15 July 2010

Cerita Tentang Maybank

Hari ini mengembara ke Kuala Terengganu dengan motosikal hingga cramp tangan memandu 120 km/j sejauh 90 km. Niat di hati mencari Money Changer, tetapi Money Changer juga telah penuh stok, dan hanya terima USD 500. Abang itu sungguh baik kerana dia mengambil duit yang buruk dan berconteng. Katanya, bank selalunya tidak mengambil duit tersebut.

Setelah menukar USD 500 lagi di Bank RHB, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba Maybank sebelum pulang. CIMB, Public Bank, AmBank, Hong Leong; semuanya tidak menerima USD kerana kuota telah penuh. Money Changer yang lain, saya tidak kenal letaknya di mana. Berada di Pusat Bandar, saya berpusing-pusing di tempat yang sama kerana tidak kenal jalan XD.

Maka, berikut kisah di Maybank.

Seorang adik yang comel bernama Apis menuju ke kaunter setelah nombornya dipanggil.

Adik Apis Comel: Saya nak tukar Dollar, boleh tak?

Pakcik Bank: Meh nak tengok.

Adik Apis Comel menyerahkan USD 1000 kepada Pakcik Bank.

Pakcik Bank: Berapa nak tukar?
(Sambil membelek-belek USD 1000 lalu menanda dengan sebatang pen khas)

Adik Apis Comel: Kat situ ada USD 1000 tapi kalu buleh tukar USD 500 je pun takpe.

Pakcik Bank: Memang ada USD 1000. Berapa nak tukar sebenarnya ni?

Adik Apis Comel: Semua boleh?

Pakcik Bank: Boleh, sape kate tak boleh? Tunggu jap ye.

Biasanya bank hanya ambil USD 300. Disebabkan itu, selalunya saya bertanya sebelum membuat penukaran di bank, berapa maksimum yang mereka boleh ambil. Sebagai contoh, Bank Islam hanya mengambil USD 300 sehari. Maka, sangat mengujakan apabila Maybank mengambil semua baki USD 1000 yang tinggal (Saya hanya membawa USD 2000). USD 1350 (~RM 4000) masih disimpan di rumah untuk minggu depan. =P

Walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran, akhirnya urusan duit berjaya diselesaikan. Membuat akaun Maybank juga agak mencabar. Terpaksa ke Paka untuk membuat akaun baru. Memandangkan bank tersebut baru dibuka, sistemnya agak kelam kabut dan pegawai bertugas sangat sedikit. Kemudian meronda sekitar bandar Dungun mencari ATM Maybank. Dulu pernah ternampak papan tanda kuning berlogo harimau, tetapi lupa di mana.

Sekarang semua urusan pengeluaran (Bawah RM 3000) dan deposit diuruskan mesin. Nasib baik bank masih mempunyai fungsi lain, kalau tidak mungkin sukar mencari kerja di bank =P. Di Dungun cuma ada ATM untuk pengeluaran dan deposit. Itu pun tersorok di dalam Caltex.


Sila menderma ke dalam akaun di atas =P


Kebanyakan bank kini sudah mempunyai fungsi Online Banking. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana fungsi tersebut boleh digunakan. Sewaktu memohon akaun Maybank, secara automatik kad yang saya terima adalah kad Visa Debit. Sepatutnya boleh digunakan dengan Paypal, tapi belum lagi mencuba fungsi yang ada. Urusan Online yang dibuat juga memerlukan TAC (Transaction Authorisation Code) yang dihantar ke telefon bimbit setiap kali urusniaga dibuat, tetapi kalau saya berada di luar negara, bagaimana hendak menerima kod tersebut? Mungkin ada fungsi lain yang saya belum cuba. Fungsi kad Debit juga saya tidak pernah cuba di supermarket, samada perlu diaktifkan terlebih dahulu atau tidak. Sekiranya anda tahu jawapan persoalan-persoalan tersebut, sudikanlah komen. =)

Misi seterusnya: Menghabiskan duit dalam bank =P. Sony HDR-XR550E dalam pemerhatian. Menurut review yang diterima, prestasinya agak memuaskan. 240GB hard-disk, merekod dengan kelajuan 24Mbps, menyokong format HD (AVCHD) dan SD (MPEG), serta dial button untuk manual configuration. Saya masih memilih Sony disebabkan sokongan HD dan SD, serta Night-Shot yang jarang terdapat pada kamkorder jenama lain. Dari segi keupayaan, Panasonic HDC-HS700 lebih hebat. Kualiti low-light lebih superior, optical zoom yang lebih tinggi dan lebih murah.

Yang paling penting, PERUBATANonline dan semua subdomain di bawahnya sudah mula beroperasi semula. Admin subdomain pasti gembira kerana boleh meneruskan update yang tertangguh. Blogger Perubatan juga pasti gembira kerana Komuniti dan Topsite sudah aktif kembali. Ditutup sayang, dibuka tak dimanfaatkan. Saya pun masih berbelah bagi untuk meneruskan perkhidmatan ini atau tidak. =(

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi dalam entry seterusnya.

15 penghinaan diterima:

relax on July 15, 2010 at 6:09 PM said...

salam
selamat pulang
alhamdulilah dah selamat


kalau kad yang tuh boleh guna terus debitnya xperlu gusar2 untuk aktifkan...

hamada hamdi on July 15, 2010 at 11:14 PM said...

Timbul satu persoalan.

Adik Apis menunggang motosikalnya selaju 120km/j untuk jarak perjalanan 90km. Soalannya, berapakah tempoh masa yang ditempuh untuk Adik Apis tiba ke destinasi sebaik sahaja beliau memulakan perjalanan keluar dari rumah?

Hantrakan jawapan anda ke '33993' dengan menyertakan 'NAMA' anda, 'ALAMAT' dan 'EMEL' yang boleh dihubungi.

faris said...

pasal TAC tu aku pernah cuba aktifkan daripada mesir, puas beremel2an dan bercalling2an, last2 dia cakap bank x hantar utk nombor di Mesir..tapi tu CIMB la, maybank try la cuba..

dinmat, kalo ko nak wat ala2 kredit kad, try RHB Plus One Prepaid Card, lagi best tuu..

*wes dinmat da kaya buleh la tukar sweater hujjaj malizia tu haha*

faiz on July 16, 2010 at 2:20 AM said...

di blog saya ada cara ebook percuma cara mendaftar cimb clicks dan maybank2u. ada juga cara ringkasan mendaftar paypal. boleh tgk di
http://mohamadfaiz.com/2010/07/05/daftar-paypal-early-edition-ebook-otw/ dan di
http://mohamadfaiz.com/2010/07/04/jom-buat-internet-banking-free-ebook/

Anonymous said...

salam.
hanye ingin memberi sedikit peringatan.
-klu da wat on9 banking nnt,hati2 ok.sbb rituh br ade makcik kne tipu scre on9.
-hati2 dgn emel yg dtg.klu dye suruh tukar2 password ke ape ke yg sepatotnye hanye bleh tukar kat kaunter bank,jgn dilayan emel2 cmtu.[hackers nye keja!blood sucking arthropod betol~huhh]
-emel2 ni slalu gune name yg same dgn bank tu.so,take care la eh.klu pape yg curious tu,call bank dlu.
byk je kes yg da jd..

e.g,dye suh tukar2 password sbb ad pengislahan system, pastuh,tgok2,ilang sume duet dlm tu.naa'uzubillah.
k,slmt brcuti.

>bdakbelumbalek<

aiyqosim on July 16, 2010 at 5:41 AM said...

Mengapa Adik Apis Comel ni sangat skema setelah pulang ke Terengganu??

sekian

Anonymous said...

sbb pakcik azlan sangat garang!

soll said...

TAC Maybank tu boleh guna no hp Malaysia je. Kalau nak guna kat Mesir, bawaklah no. tu ke Mesir, selagi no Malaysia tu masih aktif, TAC boleh di send ke situ. Tak taulah kalau ada cara lain, ni ikut pengalaman sendiri je.

hana syakira on July 20, 2010 at 8:37 AM said...

ist nk ckp, adik apis comel ni x comel langsung...heheh...

baru wape tahun tinggal skolah, xkn dh lupa jalan2 kat kuala terengganu kot???ish2

Anonymous said...

brape harga videocam tu?

Syifa' on August 19, 2010 at 5:31 AM said...

comel ke...?

Car Loan Calculator on December 22, 2010 at 4:21 AM said...

haha....funny~

Anonymous said...

haha ! LOL

daus l Korean Sharing House

Anonymous said...

Thanks A lot And We Waiting A Posts more than This bur we need more photos Vedios
thanks Black Finance Blogs ,,,,
French Career Blog

Nadhirah Ahmad on October 6, 2012 at 8:23 PM said...

Salah satu yg mney chnger sy suke g kt blkg kfc yg dkt stesen bas. Recommended sbb sng parking dan servis ok.

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template