22 July 2009

Syurga dan Neraka Bohong!

Apa jawapan anda kalau tiba-tiba seorang awek Mat Saleh yang cun dan seksi bertanya, "Wujudkah Syurga dan Neraka?"

Soalan ini nampak simple, tapi berapa kerat yang dapat menjawabnya? Jom lihat di thread iLuvIslam ini - saya menjadi antagonis villain berfikiran atheis.

Itu belum atheis sebenar, dah senyap golongan-golongan pemikir. Haha mungkin belum cukup tempoh lagi, maka kita tunggu hingga bulan depan, mungkin lebih banyak jawapan dapat diperoleh.

Dalam thread tersebut saya sebenarnya membawakan beberapa persoalan. Antaranya kepentingan kita mempercayai ulama' pewaris Nabi sebagai tempat kita memperoleh ilmu dan memahami AQ dan AS. Artikel ini adalah satu sumber rujukan terbaik.

keduanya saya cuba mendedahkan satu lagi prinsip iaitu tidak semua perkara dalam dunia ini absolute (tetap). Mungkin di sana akan ada jalan ketiga, keempat atau kelima. Tidak mustahil anda akan jumpa mereka yang percayakan Allah, tapi menolak amalan-amalan. Ataupun yang tidak mempercayai ulama'. Ini realiti yang berlaku.

Sekarang bukan zaman Atheis dan Islam sahaja. Tapi zaman Atheis, semi-atheis, semi-Islam dan Islam. Ada yang percayakan Allah, tapi menolak hukum. Ada yang menolak Allah, tapi yakin dengan ketentuan. Lihat sahaja Nabi Kahar. Mengaku nabi, tapi membawa ajaran sesat.

Ini berdasarkan pengalaman saya bertemu dengan seorang Muslim yang yakin dengan AQ dan AS tapi menolak kalam ulama'. Kemudian bertanyakan satu soalan killer sambil menerangkan pegangan beliau berdasarkan soalan tersebut kemudian mempertikaikan amalan-amalan yang kita buat selama ini. Saya cuma terkedu senyap. Sebab itu saya tak hairan camne orang seperti Nabi kahar dan Ayah Pin ramai pengikut; mereka berjaya meyakinkan orang ramai.

Dalam thread tersebut ada yang mempertikaikan syahadah saya. Biarkan. Saya cuba berfikiran seperti seorang atheis, atau sekurangnya mereka yang tidak percaya Syurga dan Neraka supaya saya boleh hentam balik jawapan MakNgah dan orang lain. Tapi agak sukar, disebabkan masih lagi berpegang kuat dengan ajaran Islam, menyebabkan kadang-kadang saya gagal mencari idea. Maka solusinya, putarbelit je kenyataan sikit, pesongkan dari perkara asas.

Mempertahankan akidah sendiri memang mudah, tapi untuk menukar akidah orang lain memang payah. Sebab itu hidayah bukan milik kita. Apabila diserang, cukuplah kita memiliki akidah yang mantap untuk menangkis serangan.

Bertanya tentang wujudkah Syurga dan Neraka, jawapan paling mudah adalah kerana kepercayaan dan keyakinan sebagai seorang Muslim, sepertimana yang disebut PakNgah Lisam. Berpegang teguh dengan hujah ini, anda mampu bertahan apabila diserang, walaupun mungkin tidak cukup kuat untuk menyerang.

Kenapa? Islam mengajar kita Rukun Iman dan Rukun Islam. Dan beberapa ceraian lagi yang diterangkan mengikut AQ dan AS. Ada perkara yang mesti diikuti apabila telah Islam. Siapa yang menerangkan? Ulama' yang menerangkan. Kadang-kadang ada perkara yang tiada hujah atau dalil yag khusus, tapi kerana ia disebut para ulama', maka kita terima. Dalil AS sendiri sebenarnya diturunkan oleh para ulama' mengikut matan mereka. Maka bagaimana boleh kamu mengenepikan para ulama'?

Ada perkara kadang-kadang kerana berpegang dengan konsep yakin dan taabbud, kami dengar dan kami taat, maka kita masih berada di jalan yang benar. Sebab itu saya tak suka kalau ada orang yang menentang taqlid. Bertaqlid kepada ulama' lebih baik daripada tersesat kerana berbicara mengenai dalil dengan fikiran sendiri.

Syurga dan Neraka diterangkan dalam AQ, maka cukup bagi kita untuk percaya dan yakin. Sebab apa? Kerana ianya ajaran Islam. Apa yang payah? Soalan ini ini sebenarnya sama dengan soalan "Kenapa kamu pakai tudung?" atau "Kenapa kamu tak makan babi?" Putar belitlah macam mana pun, Islam ajar begitu maka kita berpegang sebegitu. Kalau tiada Syurga dan Neraka dalam AQ dan diganti dengan Reincarnation, maka sudah tentu kita akan mempercayai Reincarnation, kerana Reincarnation akan menjadi ajaran rasmi Islam.

Penerangan yang lebih panjang bolehlah dihuraikan sendiri. Saya tahu hujah ini tidak kuat, sebab itu saya kata hujah ini boleh menjadi pelindung, bukan menjadi penyerang.

Untuk menyerang mereka yang tidak percayakan Syurga dan Neraka, fikirkan sendiri caranya. Buat masa sekarang, tumpukan kepada mereka yang tidak percayakan Syurga Neraka, bukan atheis sepenuhnya. Level by Level. Lihat di mana tahap anda.

Oh ya, apakah soalan killer Muslim tersebut?

"Adakah Anda Sayangkan Allah?"

Di lain masa saya ceritakan kisah tersebut. =)

And then, blog ini hanya karutan...

5 penghinaan diterima:

Jackster® on July 23, 2009 at 10:42 PM said...

http://jackster.via.my/2009/07/ya-saya-percaya.html

insafla kamu HafizAdam, bersyahadahlah haha seronok pulak bace komen manis77 tu,

aku nk reply topic tu tp da xle haih tepakse aku bukak balek blog smate2 nk komen, laen kali jangan la lock topic awal2, bg la khulasah dlu ish

lisam said...

manis77? bukankah murah77?
sememangnya murahan sungguh...hoho

Jackster on July 25, 2009 at 8:10 PM said...

aah silap lak hehe

Anonymous said...

ahmad-sayang sayang Allah, sayang sayang Nabi, sayang sayang ayah,sayang sayang ibu... Syurga n Neraka disebut jelas dalam AQ,.. tp kite xleh nak memikirkan bagaimanakah kewujudan keduanya nanti,nanti gila pulak. :D Jadi cukup la yakin dengan Islam,Iman dan Ihsan,setuju dengan hujah mempertahan,nak menyerang? Hidayah bukan milik kita ntuk memberi.

Anonymous said...

serahkan tugas menyerang tu kepada yg ahlinya....(ulama).
berkenaan taqlid, sepatutnya bagi orang awam untuk mempraktikkan.... dan bagi penuntut ilmu, carilah dalil, hayatilah perbahasan ulama' dan amalkan yang 'arjih'...itulah yang sepatutnya.
sekian

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template