Alhamdulillah, Kempen Kecemerlangan Kendiri 2008 selamat dilancarkan dengan jayanya Khamis lepas walaupun terdapat sedikit masalah dengan sound system sebab rancangan asal tak menjadi. Namun syabas diucapkan kepada semua AJK Pelaksana program. Walaupun saya tak terlibat dengan program tersebut, namun pandangan dari kaca mata seorang 'pesara' (ceh ayat poyo) melihat sahabat-sahabat sekalian, rasa amat terharu. Sebabnya, barulah saya merasakan diri ini tidak diperlukan lagi, maka bolehlah saya mengundur diri dengan tenang.
SEMANGAT INKUIRI
Pernah dengar istilah ni kan? Secara ringkas ianya bermaksud 'semangat meneroka mencari ilmu'. Entah kenapa semenjak dua menjak nie saya rasakan manusia di sekeliling begitu cakna tentang ilmu selain medic. Setiap hari ade je tutorial yang dipinta. Setiap hari, ade je permintaan installer dengan alasan "nak belajar". Setiap hari ade je manusia yang buzz bertanyakan itu dan ini. Walaupun kebanyakannya saya tolak dengan alasan "tunggu update blog", tapi akhirnya saya mengalah dan YM menjadi tirai ghaib belajar.
Namun begitu, dalam masa yang sama saya bersyukur, kerana ilmu yang ada akhirnya dapat disampaikan. Mungkin kini tiba masanya saya pula bersemangat mencari ilmu, membaca buku-buku silibus medic, menyempurnakan kembali apa yang tertinggal. Exam final semakin mendekat. Entahkan sempat atau tidak, saya cuba yakinkan diri bahawa masa bukan penghalang.
MALAS
MALAS - Penyakit yang semakin menguasai diri. Malas membaca buku, malas pergi kuliah, malas berjaga, malas melukis, malas buat latihan, malas tidur malam, malas makan, malas membeli, malas memusyrifkan akhawat, semua tuh penyakit malas yang semakin bersarang dalam diri. Nak dikikis bukan main payah. Akhirnya berperang dengan perasaan, manusia di sekeliling jadi mangsa.
ANJAKAN PARADIGMA
Kempen kali ini yang bertemakan "Anjakan Paradigma Mengubah Diri", yang diarah oleh Nasrullah Abdulkadir dan Nurhidayah Arshad, yang berlangsung selama 3 bulan, yang padat diisi aktiviti, saya harapkan mampu 'mengubah diri' saya dan manusia lain. Mengubah diri dari segi jasmani dan rohani adalah langkah pertama yang perlu diambil oleh semua manusia, sebelum 'Anjakan Paradigma Mencipta Zaman', mencipta kenangan manis, mencipta sejarah, dapat dilakukan.
Masa sentiasa menjauhi kita. Kalau tidak dikejar, bagaimana mungkin kita menyainginya
[HafizAdam]
0 penghinaan diterima:
Post a Comment