Kali ini, post ini akan mengarut sekali lagi. I got too much work to be done, sorry for those who was waiting for my tutorial. Sewaktu post ini ditulis, saya sedang berada dalam keadaan yang dipanggil 'blank'. So, I'm waiting for some hidayah from ALLAh to continue my work.
Bermacam-macam result telah diketahui menjelang pertengahan Mac ni. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, keputusan Pilihan Raya Umum 12, malah keputusan Mid-year Exam saya sendiri. Dukacita saya maklumkan, result yang paling teruk pernah saya dapat hinggakan saya sendiri tidak melihat keputusan yang ditampal di papan kenyataan. Sekadar melihat seimbas lalu apa yang ditulis Husaini di buku notanya.
Selepas satu, satu janji yang saya taburkan. Umpama ahli politik. Namun segalanya hilang ditiup angin.
"Backdrop ini akan siap dalam masa seminggu. Trust me."
"Insya-ALLAH, Sabtu nih boleh upload iklan ke YouTube."
"Give me a week and I'll make a tutorial about it."
Bila sampai dateline yang ditetapkan, alasan yang sama keluar,"Nanti lah dulu. Sekejap je ni aku wat. Sehari siap." Namun selepas satu dateline, satu dateline yang aku reka sendiri. Akhirnya segala projek terbengkalai. Kesimpulan? AKU TAK LAYAK JADI AHLI POLITIK.
Ambang exam final telah muncul di ufuk timur menempiaskan cahayanya yang masih lagi sejuk. Tapi ramai yang tidak sedar, sekejap sahaja cahaya itu akan berubah terik, tegak di kepala, akhirnya tenggelam di barat, lalu menangislah kerana malam telah menjelma.
Dalam keriuhan menjelangnya exam, aku masih lagi leka dengan karutan serta komputer. Kerja makin bertambah. Sebenarnya saya mengalami tensen, pening and kesedihan melampau hingga semua kerja tidak berjalan. Bagi mereka yang membaca post terdahulu pasti teringat bahawa saya telah berjanji tidak akan membuat sebarang kerja lagi. Tapi janji tinggal janji. Sedih kan? Ikuti episod seterusnya bagi perenggan ini lain kali.
Kebelakangan ini, terlalu banyak dugaan menimpa. Syaitan yang saya kurung di dalam hati, kini cuba dibebaskan kembali. Kuasa Gelap yang saya pendamkan jauh, ditarik mendekat. Kekadang saya terbabas, terpijak ke ruang kegelapan. Kadangkala syaitan itu terlepas, mencederakan manusia lain di sekitar. Semua itu cuba saya elak, walaupun Kuasa Gelap tidak dapat tidak, berkeliaran di sekeliling saya.
Saya sentiasa berharap agar ALLAH mengurniakan kekuatan untuk melepasi halangan ini. Bimbang kalau-kalau 'Dinmat' kembali mengusai diri. Takut kalau 'HafizAdam' ditekan jauh ke dasar. Semua manusia di Mesir tak kenal siapa 'Dinmat' sebenarnya. Biarlah ia tersimpan dalam lipatan sejarah. Kekuasaan 'Dinmat' selama 2 tahun tidak akan saya biarkan ianya kembali. Biarlah 'HafizAdam', manusia yang bangkit dari dunia kegelapan, lalu diberikan hidayah oleh ALLAH, agar menuju ke arah cahaya-Nya, terus bergerak menuju ke arah cahaya.
Tetiba mengarut tak tentu hala. Fiksyen semata-mata. Jangan terlalu percaya. Diubahsuai serta ditokok tambah untuk menyedapkan pembacaan. Okeh, masih banyak yang perlu disiapkan. Iklan Video masih belum siap. 'Blank' state. Harapnya sehari - Rabu, cukup untuk semua manusia tengok iklan ini. Maklumlah, majlisnya hari Khamis.
Okeh selamat study semua. Esok exam Histo (tapi buku belum bukak.huhu).
Sebanyak mana masa berlalu, masih belum terlambat untuk kita cemerlang.
[HafizAdam]
2 penghinaan diterima:
salam singgah..selamat berjaya.
salam,
...anakku...kita ini ibarat roda yg berputar...sekali dibawah dan sekali di atas..namun...carilah cahaya yang terang..ikutinya dan jgn toleh kebelakang...berada di bumi anbiya ..kadang2 terlalu cepat balasan yang mendatang...muhasabah dirimu..dimana silapnya..pertama ingatkan nikmat ALLAH keatas dirimu,kedua kenangkan harapan orang yg menyayangi kita di malaysia..dgn doa dan deraian airmata melepaskan dikau agar kau dapat membanggakan mereka suatu hari nanti.ketiga janji dirimu pada penajamu....terus bangun wahai org muda...semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam dan semoga esok akan memberimu sinar baru yang lebih bermakna dalam hidupmu ...amin
Post a Comment