16 May 2010

Saya Sukakan Tunang Orang

Gempar!
HafizAdam suka kepada tunang orang! Siapakah gadis malang tersebut? Entry kali ini akan membongkar segala-galanya tentang gadis tersebut, segar dari ladang. Teruskan bersama kami.

Sebelum itu, saksikan video ini terlebih dahulu:



Menarik kan? Walaupun Ustaz Azhar Idrus merupakan orang Terengganu, saya yakin ramai yang boleh memahami isi kuliah di atas.

Kesimpulannya, bolehlah dikatakan couple-couple yang dikatakan haram di luar sana telah bertunang menurut syarak! Ataupun kalau inginkan yang lebih ekstrem, bertunang itu sendiri adalah haram! Yeah~ xD

Sudah tentu, kesimpulan saya ini tidak merujuk kepada couple-couple yang main-main. Eh, ada ke couple yang main-main? Setahu saya 92.67% couple di luar sana berniat untuk berkahwin. Namun TERputus di tengah jalan. Biasalah tu, sedangkan yang sudah kahwin boleh bercerai, apalah sangat dengan couple? =P

Jadi, apa pula kaitan Saya Sukakan Tunang Orang dengan cerita tentang couple?

Dianggarkan 87.37% gadis di luar sana telah mempunyai kekasih hati ataupun telah ber-couple, maka tidaklah salah untuk saya katakan saya sukakan tunang orang. xD Siapa tahu, kan? Bab couple selalunya dirahsiakan kerana ia bakal menjadikan seseorang itu tidak sikah di mata pelajar-pelajar lain.

Ataupun untuk lebih clear lagi, ia hanya gurauan. Saya seorang Gay. Harap maklum.

Yang penting, terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus-lumus memberikan semangat dan nasihat di Wall Facebook saya, dan juga di Formspring mereka. Ini cuma gurauan di waktu peperiksaan. Jika anda masih ingin mengomen, sila komen di sini sahaja. =P



Yang penting, suppress!
Suppress!
Suppress sampai depress!
Exam dulu, baru fikir tentang kahwin.

Kalaupun benar saya sukakan Tunang orang, kita sentiasa meletakkan Agama itu di tempat yang lebih tinggi, melebihi perasaan sendiri. Biar menderita di dunia, jangan menderita di akhirat. Menderita di dunia cuma sementara, nanti mungkin ada cinta pengganti. Namun menderita di akhirat selama-lama, tiada siapa ingin mengganti.

Teruskan berusaha untuk cemerlang! Perjuangan masih belum selesai~
=)



RANDOM #1
Ada lebih kurang 2 minggu sebelum Written Pathology. Sila paksa saya stadi. Tiap-tiap tahun ambil kertas ulangan September, ada hati nak mengorat Tunang orang. xD

RANDOM #2
Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu yang berjaya bertahan dengan kesengalan saya sewaktu di sekolah dahulu. Bolehkah saya menghabiskan masa bersama cikgu-cikgu lagi?

RANDOM #3
Cuaca sungguh panas. Setiap kali bangun Subuh, bila berwudhu' sampai part hidung, darah beku akan dihembus keluar. Sungguh mengujakan. Malam ini lebih mengujakan. Bleeding non-stop. Seumpama haid. xD

RANDOM #4
Dengarkan lagu hit hindustan Korea masa kini, Bonamana daripada Super Junior. Iklan ini adalah tajaan Pepe-chan. =)

9 penghinaan diterima:

Jackster on May 16, 2010 at 8:13 PM said...

haha apsal ko x tnye soalan tu kat fomspring aku

Effy Saiful on May 16, 2010 at 9:00 PM said...

haha i knew it.. ni mesti salah satu mainan kata abg dinmat kita.. statistically speaking, mmg ramai pun antara kita yg sukakan 'tunang' org kan? ugly, but true ;p

kak krim on May 17, 2010 at 6:17 PM said...

saya rasa macam lempang budak nih. har har

Haru on May 17, 2010 at 9:09 PM said...

catchy tune, nice shoes, amusing dance moves, cute faces.. too bad the too much auto-tune effect killed the joy.

but i suppose people don't love K-pop for their vocal talents, right? sigh.

[amiza malik] on May 18, 2010 at 6:13 PM said...

salam alaik,
menemui saudara HA,
semoga sihat sejahtera dan tidka mengalami epistaxis lagi.

sesungguhnya cuaca panas memang mendatang banyak kesan kepada kesihatan kita, baik jasadi, emosi dan juga rohani.

di sini, suka kiranya saya ingin melahirkan kebimbangan saya berkenaan tajuk entri ini, status fb anda dan soalan anda di pomspring saya (dan org2 lain) berkenaan isu sukakan tunang orang.

say akira, entri ini dilihat seagai entri untuk menjawab segala persoalan orang. dan seperti biasa, ketika anda bertanya kepada ramai org apakah yg perlu dilakukan jika minta tunag orang, ramai telah merasakan yg anda bermain-main.

apabila anda sendiri membuat kenyataan rasmi berkenaan isu ini yang sebenarnya anda adalah main-main, saya harap kenyataan ini sendiri juga adalah serius dan tidak main-main.

saya juga berharap kenyataan rasmi ini bukanlah satu escapisme dari realiti.

Adakah anda pernah mendengar cerita rakyat pengembala dengan musang? Beberapa kali pengembala itu mempermainkan orang kampung mengatakan serigala menyerang biri2nya. Akhirnya, pengembala itu tidak lagi dipercayai lagi kerana banyak kali menipu.

tetapi apabila betul2 serigala datang, orang kampung tidak mahu menolong kerana sudah serik dan tidak mahu menjadi tipah tertipu lagi.

usteru itu, saya ingin melahirkan kgusaran yang terbuku di hati ini, risau juga, bila anda sentiasa bermain-main, bila satu hari nanti anda serius, orang masih ingat yang anda bermain-main.

sekian saja, terima kasih.
selamat periksa!

saya on May 18, 2010 at 6:32 PM said...

aha.

walaupun si din mat sangatlah sengal2 angin orangnya, saya selalu memberi appresiasi kepada tulisannya walaupun tidak dinyatakan secara terus terang. haha

mmg benda ini gurauan yang mengakibatkan dinmat mengalamai masalah untuk dipercayai dikemudian hari, tapi dia mmg sukakan tunang org, tak tipu. haha, tajuk tu mmg aja nak buat org jadi menyampah.

tapi betul ke semua yg kapel diluar sana tu dengan niat nak kawen.ada je yang baru niat nak berkenalan. hak hak. bukan nak kawen pun. jadi bukan semua kapel itu dikira bertunang ya.

alah dinmant,setakat suka tunang org apalah sangat.

saya yg suka suami org ni rilek saja.

haha.

selamat cemerlang dalam pereksa.

Haru on May 18, 2010 at 7:05 PM said...

apekah?? kenapa IP address saya kene ban dari shoutbox??!!

orang spam hari tu sebab abangHafiz suruh! X(

HafizAdam on May 18, 2010 at 7:14 PM said...

abg Jackster:
aku tanye ko mesti jawab main2.
bodoh.

abg Effy Saiful:
yep.
tanpa disedari.
dengan alasan: baru awek orang, balak boleh ditebang.
=)

kak Krim:
pesal? isk3.

kak Atiqah Hanifah:
unfortunately, lagu ini digemari orang lain.
bukan saya.

juz promote je demi seorang rakan.

kak Ayu Amiza:
kak Ayu, dah jawab sini kan:
"Kalaupun benar saya sukakan Tunang orang, kita sentiasa meletakkan Agama itu di tempat yang lebih tinggi, melebihi perasaan sendiri. Biar menderita di dunia, jangan menderita di akhirat. Menderita di dunia cuma sementara, nanti mungkin ada cinta pengganti. Namun menderita di akhirat selama-lama, tiada siapa ingin mengganti."

lagipun sekarang saya masih dalam Mode Gay.
mungkin tiba masanya nanti saya bersedia untuk menyusahkan diri demi seorang perempuan, saya akan berubah kepada Mode Straight. =)

amany on May 19, 2010 at 12:00 PM said...

kak Krim, marilah kita melempang HafizAdam beramai-ramai, haha xD

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template