Apabila bertembung program PERUBATAN dan PMRAM, maka semua memberi cadangan,"Kita pergi PMRAM dulu, bila petang baru pergi PERUBATAN." Akhirnya batang hidung pun tak nampak.
Apabila PERUBATAN mengadakan program, maka mulalah dicipta alasan untuk tidak hadir, "Kami ada usrah dengan abang kakak ISMA. Habis lewat maka tak dapat nak join."
Apabila diminta sumbangan derma, maka mulut laju mengatakan "Kami dah menderma kepda tabung UMNO tadi. Akhirnya orang yang sama juga dapat. Derma sekali sudah."
Hinakah bersama PERUBATAN?
Adakah lebih mulia mereka yang pergi usrah ISMA, dibandingkan dengan mereka yang pergi circle PERUBATAN? Maybe sebab PERUBATAN tak buat 'usrah', tapi 'circle' kot. Silibus pun tak tinggi mana. Orang kata, tak meningkatkan iman, tak membina ukhuwah.
Adakah lebih banyak pahala mereka yang pergi program anjuran PMRAM, dibandingkan dengan mereka yang pergi program anjuran PERUBATAN? Maybe sebab program PERUBATAN ikhtilatnya tak terjaga kot. Tak meriah, takde persembahan nasyid. Bercelaru dan kelam kabut, tidak tersusun.
Adakah lebih cemerlang mereka yang join kelab UMNO, dibandingkan mereka yang join PERUBATAN? Maybe sebab UMNO lebih establish kot, PERUBATAN apalah sangat, Presiden bukan Perdana Menteri Malaysia. (hape kaitan perenggan nih?)
Jika jawapan anda TIDAK, kenapa mereka boleh fanatik PMRAM, ISMA, KONSIS, UMNO, PAS, MINHAD, tapi tidak fanatik PERUBATAN? Kenapa tiap-tiap minggu buat program di bawah nama ISMA, KONSIS, PMRAM, UMNO, PAS tapi bukan di bawah nama PERUBATAN? Kenapa tiap-tiap hari fikir idea untuk ISMA, KONSIS, PMRAM, UMNO, PAS tapi tak pernah sekali pun fikir untuk PERUBATAN?
Kenapa ya? Agaknya PERUBATAN ini terlalu hina. Maklumlah, exconya bukan ustaz. Tak tsiqah pun. Ikhtilat je lebih. Nama je huffaz tapi perangai kalah kaki disko. Peralatan PERUBATAN pun tak cukup, asyik pinjam BKAN je kerjanya. Duit pun sikit, buat program mega "anjuran PERUBATAN" tapi cuma sumbang LE1000 je. Program pulak tak best, takde unsur rohani, segalanya duniawi.
Memang hina apabila menyokong PERUBATAN. Penghinaan ini, adakah salah pelajar atau salah PERUBATAN?
Mari kita buka Komuniti PERUBATAN nih. Satu laman yang bagus untuk melihat update blogger-blogger PERUBATAN. Semuanya dikumpulkan dalam satu tempat. Semua orang perlu bookmark dan promote di blog masing-masing selepas ini.
Lihat satu-satu blog yang ada. Namanya blog budak perubatan tapi artikel berkaitan perubatan cam haram nak ada. Yang ada, tazkirah, gambar, repekan, pasal komputer, kutukan, bisnes dan sebagainya. Satu je blog medik yang bakal dijumpai: Budak Medik.
Bila ditanya kenapa tak buat artikel perubatan, maka jawapannya mudah je; "Saya baru Tahun Dua, tak layak nak ajar pasal perubatan nih."
Maka saya dengan spontannya menjawab, "Kepala hotak engkau. Tu artikel agama banyak nak mampus. Kamu baru Tahun Dua, boleh je tulis?"
Beliau pun cuba menyerang balik, "Saya tak tafsir hadis. Saya kaitkan hadis quran dengan kehidupan. Ringan-ringan je. Lagipun hal agama ini semua orang kena terlibat untuk sebarkan. Tak boleh ke?"
Maka saya hanya senyum sebab manusia macam ni memang pandai menjawab. Menggunakan agama untuk justify tindakan sendiri. Maklumlah, ayat Quran dan Hadis kalau kita lawan, dikatanya kafir sebab tak nak ikut, tak nak percaya.
"Tahu pun menjawab. Try buat artikel pasal perubatan yang berkonsepkan serupa. General dan ringan. Ilmu itu bukankah untuk disebarkan? Ada saya kata tak boleh?"
Sekadar bertanya hinakah ilmu perubatan?
Mungkin perubatan ini satu bidang yang low-class, tak ramai baca sebab payah nak faham dan sukar nak ingat nama-nama istilah yang entah ape-ape. Ataupun sebenarnya hina apabila menulis tentang perubatan. Ye lah kan, mana ada nama Allah dalam buku perubatan. Semuanya nama orang kafir; Starling, Hendersson, Penicillin. Hadis tentang Niat pun takde, yang ade hanyalah hadis pasal Aksi Acetyl Choline. Ramai yang lupa, bahawa saya pernah berpesan, "Pandanglah semua benda di dunia sebagai ayat-ayat Allah." (haha lupa sape pesan) Maka ilmu perubatan bukan ayat Allah kah?
Bila lagi ingin diketengahkan ilmu perubatan yang ada. Seawal tahun satu sudah boleh bercerita tentang kardiovaskular sebenarnya walaupun belum lengkap sepenuhnya. Manusia yang hebat ilmunya adalah mereka yang boleh menjelaskan subjek Tingkatan 5 kepada budak darjah 5. Jika ayat Quran dan Hadis boleh kita kaitkan dengan kehidupan, aplikasi dalam amalan, kenapa tidak perubatan? Maka jadilah masyarakat itu mereka yang bodoh dan tertipu dengan mitos-mitos perubatan.
"Semua amalan itu dengan niat." Kemudian bercerita tentang kepentingan niat dalam amalan. Niat tidak menghalalkan cara, dll dsb. "x264 adalah lebih tinggi kadar compression berbanding XviD". Kemudian diikuti dengan nasihat jika inginkan kualiti video yang tinggi dengan saiz yang kecil, gunakan x264. XviD sesuai untuk render yang pantas dll dsb. Ataupun "Exposure mengawal cahaya yang masuk". Sila gunakan Exposure yang tinggi di kawasan gelap. Jangan overexposure dll dsb.
Kenapa tidak boleh dengan "Theophylline sukakan Besi" ? Jangan minum teh selepas makan. Minum selepas 2 jam, dll dsb. Bila lagi bakal kita melihat artikel seperti 44 Bicara Kesihatan, Neurotransmitter Cinta, dan Misteri Tidur?
Mungkin sebenarnya subjek perubatan ini banyak sangat. Tak cukup belajar Physiology tahun 1 sahaja. Salah bagi ubat, nanti mati. Kalau salah tafsir hadis, murtad je pun. Tahun depan boleh bertaubat. Ataupun sebenarnya perubatan ini tidak sesuai untuk semua orang, hanya pakar yang layak bersembang tentang perubatan. Al-Quran tu benda remeh-temeh yang semua orang boleh sembang. (No wonder ada Haji Kahar).
Sememangnya hina apabila belajar perubatan. Penghinaan ini, adakah salah pelajar atau salah subjek perubatan?
Bila menjelang Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN yang baru, semua AJKT nak turun. Status di Yahoo Messenger semuanya menyatakan kekecewaan dan kesedihan menjadi AJKT, semuanya ingin melepaskan diri daripada jawatan masing-masing.
Oh ya, perlembagaan sekarang dah ditukar, 4 orang AJKT wajib dikekalkan. Tapi yang dikekalkan ini semuanya nak memilih Biro/Jawatan yang pada hemat mereka senang dan mudah. Takpelah. Sekurang-kurangnya mereka masih lagi memegang jawatan kan?
Tak ramai yang berfikiran seperti Madsha, mencapab untuk menjadi Presiden. Tak ramai yang seperti saya, masih kekal dengan jawatan Webmaster selama 3 tahun. Tahun seterusnya saya masih menimbang untuk turun. Hrapnya Allah tetapkan hati ini.
Kenapa semua tidak ingin memegang jawatan? Sedangkan terbukti mereka Mumtaz dalam exam, Biro yang dipegang maju, banyak pembaharuan dan sebagainya. Lainlah kalau saya, Web makin lembap dan bodoh, result pun teruk, memang patut turun.
Adakah mereka takut dikatakan gila kuasa? Tiada orang yang gilakan jawatan AJKT yang tak dapat sesen pun. Ataupun tanggungjawab tersebut sangat berat? Beritahu saya satu tanggungjawab yang tidak berat dalam dunia ini. Jadilah seorang yang cemerlang, berdepan dengan cabaran. Biasanya alasan yang diberi adalah "berilah peluang kepada orang lain". Insaflah, dalam beribadat tiada istilah 'bagi kat orang lain dulu'. Lupa, kita kan sekular, berkhidmat untuk manusia bukan ibadat. Ibadat kita di masjid. Maaf, saya terlupa. Maklumlah, saya bukan ustaz.
Ataupun sebenarnya menjadi AJKT PERUBATAN tidak berkat, tak macam PMRAM, dapat banyak pahala. PERUBATAN takde tarbiyah, menjadi AJKT hanya merosakkan diri sendiri. Oh, sebenarnya menjadi AJKT nih takde pahala, sebab buat program lagho dan maksiat. BPI je kot buat kuliah agama sikit, tak cukup untuk menampung dosa-dosa Biro lain. Ataupun sebenarnya menjadi AJKT PERUBATAN ni tidak mampu menyumbang kepada pelajar medik. Huru hara dan kucar-kacir je jadinya. Bukannya menambah pahala, menambah dosa je sebab budak medik tak tsiqah, menjadi pemimpin mereka hanya menambah dosa.
Sungguh hina menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN. Penghinaan ini, adakah salah AJK tersebut, atau salah jawatan tersebut?
*haha idea datang sempena Pilihanraya. =)*
31 penghinaan diterima:
I like this entry~ kerana segelintir berpendapat bahawa perubatan ini utk duniawi.. tuh yg jadi kes mcm tuh.. satu lagih, sbg pelajar perubatan, jadikan ilmu perubatan sebagai prioritas, di samping menuntut ilmu2 lain~ jangan jadikan benda2 lain sbg prioritas~
pedas pedas
wah, mmg pedas. definitely an eye opener! =]
perubatan memang hina....haha
manusia bukan makhluk rohani
bile manusia sakit
bagi la drug
makan itu makan ini
cocok itu cocok ini
nanti ubat itu akan bertindak dengan sel2 bla2
hormon itu ini naik turun
xde kaetan dengan masalah rohani
xde kaetan dengan jiwa
sebab manusia ialah timbunan sel2 dan organ2
hahaha
emosi gile.presiden pun tak menulis tahap cmni
sume org dh penat balik kuliah medik ngadap leptop crita2 la pasal bukan medik. eh kat blog ni nk donlod citer nur kasih ngan korea ade lah kan, ke ade medical dictionary skali boleh dimuat turun?
eh tapi mesti ade team medical dragon kan?
xD
err, mereka yg merasakan post ini emo, sila bace status Twitter dan FaceBook.
saya sedang menasihati diri sendiri.
ataupun lebih tepat,
sy sedang beremo dengan DIRI SENDIRI.
haha
maka jangan tanye donlod TMD ape sume. saya dah marahkan diri sendiri, usah ditambah luka di hati. tengah bsedih nih tau.
dan sila jangan jadi kanak-kanak. atau hari ini akan menjadi sejarah triple posts buat pertama kalinya.
=)
PERUBATAN miskin ...yuran bayar 20 geneh je staon nk wat program grand2..sekali program utk seribu orang kos 25 ribu ++..itu baru satu..kalo spuloh program staon..hah bapenye? memang r x cukup
janganlah bersedih wahai hafiz adam.kalau anda seih siapa nak carik gaduh dgn aku lagi?
kkaRem:
pastuh mintak ngan JPA.
10 program x 20 ribu = 200 ribu.
patut r elaun tak naik-naik. haha
jom fikirkan camne PERUBATAN boleh dapatkan static income. =)
Ayu Amiza:
isk3 xpelah.
sudah merajuk ngan kamu...
haha
betulkah hina belajar perubatan? jom la check niat msing2.. msti ada hikmah setiap dri kita ada d tmpt msing2 skrng, msti ada ssuatu yg Allah nk kita lakukan dgn kapasiti yg ada.. ckup2 la kita mncari alasan mnyalahkn smua prkara di sekeliling kita.. kalaulah blajar prubatan ini hina, kitalah yg telah mnghinakan diri sndiri..
::peringatan buat (diriku) yg lupa::
dinmat, masukkan blog aku dlm komuniti.
post yg best, aku jugak kecewa dgn sikap ahli perubatan yg rata2 x bacul & mandom.
aku harap lps ni kite ramai2 jadi hardo member perubatan.
membina punye artikel !
persoalan pertama.kenapa la banyak sangat persatuan ni ek..da bile banyak sgt persatuan.banyak presidennye.banyak ajak nye.banyak la pulak wawasan presiden nak idbawa.presiden ni nak mcm ni.ahli ni nak mcm ni.padahal ahli nye nnt balik2 orang same gak.
persoalan kedua.dah taw program xde oorang nak datang ,buat apa buat program?buat program sebab student lain ke,atau saja nak buat program for the sake of persatuan tu?kalau xde program nampak ak aktif...persatuan lain banyak program nya,kite xkan xde program?dah tu mmg da xyah la buat program kalau taw orang xdatang.
persoalan ketiga.kalau program orang xdatanag apa kejadahanya perlu buat program tu.namapk sangat la program tu xdiperlukan.ikutala keperluan semasa.nak buat grand2,tapi ahli xdatang,then masam muka.ingat ade orang nak kesian ke?
sorry la main kasar.xkasar xde kesan.buat apa aku bagi pandangan kalau setakat nak menyedapkan hati orang.nak perbaik diri,buat cara nk perbaik.
p/s:persatuan time belajar ni scale kecik compare ngn nnt berparti time da besar nanti.amek tgk mana salah kurang,mana lebih.semoga berjaya dalam hidup!
Dulu sebelum Perubatan ni ada. Semua bawah PMRAM. Antara BP Medic yang aku ingat ialah Dr Jamnul Azhar Mulkan.
Cuba check balik. Kenapa PERUBATAN ni boleh muncul asbab wa musabbab.
setiap kali saya baca sesuatu...
harap2 dpt tambah iman ....
tidak pada kali ini ....
dan setiap kali baca pon gitu...
huhu..
"kalau salah tafsir hadis ,murtad je pon ,tahun depan boleh taubat "
ambo0o0iii lancangnya
nak tanggung dosa org tu ke wat fatwa cm gtu pula
kalou mati esok ...x sempat taubat~
Anis Samihah:
kamu yang patut jawab soalan tuh. pesal tanye saya balik? haha
Adli Samsudin:
sokong ko adli. jom fanatik PERUBATAN. yeah~!
Connie:
ini bukan artikel. ini karutan di waktu lapang.
Melon Eskem:
jawapan pertama: sebab semua gila kuasa. sebab tuh semua nak buat persatuan sendiri. wakaka
jawapan kedua: tujuan berpersatuan supaya kita belajar handle masyarakat. tujuan buat program supaya bawa kebaikan kepada ahli. datang tidak datang adalah hak ahli, tapi ahli babi apekah yang tidak menyokong aktiviti persatuan mereka? itu bukan ahli namanya.
jawapan ketiga: kalau solat takde orang nak datang berjemaah, tak perlu buat solat kat masjid lah ye? sebab orang tanak datang maka ia bukan satu keperluan? power r analogi tuh.
kesimpulan: mari menjadi hardo member PERUBATAN.
Ibnu Ali:
mungkin Ibnu Ali yang boleh cerita.
1. senior2 dah makin menghilang.
2. tiada buku sejarah PERUBATAN yang detail.
Kamu Neutral:
aah, sungguh lancang mulut orang tuh, sebab tuh mereka sesuka hati menafsir Quran dan Hadis. caye tak? mereka yang takut mati, bimbang tidak sempat bertaubat takkan berfikiran sedemikian, lantas tidak menulis sesuka hati.
=)
ohhhhh i like! walopun ckp psl perubatan, rsenye trkene jgk dgn student engineering like me. haha lawak jgk org yg memperlekehkan ilmu duniawi ni. padahal kalo xde ilmu duniawi, ari ni masak nasik still pakai periuk tanah kot. nasib baek jepun pon mkn nasik. kalo x sape la nk cipta periuk nasik letrik, kalo oang islam ni dok pandang hina ilmu2 duniawi ni
sabar2 din mat, first time komen kat blog din mat ni.mungkin sudah masanya din mat memimpin PERUBATAN ni pula.HArapan Baru, mungkin.
sokong dinmat.... lantik dimat lah jadi presiden perubatan...bole bngge sket jd ahli perubatan
hafizadam, soalan itu bukan la utk anda tapi utk semua yg membaca entri anda :) ~saya pun sokong kalau hafizadam jadi presiden, at least ada byk ruang utk anda mencapab bg tujuan perubatan :D
HA bluff, jadi jpp 2 taun berturut2~
urm, biarlah org nk condemn perubatan.. da byk sgt stok2 yg pntgkan diri sndri, nk majukan kroni2 sndri... yg nmpk cm kte2 xde potensi jd bek nih dibiar.. yg rosib2 dhoif2 sume dicampak namanya kat perubatan.. ble mumtz, sume nk ngaku ahli persatuan die.. yg kureng2 sket dikata perubatan.. yg stok bek perubatan lak dikatakan pmram blabla.. pe jadah~ biarlah perubatan tanggung nme bek, nme buruk ahli.. wpun org nmpk cm hina, tp xkan nk lantak org cmtu je~ nih yg cm sye yg dok kg nih.. anak2 nelayan, anak petani, spe je la yg nk dakwah kan.. xbrp ade potensi.. xde brp ade mse depan~sedeynye~ *sob*
kakShae:
aah, karutan nih apply utk memane pun. sekadar pembuka fikiran je.
abgWafi:
haha tulis mende nih sambil gelak, bukan smbil marah. rilek2 je gelak2.
saya tak layak jd Pres. Madsha boleh kot. wakaka
sesi depan saya nk apply jadi Penasihat boleh?
Kaherah:
wah3 sindir pun agak2 laa.
saya JPP taun nih. yay~
Anis.samihah:
manusia gile mcm saya takleh jd Pres. nanti PERUBATAN pun jd gila.
AJKT tak sebulu ngan Pres.
wakaka
Radin Rahmah:
ape kamu cakap nih? tak paham XD
jom kita menjadi cemerlang.
bro nk jadi penasihat?
nak JOIN! :D
Salam:)
wah, hafiz, tulisan masa lapang yang mampu buat org lain fikir2, rindunyer plihn raya di kampus,owhh,huhu
p/s:hafiz adam, selain sye link kamu di blog (nur ksh thing), sy tersalah letak pula di buletin fs, shga mereka terus ke blog kamu, tnpa ke blogku dlu,dik~ahahks free2 ;p,
wah.mantap pos.
sy pon pelik.hina sgtkah dengan PERUBATAN.
sampai perubatan wat prog -kate xstandard.kuliah agama perubatan tak efektif.AJKT perubatan kate wat keje tak bes.ape lagik.mntak jadi ajk,mentor,perubatan,semme tolak.ajk tuk persatuan lain,xkesah.ye la.perubatan xde keseinambunagn kat mAlaysia.x nampak hala tuju.matlamat xjelas.persatuan kecik.x establish.yg keje-org same.pastu yg xtahan-ade lak suara2 bising mengatakan kenapa org2 berikut sahaja yang menjadi AJK??
hah!-saya mmg x faham.Agaknya PERUBATAN memang x diperlukan.Hnya diperlukan untuk cari rumah je.da besa daa selesa-tinggalkan perubatan.wat keje masing2.pedulikan ape nak jadi nagn perubatan.
[sile bace dgn nada yg tenang-jgn emo]
-lyanna-
Apa lah sgt dgn kegilaan kalau itu yg dpt menghidupkan PERUBATAN.. kdg2 org yg gila itu lebih 'waras' drpd org yg waras.. :D
Ermm.. apa, kalau jd presiden, x boleh ke ada AJKT sndiri yg sebulu.. :))
Serius,first tiyme aku nampak dinmat berfikiran matang,
rata-rata ape yang die cakap sume betol,
sokong dinmat,
aku kenal ko sebagai
orang yang tak berat tulang nak
tolong orang lain
inilah ape yang aku nampak
sifat positif yang ade pada dinmat
susah nak cari sifat ni kat orang lain
(terima kasih kerna banyak membantu BPP n PERUBATAN)
jgn jadi 'isi lupakan kulit'
teruskan menonton KCB..
dinmat..entri ko memang mantop la.camne la ko boley fikir nak wat ayat2 puitis camtuh..btw,thanks..support PERUBATAN!!
at least korang tak la dilabel sosial mcm dak2 law... ( dak law )
Post a Comment