Tajuk ini mungkin agak kelakar. Tapi sekadar simbolik Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini. Saya bukan manusia yang aktif mengambil tahu perkembangan politik untuk berbicara mengenai politik. Kalau anda tanya saya siapa Presiden PAS, atau siapa calon Parlimen Marang, atau apa slogan manifesto BN dan BA, atau berapa majoriti kekalahan Mat Sabu, sudah pasti saya akan menjawab "entah, tak tahu, buang masa, search je kat google".
Namun begitu sebagai seorang manusia Malaysia yang berjiwa Asia, sudah pasti PRU12 kali ini menarik minat saya, mengetuk minda untuk berfikir mengenai hala tuju, corak pergerakan Malaysia dari sekarang. Jika anda ingin mendengar penipuan, penghinaan dan kutukan terhadap pembangkang, atau umpatan, counterattack dan penjelasan kepada kerajaan, saya rasa sudah banyak web/blog yang berbicara mengenai hal ini.
PRU kali ini menyaksikan Barisan Nasional hilang Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal mengambil alih Kelantan tapi, masih mengekalkan kuasa di Terengganu (isk3 agak kecewa gak dgn kputusan nih).
PRU kali ini juga menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen apabila sekadar memperoleh 140 daripada 220, kurang 8 kerusi, menjadikan BN satu 'kerajaan yang tidak berkuasa penuh', sepertimana yang berlaku di Kelantan sebelum ini.
Lebih mengejutkan lagi apabila DAP menguasai Pulau Pinang dan Perak, dengan jumlah wakil rakyat mereka yang ramai, walaupun ura-ura mengatakan DAP akan memberi laluan kepada wakil PAS untuk menjadi Menteri Besar. Kita tinggalkan dulu isu ini dalam bab seterusnya.
ISU PERKAUMAN
Setelah selesai pilihanraya yang menyaksikan Pulau Pinang dan Perak dikuasai DAP, timbul desas-desus bimbangkan kedudukan Melayu di sana. Seolah-olah 13 Mei 1969 bakal berulang. Nama 'DAP' yang menjurus ke arah Cina sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan di hati rakyat yang bernama
Melayu.
Sedangkan sebelum ini tidak pernah timbul soal ini. Berlambak-lambak menteri bukan Melayu, tak pernah diungkit soal ini. Penang sebelum nih dikuasai MCA/Gerakan, tak pernah timbul pun isu ini. Seolah-olah adanya satu gerakan perkauman cuba dibentuk, bertujuan menjatuhkan pembangkang. Ini taktik yang keji - mempergunakan rakyat Malaysia yang masih lagi kuat dengan sifat KEBANGSAAN. Ada orang kata, "Alaa, dorang dikuasai UMNO di peringkat yang lebih tinggi, takpe laa". Tapi, lupakah kita bahawa DAP kali ini disokong rakyat Melayu sendiri? Tak suka DAP, hapuskan mereka dalam PRU13. Senang. Aiseh, berpihak pada pembangkang pulak. Saya sebenarnya cuba berdiri atas pagar kawat tapi sering terjatuh ke halaman pembangkang. Haha.
Saya teringat satu dokumentari mengenai perjuangan PUTERA-AMCJA sebelum merdeka. "10 Tahun Sebelum Merdeka". Jelas menunjukkan UMNO bersekongkol dengan British. Erm, mungkin tidak tapi dokumentari tersebut menunjukkan TEMA itu. Dokumentari ini agak menarik kerana temuramah secara langsung dijalankan dengan bekas ahli sendiri. Mungkin ada sedikit bias namun, saya pasti kajian demi kajian dijalankan sebelum menerbitkan dokumentari ini. Jauh berbeza dengan buku teks Sejarah Form 3.
Perlembagaan Rakyat yang diperkenalkan PUTERA-AMCJA ada menyebut - semua rakyat (Melayu Cina India Kadazan Iban BabaNyonya Omputih?) disatukan di bawah nama BANGSA MALAYSIA. Maka tidak ada soal perkauman. PRO dan KONTRA? Fikirkan sendiri.
Memetik kenyataan Lim Guan Eng - DEB dimansuhkan di Pulau Pinang, ada pihak yang menyatakan Melayu sampai bila-bila takkan dapat bersaing dengan Cina. "Melayu dok rok (tak larat)," kata ayah saya. Mengapa begitu? Saya petik kata-kata seorang sahabat, "Bila seseorang menempuh berbagai kesusahan, selalunya nikmat yang ada dihargai sebaiknya".
Kadang-kadang saya terfikir, ADAKAH MELAYUnya KITA INI, dengan hak istimewa, dengan subsidi yang berbagai, dengan kemerdekaan negara, ADALAH NIKMAT atau ISTIDRAJ? Zon selesa benar-benar membutakan mata manusia. PRU kali ini berjaya merawat mata Melayu. Sama ada outcome rawatan itu positif atau negatif, kita tunggu.
KE ARAH NEGARA BERKEBAJIKAN YANG SELAMAT, AMAN DAN MAKMUR
Mengenai masalah perbezaan kaum ini, saya terbaca artikel Ustaz Hasrizal - Sikap Baru Untuk Malaysia Baru. Amat menyentuh hati.
Saya rasa artikel tersebut bertepatan dengan laporan Utusan Meloya - perbezaan ideologi PAS dan DAP, keterbukaan PKR terhadap non-Melayu, persamaan bangsa pimpinan PKR dan PAS = [PERAK]DAP+PKR sahaja belum cukup untuk membentuk kerajaan, [SELANGOR]PAS+PKR sahaja belum cukup untuk majoriti mudah menubuhkan kerajan. Tidak dapat tidak, keterlibatan dan kerjasama semua parti berbilang kaum ini amat diperlukan untuk mentadbir negeri.
Keterbukaan DAP di Perak untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada siapa saja calon MB nya, membuka peluang kepada PAS untuk mentadbir negeri itu. Ini adalah masanya, PAS BERPELUANG MEMBUKTIKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA, DAN KAUM NON-MUSLIM KHASNYA, BAHAWA ISLAM UNTUK SEMUA. Walaupun siapa MB Perak belum ditentukan lagi, tapi sekurang-kurangnya, peluang untuk PAS masih ada. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat.
Kenyataan di atas mungkin lebih merujuk kepada Perak, namun secara umumnya, seluruh negeri yang ditakluk pembangkang. Tak percaya? Buat analisis anda sendiri. Tapi kenyataan dalam post ini masih lagi bersifat TEORI, belum lagi dibuktikan. Sekadar jangkaan awal. Selebihnya? Tunggu dan lihat.
Adeh, masalah politik sebenarnya amat panjang untuk dibincangkan. Banyak blog, akhbaronline telah membincangkan masalah ini. PRU12 kali ini membuka lembaran baru dalam arena politik Malaysia. Sejauh mana kecaknaan kita, setinggi mana kepekaan kita, sedalam mana kesedaran kita, segalanya bermula di sini. BN atau BA?
UPDATE DIRI
Okeh I-MAN dan TIBBians siap, tinggal proses percetakan sahaja. Maka sekarang bermula projek baru, Kempen Kecemerlangan Kendiri 2008. iklan belum disiapkan lagi maka link pun takde untuk korang. Haha.
Kali ini saya akan cuba menggunakan Adobe After Effects CS3 bersama Adobe Photoshop CS3 untuk membuat video iklan pelancaran. Percubaan pertama. Doakan agar berjaya. Pada mulanya saya ingin menggunakan Macromedia Flash 8 sahaja namun setelah diteliti balik, format video yang dirender tidak sebaik yang diingini.
Masih lagi terkial-kial menggunakan Adobe After Effects CS3, button Help entah ditekan beberapa kali. Mungkin ada yang berkata, "Alaa, tutorial kan ada. Apa susahnya",. Ya, memang payah sebab tutorial kebanyakannya menggunakan video yang dicapture sendiri kemudian ditambah efek, namun saya akan membina animasi sendiri menggunakan gambar logo kempen. Amat sukar.
"Watpe susah-susah, wat simple je". Sampai bila kita nak maju kalau camtuh? Sekurang-kurangnya, KKK 2008 ini, yang mungkin menjadi program terakhir keterlibatan diri ini, meninggalkan kenangan terindah, presentation terhebat pernah saya buat. Bolehlah berbangga dengan pengganti saya nanti. Hehe.
Eh, dah panjang melalut, salam kecemerlangan dari saya, nantikan update seterusnya (or maybe tutorial seterusnya?).
Hijab comel hanya dibuka pada manusia tertentu sahaja. Maka berbanggalah dengan kecomelan kamu.
0 penghinaan diterima:
Post a Comment