedari kerosakan teruk yang dialami akibat duel dengan Kurosu Toshiki, dia menyerahkan Izawa Riiko kepada Asamoto Shoshi.

Menonton drama ini, saya menyedari satu point penting iaitu: kadang-kadang kesempurnaan yang kita cari, bukan kesempurnaan sebenar. Kekurangan yang kita hadapi, adalah pelengkap sebuah kesempurnaan. Mencari Mr Perfect, atau Mrs Perfectah, bukan penyebab utama sebuah kasih sayang. Namun menerima kekurangan, adalah jalan ke arah kebahagiaan.

Paling penting yang cuba diketengahkan drama ini, adalah cinta terbina bukan kerana ciri fizikal, namun lebih kepada rohani. Perasaan adalah penyebab utama cinta, yang terbina dari sikap terhadap pasangan kita.

Keajaiban yang muncul pada Tenjo Night, adalah munculnya emosi. Menarik bukan? Ini ditonjolkan dalam episod 8, sewaktu Tenjo Night bersaing dengan Nightly Series No02; Kurosu Toshiki. Emosi yang dimiliki Tenjo Night, mengatasi limit program, menyebabkan dia tidak menghiraukan situasi bahaya, seterusnya menyelamatkan Izawa Riiko. Berlainan dengan Kurosu Toshiki yang berhenti apabila programnya menganalisis tahap bahaya sebagai boleh mengancam keselamatannya.

Permulaan cerita yang menampilkan Tenjo Night dengan ciri-ciri idaman Izawa Riiko langsung tidak membuatkan dia tersentuh, tapi dengan pengakhiran yang diterbitkan dengan emosi dan perasaan, mampu membuatkan Izawa Riiko memilih sebuah robot; electrical appliance!

Keajaiban ini jugalah yang cuba dihapuskan pengarah projek Nightly Series, yang menganggap emosi adalah sesuatu yang bahaya, dengan menegaskan matlamat asal projek tersebut; to create a robot that will dedicate himself to his lover, not something like human that have emotion.

Bagi saya drama ini masih lagi menarik walaupun di luar keterbatasan normal masyarakat, dan juga agama (kalaulah ini drama masyarakat Islam). Tapi jangan lupa, Ending drama ini berakhir dengan Izawa Riiko kembali ke jalan 'normal', kerana 'ketaknormalan' itu, termasuklah lesbian dan gay, takkan membawa kita ke mana-mana. Juga pencipta asal projek ini; Namikiri Gaku, akhirnya tersedar dari kesilapannya yang cuba mempermainkan perasaan manusia.



Eh, berjiwa sekejap di saat stress. Haha. Review ini berdasarkan cerita, maka segala yang ditulis adalah dari persepsi penulis script, diterjemahkan dalam bentuk pandangan seorang penonton. Akhir kalam, renungkan kata-kata di bawah.

We came to the world not to find someone perfect to love,
but to learn how to love imperfect person perfectly.
[amoi, MTUsempoi]


MORE EPISODES HERE!
Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template