29 March 2008

LE5 dan RM5

SEMALAM..

Sempena Kempen Cintai Kekasih Allah (KCKA), telah diadakan qiam jam'ie di rumah-rumah yang telah ditetapkan. Maka saya dan ahl bait diarahkan menyediakan 'pemberi tazkirah' dan naik ke rumah atas (rumah EX-OFFICE) pada pukul 3.45am.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Sudah lama saya tidak berada dalam majlis seperti ini - dilakukan beramai-ramai. Dulu, setiap Khamis malam Jumaat pasti diadakan qiam jam'ie di asrama. Kekadang bila teringat balik, kenapa begitu sukar melakukannya pada hari ini?

Jadi, selepas selesai tentatif, sambil duduk-duduk berehat menanti Subuh, saya terpandang beberapa keping majalah di atas meja. Soccer Arena, Origami, Islamica dan beberapa majalah lagi yang saya lupa tajuknya. Setelah dibelek-belek, kesemuanya majalah berbahasa Inggeris.

Selesai solat Subuh dan tazkirah, saya mengambil peluang membelek lebih banyak mukasurat. Sekadar mencari idea-idea dan maklumat tambahan untuk TIBBians. Tapi yang menarik perhatian saya ialah - kesemuanya bermukasurat berwarna, tebal, dan kertasnya berkualiti, seperti majalah di atas kapal terbang. Tak tahu nak gambarkan bagaimana.

Cuma satu je yang berbeza - Islamica adalah satu-satunya majalah berkonsepkan Islam. Yang lain kesemuanya hiburan, saya rasa. Lebih menarik lagi - Islamica tertera harga LE70, Rm35 dan currency USD serta EURO tapi saya tak ambil kisah sangat. Yang lain kesemuanya FREE.


HARI INI..

Sewaktu mengambil majalah-majalah AIMAN di rumah haMidah, Sany turut mengambil contoh agreement untuk pemodal AIMAN. Antara yang tertulis adalah HARGA - iaitu harga yang dipersetujui kedua pihak; Pemodal dan PERUBATAN. HARGA: LE5. Tapi walaupun tak disebutkan dalam agreement, AIMAN akan dijual LE5.50 di muhafazah selain Kaherah.

Beberapa hari lalu saya cuba menconvert LE5 ke dalam matawang beberapa negara yang dijangka akan diedarkan AIMAN. Malaysia RM3, Jordan JOD0.65, serta Ireland EUR0.58 - nie adalah beberapa negara yang telah menempah AIMAN. Namun harga mungkin berubah disebabkan kos pengangkutan, makanan, minuman, penghantaran dan sebagainya.

SEBELUM KE MESIR..

Dulu saya memang tak suka membaca majalah atau buku-buku berilmiah. Utusan Meloya atau Berita Hairan, yang saya cari adalah Cerpen atau ruangan Kesihatan. Saya lebih suka bahan bacaan ringan dan juga novel - ini boleh dikategorikan bacaan berat, hehe. Saya ke kedai buku pun mencari novel terbaru RAM atau komik - Kreko, Arena Komik, Detektif Conan dll dsb.

Mungkin sebab tue saya kurang sikit pengetahuan am. Menteri Besar Terengganu waktu itu pun saya takkan tahu kalau dia TAK PAKSA semua sekolah menyediakan wakil 50 orang untuk memenuhkan dewan Perpustakaan Negeri sempena perasmian kerjasama dengan syarikat buku Amerika. Kononnya memberi penjelasan kepada rakyat Terengganu bahawa Amerika nie bagus, baik, comel, pemurah, bencikan keganasan dan berbagai lagi sifat mahmudah lain.

Namun dalam ketak minatan terhadap buku ilmiah, saya suka membeli Majalah I. Waktu itu harganya Rm4.90, jadi setiap setiap bulan saya WAJIB menyimpan = Kreko (RM3.50x3) + Arena Komik (RM3.50x2) + Gempak (RM3.90x2) + Utopia (RM3.90x2) + Starz (RM3.90x2) + Majalah I (RM4.90) = around RM50. Harga mereka pada waktu itu saya tak berapa ingat maka saya gunakan penghampiran. Di asrama dan juga sekolah pada waktu itu, sayalah pembekal malah sebuah almari di kelas saya serta satu sudut di perpustakaan (well, i'm a librarian) juga telah dijadikan peti besi simpanan komik tanpa disedari sesiapa pun kecuali beberapa individu tertentu.

Setiap kali pergi ke kedai buku untuk mendapatkan stok latest, kekadang terpandang juga beberapa majalah lain - Remaja, Galaxy, Maskulin, Mangga, Pa&Ma, Keluarga, Anis dll dsb. Kekadang bila giliran pulang ke rumah, saya beli juga Anis sebab Ma suka baca.

Tapi yang menarik perhatian saya ialah - harga majalah hiburan jauh lebih murah jika dibandingkan kualiti, warna, ketebalan dengan majalah berilmiah. Kalaupun lebih mahal, tetap memuaskan hati. Hehe.

ANTARA LE5 DAN RM5..

Jadi, persoalan yang bermain dalam fikiran saya ialah - PESAL MAJALAH-MAJALAH ILMIAH AGAMA BERILMU BERMAKLUMAT BERINFO SEMUANYA MAHAL SEDANGKAN MAJALAH LAGHO MURAH MALAH FREE???

Ada manusia menyanggah persoalan saya dengan menyatakan bahawa majalah-majalah sebegitu ada sponsor, ada iklan. So, kenapa tak ikut buat iklan macam tuh? Tak ada pengiklan ke? Iklan tak berkesan sebab tuh tak buat? Dan banyak lagi sebab yang bermain dalam kepala otak saya. Bukan mengutuk tapi sekadar mengajak muhasabah balik di mana letak duduk taraf umat Islam hari ini. Di mana kesedaran untuk membekalkan ilmu-ilmu kepada umat.

Ada juga yang menyatakan bahawa majalah tersebut kesemuanya berkualiti, ala-ala majalah National Geographic, Discovery dll dsb lain yang mahal. Tapi kenapa pula mesti diikut perbuatan mereka? Bukankah lebih baik kalau maklumat-maklumat tersebut diberi dengan harga yang murah? Maka timbullah persoalan - AMAT KURANG MANUSIA MEMBELI BUKU-BUKU SEBEGINI maka takkan pulang modal. Ye ke?

Menatap wajah AIMAN yang comel, di Mesir harganya LE5, dengan mudah saya menghulurkan duit untuk membelinya, tapi kalau di Malaysia harganya RM5, pasti saya menoleh ke arah majalah lain terlebih dahulu untuk membuat perbandingan. Mungkin kerana tiada majalah lain untuk dibeli di Mesir, atau saya merasakan matawang Mesir terlalu murah, saya pun tidak pasti.

MASA DEPAN..

Dalam rancangan saya, mungkin masa cuti akan dibuat majalah online tapi saya kekurangan idea, maklumat serta penyumbang. Bukan untuk dijual atau apa, tapi saya ingin mencuba kelainan untuk diadaptasi ke dalam TIBBians sesi berikutnya. Kalaupun saya tidak lagi memegang jawatan dalam redaksi TIBBians, biarlah pengganti saya melakukan yang lebih baik.

Apa pun, post kali ini sempena Kempen Membaca dan Berkarya yang saya cipta sendiri, untuk diri sendiri, dan manusia lain, agar kita menjadi masyarakat Hadhari (hehe kempen Terengganu) yang cemerlang kendiri (hehe kempen Nash).

Membaca Jambatan Ilmu

[Pepatah Melayu]


p/s: my upload didnt quite good. i'll upload the pix later.

0 penghinaan diterima:

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template