24 May 2010

Outdated

Tahun ini tahun 2010. Sudah 4 tahun di Mesir. Tapi bagi saya banyak yang tidak berubah.

Spesifikasi komputer saya masih sama seperti mula-mula dibeli 3 tahun dahulu. Cuma baru-baru ini saya tambah RAM kepada 2GB. Yang lain masih sama. Tiada graphic card dan masih Windows XP. Skrin masih 19 inci, speaker masih lagi 2.1 dan tiada webcam.



Kalau mereka yang datang ke rumah saya dan melihat Sunny bermain Pro Evolution Soccer di komputer saya, pasti soalan yang akan keluar dari mulut mereka, "PES tahun berapa ko main ni?" Masih dengan PES6 yang keluar tahun 2006 dahulu walaupun sekarang sudah ada PES2010. Graphic buruk, pemain pun lama, tapi asalkan boleh menjaringkan gol, ianya sudah memadai sebagai pengisi masa lapang.

Sejak 4 tahun dahulu, saya masih memakai baju yang sama. Sweater Haji yang saya bawa sewaktu mula-mula terbang ke bumi Mesir masih lagi setia di dalam loker. Malah saya langsung tidak menambah baju ataupun seluar sepanjang 4 tahun di Mesir ini. Mungkin sewaktu pulang 2 tahun lepas saya TERtambah baju kerana malas mengangkut dari Mesir ke malaysia, maka saya beli yang baru.

Mungkin kerana itu, saya disenarai pendek sebagai manusia paling kedekut oleh Pok Di. =P

Saya tidak kisah. Mungkin kerana sejak kecil diajar berjimat.
Membeli berdasarkan KEPERLUAN, bukan KEHENDAK.
18 tahun diajar sedemikian, membuatkan saya memang tidak tahu untuk membeli.
Setiap kali memegang seseuatu di kedai, fikiran saya secara automatik terlintas, "Perlu atau tidak?" Biasanya jawapan yang saya beri adalah "Tidak" dan keluar dari kedai dengan tangan kosong =P

Selagi belum rosak, tidak perlu beli yang baru. Malah kebanyakan baju saya sebenarnya baju ayah saya yang saya kira dibeli pada tahun 90an. Masih elok maka masih boleh dipakai maka tidak perlu membeli yang baru. Mungkin agak besar dan labuh, tapi sudah 20 tahun; Saya telah biasa dan lebih suka. Maka saya sangat pelik melihat perempuan berbaju ketat dan singkat. XD

Antivirus Kaspersky saya masih lagi version 7. Sekarang sudah dikeluarkan version 2010. Tapi masih bertahan melawan Trojan, Virus dan sebagainya. Malah dijadikan pembersih rasmi pendrive yang ada virus. Maka, apa perlunya update kepada version terbaru kalau ia hanya menambah masalah dengan crack?

Handphone saya masih lagi Nokia 3230. 4 tahun yang lalu jenama tersebut boleh dikatakan sudah berumur 3-4 tahun. Sekarang mungkin setaraf dengan handphone legenda Nokia 3310. Tapi disebabkan saya tidak menggunakan handphone; saya tiada tunang untuk ditelefon, dan saya bukan Presiden untuk ditelefon, maka tidak kisah walaupun rosak 6 bulan yang lepas. Langsung tidak peduli untuk membaiki handphone tersebut. Tidak PERLU. Jenama yang popular sekarang pun saya tidak tahu.

Adakah saya seorang yang kuno, atau kedekut? Ataupun hanya seorang yang sangat berjimat? Ataupun sebenarnya saya seorang yang bodoh?

Entah.

Entah.

Tidak tahu.

Saya terbaca dalam satu artikel, update Microsoft Windows kadang-kadang tidak perlu. Berubah kepada Windows Vista atau Seven, bermakna anda memerlukan Processor lebih tinggi, ruang hard-disk yang lebih banyak, dan keupayaan Graphic yang lebih hebat. Sedangkan tidak bertukar langsung tidak mendatangkan masalah.

. . . . .

. . . . .

. . . . .

. . . . .

Ok, kesimpulannya saya tidak pandai berbelanja dan kedekut. =P

Saya bercerita tentang sifat saya yang outdated kerana kadang-kadang saya terfikir, mungkin kita menyangka diri kita pada hari ini lebih baik daripada diri kita 10 tahun yang lepas. Maklumlah, kita sudah pandai menulis tentang agama, sudah pandai memberi tazkirah, sudah pandai memimpin usrah. Tapi tanpa disedari sebenarnya diri kita 10 tahun yang lepas itu lebih bagus. Mungkin tidak seBAIK dan seHEBAT sekarang, tapi sekurang-kurangnya tidak seBURUK dan seLEMAH sekarang.

Memang bagus kita berubah menjadi lebih baik. Bertukar kepada Antivirus yang lebih terkini, bertukar kepada Windows yang lebih baru. Tapi adakah perubahan kita itu diselangi dengan pembaikian kelemahan lama, ataupun sekadar bertambah ilmu, namun tidak bertambah amal?

Jujurnya, saya gembira saya telah belajar banyak perkara sekarang. Banyak perkara yang saya telah berjaya kuasai dengan lebih baik. Tapi kadang-kadang saya ingin kembali ke zaman dulu, kerana saya merasakan diri saya 10 tahun lalu adalah lebih baik daripada diri saya sekarang.

Fikir-fikir dan muhasabah kembali diri. =)


RANDOM #1
MakNgah Asniza sudah membelanja saya ke ESQ Training Kedua. Kalau saya lari, mesti beliau menyesal menghabiskan RM400, =P. Ok MakNgah, yang penting sekarang kita cari penginapan pula. =)

RANDOM #2
Mereka yang ada adik atau junior yang akan ke Europe (UK, Ireland dll), jangan lupa promosikan Wonderful Overseas Weekend (WoW) 2010 bersama iLuvIslam. Yuran cuma RM10 selama 3 hari, pastinya banyak yang boleh dipelajari.

Saya teringin berkunjung untuk melihat aktiviti WoW, tapi mungkin perlu dibatalkan kerana clash dengan tarikh walimah sahabat Gen6.

RANDOM #3
Ok, sudah 4 tahun saya terlepas Reunion, adakah tahun ini akan terlepas lagi? Aaaaa tolong jangan buat sebelum saya balik!

RANDOM #4
Tahun ini ramai budak Mesir yang kahwin.
Hopefully boleh pergi walimah semua sekali.
xD hopefully...

RANDOM #5
Saya sebenarnya sedang sedih melihat PERUBATANonline. Sekarang musim peperiksaan, maka kalau tidak update masih boleh dimaafkan. Tapi sebenarnya PERUBATANonline sudah bergua sejak bulan Januari lagi. Mungkin saya tidak perlu membayar Renew pada bulan Julai nanti. Mungkin...

14 penghinaan diterima:

Anonymous said...

bersyukur apa yg ada, perbaharui bila keadaan tidak membebankan.

32mei said...

mula2 bc smpai nk dekat habis, kagum habis

tp perenggan terakhir (sblm random2) tu mcm pelik. TAK PAHAM

hmmmmmmm

HafizAdam on May 24, 2010 at 4:53 AM said...

32Mei:
aah, terdapat kepeningan di situ. saya baiki supaya lebih nampak point yg saya ingin utarakan. terima aksih. =)

Izwan on May 24, 2010 at 7:09 AM said...

nice !!.. berkaitan dengan apa yg hendak disampaikan..

i've got ur points..

N@zihah on May 24, 2010 at 7:31 AM said...

sLM. Nak hina apa ek kat sini?
Alangkah baiknya kalau saya pun dapat ikut sifat terpuji kamu yang macam ni.
Mungkin perlahan-lahan nanti, saya pun ikut berubah,beli yang perlu itu
lebih bagus.
Cuma,kadang2 tu, tak suka dengan pandangan orang lain pada diri ni, misal kata saya still pakai baju yang lama camtu, orang ingat kita ni old-fashioned. even mak saya sendiri pun tak suka tengok saya pakai baju2 lama tu. Nanti mula la dia kata macam2 pulak dah.

Jackster on May 24, 2010 at 12:29 PM said...

aku baru pasan, bhg atas kotak cpu ko, kalo tgk mcm angle dlm gmbar ni, jadi mcm topeng scary movie kah2 meow2

mohd hazwan bin mohd salleh on May 24, 2010 at 4:49 PM said...

wah..kemas nya meja..:P

respek2.

suke tgk sweater haji dgn gaya jln yg pantas tanpa menoleh ke belakang.

Anonymous said...

tergelak habis baca post anda.

Anonymous said...

rindu zaman kanak2 yang innocent dan belum matang...

amany on May 27, 2010 at 9:20 AM said...

lappy saya Windows Vista, tapi saya lagi suka Windows XP, isk. saya pun ada sikit2 outdated la ni kan? xD

desdora said...

'Maka saya sangat pelik melihat perempuan berbaju ketat dan singkat.'

snsd pkai bj kurung ke?XD

Bashir IbnDzul on May 28, 2010 at 9:59 PM said...

harap2 tidak berkira2 kalau di depan tabung Palestin. hehe ~

anor said...

suka baca entri ni.. ntah la knpe.. byk bnde yg sy trfikir-fikir smula.. rse mcm nk ketuk2 kpala ni.. haih

hana syakira on July 20, 2010 at 9:08 AM said...

agak kedekut la...
kalu dh nset rosak, bawak2 la baiki or beli yg baru...nset tu 1 keperluan even if awk xde tunang skalipun...apa, nset hanya guna utk cntact tunang je ke??kena tukar persepsi nih....ish2

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template