Musim peperiksaan biasanya menyaksikan ramai pelajar jatuh sakit samada demam kepialu, selesema babi, migrain, atau sakit jantung. Biasanya alasan yang diberikan adalah 'perubahan cuaca'. Maklumlah, musim peperiksaan jatuh pada tempoh peralihan musim sejuk kepada musim panas.
===== ===== ===== ===== =====
Namun begitu, tabiat pelajar itu sendiri yang menyumbang kepada kejatuhan taraf kesihatan mereka. Di sini saya senaraikan
LIMA:
1. Pertambahan Stok Megi.Tidak kira samada produk ini bernama Maggie Cheung, atau Indo Mee, ataupun Ramen (Jepun), hatta Ramyun (Korea) sekalipun, ia tetap digelar Megi.
Megi mempunyai kandungan mi yang banyak, dan diserikan dengan perisa dan pewarna yang dibenarkan. Kajian melalui tunas rasa juga mendapati bahawa Megi memiliki kandungan garam beriodida yang tinggi.
Menurut kajian terkini, Megi diperakui sebagai salah satu alternatif rawatan terpantas kepada pesakit diarrhea dan demam panas. Ini disebabkan kandungan garam yang tinggi mampu meningkatkan penyerapan air yang diperlukan penghidap penyakit tersebut, ditambah pula dengan resepi Megi yang biasanya berasaskan sup dan cepat untuk disediakan.
Namun begitu, desas desus juga mengatakan Megi tidak elok untuk kesihatan kerana mengandungi perisa dan pewarna yang dipercayai mampu membotakkan kepala dan mengurangkan kadar ingatan. Selain itu, garam yang diserap boleh menyebabkan hypervolumia yang membawa kepada tekanan darah tinggi.
Pertambahan stok Megi di kala waktu exam, adalah kerana penggunaan glukosa yang tinggi oleh otak menyebabkan kandungan gula di dalam badan berkurang seterusnya menyebabkan perasaan lapar. Megi yang cepat dan mudah disediakan menjadi pilihan kepada mereka untuk menghilangkan perasaan tersebut.

2. Sering Makan LuarMakan luar bagi
Rasyidi SweetHelwa mungkin bermaksud "perempuan lain" tapi Makan luar bagi pelajar bujang bermaksud makan dari sumber luar. Antara produk yang terkenal adalah Firakh Masywi, Mo'men, Hardees, Pyramid dan Basyandi.
Kegiatan tidak bermoral ini dipercayai berpunca daripada kemalasan untuk memasak sendiri, ditambah pula dengan 'time-consuming' serta kekayaan duit rakyat yang mereka rompak menjadikan mereka begitu rakus untuk membeli produk tersebut. Pada asasnya kelaparan masih menjadi penyebab utama, ditambah pula dengan khidmat Tausil yang disediakan pembekal memudahkan para pelajar mendapatkan produk-produk luar.
Makan luar terlalu kerap mempunyai beberapa kesan kesihatan, antaranya peluang terdedah kepada jangkitan Hepatitis A B C D malah E. Dari segi psikologi, pelajar-pelajar akan terbabit dengan kegiatan pemakanan yang tidak sihat, memandangkan kebanyakan produk tersebut adalah berminyak dan tidak berkhasiat. Taraf kebersihan di Mesir yang diragui juga menjadi sebab lain untuk tidak makan luar.
Bagi Rasyidi SweetHelwa, tabiat Makan Luar mungkin menjadi sebab keruntuhan institusi rumahtangga, malah penyebaran kepada
penyakit AIDS.

3. Peningkatan Kandungan Kafein Dalam DarahKafein meningkatkan rangsangan kepada sistem saraf, dan menghilangkan rasa mengantuk. Selain itu, ia juga menjadi booster kepada otak untuk menyerap maklumat dengan lebih berkesan lantaran efek rangsangan kepada sistem saraf pusat menyebabkan peningkatan kesedaran dan refleks badan.
Namun begitu, kafein diperakui sebagai satu bahan yang berbahaya jika diambil dengan kuantiti yang tinggi. Insomnia, diarrhea, hypovolumia dan sakit perut mungkin disebabkan oleh kafein. Beberapa kajian juga mendapati kafein berkait rapat dengan sakit jantung dan kanser, walaupun bukan secara terus.
Kafein boleh didapati dengan mudah daripada teh, kopi atau Nescafe yang diboikot.
4. Kekurangan Tidur atau Tidur LewatPelajar biasanya menggunakan alasan 'study' untuk tidur lewat tapi gejala ini sebenarnya membawa padah buat mereka. Badan memerlukan tidur yang cukup, dan sekiranya anda tidak biasa tidur lewat atau dengan kuantiti yang sedikit, maka amalan ini tidak patut diteruskan pada musim peperiksaan.
Tidur lewat dengan alasan study adalah penipuan semata-mata kerana biasanya mereka yang tidur lewat, atau berjaga sepanjang tengah malam yang sepi bakal mengantuk di pagi hari seterusnya akan tidur sepanjang pagi. Kuliah yang dihadiri juga tidak mampu dihadam dengan sebaiknya kerana nafsu mengantuk menguasai diri mereka.
Pagi merupakan waktu study yang efisien dan kajian menunjukkan bahawa kesegaran otak pada waktu pagi, atau lebih tepat lagi, selepas bangun dari tidur yang cukup, memudahkan penerimaan maklumat.
Jika anda ingin tidur dengan sedikit, maka mulakan sebelum musim peperiksaan. Jam biologi akan membiasakan diri dengan perubahan jadual fisiologi badan sedikit demi sedikit dan ternyata ianya bakal membantu di musim peperiksaan. Ditambah pula dengan musim panas di mana waktu malam adalah sedikit, tidur awal dan bangun awal adalah lebih praktikal untuk anda.

5. Tidak BersukanWalaupun penulis seorang yang malas bersukan, namun begitu terdapat pelajar yang masih menggunakan alasan 'study' untuk tidak keluar bermain-main demi menyihatkan diri sehingga menyusahkan program Pepe Suruh Main Bola yang dianjurkan Pemenang.
Senaman dipercayai mampu melancarkan pengaliran darah, menyegarkan tubuh, meningkatkan refleks dan kelenturan tubuh, menambah cardiac output dan membuang toksik melalui perpeluhan. Selain itu, bersenam juga memberi peluang kepada pelajar untuk menghilangkan stress dan menikmati keindahan alam di bumi Mesir.
Bermain bola selama sejam, atau berjoging di waktu pagi, atau aerobik dengan
lagu Gee selama 20 minit cukup untuk mengekalkan tubuh badan yang cergas. Tambahan pula, musim peperiksaan adalah waktu kuliah telah terhenti maka alasan anda berjalan ke kuliah sudah tidak relevan lagi.
===== ===== ===== ===== =====
Terdapat beberapa tabiat lain seperti "Minum Air Paip" dan "Sering Menghadap Komputer" yang tidak ingin dibincangkan penulis kerana bakal menyinggung perasaan sesetengah pihak.
Gejala ini perlu dibendung kerana ia bakal memusnahkan akhlak muda-mudi bangsa kita. Kekurangan kasih sayang dan sokongan ibu bapa juga dilihat sebagai faktor utama gejala ini semakin berleluasa.
Pepatah
Pemenang ada menyebut "
Akal yang Cergas datang dari Badan yang Cerdas".
Kesihatan badan anda perlu dinoktahberatkan kerana ia bakal mempengaruhi sistem pendidikan di negara Mesir, seterusnya menyumbang ke arah peningkatan result peperiksaan, malah melahirkan lebih ramai Mumtaz di masa akan datang.
Jika anda mempunyai tabiat tidak sihat yang lain, jom kongsikan di ruangan komen agar kita boleh sama-sama kutuk mengutuk.
Terima kasih.
Rujukan:
Wikipedia.
Answers.
Physiology First Year.
Kepala Hotak Sendiri.
*Penulis merupakan pelajar perubatan Universiti Kaherah yang gagal naik tahun. Artikel ini merupakan karutan beliau di kala tensen stadi.